Sunday, November 20, 2016

The Pathless Path Of The Knowable Unknown

Hari ini (Ahad:20/11/2016) berlansungnya gigs di Sierra Perdana, Masai, Johor. Gigs yang bernama "CHUCKY PLAYS METAL" yang bertempat di Studio Rockin.

Aku nak sangat pergi! Aduiihhhhhh!!! Tapi aku tak boleh mohon cuti sebab aku sedang kumpul cuti untuk bulan hadapan... Malang seribu malang! Aku nak tengok RUDRA!!

Cerita pasal RUDRA ni, aku bukanlah MANIAC FANS yang memiliki semua stuff mereka. Aku cuma dengar 1 lagu je. Tapi lagu tu la yang paling BERPUAKA, SANGAT BERPUAKA! Serius! Hingga ke hari ni aku hafal. Siap dengan mantera-mantera sekali aku hafal. Yeaaaaahhhhh! Ni lagu dia. Ada duit nanti, teirngin juga nak beli album ni. Ok gaissssss chow!!!!


P/S:- Insert Video from Youtube memang hampeh. Kat youtube aku boleh search yang versi album. Kat blog ni tak boleh plak.


Saturday, November 12, 2016

Incantation - Onward To Golgotha [1992]

Incantation - Onward To Golgotha (1992)(25 Relapse Anniversary Reissue 2015)

Zaman bermulanya DEATH METAL adalah apabila Possessed meriliskan album "Seven Churches". Tetapi album ini masih dapat dihidu bau thrash metal. Boleh dikatakan zaman "peralihan" atau evolusi musik dan apabila Death mengeluarkan album "Scream Bloody Gore", maka Death mengeluarkan elemen thrash sepenuhnya.

Band yang melengkapkan DEATH METAL 100% adalah seperti Obituary, Cannibal Corpse, Massacre dan Morbid Angel serta INCANTATION.


Yang menariknya, setiap band mempunyai acuan tersendiri dalam merangka susunan musik DEATH METAL. Morbid Angel adalah berbeza dengan Cannibal Corpse dan berbeza dengan Obituari dan berbeza dengan Death. Masing-masing mempunyai cara tersendiri. Begitu juga dengan INCANTATION.

"Onward To Golgotha" adalah apa yang sekarang ini dianggap peneraju death metal versi gelap dan hitam berlumpur. Permainan musik mereka yang unik, susunan riff mereka tidak lah catchy dan vokalnya sangat dalam. Musik mereka ini adalah tidak ramai yang mampu untuk ber-headbanging. Jujur! Sebab tak catchy! Hahaha! Banyak death metal di luar sana bermain dengan laju dan pantas. Incantation pula, pandai mengendalikan kelajuan dan tempo permainan musik mereka. Ada bahagian yang pantas dan perlahan. Bahagian yang perlahan itulah yang menarik perhatian saya. Dengan rakaman yang sebegini rupa, mereka mampu menghasilkan gema atau suasana yang betul-betul gelap!

Tidak seperti Asphyx mahupun Disembowelment dimana mereka menggabungkan 2 genre yang berbeza, Incantation mencipta "doom metal" melalui suasana musik itu. Senang cerita mereka mendapatkan inspirasi dari Doom Metal. Jika anda ingat pada Immolation - Dawn Of Possession, samalah seperti Incantation - Onward To Golgotha.

Dahulu saya tak boleh masuk dengan bawaan Incantation. Fuh... memang tak boleh masuk. Seperti keretapi yang lebih besar dari terowong. Hahaha! Setelah saya diasak oleh Asphyx, Disembowelment, Derketa, Pagan Altar, Grey Sky Fallen dan bersepah lagi album, BARULAH album Onward To Golgotha boleh saya hadam. Anda bayangkan yang anda sedang berkubang dalam lumpur, anda makan lumpur tu, anda gunakan lumpur tu cuci bontot dan konek anda. Begitulah rasanya penangan Incantation - Onward To Golgotha. ITULAH YANG SAYA RASA. Malah selepas mendengar album ini, saya tengok kiri kanan dan badan saya takut-takut ada lumpur yang terpalit. Itulah yang terjadi kepada saya selepas dapat hadam sepenuhnya album ini.


Jadi, kepada penggemar death metal yang LARI dari kebiasaannya, inilah album yang anda patut dapatkan. Jujur!

Sunday, November 6, 2016

Aqua-Argo

Asalamualaikum. Apa khabar?

Apakah Aqua-Argo yang saya tulis ditajuk diatas? Hehehehe!

Saya adalah salah seorang manusia yang mempunyai hobi terhadap tanah dan air. Saya suka menanam sayuran/buahan dan juga menternak ikan secara kecil-kecilan. Saya cuba bereksperimen dengan satu teknik yang dikenali sebagai AQUAPHONICS.

Teknologi Aquaphonics ini sebenarnya teknologi purba dizaman Aztec atau Mayan tak silap saya. Zaman moden ini, teknologi ini diperbaharui dan diperkasakan bersesuaian dengan teknologi zaman sekarang.

Saya mencuba tetapi sebenarnya, saya GAGAL. Hahaha! Saya bereksperimen dengan pelbagai cara dan teknik yang saya pelajari di YouTube. Yeaaaaahhhh... Ilmu pecuma di web itu. Banyak ilmu yang bermanfaat di laman web itu.

Jom tengok beberapa gambar! Hehehehe!!

Sayuran

Ikan Tilapia

Sistem "bell-siphon" yang GAGAL huhuhu

Sayuran lagi

LECA atau hydroton: tanah tiruan yang digunakan bagi menggantikan tanah sebenar. LECA mampu menyokong akar pokok sayuran pada masa yang sama menapis kotoran ikan yang menjadi makanan pada sayuran. Haaaaaaaaa....

Insya Allah, saya akan memperbaiki lagi sistem ini. Heeeeeeee!


Saturday, November 5, 2016

Irkallian Oracle - Apollyon [2016]


Irkallian Oracle mula bertapak dalam industri metal bawah tanah sejak 2012 lagi. Bertempat di Gothenburg, Sweden anda sudah boleh meneka musik mereka. Yup... Swedish Death Metal. TETAPI, jangan cepat melatah dan menyamakan mereka seperti lagenda yang berasal dari sana.

Album ini, "Apollyon" adalah satu album yang sangat berat. Tidak laju tetapi berat. Sound yang mereka gunapakai adalah sama seperti Grave Miasma dan Dead Congregation. Bertemakan "occult" dan misteri dari dunia Babylon, gabungan black dan death metal menghasilkan sesuatu yang atmosferik dan doom. Seperti Autopsy dengan rilisan awal mereka. Sound gitar yang tebal dan berat seperti bulldozer mengangkat tanah. Feel Morbid Angel dalam album-album "Formulas Fatal To The Flesh", "Gateaway To Annihilation" dan "Heretic" tetapi dengan lebih perlahan. Suasana/atmosfera seperti Paradise Lost "Lost Paradise" juga amat unik! Jangan lupa juga pengaruh Incantation "Mortal Throne Of Nazarene" yang jijik, kotor, berat dan berlumpur tetapi tidaklah "progresif" dan "technical" seperti permainan Incantation. Mereka lebih straight-forward dalam mengarang lagu. Asphyx "The Rack", "Last One On Earth" dan juga "Asphyx" dapat dikesan dalam track mereka.

Riff gitar yang mampu memberikan gaut pada pergelangan tangan, serangan drum yang bijak mengawal situasi atau aura dalam lagu ini. Memberikan rasa didalam gua. Bergema. Vokal yang garau menghantui, seolah-olah makhluk dari dunia lain membaca mantera untuk membuka gerbang/portal masuk ke alam kita.

Saya tidak sangka gabungan dua genre ini (black metal dan death metal) dan digarap dengan sound doom metal mampu menghasilkan musik yang betul-betul gelap.


Saya dapatkan CD ini melalui THRASHINGFIST PRODS. CS-Wild memang pandai usik selera saya. Hahaha! Banyak CD yang dia bawa masuk, malangnya saya tak mampu dari segi kewangan. Jika anda sukakan sesuatu yang kejam, kelam, gelap gelita, berat dan berlumpur: IRKALLIAN ORACLE adalah jawapan bagi selera anda.

Tuesday, March 22, 2016

Deceased - As The Weird Travels On


Deceased merupakan band metal yang agak unik juga perjalanan karier musik mereka. Jika dilihat dari album "Luck Of The Corpse", anda akan merasa pelik dengan perubahan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan album "As The Weird Travel On". Juga mereka adalah band PERTAMA yang menandatangani kontrak bersama RELAPSE RECORD. Hahaha.. Menurut satu temuramah, ketika itu band yang "paling besar" menandatangani dengan RELAPSE RECORD adalah AMORPHIS. Hahaha!



Baiklah, Deceased adalah kumpulan yang mulanya bermain dengan Death Metal yang straightforward. Yup. Tunggu saya ulas album mereka yang awal. Saya menghubungi Narroward Kult untuk mendapatkan album ini (LP) dan juga Metal Zone Distro (CD). Sebelum ini, saya hanya download sahaja. Ini album yang pertama saya dengar dari Deceased. Saya terpesona dengan musik bawaan mereka! Anda dapat menikmati variasi genre dalam album ini! Mereka mencampurkan heavy metal bawaan Saxon dan King Diamond dalam permainan gitar dan solo gitar mereka. Pada masa yang sama kekal dengan death/thrash metal yang sangat unik sekali. Disulami dengan elemen punk dalam permainan drum mereka (mereka banyak cover lagu-lagu punk). Pada mulanya, saya tak dapat nak teka apakah genre mereka ini! Hahaha! Serius!!

"As The Weird Travel On" adalah karya yang menterjemahkan banyak filem horror era 70-an dan 80-an. Saya sangka, dengan membeli LP ini akan ada ulasan dari King Fowley, drummer dan vocalist bagi Deceased tetapi malangnya, TIADA! Tidak seperti album sebelumnya yang mempunyai ulasan dari King. Saya nak tahu, movie mana yang dia rujuk dalam menulis lirik. Argh! Geramnya!

Dari segi susunan musik, mereka agak repetetative terutamanya dalam track yang panjang. Tetapi anda tidak akan bosan! Serius! Track seperti "The Kept", "The Funeral Parlours Secrets", "A Visit From Dread" dan "Fright" adalah contoh utama rif yang banyak diulang-ulang. Tetapi saya tak pernah bosan!

Track "A Witness To Suspiria" adalah yang paling genius sekali! Skills Dave Castello (drummer untuk album ini) sangat hebat! Bagi saya ia sukar! Riff yang bermelodi adalah WAJIB bagi album ini. Intro lagunya juga diolah dari soundtrack filem "Suspiria".

Dengarkan "Unwanted Memories" yang sangat rancak! Vokal King adalah bersih. Seperti meneran atau menekan suara. Suara yang sesuai dengan musik Heavy Metal. Lagu yang penuh dengan emosi dan stress.

"Missing A Pulse" adalah laju! Tapi tidaklah laju macam band-band lain. Lajunya lunak-lunak gitu, dah la catchy pulak tu! Sedap!

"Craving Illness" juga sama! Sedap!

"A Visit From Dread" adalah lagu panjang, berulang-ulang dan GENIUS! Anda tidak akan bosan! Jujur saya katakan! Lirik yang panjang dan menceritakan apa yang selalu berlaku dalam filem seram. ANDA PASTI MATI. Yup... Sedap bhai!!! Memang kena dan ngam dengan melodi nya. NIGHT! THIS EVIL NIGHT! FOR ALL THIS NIGHT!! YOU KNOW IT YOU WILL BE THE ONE TO DIE!!!

"Fright" adalah lagu yang bermelodi dan panjang. Bagi saya, ini lagu yang paling "lemah" diantara semua lagu. Hahaha! No! Stop! All Track Are Killer!!! Dan lagu ini yang lembik sikit. Sebab kena dengan mood dia. Haaaaa...

Rumusannya senang sahaja. DAPATKAN ALBUM INI!!! ARGH!!!!! Ini adalah album ke-2 KEGEMARAN SAYA selepas Revenant - Prophecies Of A Dying World! Yeargh! Setiap hari mendengar kesemua track tanpa jemu! Hahahaha!!!

LP Bitch!!!

CD Sluts!!!

Sunday, March 20, 2016

"Aku Beriman Pada Tilikkanmu"

Asalamualaikum. Adakah anda percaya dengan tukang tilik/ramal? Atau sesuatu yang bersubahat dengannya? Hahahaha! Entri kali ini berkenaan dengan seorang manusia yang PERCAYA dengan ramalan. dimana RAMALAN itu menjadi TEPAT diatas usahanya untuk menghindari RAMALAN tersebut menjadi KENYATAAN. Hebat kan?

Al-Kisaaaaaaaaaahhhh....

Seorang wanita yang lahir pada tahun 1894 di Itali. Ketika dia muda remaja, dia pernah cuba untuk membunuh dirinya sebanyak 2 kali. Akhirnya dia berkahwin dengan seorang kerani, Rafaelle Pansardi tetapi tidak dipersetujui oleh keluarganya. Ini disebabkan keluarganya telah merancang untuk mengahwinkan dia dengan orang lain.

Dia mengatakan yang ibunya meletakkan sumpahan keatas dirinya. Pasangan ini berpindah ke Lauria pada tahun 1921. Dia ditangkap kerana berlaku pecah amanah dan dipenjarakan pada tahun 1927. Kemudian setelah dibebaskan, pasangan ini berpindah lagi ke Lacedonia. Rumah mereka musnah akibat gempa bumi pada tahun 1930 dan sekali lagi mereka berdua berpindah ke Corregio (well, talk about curse huh?). Disana, wanita ini mulakan hidup baru dengan membuka kedai. Dia dikenali masyarakat sekeliling sebagai seorang yang baik.

Dia pernah mengandung sebanyak 17 kali (well, talks about fuck-tory huh?). 3 darinya keguguran, 10 darinya mati ketika usia muda. Hanya 4 yang tinggal dan ibunya sangat-sangat melindungi 4 anak ini. Rupanya, ketakutannya datang dari ramalan seorang tukang tilik yang mengatakan "anda akan berkahwin dan mempunyai anak, SEMUANYA akan mati"... (curse again...) Kemudian dia berjumpa lagi dengan seorang tukang tilik. Jawapannya? "Di tangan kananmu kulihat PENJARA, manakala ditangan kiri mu kulihat HOSPITAL MENTAL PENJENAYAH (CRIMINAL ASYLUM).

Rupanya dia ni memang seorang yang KHURAFAT! FUKKING KURAP-FAT!!!!

Pada tahun 1939 bermulalah cerita yang membuatkan dia terkenal dengan panggilan "SOAPMAKER OF CORREGIO. Anak lelakinya, Giuseppe dikerah menyertai tentera. Akan tetapi dia tidak setuju. Maka, dia beranggapan untuk menyelamatkan anaknya, KORBAN MANUSIA diperlukan! Mangsa? JIRAAAAAAAAAAAAAAAAAAANNNNNNNN!!!!!! Mujurlah penulis tidak berjiran dengannya. Alhamdulillah!

MANGSA: FAUSTINA SETTI

Kesian mangsa ini, mencari dimana suaminya dan berjumpa dengan "dia". Diberi arak yang bercampur dengan dadah, dibunuh menggunakan kapak dan dikerat 9 dan darahnya ditadah didalam besen. FUKK!

"Aku campakkan cebisan kedalam periuk, tambah 7 kilo Caustic Soda dimana aku buat sabun. Aku gaulkan bahan ini sehingga semuanya lebur menjadi adunan pekat kemudiannya aku masukkan dalam baldi dan tanki septik yang kosong. Untuk darahnya pula, aku tunggu ia membeku, keringkan dalam oven, pecahkan dan campurkan dengan tepung, gula, cokelat, susu dan tak lupa juga magerin. Gaulkan bahan-bahan ini. Aku dapat jadikan ia banyak biskut teh yang rangup dan hidangkan pada wanita yang datang melawat, dan aku juga Giuseppe makan."

(dipetik dari memoir nya"An Embittered Souls Confession)
Menurut sumber yang lain, dia menerima wang simpanan Setti sebanyak 30,000 lire sebagai bayaran diatas khidmatnya membantu Setti (palawotaaaaaaaakkk!!)

MANGSA: FRANCESCA SOAVI

Diperlakukan sama macam Faustina Setti. Kesian....

MANGSA: VIRGINIA CACIOPPO

Mangsa terakhir dia nih. Jibai! Mangsa merupakan bekas penyanyi soprano dan menyanyi di La Scala. "Dia" memberitahu yang ada "kerja" sebagai setiausaha di Florence dengan 2 orang wanita lain. "Dia" kata, Shhhhhh.... ni rahsia kau haaaaa mak nooookkkkk... Mangsa pon masyukkkkkk layankan aja. Selepas itu? Jadi SABOOOOOOOOOOOOOONN!!!! Di bilik mandi SABOOOOOOOOOOOOONNNN!!!

"Dia akhirnya masuk periuk aku juga, seperti 2 orang sebelumya. Dagingnya gebu dan putih, bila ia mencair aku tambah 1 botol pewangi, selepas lama merebus aku bleh buat sabun krim. Aku bagi beberapa ketul kat jiran dan kenalan. Kek, ya... Lebih baik. Perempuan tu sememangnya manis"

Daripada Cacioppo. dia dapat laaaaaa 50,000 lire dan beberapa barangan kemas.

Sepupu Cacioppo mula curiga akan kehilangannya. Akhirnya pecah tembelang apabila sepupu ini tadi report kepada polis (geng Rani Kulup ka? hihihi). Akhirnya polis menahan dan "dia" pun mengaku.

LEONARDA CIANCIULLI a.k.a SOAPMAKER FROM CORREGIO


LEONARDA CIANCIULLI lah "dia" yang di maksudkan oleh penulis. Cianciulli berjaya diberkas. Pada tahun 1946, dia dilaporkan cuba membunuh Reggio Emilia. Di waktu pembicaraan, Cianciulli mewakafkan senduk tembaganya untuk negaranya diambang akhir peperangan. WOW!! Hahahahaha! Its sooooooooooooooooooo~~~~ patriotic!

Dia dipenjarakan selama 30 tahun dalam PENJARA dan 3 tahun didalam HOSPITAL MENTAL PENJENAYAH. Akhirnya, apa yang tertulis di tangan kanannya dan di tangan kirinya menjadi kenyataan... Ramalan yang TEPAT! Memang TEPAT!


Saturday, March 19, 2016

Pedal To The Metal #2

Ohyeaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh....


Ok geng, barang yang saya order dah pun sampai. Hahahaha! Penulisan kali kedua dari rakan bloggers saya, Ahmad Raimi dan rakan-rakanya. Sesuatu yang menarik bagi saya kerana ia mempunyai tema berbasikal pada masa yang sama memuatkan beberapa karya seni dan penulisan seperti ulasan. cerpen. lukisan dan lain-lain lagi lah.


Terpampang wajah EVIL MACHINE dengan EVIL MACHINE jr. Hahahaha! Muka stim pekena L.A ka bro?

Memuatkan beberapa kata-kata daripada lagenda metal dunia berkenaan kematian/pemergian Lemmy. Yup... Dikhabarkan Motorhead sudah tiada lagi. Hurmmmmm...

Memuatkan temuramah bersama Jehovah The Satyr. Yup... Band "Melodic Death Metal" dari Indonesia. Hahahaha! Ohsem!

Temuramah bersama frontman Here-FUCKING-after, Redza! Hurmmmm... Saya dah dapat hidu sesuatu yang baru dalam tahun ni (2016) hehehehe!

Saya tak berapa suka dengan Mia Khalifa ni. 2-3 hari lepas, buka YouTube untuk mendengar lagu-lagu, boleh pula di bahagian "Recently Upload" ada berkenaan "5 Things You Dont Know About Mia Khalifa". FUKKKK!!! Kalau dulu, boleh la aku layan. Sekarang? DEATH TO ALL PORNOGRAPHY! DEATH TO ALL ILLEGAL SEX!! FUKKK U! FUKKKK U! Lepas ini nak kena tapis. Haish... Makin susah aku nak hidup dengan tenang. Bilaaaa laaaaaaa aku nak start hidup dalam hutan ni? Haishhhh.....




Artwork yang SANGAT KREATIF! Saya suka. Tak lah bosan membaca. Diselitkan pula dengan gambar lukisan yang menarik. Ohyeaaaaahhhhh.....

Senang cerita, banyak yang dah dikongsikan oleh Raimi kepada kita melalui blog beliau. Cuma ada beberapa yang baru dan fresh. Karya penulisan Adi Herman (pengarang buku Pentagram Di Atas Pusara) juga dimuatkan di dalamnya. 

Keseluruhan? Saya suka. Idea yang unik. Beliau berani mengetengahkan idea dan menjelmakan idea ni kedalam bentuk fizikal. Oheyaaaa..... Saya harap, isu yang akan datang, ia menjadi lebih tebal. Panggil lagi karyawan bebas untuk dimuatkan karya mereka ke dalam zine ini. Hehehehe!