Friday, June 19, 2015

FFF: Vampire from The Rising Sun

Asalamualaikum. Terlebih dahulu saya nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada rakan-rakan serta pembaca Muslim.

Sebelum ini kita berlepas ke Damn-merica, kali ini kita menuju ke timur, tanah kelahiran hentai dan anime, JEPUN. Yeah, "maskot" tu sesuai untuk Jepun. Kahkahkahkah! Ehem... Baiklah, FFF nak pembaca berkenalan dengan Tokyo Dracula.

Pada Ogos 1988 dan Jun 1989, terdapat 4 pembunuhan bersiri yang melibatkan 4 orang kanak-kanak perempuan.

 22 Ogos 1988, Mari Konno kanak-kanak yang berumur 4 tahun telah dilaporkan hilang. Ayah kepada Mari telah melaporkan kepada pihak polis. Dikatakan Mari telah diculik oleh Tokyo Dracula menaiki keretanya. Dia kemudian berhenti dibawah jambatan berdekatan kawasan hutan. Tokyo Dracula duduk bersama Mari selama 1/2 jam dan kemudian, Mari menjadi mayat (kena bunuh). Selepas itu, pihak keluarga Mari menerima 1 bungkusan yang berisi beberapa ketul gigi, gambar baju Mari dan poskad yang bertulis "MARI.CREMATED.BONES.INVESTIGATE.PROVE". DAMN YOU Tokyo Dracula!!!

3 Oktober 1988, Masami Yoshizawa kanak-kanak yang berumur 7 tahun pula menjadi mangsa. Tokyo Dracula mempelawa Masami menaiki keretanya dan Tokyo Dracula membawa ke tempat yang sama Mari dibunuh. Tokyo Dracula sempat memperkosa Masami yang telahpun meninggal dunia. DAMN YOU Tokyo Dracula!!!

12 Disember 1988 (hah! beberapa hari sebelum FFF dilahirkan. DAMN YOU Tokyo Dracula!!) Erika Namba kanak-kanak perempuan yang berumur 4 tahun pula menjadi mangsa. Dia diculik, dipaksa membuka pakaian di back-seat kereta, mengambil gambar dan dibunuh. Selepas itu, manga yang tidak bersalah ini meninggal dunia, mayatnya diikat kaki dan tangan di bahagian belakangnya. Tokyo Dracula menghantar poskad kepada keluarga mangsa dengan menggunakan perkataan yang dikerat dari majalah dan ia berbunyi "ERIKA.COLD.COUGH.THROAT.REST.DEATH". DAMN YOU Tokyo Dracula!!

Ish... FFF rasa tak sanggup nak menulis lagi tapi... untuk menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan serta pembaca, FFF teruskan juga penulisan ini. Nauzubillah...

6 Jun 1989, Ayako Nomoto kanak-kanak perempuan yang berumur 5 tahun pula menjadi mangsa. Modus operandi nya seperti biasa. Mayat mangsa dibalut dengan selimut dan diletakkan didalam bonet kereta dan dibawa ke apartmentnya. Disini, Tokyo Dracula memperkosa, mengambil gambar dan merakam filem agenda seks nya.

Penangkapan Tokyo Dracula pada 23 Julai 1989 apabila Tokyo Dracula cuba memasukkan lensa kamera kedalam alat sulit seorang kanak-kanak di taman. Dia dicekup oleh bapa kanak-kanak itu tadi. Dia melarikan diri dalam keadaan bogel kemudian dia kembali untuk mengambil keretanya. Malangnya polis tiba dan Tokyo Dracula ditangkap.

Tsutomu Miyazaki a.k.a Otaku Murder/Tokyo Dracula/Scumbags

Tsutomu Miyazaki a.k.a Tokyo Dracula juga dikenali dengan "The Otaku Murderer". Pembunuhan yang dia lakukan menyebabkan moral panik terhadap otaku dengan mengatakan ANIME dan FILEM SLASHER menjadikan dia seorang PEMBUNUH! Mengapa? Ketika Tsutomu Miyazaki ditahan dirumahnya, pihak polis menjumpai 5763 video tape Anime dan Filem Slasher. Kemudian dia menggunakan bahan tersebut sebagai "alasan" untuk membunuh. Juga beberapa tulang-tulang milik mangsa yang disimpan didalam almari. Ayah kepada Tsutomu Miyazaki, tidak mahu membayar "legal defense" lalu membunuh diri pada tahun 1994.



Perbicaraan bermula pada 30 March 1990. Tsutomu Miyazaki menyalahkan setiap perbuatannya pada "Rat Man" alter ego nya yang memaksa dia melakukan pembunuhan (cari alasan, pffff!!!) Malangnya, pihak berkuasa mengesahkan yang Tsutomu Miyazaki adalah waras dan sedar. Dia dihukum mati pada 14 April 1997, kemudian ditangguh oleh Mahkamah Tinggi Tokyo pada 28 Jun, 2001. Kemudian ditangguh lagi pada 17 Januari 2006. Tsutomu Miyazaki menganggap perbuatannya itu adalah "tindakkan kebajikan".


Kemudian seorang lagi celaka/pembunuh kanak-kanak, Kaoru Kobayashi memberitahu yang dia adalah "the 2nd of Tsutomu Miyazaki". Tsutomu Miyazaki kemudian mengatakan yang "SAYA TIDAK BENARKAN DIA MENGGELARKAN DIRINYA Tsutomu Miyazaki YANG KE-DUA, SEDANGKAN DIA TIDAK MENJALANI UJIAN MENTAL".

Maka, pada 17 Jun, 2008, Tsutomu Miyazaki digantung sampai mati. Moral panik yang dicetuskan oleh Tsutomu Miyazaki menyebabkan golongan otaku dipandang jijik. SEMUA karakter OTAKU dalam anime/manga dilukis seolah-olah seperti Tsutomu Miyazaki. Berkaca mata dan mempunyai rambut seperti dia (FFF ni peminat anime, jadi FFF tau la. Jangan nak persoalkan FFF pula. FUCKFUCKFUCK!!) Otaku juga digelar Maniac (FFF ada perasan beberapa anime menggunakan perkataan "maniac" terhadap karakteristik yang sama dengan otaku). Tetapi tidak semua otaku macam tu. Yang peliknya, otaku di ejek dan dicemuh di Jepun. Manakala diluar Jepun, Otaku dianggap COOL dan HEBAT. Mereka berusaha dan berbangga dengan title tu. Yeah... FUCKING FACTS, BIATCH!

Tak kiralah, apa-apa pun yang kita buat, jangan jadi gila seperti Tsutomu Miyazaki. Dia telah mencalarkan Jepun dengan teruk sekali. Menyebut namanya di Jepun membuatkan rakyat Jepun marah, geram dan benci serta dikeji.

Friday, June 12, 2015

FFF: Green River Runs Red

Asalamualaikum. Apa khabar? Dah makan? Dah minum? Dah melancap? Hahahahahahaha! Baiklah, kali ini FFF nak mengembara ke Amerika. Dan kita bertemu dengan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai "Green River Killer"

Siapakah dia ni? Apakah yang menyebabkan dia mendapat gelaran "Green River Killer"? Baiklah, kita akan ceritakan apa yang telah berlaku. Mengapa dia menarik perhatian FFF untuk menulis berkenaan dia nih.

Green River Killer merupakan ketakutan dan kengerian di kawasan Seattle dan Tacoma, Washington. Ramai yang melaporkan anak-anak gadis mereka hilang. Ramai diantara mereka adalah wanita gelandangan serta pelacur (juga gadis yang melarikan diri dari rumah). Pada masa itu (1980-1990) teknologi penyiasatan tidak lah sehebat waktu ini, maka banyak kes kehilangan dan kematian tidak dapat diselesaikan. Pihak polis mendapat beberapa bukti dari beberapa orang saksi melihat seorang lelaki membawa seorang wanita di rumahnya. Wanita tersebut juga dikatakan hilang. Setelah melakukan intipan, pihak polis pergi kerumah seorang pengecat airbrush untuk siasatan. Malangnya, tiada hasil. Maka kes ini ditutup.

Pada tahun 2001, kes ini dibuka semula kerana dengan teknologi yang ada mampu menyelesaikan kes ini. Maka, dengan siasatan yang mendalam, menggunakan teknologi DNA, pihak polis telah menemui beberapa bukti dan akhirnya Green River Killer telahpun ditemui.

Gary Ridgway

Penangkapan Gary Ridgway telah merungkai segala-galanya. Pihak polis akhirnya telah jumpa "kubur" bagi mangsa Gary Ridgway di kawasan hutan Green River. Di mahkamah, Gary Ridgway telah mengaku bersalah keatas 78 wanita (menurut sebuah temuramah dengan Sheriff Reichert pada 2001) dan Gary Ridgway juga mengakui dia telah membunuh lebih ramai dari itu, sampaikan dia lupa berapa ramai mangsa. Menurut sebuah dokumentari, Gary Ridgway telah dibawa ke kawasan kubur mangsanya dan menceritakan bagaimana dia lakukan pembunuhan. Gary Ridgway berjaya memujuk ramai pelacur untuk mengadakan seks dengan mereka. Kemudian mereka ini dicekik sehingga mati. Malah, jika Gary Ridgway tak dapat kawal nafsunya, dia akan gali kubur mangsa-mangsanya dan mengadakan seks dengan mayat-mayat tersebut. Yup... Gary Ridgway adalah seorang Necrophilia (seks dengan mayat).


Menurut sebuah artikel, Gary Ridgway telah berkahwin dengan seorang wanita, hanya dikenali sebagai Mawson. Mawson mengatakan "I feel i saved life... being his wife and making him happy". Kenyataan ini dikeluarkan kerana selepas berkahwin dengan Mawson, Gary Ridgway tidak lagi membunuh dan Gary Ridgway benar-benar menyintainya.

Disini, FFF tidak mahu menceritakan latar belakang Gary Ridgway kerana sangat panjang dan meletihkan FFF untuk menaip hahahaha! Kita sambung balik;

Perbicaraan Gary Ridgway telah diadakan di King County Superior Court. Setiap pendakwaan yang disebut oleh hakim, Gary Ridgway hanya mampu menjawab "Guilty". Dan FFF merasakan hakim ini berlaku adil kerana memanggil semua keluarga mangsa supaya berpeluang "face to face" dengan Gary Ridgway. Kata-kata cacian, sumpahan, cercaan dilemparkan pada Gary Ridgway tetapi Gary Ridgway hanya buat muka toyerrrrr je.

Beginilah muka Gary Ridgway ketika menghadap segala cercaan dari keluarga mangsa.

 Maka tampilah seorang lelaki yang merupakan seorang ayah mangsa dan berkata:

"They are people here are hate you, but i'm not one of those. What God says to do, is to forgive all AND YOUR ARE FORGIVEN, Sir"
Robert Rule (Bapa mangsa Linda Rule)

Dan beginilah rupa Gary Ridgway apabila mendapat kemaafan


Inilah yang FFF cuba bawakan untuk pembaca. KEMAAFAN. Bagaimana "Raksasa" yang kejam ini, berhadapan dengan kemaafan, menangis dan menyesali perbuatannya. FFF mengalirkan air mata apabila melihat video dimana Gary Ridgway dimaafkan diatas kesalahannya membunuh Linda Rule. Bukti yang segelintir manusia mempunyai sifat kemaafan ini. Robert Rule telah diuji dengan kematian anakknya dan mampu memberi kemaafan kepada Gary Ridgway, pembunuh kepada anaknya. FFF juga pernah membuat salah, FFF juga pernah mengharapkan kemaafan, dan FFF telahpun dapat kemaafan tersebut. FFF hanya mampu mengalirkan air mata kegembiraan serta penyesalan. FFF merasai apa yang Gary Ridgway rasa.








Monday, June 8, 2015

Southern Metal Assault MMVX


Rasa lama dah tak pergi gigs. Sebelum ini ada merancang untuk ke March of Aggression di Kuala Lumpur tetapi disebabkan ada kenduri di rumah datuk saudara, maka terpaksa dibatalkan.

Baiklah, sekali lagi saya berjaya memujuk rakan saya yang menganggap dirinya "POSEUR" untuk turun ke gigs ini. POSEUR? Mengapa? Sebab tu yang dia cakap aaa bukan saya yang cakap. Dia ni boleh dikategorikan sebagai non-metal yang terlibat dengan musik metal disebabkan pujukkan saya wakakakaka! "SAYA BELANJA" adalah ayat yang paling hebat sekali untuk memujuk dia. Hahahahaha!

Ahad merupakan permulaan hari bekerja bagi kami di Johor. Maka kami tidak dapat mengikuti gigs ini dari awal kerana kekangan kerja. Yup. Pada tarikh 07/06/2015, apabila jam menunjukkan 5:00 petang, kami berdua punch card dan bersiap sedia untuk ke venue. Hampir jam 6:00 petang, baru kami bergerak ke Embrace Hall, Taman Tampoi Utama. Masalah mula timbul apabila GPS buat hal. Mujurlah aplikasi WAZE sempat membuat "calculation" peta ke tempat tersebut. Berpandukan bangunan-bangunan sekeliling, saya dan Zul (rakan saya ni) berhati-hati memandu supaya tak sesat. Mujurlah Eddie (Organizer) sempat dihubungi dan dapat memberi tunjuk arah. Kami tiba di venue jam 7:00 petang. Kawasan Embrace Hall ini sangat sunyi, lengang dan "obscured". Macam Ghost Town pon ada. Sampai di venue, bersalaman dengan Eddie, Fazli (Musik Box), Xul Azrai (Kukubesi), Brader Buang (Mua-ru) serta beberapa rakan yang tak tau nama mereka tu siapa... Hahahaha!

Ketika tengah nak naik ke tempat berpeluh, terserempak pula dengan abam Jeff Disposal kita ni. Hellyeah! Sweet orangnya wakakaka! Sempat interview beliau, rilisan baru akan direkod tak lama lagi. Maka lagi ramailah guru-guru bakal dibelasah oleh Central Disposal. Sejujurnya, memang saya datang ke gigs ini untuk menyaksikan persembahan mereka. Terima kasih TFHM!!

Saya dan Jeff Disposal

Secara kebetulannya, kami tiba di venue pada waktu break, maka selepas bayar duit tiket dan dicop tangan, kami menuju ke kedai mamak yang berdekatan. Saya order roti telur 2 keping dan roti kosong 1 keping. Pergh! Betul-betul kenyang dibuatnya! Kemudian Xul Azrai datang lepak dengan kami dan berborak. Beliau merupakan vokalis kepada band Kukubesi, sebuah band death/thrash yang sedang naik namanya di pesada Malaysia dan International. Haha! Banyak yang kami borakkan! Kemudian seorang lelaki yang chubby, botak dan hensem datang kat kami. Beliau adalah Akey Mistik!! Hahaha! Lembut aja pertuturan dari beliau. Maka terjawab beberapa persoalan mengenai band Wujuru (kalau salah eja MINTA MAAF YA???), band yang berskala international dari 2 negara (Indonesia dan Malaysia). Difahamkan band ini memainkan irama seperti Amorphis di awal kemunculan band itu. WOW!! Doom/Death Metal!! Juga, saudara Akey ini merupakan vokalis kepada band ini. Banyak juga diceritakan kerja-kerja recording dan penulisan lirik. Sangat menarik!! Diceritakan juga bagaimana orang-orang Indonesia yang kuat bekerja (dalam bab recording)


Akey Mistik, Saya dan Xul Azrai

Jam menunjukkan pukul 8:00 malam dan kami beransur bergerak ke tempat gigs. Band SENJAKALA beraksi. Memainkan musik yang agak progressif, doom dan death metal. Yeah... Hebat!! Band dari Brunei ini hebat dengan vokalis wanita yang sangat memukau! Tak sempat nak sambar CD mereka di akhir gigs ini. Mungkin mereka balik awal kot. Argh!!!



Kemudian band Mistik mengambil alih pentas. Sebenarnya band ini adalah headliner pada malam itu tetapi disebabkan beberapa line-up yang mahu pulang ke rumah masing-masing pada jam 10:00 malam, maka band ini terpaksa beraksi awal. Persembahan yang sangat bertenaga! Walaupun mereka dah berumur, mereka memberikan persembahan yang padu dan mantap! Lagu-lagu klasik seperti Journey To The Forbidden Woods, Hunger For The Moon, Perjanjian Syaitan dan 2 lagu baru (maaf, tak ingat tajuk) dipersembahkan dengan sangat hebat! Rakan saya, Zul terkejut dengan suara Akey. Hahahaha! Sebelum ini dia berborak dengan Akey, suara yang lemah lembut. Tapi bila atas stage, segala-galanya berubah. Hahaha! Saya hanya mampu gelak. Hahaha!




Kemudian, band Incarnation mula mengambil alih. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk "setting" instrumen mereka. Ramai anak muda menunggu Incarnation untuk beraksi. Apabila Incarnantion memainkan musik metalcore itu, ramai anak muda bersilat dan bertaekwando. Bukan cawan teh saya tapi saya mampu menghanggukkan kepala. Rakan saya, Zul mengatakan yang dia meminati permainan Incarnation. Tahniah Incarnation, anda dah ada 1 orang peminat baru! Hehehe!




Pengakhirannya, Central Desposal mula menerjah. Dimulakan dengan lagu Wall of Fear, kemudian membawa lagu saduran dari "Dark Angel - Merciless Death". Saya tak boleh tahan dengan lagu cover yang sangat hebat tu. Sing a long beb! Puas hati beb!! Lagu wajib saya didalam playlist MP3 saya!! Argh!!! Kemudian diikuti dengan lagu "Thrash or Be Thrashed" pergh!!! Sangat padu! Menyusul pula lagu "Mindwars" lagi lah menggila saya dibuatnya! Percubaan untuk mosh dari Prop (Grundar) dan saya tak berapa menjadi. Huhuhuhu! Pengakhiran persembahan mereka dengan lagu "Under Attack" sangat memukau saya! Saya dah keletihan sebab lupa nak beli air 100 Plus. Hadeeeeeeeeeeeeehhhhhh...





Bob of Damokis (Soundman)

Saya dan Brader Buang

Penyudahnya, saya bersalaman dengan semua orang. Hehehehe! Letih sangat. Embrace Hall menjadi ketuhar kerana hanya ada 1 kipas yang berfungsi. Hampeh betul. Panas giler! Apa-apa pun, terima kasih kepada The Four Horse Men yang telah menjayakan gigs ini. Gigs ini dihadiri seramai 50-60 orang sahaja. Sedih la... Mana lagi metalheads ha? Tak pa lah... Janji saya berpuas hati. Sangat-sangat berpuas hati. Untuk gigs kali ini, hanya 1 CD jer yang mampu dibeli... Huhuhuh!!


Jam 11:00 malam kami bertolak pulang dan jam 12:00 malam kami tiba dirumah, mandi dan tidur kerana esok kerja. Fukkkkk!

Thursday, June 4, 2015

Fright Fried Friday:- Athens Ripper

Minda manusia sangat kompleks untuk difahami. Apa yang saya setuju dengan pendapat anda adalah berbeza dari segi percentage untuk setuju. Mungkin dari 1% hingga 99.99%. Hehehe!

"Fright Fried Friday"

Bukanlah dari sudut ketakutan sahaja. Malah emosi manusia yang sangat dahsyat ini merangkumi pelbagai aspek! Saya akan kupas untuk setiap "series" FFF ini hehehe!

Athens merupakan sebuah bandar yang penuh dengan mitos. Dari Athena kepada Zeus (A-Z) hahaha! Tetapi bukan dewa-dewa ini yang saya nak ceritakan. Ia berkenaan Antonis Daglis. Seorang pemandu truck yang berjiwa kacau, berhalusinasi dan schitzopheric. Dia telah disabitkan dengan kesalahan membunuh 3 orang pelacur dan 6 percubaan membunuh. Semua mangsanya adalah PELACUR. Yup... Mula mensasarkan mangsanya diantara 1992 hingga 1995. Terdapat 1 orang mangsa, Ann Hamson, warganegara Britain telah dirogol, dicekik dan dan dicerai-beraikan badannya. Dan semua mangsanya.... cerai-berai dari badan mereka.


 "I hated all prostitutes and continue to hate them. I went to meet them for sex but suddenly other pictures came into my head. I heard voices which ordered me to kill. Once I thought about strangling my fiancĂ©e, but I restrained myself."
~Antonis Daglis~

Dah, tu jer. Nak lebih-lebih nanti saya akan buat untuk entri "FFF" yang akan datang.

P/S: Antonis Daglis juga menginspirasikan Hiding Fear dalam menulis lagu "Athens Night With Knife". Penulis cuba "menjadi" Antonis Daglis dan melihat melalui "mata" Antonis Daglis untuk diterjemahkan di dalam lagu ini. Bagi penulis, ia sangat cocok dengan Antonis Daglis ini. Jadi, kepada sesiapa yang memiliki demo ini dan tak faham apa yang cuba disampaikan, harap-harap penulisan ini dapat memberi pemahaman kepada anda. Hehehehe!


Monday, June 1, 2015

Nepenthes

Baru je beli petang tadi selepas pulang dari kerja (01/06/2015|18:38 P.M). Di dalam semak-semak di kawasan lombong pasir di area Wa Ha dan Tanjung Sedili, pokok-pokok ini dikatakan hidup subur. Terdapat 2 spesis di area ini. Satu seperti digambar ini, dan satu lagi jenis tumbuh diatas tanah dan ia tidak menjalar seperti ini. Insya Allah, jika diizinkan, saya akan ke area sana dan cari pokok ini lagi.

Nepenthes/Periuk Kera




Tuesday, May 26, 2015

Aquarium

Huh!! Dari kecil sampailah ke sekarang saya memang minat dengan haiwan-haiwan akuatik terutamanya ikan. Hahahahaha! Akuarium ini adalah ihsan seorang pak cik yang dah tak larat nak menjaga ikan-ikannya. Ikannya pun dah dipotong dan dimakan maka hanya tinggal akuarium kosong sahaja. Saya offer nak beli tapi katanya dia nak bagi free je. Hahaha! Untung!!

Saya bercadang nak beli tangki biru yang besar tu. Nak bela ikan koi pula. Sambil-sambil nak cuba sistem "aquaponic". Faedahnya ialah kita boleh berjimat daripada membeli ikan dan sayur di kedai. Hahahaha!


Saya ada 3 akuarium. Tetapi saya bagi anda tengok akuarium saya yang besar punya, akuarium pemberian pak cik machos el poponopos ni hahahahahaha!!


Scar the Oscar Fish

Catty the Redtail Catfish

Einstein the Yellow Parrot Fish

Whats up?

Pelir Ko the Pleco Fish

Dafuqqqq??!!

Sunday, May 24, 2015

Masak Lemak Cili Api EPF

Asalamualaikum. Saya nak kongsikan apa yang saya dah masak hari ini hahahaha!! Semalam (jummat/22.05.2015) saya beli ayam EPF ataupun ayam pencen. Tup! Saya teringat seorang rakan setugas saya bercerita bagaimana nak masak masakkan ini. Terus sahaja saya membeli bahan-bahan untuk menyediakan menu ini! Hahaha!

Beberapa ulas kunyit, 1 inci halia, cili, serai, seulas bawang, terung, sekotak santan dan ayam pencen. Kesemua bahan-bahan ini adalah SECUKUP RASA saya.

Ayam pencen kena rebus dulu selama 1 jam supaya empuk. Hahahahahaha!

Tumis kunyit dan cili.

Masukkan santan.

Tunggu mendidih sekejap.

Masukkan serai.

Masukkan ayam pencen yang dah direbus sekali dengan air rebusannya.
Masak sehingga anda rasa ia dah masak wakakaka!

Belasah dengan nasi dan kicap. Ejaculation wacakapsamaluuuuu!!!