Tuesday, October 14, 2014

HOLY TERROR

Betapa sucinya ketakutan ini. Ya! Holy Terror! Sebuah band yang agak "underrated" di Amerika Syarikat. Walaupun mendapat jolokkan underrated, mereka pernah membuat konsert jelajah di Eropah pada masa itu. Dianggotai oleh Kurt Kilfelt (gitaris), Joe Mitchell (drummer), Keith Deen (vokalis), Jeff Matz (bassis) dan Matt Fox (gitaris), mereka memeriahkan lagi scene Thrash Metal di Amerika.

Band yang hebat ini diasakan oleh gitaris lagenda Kurt Kilfelt, bekas gitaris AGENT STEEL. Saya ingin kongsikan sedikit berkenaan band AGENT STEEL. Bukan mengenai biografinya tetapi impak yang telah Agent Steel lakukan. Dari 1 band, lahirlah 2 band yang menjadi sebutan sehingga kini. Juan Garcia (ex-AGENT STEEL gitaris) telah keluar dari AGENT STEEL dan menubuhkan EVILDEAD, band Thrash Metal yang mempunyai pengaruh hardcore yang kuat. Kurt Kilfelt (ex-AGENT STEEL gitaris) telah keluar dari band itu dan menubuhkan HOLY TERROR, band Speed/Thrash Metal dengan pengaruh kuat dari New Wave of British Heavy Metal (NWOBHM). Ingin juga saya nyatakan disini, lirik mereka sangat hebat! SANGAT HEBAT! Lirik mereka LANSUNG TAK CATCHY! Seolah-olah anda membaca sebuah karangan atau sajak. Dan gaya penulisannya SANGAT GENIUS (teringat saya pada band REVENANT). Adakah anda boleh hafal karangan? Keith Deen BOLEH! Serta saya yakin yang nama band ini diilhamkan dari nama tajuk lagu ASASSIN(Germany), dari album "The Upcoming Terror"

Dari satu band Primitif Thrash Metal, lahirlah 2 sub-genre yang berbeza dan memberi impak yang kuat pada scene metal pada masa itu (dan saya yakin, ada band masih lagi mengangkat mereka sebagai idola serta pengaruh kuat dalam musik mereka). Menarik, bukan?

Saya mengenali HOLY TERROR melalui youtube. Ya... melalui laman web video sosial yang banyak menempatkan lagu-lagu metal yang saya sendiri tak habis nak dengar. Selepas tertarik dengan musik bawaan HOLY TERROR, saya nekad untuk memburu rilisan mereka. Ya, dan inilah hasilnya:-

HOLY TERROR
1987 - Terror And Submission
1988 - Mind War

1987 - Terror And Submission

Album pertama dari mereka. Dari segi sound, ia raw dan agak sukar untuk menangkap bunyi drum bass nya. Sesuatu yang saya sangat benci! Ya, band itu METAL jika saya dapat dengar dengan jelas bunyi double-pedal drumnya. Saya headbanging mengikuti rentak drum, bukannya gitar. Hahahahahaha!! Keseluruhan track adalah killer, bukannya filler! Anda bayangkan IRON MAIDEN membawa lagu-lagu mereka dengan laju. Ya!! Mereka mempunyai "bau" yang hampir sama dengan lagenda tersebut. Hanya kelajuan dan solo yang "thrashy" sahaja yang memisahkan mereka. Bagi saya, permainan mereka adalah ORIGINAL dan tak semua orang boleh "masuk kepala" dengan band ini, tetapi yakinlah, anda akan menyukai band ini jika anda dengar musik mereka! (ada yang mengatakan terdapat feel PUNK dalam musik mereka. Hmmm sila dengar untuk anda mengesahkannya)
RECOMMENDED TRACK:-
Semua sekali!!!



1988 - Mind Wars

Album kedua dan terakhir dari mereka. Sound album ini bersih dan kedengaran jelas drum bass/pedal nya. Ya!!! Inilah yang saya tunggu-tunggu!! Kali ini mereka mengurangkan feel NWOBHM dan menguatkan feel Speed/Thrash mereka! Ya!! Semua track adalah killer! Dimulakan dengan track Judas Reward, segala-galanya hancur memusnahkan gegendang telinga anda!! Hahahaha!! Dan anda jangan terkejut bila anda dengar lagu ini:-

dengan lagu ini:-

Hahahahahaha!!! Lagu ni, sama kesnya antara Metallica "The Four Horsemen" dengan Megadeth "The Mechanix" Hahahahahahaha!! Punca? Kedua-dua versi diatas adalah hasil air tangan Kurt Kilfelt sendiri! Hahahahaha!! Baiklah, dalam album ini juga memuatkan track yang berbentuk trilogi iaitu "A Fools Gold/Terminal Humour/Mindwar" yang sangat EPIK! Terus terang, band saya sangat terpengaruh dengan album ini (Mind Wars). Serta, anda jangan ingat hanya TOM ARRAYA sahaja yang boleh "rap" dalam musik Thrash Metal. Hahahaha! Keith Deen punya rap kau belum kenal lagi hahahaha.

Jadi, dengan ini saya menutup "review cikai kulup" saya dengan:- Sila DAPATKAN album ini jika anda berpeluang. Kerana band ini dah tak mampu nak reunion dengan original line-up, RIP Keith Deen (2012)

2 comments:

  1. PERGHH!!! kamu punya ulasan ni menggegar hati ku tau,,, seolah2 aku berada di tempat mu, jap mau layan lagu dalam u tube ni, apapun kalau dapat kaset ni sempoi... terbaik bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha! diharap dapat cari semua album mereka. saya ada keset Holy Terror "Terror & Submission" aja huhuhu!

      Delete