Tuesday, September 2, 2014

Besi! Besi! Besi!



Musik yang keras ini sebenarnya yang telah mencari dan menjumpai saya. Daripada sesi jamming suka-suka kepada hari ini dimana saya masih lagi mendengarnya tanpa rasa bosan. Menukarkan diri saya yang menikmati musik metal seorang diri kepada menikmatinya bersama rakan-rakan. Menukarkan diri saya yang hanya mendengar melalui download kepada memburu setiap format yang pernah dihasilkan untuk sesuatu band.

Menjadi "METALHEAD" telah menukarkan diri saya daripada menerima dan membenci secara total dan membuta tuli kepada diri saya yang senantiasa mengkaji sesuatu. Saya kaji setiap bait lirik lagu, kepada motif pembuatan lagu tersebut. Jika berlawanan dengan iman serta kepercayaan saya, saya tolak terus. Daripada hanya terperangkap didalam musik Eastern Black Metal bawaan As-Sahar, kini saya mampu menikmati kegilaan musik Brutal Death Metal dan kesuraman musik Ambient.

Saya pun tidak tahu, bagaimana musik keras, kasar dan "dibenci" oleh masyarakat sekeliling ini telah merubah diri saya yang saya anggap "lebih baik daripada diri yang terdahulu". Dulunya, musik ini digembar-gemburkan dengan segala macam cerita yang lansung tidak enak. Segala yang negatif, semuanya ditundingkan kepada musik metal yang keras ini. Bila saya berada di alamnya, barulah saya tahu. Barulah mata saya terbuka. Sebenarnya, tak lah jahat mana pun.

Saya bukanlah metalhead dari zaman 1990-an. Bukan! Saya dari zaman 2000-an! Hahaha! Dimana pernah saya terbaca status di FB daripada seorang metalhead ini yang berbunyi "Jika kau mula terjebak dengan "Black Metal" selepas isu Mastika, kau memang POSER". Saya masa tu tidak faham dengan apa itu poser sebenarnya. Mengapa boleh ada label-melabel seseorang itu TRUE atau POSER/PLASTIC? Lantak lah!

Hahahaha! Perenggan diatas tu hanyalah sedikit coretan merepek dari hingusan macam saya.



Jika diteliti didalam video diatas, maka saya membuat satu rumusan. Dimana mereka-mereka ini naik dan dipandang tinggi dimata dunia hanya kerana bermain musik ekstrim. Benar. Mereka menongak arus, mereka menjadi "diri" mereka sendiri tanpa meniru 100% daripada orang lain. Mereka menjadi LAIN DARI YANG LAIN. Mereka menjadi kreatif dan sangat produktif serta bersemangat tanpa mengalah dalam usaha mereka demi band mereka, demi musik mereka dan demi IDEA mereka. Itu adalah PALING TEPAT. Dibenci oleh masyarakat pada ketika itu, dicemuh malah dijadikan bahan jenaka tetapi kini mereka berdiri teguh! Mereka tidak terikat dengan mana-mana peraturan dan menambah sedikit perisa artistik dalam musik mereka dan mereka menjadi ikutan ramai. Kini masyarakat tidak mampu menyekat mereka lagi. Mereka telah berjaya. Ya, kata kunci utama mereka adalah TIDAK MENGALAH, BERANI DENGAN IDEA BARU dan KREATIF. Teliti betul-betul bahagian "Napalm Death" dan "Celtic Frost". Bagaimana Celtic Frost dari sebuah tempat yang begitu asing dan "obscured" kini dapat dilihat dengan jelas dan terang. Lihat mereka dan jadikan inspirasi bukan sahaja dalam musik metal aja. Luaskan persepktif kita dan gunakan ia didalam segala bentuk usaha kearah membaikkan diri kita.

Masyarakat melihat kita dengan mata yang sangat menyakitkan hati kita. Bila ditenung semula, mereka akan berpaling. Seolah-olah kita ni kotor, tiada agama, tiada budaya, ganas, bodoh, "a failure product" dan pelbagai lagi kata-kata serta tanggapan yang negatif. Tak mengapalah... Bukannya boleh dibawa mati...

2 comments: