Thursday, August 28, 2014

Antara Insan Dan Insanity


Sering saya tertanya-tanya. Apakah saya ini masih siuman ataupun tidak? Adakah saya masih lagi normal menjalani kehidupan ini? Adakah saya masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai makhluk-Nya yang lemah serta rendah?

Seringkali persoalan ini timbul. Saya dibesarkan didalam sebuah keluarga yang tidaklah begitu indah seperti yang diharapkan. Sebagai anak sulung, saya selalu beralah untuk adik-adik saya yang lain. Sememangnya mereka lebih layak mendapat lebih. Saya selalu mengikuti apa yang disuruh tanpa banyak soal. Saya tidak pernah mengeluh ataupun membantah. Ayah merupakan individu yang tegas dan garang. Sebarang kesilapan, hukuman pasti dijalankan. Itu tanggungjawab dia sebagai seorang ayah. Tetapi, manusia ini tiadalah sempurna. Itu zaman kanak-kanak saya. Tidaklah manis seperti anda (mungkin)

Disini saya cuba selongkar apa punca yang menyebabkan saya begitu BERBEZA daripada orang lain. Kenapa saya berbeza? Adakah berpunca dari saya? Atau persekitaran? Atau tekanan? Wallahualam. Saya mudah menyerap segala unsur negatif dan juga positif. Saya menonton satu siri animasi yang bertajuk "School Days". Ternyata saya terpedaya dengan 3 episod yang pertama. Selebihnya, adalah kegilaan yang membuatkan saya murung, serabut dan tidak mampu berfikir dengan baik, lebih daripada 1 minggu. Ya, impaknya sangat besar. Dan saya yakin INILAH "starter bagi "sifat berbeza" dalam diri saya. Jangan anda lihat watak yang comel, adalah selamanya indah. Tidak. Itulah KESILAPAN BESAR saya. Jika mahu mengalaminya, saya sarankan anda cari anime ini dan tonton sepuas-puasnya. Ada banyak lagi anime yang INSANE dan yang paling epik adalah Neon Genesis Evangelion.

School Days

Maka, perasaan saya mejadi tidak menentu. Apa sahaja yang saya alami, ia akan menjadi sesuatu yang sangat SERIUS. Kerana sudah terbiasa, logik anime mula mengawal logik realiti. Ya. Ia lahir dari obsesi saya. Akhirnya, saya mula rosak. Ya... Disini saya ceritakan bagaimana bermulanya satu "falsafah" yang sangat-sangat saya kesali. 3 MINIT SELEPAS KESEDIHAN ADALAH KEGEMBIRAAN. Saya mula perasan yang kesedihan yang melanda ini menjadi satu hiburan bagi saya. Ikan Toman kesayangan saya, Toby telah saya bunuh untuk dijadikan makanan. Tetapi saat saya menghayunkan parang ke kepalanya dan darah tepercik ke muka saya, saya menggigil. Menggigil kesedihan. Tetapi tidak lama, saya masih lagi menggigil tetapi menggigil kegembiraan. Hanyir darah ikan itu menusuk hidung dan memberitahu akal saya yang itulah wangian yang saya idamkan selama ini. Maka, bermulalah episod dimana saya mendapat satu ketagihan.


Saya bekerja di ladang, sektor perladangan terbesar di Malaysia. Saya pernah mendapat kecederaan ketika mengendalikan buah sawit. Ya, tangan saya tertusuk duri pelepah sawit. Sakitnya bukan kepalang lagi. Tetapi... selepas beberapa detik saya rasa macam seronok. Saya seronok disakitkan. Saya jilat darah yang bercampur dengan minyak gamat. Saya pejamkan mata dan tersenyum sendirian. Tidak lama kemudian, rakan saya kemalangan. Saya terkejut dan melawat dia di hospital. Kecederaan tidaklah serius tetapi nampak macam ngeri. Sekali lagi perasaan pelik ini timbul. Seronok. Gembira diatas kesedihan dan kecelakaan orang lain. Saya akan bersendirian dan mentertawakan mereka.


Saya pernah melakukan satu perkara yang sangat tidak patut dilakukan. Ia diantara saya dengan Pencipta. Sesuatu diluar batasan seorang manusia. Saya menadah tangan meminta Pencipta kurniakan KEGILAAN keatas diri saya. Belum pernah saya dengar orang lakukan sebelum ini tetapi disebabkan masalah yang terlalu kompleks maka inilah "hadiah" yang telah saya terima. Selama 2 tahun saya menderita. Penyesalan mula timbul. Akhirnya, saya kembali kepangkal jalan dan memulakan hidup yang baru. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kali ini saya menadah tangan meminta diampunkan dosa saya dan saya meminta kepada-Nya akan dikurniakan kesihatan akal dan hati. Saya mula kurangkan menonton ANIME yang mempunyai PSYCHOLOGY sebagai GENRE. Ya. Nekad. Saya tapis setiap anime yang ada keluar. MESTI TAPIS!


Disini, diantara Insan dan Insanity, hanya Allah yang mampu memberi dan mengambil dan memberikan semula. Agama Allah ini yang mengajar saya, apa pun yang berlaku, merayulah kepada-Nya, memintalah kepada-Nya. Mintalah yang baik-baik, hindarilah yang tidak baik. Hanya KEBAIKKAN mampu membawa manusia keatas. Jauh dari jurang-jurang kegilaan. Kerana kebaikkan menyenangkan kita, manakala kejahatan dan kegilaan menyukarkan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat. Ini sahaja celoteh saya pada entri kali ini. Kita jumpa lagi, Insya Allah.

4 comments:

  1. pergh!! dalam sungguh maksud catatan ini... apakah benar apa yang aku fikirkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhuhu! catatan ini adalah sedikit sahaja. apa yang benar tu? uhuhu!

      Delete