Thursday, August 21, 2014

Sekadar Luahan

Leonarda Cianciulli the Soap Maker - Tak ada kena mengena pun dengan entri ni hehehe!
Jika ada masa, saya akan menulis tentang Pembuat Sabun Dari Itali ini.

Saya sebagai manusia biasa mempunyai minat terhadap sesuatu. Saya meminati MUSIK METAL (lain kali saya akan ceritakan lagi 2 minat saya). Disini, saya cuma mahu luahkan perasaan yang tidak pernah tenang ini, dimana dalam minda saya beranggapan segala "review" yang saya buat itu adalah tidak penting atau merepek. Setakat ini hanya beberapa album sahaja yang telah saya ulaskan.

Saya mengulas setiap album yang saya minat. Betul-betul minat sahaja. Lain-lain hal saya akan cuba elak lah. Yelah, saya ni masih budak mentah dalam musik ini. Ulasan saya tidak "technical" dan hanya lebih kepada "syok sendiri" aja. Hahaha... Itu key point saya. Syok Sendiri. Kalau saya tak menikmati sesuatu, bagaimana saya nak luahkan pada anda? Manalah tahu anda juga meminatinya? Dan pada masa yang sama, anda secara sengaja/tak sengaja akan support band yang saya minati itu? Haha! Ulasan merepek budak hingusan ini tak lebih tak kurang daripada berkongsi perasaan dan kegembiraan, keterujaan, keseronokkan dan kepuasan membeli, mendengar dan mempromosikan sesuatu band.

Beli barangan mereka sebagai tanda sokongan. Tanpa anda, mereka sukar untuk bekarya!

Saya hanya ulas album yang saya beli. Download tu adalah sikit-sikit. Itu saya tak nafikan. Kerana harga CD/LP dari luar negara amat mahal jika dibandingkan dengan album band local yang jauh lebih murah, paling mahal pun dalam RM60.00 (tetap beli album dari luar tapi perlahan-lahan lah). Tu dah kira dalam format digipak lengkap dengan memacam lagi lah merc yang telah disertakan. Haaa... Jadi, saya takkan ULAS berkenaan album yang telah saya sedut dari internet. Heee...

Beli tetap BELI! Hehehe!

Syukur juga, diatas dorongan 2 orang rakan saya (Nama Dirahsiakan) yang menggalakkan saya menulis di blog ini. 2 insan ini juga adalah merupakan penulis! Waaah! Banyak ilmu-ilmu yang saya mahu DOWNLOAD dari memori mereka nih! Hehehe!

Itu sahaja lah luahan saya pada entri kali ini. Insya Allah, jika diizinkan Allah, saya akan menulis lagi. Cheeeesssseeeeee!

4 comments:

  1. wow.. saya akan jadi pembaca setia utk blog ni...
    haha seperti saya blog saya lah yang paling cikai kat muka bumi ni.. ulasan ntah apa2 ntah..
    membaca cerita keterujaan seseorang pasal minat yang sama memang sempoi.. i like.. teruskan munulis bro.. dan kongsikan anime yang best2,, sbb aku ni baru saja nak follow anime... hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha!!! Terima kasih bebanyak hehehehehe!! blog bro pon power juga! mana ada cikai! hahahahaha!!! Oh, minat anime juga ya? Hahaha!! anime sahaja yang saya download. Sebab kalau nak bele, terpaksa potong budget beli CD/LP/Keset hahahaha!!! ok boleh aja saya ulas anime!

      Delete
  2. ni aku nak cadangkan pasal ruangan komen ni.. tolong buang dia punya key... tekan saja sekali dah bleh komen.. google saja bro caranya.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. key tu... yang huruf2 pelik tu kan? ok saya akan cuba!

      Delete