Assalamualaikum membuka bicara saya pada entry pertama saya. Ya, saya agak pelik daripada mereka-mereka yang anda fikirkan "pelik". Sebagai pengenalan, saya ingin juga menceritakan asal usul saya. Ayah saya berasal dari Simpang Renggam, Johor. Manakala mak saya pula berasal dari Lubuk Merbau, Kedah. Mereka bertemu dan berkahwin di Pahang dan kini menetap disana. Dari Temerloh, Bentong hingga ke Kuala Lipis dan kini mereka dahpun beli sebuah rumah disana. Ya, selama 11 tahun di FELDA Chegar Perah 01, Kuala Lipis, membesar dengan unsur-unsur semula jadi. Pahit maung hidup diharungi bersama.
ANIME
Blog ini juga tempat saya meluahkan minat saya yang mendalam terhadap ANIME dan musik METAL secara menyeluruh. Minat saya pada Anime mula bertapak bila saya mula menonton siri Doraemon. Maka diikuti dengan Dragon Ball dan Sailor Moon. Ya... minat saya yang terlalu tinggi membuatkan saya berusaha untuk belajar melukis. Saya tiada bakat dalam bidang ini. Segala usaha telah dilakukan tetapi menemui jalan buntu. Saya TETAP tak pandai melukis. Habis buku teks, latihan, meja hatta dinding stesen kereta api di FELCRA Sungai Temau, Kuala Lipis pun saya conteng. Saya terus-menerus belajar melukis, dengan mempercayai MINAT dan USAHA mampu membuahkan hasil yang SETARAF mereka yang mempunyai BAKAT! Hahaha! Agak bodoh juga. Saya pernah bertemu dengan mereka yang SANGAT BERBAKAT dalam melukis tetapi KURANG MINATNYA dalam bidang itu. ARGH!! Betapa ruginya! Hahaha! Tetapi kini jika nak dibandingkan lukisan saya yang terdahulu dengan yang sekarang, hampir 90% unsur ANIME/MANGA lupus dalam setiap lukisan saya. Kini, saya menjadi mereka yang pernah saya marah, caci dan maki. Saya faham, jika mahu melukis kita perlukan MOOD. Saya yakin yang mereka tidak melukis kerana TIADA MOOD! Hahahaha! Oh satu lagi, jangan lah "request" saya untuk melukis. Anda pasti akan MENYESAL! Huhuhuhuhu! Berkenaan dengan ANIME pula, saya hanya DOWNLOAD aja kerana saya SANGAT-SANGAT KECEWA dengan kualiti DVD sekarang ni. Kualiti "DVD ORIGINAL" seperti cetak rompak sangat menjijikkan. Saya sangat FRUST bila ada diantaranya adalah "burn" dari laman-laman web FANSUB. Siap ada WATERMARK laman web tuh!! Pergh! Celaka lah kepada mereka yang mengaut keuntungan dengan cara sebegitu! PUIK!
Lukisan saya yang huduh!
MUSIK METAL
Pada tahun 2000-2001, sebuah majalah murahan menulis tentang musik ekstrim yang begitu huduh dan jijik di mata masyarakat. BLACK
METAL. Ya, saya terpengaruh dengan penulisan majalah tersebut. Pada pandangan
saya, musik sebegitu menjauhkan diri dari TUHAN yang ESA. Mendekatkan diri
dengan SYAITAN yang DIREJAM. YA! Itulah saya pada masa itu! Masih MENTAH dan
KEBUDAK-BUDAKKAN. Tetapi ia berubah, pada tahun 2003. Saya mengikuti
rakan-rakan “jamming” lagu-lagu yang pop, slow rock dan skinhead/punk. Dan
kawan saya memainkan 1 lagu yang telah mengubah segala-galanya. Lagu tersebut
sangat menusuk kalbu, memberikan FEEL yang sangat berbeza dengan lagu-lagu
lain. Tajuk lagu tersebut adalah FENDIYAN OKULTIKA HYMNOLOGI yang terhidang
didalam album PHENOMISTIK oleh band dari Singapura, AS-SAHAR. Pada waktu tu
juga saya “rushing” beli kaset album tersebut. Nyata, musik yang saya benci
itulah menjadi sebati dengan diri saya. Maka bermulalah pencarian saya untuk
mengisi kekosongan yang hanya musik keras itu sahaja mampu memenuhinya. Dari 1
ke 1 band saya cari. Dari Black Metal hinggalah ke akar umbinya. Dan ia kekal
hingga kini. Mempunyai cita-cita untuk menubuhkan sebuah band yang kini tak
tahu apa statusnya hahaha! Didalam usaha untuk menjadikan ia stabil dan
dikenali adalah suatu kerja yang SUKAR! Ya... Saya bukanlah nak nama sangat
kecuali mesej yang ingin disampaikan itu SAMPAI kepada rakan-rakan. Apakah
mesej yang saya mahu sampaikan?
Salah seorang dari mereka adalahTsutomu Miyazaki a.k.a Tokyo Dracula, dikeji dan dihina di Jepun diatas jenayah yang tidak masuk akal. Nak jadi macam dia ka? PUIK!!
Saya adalah peminat kepada mereka yang bergelar PEMBUNUH BERSIRI
terutamanya yang berprofil tinggi. Charles Manson, Richard Ramirez, Jeffery
Dahmer, Albert Fish, Ted Bundy, Bender Family, Marry Ann diheret ke zaman Vlad
Dracul, Gilles de Rais, Locusta hinggalah kepada Bapa Pembunuhan, Qabil. Apa
yang menarik tentang mereka? Apa yang menyebabkan saya TERTARIK dengan mereka?
Apabila mereka ditangkap/disiasat maka terbongkarlah APA motif mereka. Ya,
MOTIF! Motif pembunuhan adalah segala-galanya bagi saya untuk menikmati
kisah-kisah mereka. MENGAPA? Saya beristigfar setiap kali membacanya. Manusia
adalah makhluk sempurna ciptaan Allah, dengan AKAL dan NAFSU. Disini,
intipatinya. Dengan membaca dan mengambil tahu kisah mereka, saya ukur diri
saya. Saya TOLAK apa yang mereka telah lakukan. Mengambil nyawa manusia adalah
kesalahan yang SANGAT BERAT. Untuk menghindari segala sifat terkutuk ini, saya
lihat mereka untuk saya baiki diri saya. Nauzubillah... Dan kisah-kisah mereka
ini saya masukkan kedalam musik band saya yang BURUK, HUDUH, CELARU, KOTOR ini.
Menceritakan KEBURUKAN untuk DIHINDARI, bukan DIDEKATI. Yelah... Anda cerita
tentang perang nuklear, anda nak ke perang nuklear meletus? Hahahahaha! Itulah serba sedikit dengan saya.
Kesimpulannya yang saya mampu beritahu:- Manusia mempunyai pelbagai ragam dan fikiran serta rasa/sensation yang PELIK dan BERLAINAN daripada sesama mereka. Ya. Itulah hakikatnya. Semoga anda berada didalam keadaan selamat sejahtera hendaknya
Kesimpulannya yang saya mampu beritahu:- Manusia mempunyai pelbagai ragam dan fikiran serta rasa/sensation yang PELIK dan BERLAINAN daripada sesama mereka. Ya. Itulah hakikatnya. Semoga anda berada didalam keadaan selamat sejahtera hendaknya
Tu dia... dia mula dah!!!!! Keep up!
ReplyDeleteterima kasih! hehehehehehe!! cabaran disahut!
Delete