Friday, August 29, 2014

Bekam/Cupping/Hijama

Saya juga berbekam

Perubatan bekam atau cupping dikatakan berasal dari China (1000 Before Christ B.C), Mesir (1550 B.C) dan Greek. Di negeri-negeri Arab pula, ia dipanggil Hijama (bermaksud "sedut")

Ada beberapa Hadith yang dinyatakan tentang kebaikkan berbekam ini. Saya malas nak tulis, maka saya "copy-paste" dari sebuah blog Rawatan Bekam Dan Urut,



  1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri" (Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)
  2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz" (lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)
  3. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)
  4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)
  5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"(Riwayat Imam Ahmad)
  6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

Rasulullah pernah berbekam. Maka, jika kita berbekam kita telah menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. Saya dahulunya mempunyai masalah migrain dan rasa sakit-sakit dikawasan bahu, pinggang, peha, lutut dan kaki. Setelah berbekam, alhamdulillah saya semakin pulih dan kini adalah jarang atau "kadang-kadang" saya mendapat sakit dibahagian tersebut. Benar! Menurut tukang bekam saya ni Aura Bekam Nusajaya Johor kebanyakkan pesakit gout, migrain dan darah tinggi memberikan komen yang positif dan mereka berasa lega dengan berbekam. Alhamdulillah. Kini, setiap 2-3 bulan sekali saya akan hubungi dia dan bekam.

TIPS PENTING:- Anda kena ingat. Ada 2 jenis bekam. BEKAM dan ASAL BEKAM. Maksud "ASAL BEKAM" ini adalah asalkan bekam, keluar darah jadilah dan TIDAK PEDULI pada point-point penting bekam kerana menurut tukang bekam ini, ia hampir serupa dengan akupuntur dan ada tempat/point yang tertentu sahaja yang perlu dibekam. Minta dia tunjukkan sijil Khidmat Bekam dia. Dia pergi kursus bekam atau tidak. Pastikan anda siasat dahulu dan PALING PENTING, anda kena/wajib TANYA HARGA RM per-CUP! Kalau dia tak jawab atau terlalu mahal, maka jangan hiraukan dia.

Jom, saya kongsikan gambar-gambar bekam saya. Hehehe, sesiapa yang mabuk darah, sila larikan diri anda hehehe!







Sekitar JB-Kota Tinggi, silalah hubungi Aura Bekam Nusajaya Johor

2 comments:

  1. erkkk...belum pena cuba lagi.. tak sampai hati nak buang darah kat badan ni...jajaja

    ReplyDelete