Thursday, May 18, 2017

Muar Metal Fest 4

Asalamualaikum. Yaaaaa... MUAR METAL FEST 4 adalah suatu kejayaan dimata saya! Hahaha!

Saya mulakan perjalanan pada hari Khamis petang, dari Kota Tinggi ke Batu Pahat dengan seorang rakan setugas di pejabat. Sampai di stesen bas Batu Pahat waktu menunjukkan jam 7:45 malam. Saya tanya dan alhamdulillah, Bas Orkid ada menyediakan perkhidmatan ke Muar. Alhamdulillah! Setibanya saya di Muar, tuan haji Buang mengambil saya disana dan saya bermalam di Hotel Sungai Abong. Selesai check in, makan dan saya ikut Buang, Amy Autopsy dan Kojek ke studio Wong. Kat situ saya tengok mereka prektis. Fuhhhhh! Gila!!!




Esok, Jumaat juga seperti semalamnya. Cuma saya check-out pada waktu malam dan menuju ke Homestay Umi Abah di bandar Muar. Kali ini, saya bermalam bersama Coronation dan Faza Ov Succubus. Sebelum itu, kami ronda-ronda kawasan "Danga Bay" Muar iaitu Laman Maharani. Disini, penggiat musik Muar sedang menjalankan aktiviti busking. Sambil-sambil itu, Azmee selaku Presiden Persatuan Musik Muar mempromosikan "Konsert Jelajah Antara Negeri" iaitu nama samaran untuk Muar Metal Fest. Buang tergelak bila Azmee mengumumkannya. Sempat juga saya menjamah Murtabak Keju di gerai Murtabak Tanah Melayu. Pergh! Sedap weiiii!!! Cikgu, SEDAK BOHHHH!!!!



Sabtu, adalah hari yang sangat berpuakarggghhhhhh!!! Buang sibuk menguruskan segala keperluan gigs, dimana saya dari homestay bergerak ke venue bersama Faza Succubus. Sebelum ke Dewan Persatuan India, saya dan Faza serta seorang rakan lagi (maaf saya lupa nama anda) menikmati asam pedas Panzer Our Grave di Parit Jawa. Pergh...


Sampai di venue pada jam 12:00 tgh hari, saya dan Faza lepak di McDonald di Wetex Complex. Saya order kopi dan Faza tidak order apa-apa. Kemudian, Hafifi ov Succubus, Arm ov Succubus, Angah dan seorang rakan yang saya lupa namanya (GODA punya line-up). Borak punya borak, hampir waktu gigs bermula. Saya bergegas ke venue, beli tiket dan beramah mesra dengan rakan-rakan seperjuangan. Hahaha!

Sempat jumpa Icam Panzerfaust hahaha! Beliau menjaga booth Hellishlinthar dimana mereka menjual EP baru mereka. Rakan-rakan ramai datang dari JB, Negeri Sembilan, Melaka malah KL! Pergh! Hirok-pirok beb! Juga... Kelibat brader berjubah putih dan beserban mula memberikan hati kami para metalheads sedikit cuak. Rupa-rupanya? Jenggg Jenggg Jenggggg!! Ok, jom tengok gambar sebelum acara bermula hehehe.






PHOTO CREDITS:- Ezzry Yuzal Of FLAYING THE FLESH

Hellishlinthar mengambil pentas merasmikan MUAR METAL FEST 4 dengan rakusnya! Genre BLACK METAL bawaan mereka sangat kejam dan bertenaga. Argh!!! Saya tak boleh fokus kerana saya sedang membantu rakan untuk make-up (istilah metalnya, Corpse Paint). Dapatkan EP mereka "BANGKIT DARI NERAKA"




Kemudian, Mu-Aru mengambil alih pentas. Black/Thrash adalah kiblat metal mereka. Dengan sound effect deruan angin dan ombak laut, sememangnya seram... Tetapi apabila bass memecah hening dewan dan gitar mula menyerang, crowd umpama orang GILA!! Dapatkan kaset EP mereka "Serpentine Terror" keluaran Gedebe Records!






Black Demon mula mengambil alih pentas! 3 anak muda yang membawa genre Punk/Black n Roll dengan begitu bertenaga sekali! Yeargh!! Saya terhibur dengan persembahan mereka. Mereka juga telah meriliskan demo bertajuk "BLACK ROCK AND ROLL MADNESS" dalam format kaset dibawah label Blood Of War Records.



Kemudian, As I End mula menapak dan berakar di atas pentas. Melodic Death Metal/Metalcore adalah bawaan mereka. Kucar-kacir dibuatnya!! Kegilaan demi kegilaan melahap pentas! Argh!!

Seterusnya, angkatan dari Jay-Bee mula menyerang, FLAYING THE FLESH!! Technical Brutal Death Metal bawaan mereka memang rakus dan kejam! Lagu-lagu mereka sarat dengan darah, hukuman ngeri dan isi perut. Tiada rilisan setakat ini tetapi WASPADA, mereka memainkan lagu-lagu sendiri serta 1 lagu cover dari Morbid Angel - Dawn Of The Angry!!! Paduu!!! Inzal sial!!





Succubus, nama band yang gah dipersada scene metal tanah air kembali beraksi selepas 2 tahun tidak beraksi. Succubus membuka tirai mereka dengan lagu Atrocious Parricide, sebuah track yang sangat berhantu! Gila woooo!! Jahat sial!! Mereka juga memainkan 3 lagu baru mereka. Lagu-lagu ini dimuatkan didalam promo tape mereka "NOCTURNAL" untuk mempromosikan album mereka yang akan datang. Dikeluarkan dibawah Gedebe Records. Hoh, demo memey sek2 gedebe, abe wan weiiii! hahaha!!!






Coronation mula mengangkat diri mereka sebagai raja di pentas pada malam itu. Mereka dengan menjulang Black/Death Metal yang disaduri lumpur-lumpur Doom. Sial! Aku dulu tak berpeluang memiliki stuff mereka! FUCK!!!! Jahat sial!!! Mereka membawa lagu sendiri serta 2 lagu cover dari Beherit (The Gates Of Nanna) dan Morbid Angel (Day Of Suffering). Pergh...





Acara diberhentikan seketika bagi menghormati maghrib. Sedang-sedang rehat, menyambil-nyambil bergambar dengan rakan-rakan saya yang kacak serta friendly! Ni dia gambar ketika berehat! Hahaha!!



Akhirnya, aku dapat juga jumpa rakan FB yang share nama yang sama, ejaan dan susunan yang lain. Ehehehehehehe! Hail Abam Pian ov Putrefied Remains!

Dapat juga ambo jumpo demo, Abe Wan Mat, Lord of GEDEBE RECORDS! Label yang semakin rakus dalam merilis material.

Geng-Geng Jay-Bee!

Faza dan Jay-Bee


Diantara rilisan Gedebe Records!

Acara disambung dengan Al-Azazhil! Black Metal Pahang/Shah Alam ini berbisa menyengat! Mereka hanya berdua tetapi pentasnya hancur digempur legion of ROME! Fuuuuuhhhhhh!!! Mereka mengeluarkan CD Promo bagi mempromosikan musik baru mereka, juga beberapa keping EP "FORBIDDEN KALTH" masih lagi boleh didapati sial!!! Argh!!!!


Putrefied Remains mula mengambil alih pentas. Black/Death Metal dengan acuan 99% bunyi Greece! Hahaha! Jangan memain, band ni dah rilis 2 album! Gila wooooo!!! Saya ni lambat menerokai genre ni tapi disebabkan Putrefied Remains membawa ia, maka saya kenal lah apa itu Greece Black Metal. Senang cerita, aku kenal Putrefied Remains sebelum aku kenal Varathron dan Rotting Christ. Worth My Money!!!





Kemudian, Inhuman mula menunjukkan kebiadapan mereka diatas pentas. Death/Thrash Metal bawaan mereka, fuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh!!! Kejam! Saya tak berapa fokus sebab ambil nafas kat luar sebentar. Gila wooooo!! 2 kali basah, 3 kali kering baju seluar aku sebab peluh! Pergh! Kalau sebulan pergi gigs, mau kurus aku woi! Hahahahaha!

IV-V-I-IV (DEAD) mula mengalih pandangan kita semua. Peh... Saya pernah menyaksikan kegilaan mereka di Raub (Gigs Bertukang Malam-Malam). Suram! Kelam! Sejuk! dan SERAAAAAM!!! Black Metal sejuk bawaan mereka memang sangat enak! Berlemak-lemak! Mereka telah mengeluarkan album baru "Hening... Kelam..." tak silap saya dalam tahun lepas. WORTH MY MONEY!!!


HereafteR bersiap dengan mesin tempur jahat mereka! Argh!!!! Thrash Metal Sci-Fi mereka sangat kejam! Laju! Mereka juga mempromosikan album terbaru mereka "INSIGNIA". Sapa-sapa mengaku thrash metal tapi tak ada album ni, SILA MAMPOS!! Hahahahaha!! Malangnya... Tali gitar Redza Hellbullets putuih... Hanya 3 lagu saja. Takpa... Next time hangpa repeat na? Terbaik!! Kempunan nak tengok Master Haidirafter menyanyikan opus hebat dari Helloween, FUTURE WORLD. Haish...




Pengakhirannya, BRAIN DEAD mengambil semula hak mereka diatas pentas! Melihat aksi-aksi abang haji kita ni argh!!! Sebanyak 2 lagu baru (kalau tak silap) telah dipersembahkan. Mereka beraksi tanpa abam aji Neer Hashim. Argh!!! Takpa, dapat tengok lagi 3 orang pon dah kira untong woi! Huhuhuhu!! Puas hati! Mereka bermain seperti masih muda! Huhuhuhu!!!!




Gila kau! Gigs ni memang TERBAIK!!! PUAS HATI!!!!

Selesai sahaja gigs, kami pon bergambar ramai-ramai dan pulang.









Faza menghantar saya ke homestay. Kali ini saya bersama-sama geng Al-Azazhil bermalam di sana. Entah macam mana saya boleh lupa yang 3 barua datang bertandang untuk bersihkan diri dan solat. Dajei hangpa! Depa buh rack tuala depan aku! Puihhhhhh!!! Hahaha!

Esok pagi bangun siap-siap nak bertolak ke Kota Tinggi. Sempat berbual-bual dengan Rimie Dean Pengembara Masa. Hahaha! Daripada komik Misteri Naga kepada "black metal ikan salmon" habis kami borak. Rimie juga bagitahu yang Redza dan Panjang memang buaih punya orang, kerana dia pon menjadi mangsa seni kreatif 2 dajei tersebut. Hahahahaha!!! Oh ya, Rimie, terima kasih sebab sudi tumpangkan aku ketika gigs Bertukang Malam-Malam. Huhuhuhu!!

Buang membawa kami makan di Asam Pedas Tanjung Emas. Pergh! Sedaaaaaap!!!

Saya terlepas tiket tengah hari ke Kota Tinggi, maka saya pulang pada keesokkan harinya.
SELPIAQ SEPUKOI, BANG AJI WOI! 

Saya tiba di Kota Tinggi pada jam 5:00 petang. Rasa berat kaki ni nak meninggalkan Muar. Argh!

Nah, beberapa hasil buruan!

KISAH SANG PUTIH
Abang kita ni, sebenarnya adalah seorang supporter yang sangat misteri. Ya. Dialah yang menampal poster/flyers MMF 4 di bas, merata-rata tempat di Terengganu. Penuh dengan misteri. Buang korek-punya-korek-punya-korek, akhirnya pecah juga rahsianya. Abam ini yang mencetuskan kerisauan dihati-hati metalheads. Punyalah dia support event ni. Bawa kamera amik gambar. Siap bawa flyers gigs lama-lama dan minta band yang terlibat sign flyers tu. Fuh... Abam, anda dah cetuskan kegusaran pada masa yang sama, membuka mata kami semua.

Kami melenting bila ada yang hina musik kami, tetapi, kami hina orang yang cuba masuk dalam dunia musik kami. Maafkan kami... Maafkan saya...

PHOTO CREDITS:-
1. MUAR METAL FEST
2. AMIR AMIROY
3. EZRRY YUZAL of FLAYING THE FLESH.

Sunday, April 2, 2017

Village Of The Zombie III (GIGS)


Setelah mendapat penkhabaran gembira daripada Epool Ov Logam berkenaan band yang akan membuat persembahan, saya berasa teruja sekali apabila mendengar perkataan "HIDDEN SILENCE" akan membuat penampilan. Tetapi, apabila membaca status post di FB mereka berkenaan pengunduran HIDDEN SILENCE daripada membuat persembahan, saya kecewa. Apa-apa pun, mereka telah mengutamakan APA YANG PENTING DAHULU. Mari kita doakan isteri kepada Deadzid sembuh daripada penyakit kanser itu.

Saya telahpun serviskan motor LC 130. Brek, minyak hitam, no. plate, air bateri, side mirror dan segala macam lagilah. Saya hubungi rakan metal saya Shahril, dimana saya mahu ke venue bersama dengannya. Hidupkan enjin motor, saya tiba di tol Cahaya Baru pada jam 2:00 ptg. Saya dan Shahril mula bergerak ke venue, awal dari masa jangkaan. Setiba disana, kosong. Disebabkan saya lapar, saya dan Shahril menuju ke kedai Mamak. Pekena nasi. Hujan yang reda kembali turun dan dengan lebatnya. Hujan mula reda semula selepas azan Asar berkumandang dan kami berdua berjamaah di Masjid Tamara Sanding (kalau aku tak silap, lupa nak snap gambar haha). Pak aji pakat dok pelik mamat dressup thrash amik wudhu hahahaha! Ilekkkk pak aji! Illekkkkkk!!!

Selesai Asar, kami bergerak ke venue. Kelihatan beberapa orang lelaki serba hitam bersama Epool Ov Logam mula lakukan gerak kerja. Rupanya gigs bermula pada jam 7:45 malam... Lorh!! Masa kesempatan diambil untuk mengeringkan kasut yang basah, jadi pinjam la selipar wakaf abam Bob Agigi ov ROCKIN STUDIO! Hihihi! Tiba juga di venue adalah abam Ady Ov Manthra/Insinner dan Dean Ov Manthra/Logam serta rakan seangkatan. Mereka menyiapkan kerja-kerja setting dan cari sound. Juga band Demorforessus. Sempat berborak dengan salah seorang line-up mereka, Moxx Ov Demorforessus merangkap bassist. Sempat juga temuramah.

Crew VOTS III
 "Wei ko amik tak bayor lagi wei!"

"Aku tokey baju"

Jam menunjukkan 7:20 malam dan ramai yang dah hadir. Maka kami berjamaah Maghrib dahulu, kemudian membelasah makanan yang disediakan. DEYYYY!! MAKAN FREE DEYYYY!!!





Setelah kenyang, maka MANTHRA mengambil tempat di pentas. Band yang baru berusia 2 bulan ini dengan beraninya bermain gigs, mungkin disebabkan mereka dibarisi oleh orang yang berpengalaman. Lagu pertama merupakan saduran dari FTG, 60 DAYS IN HELL! Pergh!!! Memang power laaaaaaa! Kemudian 2 lagu sendiri. Genre Old School Death Metal dengan saduran Thrash Metal yang sangat kental! Padu! Sound-System memang inzal habis beb! Pergh! Kemudian diikuti lagu saduran SLAYER - MANDATORY SUICIDE dan KREATOR - VIOLENT REVOLUTION. Lontaran vokal Ady sangat kejam! Serangan 2 gitaris serta artileri bass dan mortar drummer yang mantap membuatkan aku headbanging macam gila!! Aku tunggu "official material" korang.


 "Penyamun Tarbus? Deyyy ini GITARIS TARBUS DAAAAAA!!"


Setelah itu, DEMORFORESSUS merampas pentas. Dengan jolokkan Tribal Death Metal mereka merogol stage bagaikan jackhammer! Pergh!!! Mereka juga mengadunkan musik Metalcore dalam persembahan ini. Vokalis bertenaga ini dari Indonesia! Fuh!!! Showmanship bassist dan gitaris serta vokalis memang memukau aku. Pergh! Juga mereka kini dalam proses rakaman. NANTIKAN! FUKKK!!!



Kemudian, kekufuran dari tanah selatan, ATROCIOUS mula menjelma di pentas. Azmi Atrocious mukanya manis jika senyum. Tapi atas pentas, dia bukan lagi Azmi, dia adalah SETAAAAAAAAAANNNN!!!!! Prop yang mantap tetapi disebabkan lampu tu, pantulan cahaya membuatkan mata aku silau. Terpaksa pergi tepi sikit. Ditanya berkenaan tape split mereka dengan Immortal Rites dah habis ditangannya. Demmmm! Apa-apa pun, persembahan black/thrash metal gila Atrocious akan kekal selamanya di dalam memori!



Selepas kekufuran mula pudar, para pelapah daging mula mengambil pentas. FLAYING THE FLESH, band brutal death metal mulakan aksi. Aksi vokalis, Prop sangat memukau!! Saya kagum dengan band ini. Mereka aktif bermain gigs dalam Malaysia. 2 lagu sendiri diikuti lagu cover yang dilabel oleh Prop sendiri sebagai "Lagu yang dinanti-nantikan oleh korang" iaitu MORBID ANGEL - DAWN OF THE ANGRY. Kami di bawah dah hilang keruan. Kegilaan!!! Kemudian diakhiri dengan 2 lagu sendiri. HELLYEARGH!!!



Band yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Mereka menaiki pentas bagaikan samseng yang dikepalai "remaja bawah umur", HEREAFTER!!!!! Thrash Metal kental dari KUALA LUMPUR!!! Redza Hellbullet, Haidir "Master" Lifeform dan Panjang Nuclearblaster dirasuk semangat thrash metal mengaruk dan mencarut sesuka hati mereka! Pergh! Persembahan mereka yang sangat bertenaga! Walaupun baru sampai (20 minit sebelum giliran mereka), tetapi tenaga mereka mengalahkan veteren thrash antarabangsa! Ini adalah sebahagian daripada tour mereka dalam mempromosikan album ke-4 mereka "INSIGNIA". Mereka juga memainkan lagu-lagu daripada album ke-3 mereka "ENDCIENT" dan juga demo ke-2 mereka "AFTER TOMORROR". Kebanyakkan lagu mereka dalam kepala aku jadi senang la nak headbanging. Tidak lupa juga mereka memainkan lagu saduran HELLOWEEN "FUTURE WORLD" dan BLACK SABBATH (era DIO) "DIE YOUNG" yang dinyanyikan oleh MIGHTY HAIDIR!!! Hail HAIDIRAFTER!!!
We are elected for, EVIL HAIDIR!
We are elected for, EVIL HAIDIR!
We are elected for, EVIL HAIDIR!
We are elected for, EVIL HAIDIR!
We are elected for, EVIL HAIDIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIR!
Mereka juga membawa lagu saduran daripada MEGADETH "HOLY WARS". Mereka juga menyatakan yang ini adalah kali PERTAMA dalam penubuhan HEREAFTER membuat persembahan di Johor. Syabas! Tahniah! Aku puas hati. Memang berbaloi aku bawa motor, ditimpa hujan, hampir dilanggar lori, hampir langgar lubang semata-mata nak melihat mereka membuat persembahan. Tetapi, SEBENARNYA yang PALING UTAMA ialah aku nak menjalinkan hubungan silaturrahim serta mengeratkannya lagi. Musik HEAVY METAL ini hanyalah perantaraan sahaja!
 "The Signs Of Master"


 "Remaja Bawah Umur"

 "Its Haidir after all. Its HAIDIRAFTER, bitch"

 "Remaja Bawah Umur"

 "Remaja Bawah Umur"

 "Remaja Bawah Umur"

 "Forever Young"

 "At Last!!! My MASTER!!!"

 "Bersama Faiz ov ATOMICDEATH"

 "...after."

"Remaja Bawah Umur" melarang aku daripada mendekati merchandise mereka. Juga Faiz Ov Atomicdeath turut serta dalam gigs ini sebagai krew. Seronok dapat jumpa kamu bro!! Hahahaha! Aku lupa nak bawak rokok gulung cengkih sebab kalut sangat nak pergi gigs. Sorry my master, Haidir! Hahaha! Maafkan saya wahai Hereafter, saya hanya bergurau senda. Jangan la terasa ya? Hahaha! Ramai juga yang borong stuff mereka. Apa yang ada atas meja licin baqhang!! Tahniah!

"Lepak dengan DMC and thy horde"

Gigs berakhir jam 12:00 (lebih kurang). Aku port kat bawah je dengan metalheads yang lain. Tak lama kemudian, Hereafter mula bertolak ke Kuala Lumpur. Sempat bersalam dengan mereka, memberi "penghormatan" kepada GUILD MASTER, Haidir!

Aku pulang ke rumah Shahril dan bermalam disana. Esok paginya, aku dan Shahrin sarapan dan aku terus bertolak pulang ke Simpang Wa Ha. Terima kasih banyak-banyak Shahril! Jasamu kukenang sampai akhir hayat!

P/S: Crowd? Ko tanya aku pasal CROWD? Cuba tanya Ady Ov Manthra.

Sunday, March 12, 2017

Hidden Silence - Black-Hearted Spiritual (2008)


Malaysia tak pernah ketandusan band yang berkualiti. Teringat lagi ketika aku melangkah masuk ke kedai Uncle di Cambell Kompleks. Aku tanya dia, "Uncle, any recommendation?". Orang tua tu ambil CD yang bewarna merah. "Ini band manyak best, boy. Dia main melodic death metal". Aku pun, "Ok Uncle, you kasi pusing satu kali." Tak banyak cakap orang tua tu, terus kasi pusing. Track 1 "Night Of Living Terror" memukau aku. Tak banyak cakap, aku beli terus.


Balik Kuala Lipis, aku rip masuk dalam laptop aku dan menjadi playlist harian. Kagum giler aku dengan band ni hahaha! Bukan nak puji melangit tapi memang layak dapat pujian.

Musik yang catchy, riff yang berkerak pada masa yang sama lembut dan bermelodi. Aku tak pandai nak kaji riff dia apa semua tu tapi feel dia ada gaya black metal sikit. Susunan/arrangement lagu dia boleh saya rumuskan seperti band lagenda Bolt Thrower, Dissection, Asphyx dan banyak lagi. Penggunaan double bass dia memang banyak. Pergh! Sedap sial! Vokal yang garau basah begitu memang best. Suasana yang rancak dalam setiap lagu tetapi banyak emosi dan kesuraman. Serius! Penggunaan keyboard menaikkan atmosfera album ni. Sedap beb. SERIUS! Solo dia lemak-lemak NWOBHM peeeeeeeehhhhhhhhh!

Dengarkan lagu "NECROMENICIDE" yang catchy dan mesra pelanggan. Kemudian disusuli dengan lagu BLOOD WORLD yang sangat stress. Bermula dengan intro ribut petir, gitar masuk dengan perlahan dan, meleleh air liur keputihan mata dengan nikmat... Dulu aku tak berapa sangat masuk dengan track ni, tapi lepas aku menjumpai genre Death/Doom Metal, track ini adalah GLORIOUS! Masuk part pertengahan lagu ni peeeehhhhh!!! Jantung aku seolah-olah berhenti 1 saat. Dia punya rasa tu sakit! Ada juga riff yang mirip "The Phantom Of The Opera" ala yang Nightwish tu laaa hihi. Masuk part riff ala2 dari Norway tu, kena plak dengan blastbeat, pastu repeat dengan double bass, pastu senyap, pastu masuk riff berantu argh!!! babi la wei!!!!

"DESPERATE DOG" punya intro ala-ala Fear Of The Dark gitu. Heh, memang NWOBHM wa cakap sama luuuuu hahaha! Masuk pulak ke CAST AWAY, intro yang sedih instrumental ala-ala Amuk gitu hahahaha!!! Kemudian "FINAL DESTINATION" mula masuk. Seeeedaaaaaappppp.... aku dah menyandar kat kerusi. Macam kena "sleep paralyze" je hahaha. Track terakhir adalah track yang paling hebat dalam album ni, "BLACK-HEARTED SPIRITUAL". Track ini menjadi ibu pada semua track dalam album ini. Intronya sangat gelap! Macam ko main game "Devil's Crush" tengah-tengah" malam tetiba gadis reptilia buka mata dan senyum kat ko. Celaka! Permulaan yang perlahan, kemudian sederhana laju daaaaaaaannnnnnn bila drum berhenti seketika, bila gitar mengambil alih sebelum blast-beat, PERGH! Epik sial... pastu riff kekal dan drum masuk double bass pargh!!!!!!!  Kelajuan yang thrashy! Pastu masuk keyboard dan aku hanya mampu menjerit sing-a-long INFERIOOOORRRRR DEVOTEEEEESSSSSTTT!!!!!!! Pastu masuk part chorus aku pon follow BLIND ANGEL FROZE MY SOUUUULLLL!!!!! SILENCE AND GRIEVE ILLUSION IN THE NIGHT!!!! BLACK HEARTED SPIRITUAAAAALLL!!!! DESCENDANT IN SINS AS DARKNESS IN MY HEART gitaaaaarrrr soloooooooooooo!!!!!! Part last dia menjerit THE BLACK HEARTED SPIRITUALLLLL diikuti musik organ/keyboard sambil vokalis menjerit jerit. babi babi babi babi babi babi babi babi sedaaaaaaaaaaaaaapppppppppppppppp!!!!!!!!!!


Huh... huh... huh... huh... mengesat air liur tak tertahan lazatnya...


Sebenarnya, aku tulis ni sebab Hidden Silence akan membuat persembahan di The Rockin Studio, Masai dibawah gigs VILLAGE OF THE ZOMBIE VOL 3. Dulu mereka ada perform di gigs Kulaifornia tapi aku tak dapat tengok sebab dah lewat sangat dan esok nak kerja jibake. Aku naik motor dari Kota Tinggi kot... Kulai... Jauh tuuuuu!

Pakat-pakat datang nooooo! Tak nak datang sudah, nama mu bedah, anak mu dollah, tetekmu sebelah.

P/S: aku memang senang meresap sebarang lagu/movie/drama dan orang kata aku over-reacted bila aku dah "dirasuk" oleh sesuatu yang aku suka. Yup. Memang pon. Nak kutuk? Nak hina? Nak caci? Nak jelek? Nak meluat? Heh... ketiak aku takkan hitam la kalau korang tak suka pon. pakiu!

Friday, March 10, 2017

MANA LEBIH "TRUE"

Asalamualaikum. Sebelum anda kecam saya, mohon baca dengan hati yang terbuka.

Bila anda baca tajuk tu, jangan salah faham. Baca dahulu! Haha! Penulisan kali ini hanyalah sebagai pandangan dan renungan. Bukanlah mahu mencetuskan kemarahan atau kebencian. Agak tenat juga kita ni, sebenarnya. Baiklah, maksud yang saya sampaikan disini ialah musik mana yang sebenar-benar musik. Itu maksud tajuk yang saya taip. Yup, saya berbicara tentang musik. Ramai yang claim:

"ROCK IS THE TRUE MUSIC!"
"METAL IS THE TRUE MUSIC!"
"HARDCORE IS THE TRUE MUSIC!"
"POP IS THE TRUE MUSIC!"
"PUNK IS THE TRUE MUSIC!"

Ya. Ada banyak lagi sebenarnya genre tapi kita ambil sedikit sahaja dahulu.

 Baiklah, apa itu musik? Bagi aku, musik adalah susunan irama. Dah. Mudah.

Apa fungsi musik? Bagi aku, fungsinya adalah menghiburkan kita, manusia.

Kenapa ada banyak sangat genre musik? Bagi aku, citarasa manusia adalah berbeza.

Manusia ni memang dicipta dengan nafsu. Hiburan juga adalah tuntutan nafsu kita. Manusia dari dahulu lagi sukakan hiburan. Sejak azali lagi. Malah dalam Syurga pun disediakan hiburan untuk insan yang layak mendapatkannya.

Jadi, ini bukan menimbulkan isu, jauh sekali untuk provokasi. Provokasi? Ya, kerana manusia zaman sekarang ni terlalu taksub dalam berhibur. Tak kira apa juga bentuk hiburan. Drama petang TV3, bola sepak, anime, lukisan dan sudah tentu MUSIK. Perbezaan citarasa manusia terhadap musik membuatkan lahirnya pelbagai genre. Pelbagai genre ini pula membahagian manusia berpuak-puak dalam genrenya sendiri. Dan dalam setiap puak ini, ada juga FANATIK nya. Ya... Fokus penulisan ni adalah berkenaan FANATIK. Seolah-olah musik (dan hiburan yang lain) menjadi agama/kultus. Tak percaya? Cuba anda buka facebook atau youtube atau media sosial yang lain dan anda taip:

"Morbid Angel are stoopid"
"Manchester United are stoopid"
"Beyonce are stoopid"
"Leonardo da Vinci are stoopid"
"Dragon Ball u suck my balls"
"Suamiku Encik Babi is soooo stooooopiiiidddddd"

Anda akan menerima maklum balas yang sangat teruk. Percayalah. Nafsu manusia adalah sukar diramal bila kita berbicara dalam topik CITARASA. Apa yang kita suka adalah semestinya menepati citarasa kita. Novel, komik, anime, heavy metal, thriller, hiking, biking, cooking, armpit-fetish, tomboy-fetish, BDSM, vinyl, cassette, Red Alert II, Contra, Super Human Samurai SiberSquad, Lisa Ann, Sora Aoi dan bersepah lagi.

Terdapat 2 kelompok negatif dalam membahagikan fanatik ni. Pertama adalah ORANG YANG PROVOKASI dan yang kedua adalah ORANG YANG DI PROVOKASI.

Mula-mula dia dengar musik Possessed lepas tu dia kata band Possessed macam cipap dan band DEATH lah yang paling power dalam mencipta musik Death Metal.

Kemudian, peminat Possessed kepanasan punggung dan bash peminat DEATH ni.

TU BARU DALAM SESAMA GENRE. Kalau berlainan genre? Hah! Mampos! Metalcore hentam band ni, Thrash Metal bash geng-geng Justin Bieber, fanatik K-Pop hentam J-Pop dan berselirat lagi lah.

Disebabkan media sosial zaman ini sangat luas dan terlalu terbuka, maka ramailah FANATIK tak boleh duduk diam. Kerana mereka mudah meluahkan segalanya dalam media sosial. Mereka kesempitan minda, mudah melenting dan mudah pula bertindak balas. Maka, berlakulah pergaduhan. Ini sangat merugikan! SANGAT RUGI! Kita ni kalau boleh nak berkawan dengan lain-lain orang juga. Adalah satu penipuan jika anda hanya minat SATU sahaja bentuk hiburan/genre/sukan/dll. TIPU!

Jadi disini, kita KENA BUKA MINDA dan lapangkan dada. Kalau ada fanatik hentam citarasa anda, anda kena ambil satu inisiatif yang paling bijaksana. Jika saya, saya fikir 2-3 kali kalau nak hentam balik. Kalau geram nak hentam juga, tulislah dengan perkataan yang baik dan sopan. Kalau dia buat babi juga, tak perlu layan dia.

Manusia punyai pelbagai bangsa
Manusia punyai pelbagai warna
Manusia punyai pelbagai agama
Manusia punyai pelbagai budaya
Manusia punyai pelbagai SELERA
Manusia punyai pelbagai CITARASA

Begitu juga dengan musik. Mari kita raikan perbezaan citarasa dengan menjalinkan persahabatan dan saling memahami antara satu lain. Juga, hormatilah citarasa orang lain.

Babai...


Tuesday, March 7, 2017

KEPALA TEPUUUUOOOOOO!!!

Saya yakin ramai kawan-kawan mengalami masalah "KEPALA TEPU". Maksudnya kawan-kawan terlalu lama mendengar lagu metal sampaikan dah tak boleh masuk dah lagu-lagu metal dalam kepala. Rasa rimas, geram, menyampah, bosan dan muak.

Kan?

Saya pon macam tu juga. Jadi, apakah GENRE lagu yang anda gunakan untuk mencairkan semula otak yang sarat dengan lagu metal?

Saya? Sudah tentu genre kegemaran saya selain metal adalah J-POP.

Jom pekena lagu-lagu J-Pop?

GET ALONG by Megumi Hayashibara


GIVE A REASON by Megumi Hayashibara


LIVELY MOTION by Megumi Hayashibara



TO THE LIGHT by Akima Hattan

Okay... sebenarnya aku tak tau nak taip apa lagi dah...