Saturday, March 19, 2016

Pedal To The Metal #2

Ohyeaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh....


Ok geng, barang yang saya order dah pun sampai. Hahahaha! Penulisan kali kedua dari rakan bloggers saya, Ahmad Raimi dan rakan-rakanya. Sesuatu yang menarik bagi saya kerana ia mempunyai tema berbasikal pada masa yang sama memuatkan beberapa karya seni dan penulisan seperti ulasan. cerpen. lukisan dan lain-lain lagi lah.


Terpampang wajah EVIL MACHINE dengan EVIL MACHINE jr. Hahahaha! Muka stim pekena L.A ka bro?

Memuatkan beberapa kata-kata daripada lagenda metal dunia berkenaan kematian/pemergian Lemmy. Yup... Dikhabarkan Motorhead sudah tiada lagi. Hurmmmmm...

Memuatkan temuramah bersama Jehovah The Satyr. Yup... Band "Melodic Death Metal" dari Indonesia. Hahahaha! Ohsem!

Temuramah bersama frontman Here-FUCKING-after, Redza! Hurmmmm... Saya dah dapat hidu sesuatu yang baru dalam tahun ni (2016) hehehehe!

Saya tak berapa suka dengan Mia Khalifa ni. 2-3 hari lepas, buka YouTube untuk mendengar lagu-lagu, boleh pula di bahagian "Recently Upload" ada berkenaan "5 Things You Dont Know About Mia Khalifa". FUKKKK!!! Kalau dulu, boleh la aku layan. Sekarang? DEATH TO ALL PORNOGRAPHY! DEATH TO ALL ILLEGAL SEX!! FUKKK U! FUKKKK U! Lepas ini nak kena tapis. Haish... Makin susah aku nak hidup dengan tenang. Bilaaaa laaaaaaa aku nak start hidup dalam hutan ni? Haishhhh.....




Artwork yang SANGAT KREATIF! Saya suka. Tak lah bosan membaca. Diselitkan pula dengan gambar lukisan yang menarik. Ohyeaaaaahhhhh.....

Senang cerita, banyak yang dah dikongsikan oleh Raimi kepada kita melalui blog beliau. Cuma ada beberapa yang baru dan fresh. Karya penulisan Adi Herman (pengarang buku Pentagram Di Atas Pusara) juga dimuatkan di dalamnya. 

Keseluruhan? Saya suka. Idea yang unik. Beliau berani mengetengahkan idea dan menjelmakan idea ni kedalam bentuk fizikal. Oheyaaaa..... Saya harap, isu yang akan datang, ia menjadi lebih tebal. Panggil lagi karyawan bebas untuk dimuatkan karya mereka ke dalam zine ini. Hehehehe!



Monday, February 15, 2016

Psthumus Radium: Orchestra/Baroque

Asalamualaikum dan selamat sejahtera.

Maaf.... saya rasa dah berpuluh kali minta kemaafan sebab tak update blog. Adeeeeeeeeeehhhh... Saya pun tak tahu kenapa...

Tapi hari ni saya dapat ilham selepas mendengar lagu soundtrack dari game visual novel/VN yang bertajuk SUNRIDER. Sudah tentu ini game dari tanah Jepun. Game VN ini sangat popular di kalangan kaki-kaki hentai kerana 99.99% adalah erotic/hentai. Senang cerita, KOMIK LUCAH laaa. Kenapa saya panggil komik lucah? Kerana maksud VISUAL NOVEL itu sendiri membawa kepada KOMIK. Visual dengan Novel dalam satu bentuk. Tapi, bukan semua VN adalah komik lucah! Sunrider adalah VN yang boleh dikategorikan sebagai 18SX. Bukan XXX tapi 18SX

(Kalau game SUNRIDER ACADEMY memang game eroge @ erotic game dan ia adalah XXX. Company yang sama cuma jalan cerita yang berbeza. Rasanya SUNRIDER clean dari scene seks. Sebab aku tak main, hanya tengok walkthrough)

Apa kena mengena game Sunrider dengan Orchestra/Baroque?

Haaaaaa... meh sini nak cerita. Musik Baroque dan Orchestra ni.... SILA BUAT RESEARCH SENDIRI! Fuahahahahahahaha!!!!

Kebanyakkan soundtrack dalam game Sunrider adalah musik baroque dan orchestra. Game yang tak lah grafik nya macam game di XBOX tapi... JALAN CERITA DIA boleh terajang mana-mana drama atau movie. SERIUS! Sangat epik!

Saya memang suka musik orchestra dan baroque dimana penggunaan instrument organ dan pelbagai lagi digabungkan menjadi satu. Best! Macam musik Darth Vader laaa. Tapi, track dalam game ini sangat memukau saya. SANGAT SANGAT SANGAT MEMUKAU SAYA!

Sebelum ini saya terpukau dengan "Toccata and Fugue in G Minor" dan "Little Fugue in D Minor" karya Johann Sebastian Bach, "One-Winged Angel" oleh Nobuo Uematsu dan "In Awe Of Power" oleh Koh Ohtani (Album The Shadow of Colossus: Roar Of The Earth. Superb beb) dan kini, saya terpukau dengan "Psthumus Radium" yang saya nak kena korek siapa komposer lagu ni.


Apa yang saya boleh gambarkan? Apa? Saya tak tahu... Saya ketagih lagu ini. Bila dengar sahaja badan mula meremang dan menggigil. Mata saya menjadi putih, tangan terketar-ketar. Jantung bergerak laju. Lidah terjelir-jelir. Mulut merapu-rapu. Saya dapat rasakan "kuasa" dalam lagu ni. Darah... Darah... Darah... Dendam palsu yang dianuti selama ini terlunas dengan senjata maha gila. Perasaan kepuasan melihat musuh mati menggelupur, dan dengan lahapnya mata menjamah nikmat yang terhidang sedia.... Ish... Saya imaginasi yang saya mengukir daging manusia dengan pisau ditangan sambil menangis pada masa yang sama ketawa. Yup... Bila saya dengar lagu ni... Saya mampu menangis sambil ketawa. Menangis kerana membuat dosa, Ketawa kerana gembira dosa itu terlaksana, Minda saya jadi sakit lepas dengar lagu ni. Tapi tak mengapa... lepas 2-3 hari nanti pulih la... Tapi... Boleh ke pulih?

Saya bayangkan saya di pentas membaitkan puisi celaka dengan gaya melaknat sekalian penonton dan memuntahkan udara dengan suara yang mengerikan seperti kerasukkan. Yup... Saya tulis artikel ni selepas membuat "aksi" tu di depan cermin. Puas Hati!!!


Thursday, November 26, 2015

Pedal To The Metal: TEASER

Asalamualaikum dan selamat sejahtera.

Zine ni dah ada kat tangan tapi tak sempat nak baca dan kebetulan boleh pula tertinggal di pejabat! Argh!!! Serabut perut sungguh!!


Apa-apa pun saya dahpun memilikinya. Saya mendapat 1 naskah pecuma kerana saya ada contribute satu lukisan untuk zine ni. Terima kasih kerana saudara Raimi "HENSEM" Barbarossa yang sudi mempelawa saya menyumbangkan 1 lukisan untuk zine ini. Kebetulan saya sedang menyiapkan lukisan yang agak horror kerana saya pernah post draft ini di sebuah group FB yang mengutamakan ART. Tetiba je admin komen "Your artwork are still innocent". Saya tak faham. Jadi saya pon siapkan lukisan ini dan upload sekali lagi di grup sana, dan saya sindir " I Dont Understand Why My Artwork Is Still Innocent While I Defile This Artwork LOL". Kemudian, admin berkenaan mencadangkan saya menggunakan dakwat biru. Why? Why dakwat biru? Sapa-sapa boleh kasi penjelasan kenapa dakwat biru?

Jadi, ini hanyalah TEASER bukannya review yang sebenar. Ok? Byeeeeeeeeee!

Tuesday, November 24, 2015

SURTUR "Descendant Of Time" EP [FAITHCRAFT PRODS]


How rare of me to listening such a superb jewel of Thrash Metal came out from Bangladesh! No, this is my 1st Bangladesh metal i ever heard!

Hailed from Dhaka, Bangladesh, this band slay us with intense thrashing audio assault. Just listen to the intro, Prologue To Chaos! Fucking EPIC!!! Its like a storm approaching us, slow doom-ish atmosphere, the track itself telling me that disaster now come and you are doomed, be prepare! That's my kind of feeling!

Then, the 2nd, DESCENDANT OF TIME track attack without mercy! This is so brutal! I like the way they play that guitar. It feels like some kind of middle-east kind of riff. A little bit of melodick! Oh yeah!! The screaming vocals are fits well with the music. Hellyeah!

The 3rd track, MAGGOT FILLED BRAIN is a little bit slow but some part are fast. It have Megadeth and Kreator feelings, i think! The solo are tasty! 5 minute of good tasty delicious thrashing madness! The composition of the track are great! Hahahaha! Fuck you!

The 4th track, DEMOLISHER are my favorite! Intro are slow but wait for it... wait for it then you have the most brutal thrashing attack! Insane! They made what Sadus did on "Chemical Exposure", Dark Angel did on "Darkness Descents" and Assassin did on "Interstellar Experience". Fuck yeah!

Sum it up, this band sounds of some modern/new day of thrash metal. You know, band like Havok, Suicidal Angel, Violator etc etc but the riffs and composition of the track are some good old school thrash. If you are fans of SADUS and DARK ANGEL, Surtur is the band! This band must play outside and give the crowd a pure blasting thrash madness!



Contact Faithcraft Prods and grab this shit!!

Sunday, November 22, 2015

Back From The Slumber


Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai... Apa Khabar? Sihat? Dah makan? Dah minum? Dah senggama?

Maaf laaaaaa lama sangat saya bertapa. Kesibukkan kerja, masalah peribadi dan keluarga menyekat idea dan mood saya untuk menulis. Rasa macam dah tak berapa nak "enjoy" menulis. Sekarang alhamdulillah. Rakan saya minta saya menulis Kisah Seram. Yeah, inilah peluang saya nak menulis dan melukis! Rakan blogger saya, Raimi Barbarossa tanya saya adakah saya berminat untuk memberikan artwork untuk rilisan seterusnya darinya iaitu PEDAL TO THE METAL zine. Jadi saya ni fired up walaupun menghadapi audit dalaman.

Maaf ya kawan-kawan.... Saya tak mampu untuk menulis seperti anda. Mood saya sangat fragile walaupun muka saya buruk haram jadah. Hahahahahaha! Sepatutnya mood yang senang rosak ni dimiliki oleh mereka yang cantik, comel, lawa, tetek besar opsssssss.... errrrr biarkan bab tu.

Untuk Kisah Seram, saya akan cuba lari dari kisah seram tipikal melayu, jampi, ayat-ayat ruqyah dan apa-apa yang berkaitan dengan Mistik Melayu dan Islam. Yerp... Its gonna be pure-lovecraftian. Hanya ciplak 10% Lovecraft aja. Apa yang dimaksudkan dengan Lovecraft? NO HAPPY ENDING, ALL GONNA DIE or DROWN IN MADNESS by the FEAR OF THE UNKNOWN!


Saturday, September 19, 2015

FUNERUS: THE BLACK DEATH OVER ASIA TOUR (JB)


Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan. Sebelum Funerus tiba di Malaysia, Necrowretch telah mencemarkan kakinya ke Johor Bahru. Yup. Kemudian, saudara Fadzil MusikBox memberikan sekeping flyers Funerus akan datang tour di Johor Bahru. Dan yang menarik perhatian saya ialah; John McEntee ov Incantation juga turut support band Funerus, band isterinya Jill McEntee. Saya pon ARGH!!!! REALYY?? WAT DA FISH?? Hahahahahaha!!!

Saya pon kumpul sedikit wang untuk membeli stuff Funerus (INCANTATION SEBENARNYA) hahaha!

Saya menunggang motor sahaja bermula jam 3:30 petang dan tiba di venue pada jam 5:15 petang. Saya pergi ke mamak untuk melampiaskan nafsu makan. Masa tu tak nampak lagi metalheads, urgh... saya awal sangat kah? Dah la line celcom disitu macam celaka cibai. Bukannya apa datang awal ni, saya nak elakkan hujan.

Dah makan tu, saya terus menuju ke Embrace Hall. Tutup. Demmmmm... Jadi saya lepak aja disitu. Tetiba je terdengar bunyi orang hon kereta. Oh rupanya Iwan Kukubesi dan seluruh ahli Disobeyed tiba. Hahahaha! Salam-salam dan berborak, lepas tu pergi ke mamak. Ya, saya pergi ke mamak yang sama 2 kali. Saya tagih janji Iwan untuk belanja sirap limau ais. Hahahahaha!!

Sempat juga saya bertanyakan tentang TANDUS, lagenda THRASH METAL JOHOR. Menurut Iwan, status TANDUS masih lagi terawang-awangan. Juga berkenaan dengan album baru, dia tidak memberikan komen apa-apa. Saya ajukan soalan lagi; Riliskan lah semula EP Logam Maut. Ramai maniakkk memburu barang tu. Iwan menjawab; Ada label yang mahu re-release kan EP tu tetapi, ia berkait dengan masalah copyright. Jadi, mereka tidak mahu masalah berlaku.

Itulah jawapan dari Iwan. Yup... Sambil-sambil minum, saya berborak dengan Disobeyed. Hahaha! Mereka kelihatan macam letih aja. Banyak yang kami borakkan ketika makan. Saya juga tertarik dengan ajakkan mereka bertandang di Sabah. Katanya; KUNDASANG adalah OHSEM!!! ARGH!!!! Saya nak kesana juga!!

Jam menunjukkan 7:15 petang dan kami beransur ke venue. Disobeyed mula membuat "Sound Check". Insinner kelewatan kerana berlaku trafic jam di highway Pasir Gudang. Urgh... Kemudian datanglah seorang mamat saleh ni jumpa Fadzil bertanyakan harga jualan stuff. Saya pasang telinga. CD dan 7" Vinyl: RM40. T-Shirt: RM50. Patches: RM10. Girlie Shirt: RM50. Hahahaha!

Jam menunjukkan waktu 8:30 malam dan DISOBEYED mula menakluki pentas. Ramai sudah mula naik ke Embrace Hall dan bersiap sedia untuk headbanging. Hahaha! DISOBEYED sangat mantap. Persembahan dia sangat padu! Black/Death Metal yang sangat BESTIAL. YEARGH!!!!! Saya sangat kagum dengan persembahan dan sound yang mereka hasilkan! UARGH!!!!








Nak tahu berapa ramai crowd yang hadir? Nah, ni dia. "RAMAI SIOT"


Kemudian selepas DISOBEYED menghancurkan pentas, saya keluar sekejap untuk menghirup udara segar di luar. Kelihatan Fadzil dan Xul Azrai berborak-borak dengan John McEntee. Haha!! Pujaan Hatiku!! McEntee agak kecewa dengan kehadiran crowd kira-kira 30 orang. Yelah... nak buat macam mana kan?

LIGHTBULP! Saya ajukan soalan ke John McEntee. Begini bunyinya.

Saya: John, adakah anda masih lagi berhubung dengan Henry?

John: Apa? Veggian? (nama sebenar Henry Veggian) Ya! Ya saya masih lagi berhubung dengan dia. Saya lihat dia agak selesa dengan kehidupan dia sekarang ini sebagai seorang cikgu (PENSYARAH sebenarnya hihi). Kini dia tidak lagi metal seperti dulu, dia sekarang mempunyai minat yang lain (MEMANCING)

Saya: Jadi, anda dengan Revenant hanya menghasilkan 3 buah demo, kan?

John: Ya benar tu, saya sangat gembira dengan apa yang saya sumbangkan pada Revenant dan walaupun saya mengambil keputusan untuk keluar dari Revenant. Bagi saya, Revenant adalah band yang sangat hebat, pantas dan brutal. Saya bangga dengannya.

Jadi itu sahaja yang saya tanya. Nak tahu pasal REVENANT?? Klik DISINI. POP!!!! Terus Fadzil teringat. Dia mengatakan punca crowd tak ramai. BOLA SEPAK. Saya tak tahu apa-apa. Kemudian, John beredar untuk mencari minuman. Hahahahahahaha!!

Sempat bergambar dengan pujaan hati saya, John McEntee ov INCANTATION!!!!!!!

Pada masa yang sama, Insinner mengambil alih stage dan memporak-porandakan stage. Crowd menggila! Death Metal bawaan Insinner didalam aliran Entombed, Dismember dan Grave serta beberapa nama lagi. Di pertengahan persembahan Insinner, tiba-tiba Bob Agigi mula menunduk mengerang menahan kesakitan. Kakinya luka terkena kaca (sebelum ini, kalu korang tengok FB Bob laaa). Bob mahu teruskan persembahan, saya bawakkan kerusi dan Bob meneruskan persembahan dengan duduk sahaja di kerusi...






Kemudian, band yang ditunggu-tunggu telahpun berada dipentas. FUNERUS!!! Tengah-tengah deorang memasang gear masing-masing, crowd menjerit "JESUS!! JESUS!! JESUS!!" Rupanya technician Funerus tu. Hahahaha! Aku yakin nama dia bukan Jesus tapi disebabkan muka dia "mirip" Jesus (mungkin Jesus dalam gambar tu kot?) maka dia dapat gelaran Jesus. Aku dan beberapa member hanya mampu gelak. Tetapi, John McEntee panggil dia Godzilla. Hahahahahaha!!! Sebab dia pakai t-shirt Godzilla.

Persembahan mantap dari FUNERUS memukau saya. Dimana bassist/vokalisnya, Jill McEntee memainkan peranannya dengan sangat bagus! Interaksi dengan crowd pon sangat bagus. Sentiasa senyum. Sebenarnya, Jill McEntee cedera dikaki dan bertongkat semasa datang kesini. Tetapi, diwaktu persembahan, dia tidak bertongkan. SALUTE!! Pada mulanya, FUNERUS pelik kenapa crowd jerit JESUS JESUS. FUNERUS tak faham. Tetapi bila technician tu naik pentas repair gear dan setting sound, crowd jerit JESUS, mereka mula dapat tangkap. Seorang crowd jerit "HIS FACE LOOKS LIKE JESUS" maka berderai gelak dari FUNERUS. Deorang pon panggil mamat tu JESUS. Adeeeeehhhhhhh Lawak SIOT!!! hahahahaha!!

John McEntee punya permainan sangat hebat, showmanship dia sangat padu. Juga gitaris mereka serta drummer. Permainan ala-ala Incantation juga tetapi tidak terlalu technical. Seolah-olah anda dengar band Incantation dan Derketa serta beberapa nama lagi. Saya sempat juga memetik gitar John McEntee bila dia hulurkan gitar kearah crowd! Pengakhirannya, John menggesel kan gitarnya pada speaker. ARGH!!!!! Gila!!!













Bila John McEntee baling pick gitar dia, Malik Hanael yang tertunduk sambar pick tu. Saya duduk belakang Malik kempunan!! Hahahaha!! John puji dia "Hey nice catch! I like the way you catch, its like Ninja, you know?" Malik senyum hahahaha!! Keseluruan gigs adalah SANGAT MEMUASKAN SHIT!!!!!!! ARGH!!!!!!! Sempat bergambar dengan mereka!







Saudara Eday Naim saya salute sama dia. Dari Taiping dia naik bas, sanggup turun ke Johor Bahru beb!!! Selpiaqqqqq sat!!!

Bersama Eday Naim

Besama Big Show

Bersama "Jesus/Godzilla"

Gigs selesai pada jam 11:00 malam. Saya pon ride pulang ke Wa Ha dengan motor. Sempat bersalaman dengan semua orang. Hellyeah!! Best.Gigs.Ever!!! Berhenti sekejap di kedai area Kota Tinggi, pekena sup tulang, pastu ride balik ke Wa Ha. Sampai rumah jam 1:30 pagi, mandi2 dan tidur dengan senyuman... Hihihihihi!!!