Wednesday, January 18, 2017

MP3 punya PENANGAN!



GAMBOR HIASAN
(Aku cuma ada 4 album daripada gambar ni haha)

Asalamualaikum. Apa Khabar?

Bermula tahun 2003, saya mula terjun dalam dunia musik gelap bawah tanah ini. Rakan saya, seorang punk-ska punya orang dan dia memainkan lagu dari band As-Sahar - Fendiyan Okultika Hymnologi. Waktu tu, saya terpukau dengan As-Sahar. Maka saya dapatkan 2 keset dari band tersebut (Phenomistik dan Casus Luciferi). Masa tu, tiada band yang paling metal daripada As-Sahar. Yup.

Bermulalah kehidupan saya sebagai "metalheads" dimana saya beli banyak keset seperti Mastodon "Leviathan", Unearthed "The Upcoming Storm", Norther "Death Unlimited", Sil Khannaz "The Best Of..", "Conception Of Madness", "Pendita Gila", "Purnama 13", Vociferation Eternenty"The Best Of..", As-Sahar "Jaan", "Intifada", "Al-Ricshca", "Devilian Remastered", Silent Death "Habringer of Devastation COMPILATION" dan BANYAK LAGI.

Bermula zaman MP3 dalam tahun 2005 dimana saya berkenalan dengan Internet. Pergi ke CC, beli cd kosong dan burn macam-macam lagu. Bersepah CD MP3 saya. Masa tu saya baru Tingkatan 5 bang oi! Mana ada duit. Nak duit lebih, kena kerja. Saya kerja sambilan kait kelapa, jual limau kasturi, menoreh getah dan mendulang emas. Macam-macam kerja. Bila ada MP3, saya rasa banyak band yang saya kenal. BANYAK!

Tahun 2007-2009 saya mula berkenalan dengan RAPIDSHARE dan MEGAUPLOAD. Sebuah web yang menyimpan link download. Maka, bermulalah aktiviti mendownload. Banyak album yang saya download. Kemudian, satu lagi. LIMEWIRE dan ImESH. Kat sini, saya juga download banyak lagu-lagu. Sama ada band local mahupun band antarabangsa.

Tapi, saya masih membeli stuff di Cambell dan Pertama Complex. Kebanyakkannya album antarabangsa versi PIRATE CD la... Saya rasa anda kenal siapa hehehe... Kat sini saya mula berkenalan dengan beberapa band seperti Militant Attack "Violent Riot", Hereafter "After Tomorror", Poetical Kingdom "Demo 2007" dan banyak lagi. Lepas dengar Hereafter, saya rasa WOW!!! Lepas dengar Militant Attack, saya rasa YEARGH!!! Baju pertama yang aku beli adalah "Suffocation - Souls To Deny". Haha aku suka design dia masa tu hahaha! Padahal aku tak ada pon album Suffocation HAHAHAHA!! Jibuakerrrrr!!!

Kemudian, saya "check-it-out" lagu-lagu metal dalam YOUTUBE!!! YEARGH!!! Maka saya pon download banyak lagu dari web itu. Lama-lama, saya rasa macam... entah. Tiba-tiba rasa nak beli CD dan Keset. Tapi SAYA TAK ADA DUIT! Saya memang miskin, tapi nafsu untuk beli stuff metal membuak-buak. Saya tahan dan kekang nafsu tu.

"Makanan lebih utama, CD boleh runding kemudian, kalau sangap ko donlod jer"

Begitulah cara saya pujuk hati ni. Begitu lah cara saya tenangkan minda saya. Sedih... Memang sedih.

Kemudian, saya mula bekerja dalam bidang perladangan sebagai mandur. Memang TAHAN nafsu. TAHAN SETAHAN-TAHANNYA.

Akhirnya, pada tahun 2013, barulah saya mula membeli-belah stuff metal ni. Keset yang mula-mula saya beli masa tu adalah "Cancer - To The Gory End" (dah kena jual pon haha). Saya juga bertekad, saya akan beli apa yang telah saya DOWNLOAD dulu. Barulah "rasa bersalah" tu hilang. Kenapa? Download ni sebenarnya sama je macam MENCURI. Itu apa yang saya pegang. APA YANG KORANG FAHAM DAN PERCAYA TERHADAP DOWNLOAD, JANGAN CUBA NAK PAKSA AKU UNTUK TERIMA IDEA DAN FAHAMAN KORANG!!!!!! Bila aku kata DOWNLOAD tu mencuri, AKU PEGANG DAN PERCAYA yang download itu mencuri MELAINKAN ada caption <FREE SOFTWARE> atau preview track official dari band atau promo-track download available.

Maka, boleh dikatakan apa yang aku download itu mempunyai format CD, Cassette atau Vinyl. Selebihnya saya delete. Juga, untuk pujuk hati ni, saya gunakan istilah "PRA-DENGAR".

CONTOH: Band Asphyx, ehhhh silap! Tak boleh pakai Asphyx sebab deorang dah terang-terang BEST! Ok, contohnya Sodom. Album baru mereka "DECISION DAYS" keluar. Aku pun download album tu. Aku dengar. Aku kata TAK BEST. Aku delete. Aku buat tak tahu. END OF STORY.


Friday, January 6, 2017

Edible Garden

Asalamualaikum. Apa Khabar? Sihat?

Wokeh, saja nak post beberapa gambar "edible garden" yang saya usahakan sejak sekian lama. Hahaha! Sebelum ni saya main tanam sahaja tanpa membuat kajian. Kebanyakkannya tak menjadi. Kecewa gila. Mula la kata "tangan panas" la dan macam-macam lagi lah. Lepas buat sedikit kajian di youtube, melihat video cara-cara menggunakan tanah dan baja barulah saya faham. Alhamdulillah! Pertengahan tahun lepas saya mula membeli beberapa jenis tanah atau medium penanaman untuk digunakan. Hahaha!

Edible Garden adalah suatu yang WAJIB bagi setiap mereka yang mempunyai kawasan tanah kosong di keliling rumah. Ni bukan masalah JIMAT WANG BELI SAYUR, tetapi dimata saya sayuran yang kita tanam tanpa racun perosak adalah LEBIH SELAMAT dan LEBIH SIHAT serta LEBIH SEDAP dari sayuran yang dimonopoli oleh kapitalis.

Kalau lansung tak ada tanah (rumah pangsa atau flat), anda boleh menanam MICRO GREEN. Haaa... seperti daun gandum. Chlorophyll didalam daun gandum yang dibuat jus itu amat bermanfaat bagi badan kita. Kalau tak boleh buat gandum, buat la sawi ke, bayam ke, bak choi ke...

Semasa saya berada di Sarawak, saya lihat setiap rumah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat sana LEBIH SIHAT dari kita yang menelan makanan yang penuh dengan kimia. Melihat keadaan disana, membuatkan semangat bercucuk tanam saya ni membakar bagaikan disimbah petrol. Pergh! Aku salute sama kamu, SARAWAKIAN!

Okay, ini adalah semaian Bendi. Saya menggunakan kaedah "Mulching" menggunakan rumput kering yang saya kumpul di pejabat saya ketika mereka memotong rumput. Saya simpan dalam guni dan bawa pulang kerumah. Pernah dituduh mencuri baja sebab saya guna guni baja huhuhu. Lepas tunjukkan apa didalam guni, mereka pun bertanya
"Kenapa kumpul rumput kering ni? Nak buat apa?"
Saya jawab dan ajak dia kerumah. Dan saya tunjukkan penggunaan rumput kering dalam pertanian. Mereka pula berminat! Alhamdulillah, saya ajar ilmu yang saya faham dan mereka pun faham. Seronok dapat kongsikan ilmu ni. Kaedah ini mempunyai 2 manfaat.
1. Menjaga kelembapan tanah
2. Menjadi baja apabila rumput ini mula mereput.


Semaian kangkung ini berusia 2 minggu. Insya Allah, lagi 1-2 minggu hasilnya boleh dituai. Ini cara sebenar untuk membuat "MICROGREEN". Perlukan pasu yang flat, sedikit tanah dan taburkan sahaja benihnya. Cukup dalam 1 minggu atau 10 hari, dah boleh tuai hasil. Kalau guna benih sawi, beli yg dalam peket besar tu. Insya Allah, menjadi dengan izin-Nya.

2 jenis Pokok Tin/Fig yang saya beli. Di sebelah kanan anda adalah jenis Black Mission dan di sebelah kanan anda adalah Brown Turkish (BTM6). Daunnya juga saya harvest untuk dibuat teh dengan cara mengeringkan dahulu. Setelah kering sepenuhnya, barulah dibuat teh. Khasiatnya ialah mampu menurunkan paras gula dalam darah dan bertindak sebagai INSULIN. Inilah diantara Khasiat Buah yang Allah sebutkan dalam Al-Quran. Baiklah, sebelum ini saya pernah menanam pokok tin didalam tanah tempatan (local soil/native soil) tetapi mati... Selepas membuat beberapa kajian, saya mendapati penggunaan tanah yang sesuai adalah dengan menggunakan POTTING MIX, PEAT MOSS, COMPOST dan sedikit NATIVE SOIL. Campuran ini mampu menggalakkan pertumbuhan pokok tin kerana nutrient dan memudahkan pertumbuhan akar. Tanah 100% NATIVE SOIL adalah keras dan mampat membantutkan pertumbuhan akar.

Disni saya juga menanam Serai, Kunyit dan Halia. Insya Allah, kalau ada rezeki saya nak beli banyak pasu dan semai lebih banyak Halia dan Kunyit kerana nilai perubatannya sangat tinggi.

Ini adalah eksperimen saya dalam pengunaan "raised bed". Tanah yang digaul (campuran tanah untuk pokok tin) mampu membekalkan nutrient untuk sayuran saya (bak choi dan lobak putih)


Ini adalah timun "Japanese Shogun" yang saya tanam dan membuahkan hasil. Ia kelihatan kusam dan tidak bermaya kerana saya baru sahaja keluarkan akarnya dari polibag dan saya tambahkan tanah lagi serta menambah rumput kering sebagai pelembab. Timun memerlukan air yang banyak untuk menghasilkan buahnya.

Timun oh Timun

Rumput kering yang berlebihan pula saya jadikan sebagai kompos untuk dijadikan sebagai baja. Percuma, kan? Kuasa Allah Ta'ala.

Ikan tilapia saya ni, saya rasa ia terbantut. Selepas tukar air pada hari semalam, mereka ini jadi kuat makan. Alhamdulillah. Cepat-cepat lah kamu membesar. Saya nak makan kamu pula hihihi.

Ok ini set Aquaphonics saya. Ada kangkung, bak choi, mint (pudina), kesum dan daun selom/salam.

Okay, itu saja penulisan saya kali ni. Harap-harap dapat memberi manfaat pada rakan-rakan semua. Sehingga bertemu lagi. Babai!