Friday, August 22, 2014

GIGS: SURI (Jakarta) - Stopzone, Larkin Johor Bahru


Semalam (Khamis/21.08.2014) saya telah di-tag oleh LOGAM dengan flyers ini. Ya, semuanya secara spontan! Saya terus mengambil keputusan untuk turun ke Studio Stopzone yang berada di Larkin, JB. Yelah, LOGAM nak perform! Band power/thrash metal dari Selatan Malaysia (ni geng-geng Wa Ha hehehe!) sememangnya buas ketika beraksi di pentas. LOGAM telah meriliskan album sulung mereka "The Murder Artist" pada tahun 2012. Yeah!! Hanya berbekalkan niat nak tengok LOGAM, saya pujuk rakan saya untuk jadi "driver" saya untuk ke sana hehe!

Kami agak lewat sampai ke venue, sekitar jam 8.00 malam. Gigs dikatakan telah bermula pada pukul 5.00 petang. Saya melepas banyak band! Saya mesej Swordist Saso dan dia mengatakan yang mereka masih belum tiba disana. Wah... sibuk benar mereka ni. Mungkin ada masalah yang menyebabkan mereka lewat. Tak mengapa lah, sempat la saya nak tengok mereka perform nanti! Huhuhu! Setibanya saya disana, beli tiket dan terus masuk kedalam studio. Terserempak pula dengan Prop Argon Grundar! Snap satu gambar dengan beliau! Hehehe!

Prop yang sentiasa ceria!
Booth Prop Argon yang "meriah"

Rupa-rupanya, band headline, SURI sudah siap sedia untuk beraksi. Oh tak mengapa lah. Kelihatan hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang berada di venue. Adeeeeh... Mana SOUTHERN METALHEADS ni? Ok lah, SURI pun mulakan musik mereka. Mereka adalah band yang berteraskan Heavy Stoner Rock Blues. Haaaa... Sah! Sah saya akan muntah selepas ini. Tetapi sebaliknya berlaku! Entah macam mana, musik mereka senang sahaja saya hadam dan kepala digoyangkan sedikit demi sedikit, kaki berderap-derap dan tangan menepuk peha. Wah! Hebat! Sejujurnya, saya TAK PERNAH faham dan ambil peduli dengan musik sebegini! Metalheads yang berambut panjang pada mulanya susah nak terima musik band tersebut, mula hayunkan kepala mereka perlahan-lahan disertakan dengan mosh yang "MESRA". Sekali pandang, dah macam kuntilanak berjoget padang pasir pula! Hahahaha!


 Suara vokalisnya sangat memukau!
Bassist dan drummer ni "malu-malu kucing" pula hehehe!
Sempat bergambar dengan SURI walaupun kualiti gambarnya sangatlah teruk huhuhu!

Kemudian kami dihidangkan dengan band terakhir, yakni LOGAM! Hahahahahaha! Buas! Ganas! Laju! Pergh!! Mereka membawakan lagu-lagu dari album The Murder Artist iaitu Darah Di Hujung Sabil, Burn Baby Burn, M.A.D, Rage serta 2 lagu saduran iaitu Independent (Sacred Reich cover) dan Tornado Of Soul (Megadeth cover). Saya headbanging sampai terhuyung-hayang dibuatnya. Dah lama tak headbanging macam tu. Saya tahu akibatnya, esok semestinya tengkuk dan leher saya tak dapat mengangkat kepala. Asyik menunduk jer.

 Swordist(voc/guitar) dan Zwar(drummer)
 Lanloq "The Old Man" (bass)
 Deen (Lead)
Ok, tamat persembahan LOGAM maka saya pun mahu beransur pulang. Sempat bersalaman dengan rakan-rakan semua dan terus naik kereta menuju ke rumah. PUAS HATI! Walaupun hanya 2 band sahaja, RM25.00 yang telah dibelanjakan tu sangat berbaloi! Fuh...


Hehehe! Sempat cekup dulu sebelum habis! Huhuhu!

P/S:- Tak pernah seumur hidup saya minta band autograf mereka punya rilisan. Fuh...

4 comments:

  1. aku ingat dorang suri ni buat tour, dtg kl kah.. rupanya singgah jb ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... deorg terus ke Singapura kalau tak silap saya lah. perasan jadual tour mereka di FB mereka. Huhuhuhuhu!!

      Delete
  2. hebat... baca review ni terasa nak check out band ni!

    ReplyDelete