Bukan senang ya, untuk mengumpul wang yang akan digunakan di Sarawak. Ada sahaja rilisan maut yang keluar. Gila! Pada masa yang sama ini adalah pertama kali saya mengembara ke Sarawak berseorangan. Tiket kapal terbang telahpun diuruskan oleh Manang Bakak, ETERNAL HAILS!!! Hahaha!
Setibanya saya di Sarawak (jam 10:00 malam lebih hari jumaat), saya disambut oleh Manang Bakak dan Jeff Lynne. Kami lepak di Warung Melayu di kawasan sekitar itu (maaf saya lupa kawasannya itu) sambil menikmati Mee Kolok yang sememangnya kegemaran saya! Juga bersama saya Didek, adik kepada Jeff Lynne. Malam itu saya tidur di rumah Manang Bakak. Manang Bakak juga sempat memberikan CD band black/death metal baru dari Sarawak, GOATCRUSH.
Keesokkan harinya, saya bersama Manang Bakak pergi ke kedai Mee Kolok Mohamad Lim. Pemilik asal kedai ini telahpun meninggal dunia dan kini diusahakan oleh isterinya. Saya pernah menikmati Mee Kolok air tangan Mohamad Lim pada tahun 2013. Air tangan isterinya juga tidak lari dari arwah suaminya dan mee koloknya SEDAP!!
Selepas sarapan pagi, kami ke kawasan Matang untuk mengambil Jeff Lynne dan Lucas, rakan baru saya di Sarawak. Yeah! Gigs ini bukan sahaja untuk hiburan malah menjalinkan hubungan persahabatan dengan metalheads di sana! Yeargh! Kita berbeza dari segi bahasa, bangsa dan agama tetapi kita bersatu dibawah bendera METAL!
Setibanya kami di venue iaitu THE LAIR Welsh Tavern yang bertempat di Bau/Kuching. Gigs sepatutnya bermula pada jam 2:00 petang terpaksa ditunda pada jam 3:00 petang. Di kesempatan itu saya, Didek, Lucas dan Jeff Lynne pergi ke pekan Bau untuk makan tengah hari. Hanya di situ saya boleh menikmati makanan halal. Hanya saya dan Didek sahaja muslim. Makanan di gerai itu sememangnya enak. Juga saya merasa makan Ayam Pansoh tetapi menurut Lucas, Ayam Pansoh itu dimasak didalam periuk kerana jika ayam itu dimasak dalam buluh, ia akan berbau berbeza dari apa yang kami makan. Fuhhhh! Sedap!
Brader berambut panjang ni tegur aku "Eh? Bukan kamu ka yang perform masa KL THRASHED I dulu?" Hahahahaha!! Ada juga yang ingat sama aku ketika KL THRASHED I dulu hahaha!! HAILS BROOOOO!!!!
Selepas menikmati makanan, kami pulang ke venue dan hujan mula turun dengan lebatnya. Band pertama memulakan persembahan adalah TULAH, sebuah band black metal acuan Mayhem dan Emperor. Persembahan mereka sangat memukau! Saya difahamkan salah seorang line-up band ini adalah dari band Kambing Sakti. Bagi saya, band ini sangat bagus! Apa yang mereka perlu lakukan adalah MERAKAM LAGU MEREKA! Hellyeargh!!!
Band seterusnya adalah sepatutnya KAFAN OF AZAZIL tetapi band itu tidak dapat bermain kerana ada masalah kesihatan. Acara diteruskan oleh band DEADSHOT. Disebabkan mastermind mereka, Kojek masih bekerja, persembahan terpaksa ditangguhkan selama 30 minit untuk menunggu Kojek sampai ke venue. Semangat yang bagus, walaupun bekerja tetap memberikan persembahan yang mantap. Deadshot adalah THRASH METAL kental membawa semangat thrash metal 80's di zaman 2000-an ini. Persembahan dan showmanship mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Dengan beberapa jenaka dari mereka, crowd terhibur dan meribut dengan musik bawaan mereka! Tahun hadapan mereka akan mengeluarkan material baru. Bersiap sedialah!
Kojek juga menjemput saya, Manang Bakak dan Kevin Bachang untuk menyanyikan lagu anthem mereka, Fake Mortal. Hahaha! Saya dah lupa lirik lagu tu. Saya (Hiding Fear), Kevin (Militant Attack), Manang Bakak (ex-M.A) dan Kojek sendiri pernah terlibat dalam satu projek 3-way-split album yang bertajuk "TRIPPLE THREAT OF TERROR". Split yang sangat rare ini dikeluarkan oleh Evil Institution Record! Mungkin Kojek menjemput saya untuk mengingati projek split tersebut hahaha!
Pengacara Majlis memanggil saya dan seorang lagi metalheads dari Semenanjung iaitu Hoh Kah Joon atau nama manjanya K.J naik ke pentas. Hihihi malu pulak kami berdua dihargai. Hihihi!
Kemudian, band yang paling kejam dijemput naik ke pentas iaitu DEMONWAR! Mereka membawa panji bestial metal (black/death metal bawaan Blasphemy). Mereka memainkan banyak lagu cover seperti Dying Moment (Silent Death), Zygotical Sabbatory Anabapt dan Abandoment Of Chasity (Abhorer), Advent of Nuclear Baphomet (Impiety) serta lagu asal mereka iaitu Demonwar Worship. Sememangnya musik mereka ganas dan kejam! Saya memang nak sangat-sangat tengok mereka secara LIVE! Hellyeah!!!
Bersama Bassist/Vokalis Demonwar, JORN SIX!!!!
Pentas diambil alih oleh DARK WORLD, sebuah band yang sangat baru, sangat fresh tetapi membawakan lagu-lagu black metal hutan Norway dengan cemerlang sekali. Showmanship vokalisnya sama seperti Atilla Csihar. Mereka juga membawa lagu saduran dari Mayhem tetapi saya lupa tajuknya. Kagum! Saya tunggu rilisan mereka di masa hadapan!
Kemudian, band KERUNTUK mula mengambil alih pentas. Black Metal kejam! Gila! Mereka membuatkan crowd tidak keruan. Showmanship yang padu dan bertenaga! Mereka membawa 2 lagu sahaja yang dipetik dari Demo 2009 mereka. Crowd sing-a-long bila lagu Hails To Hell dimainkan. Mereka bukan calang-calang band. Hellyeargh!!!
Setelah Keruntuk selesai, band KEBES pula mengambil alih. Kegilaan black metal di Sarawak memang benar! Menjadi-jadi! Dan band ini sangat berkualiti!! Kebes menggempur pentas dengan alunan black metal hutan Norway. Dengan sound yang rabak, crowd menggila segila-gilanya. Saya berpuas hati! Sangat berpuas hati!
Kemudian, WHITE RAJAH beraksi. Power metal bawaan Helloween dan Gamma Ray ini memikat ramai hati crowd. Vokalisnya memukau dengan tona vokalnya yang tinggi! Mereka membawakan lagu cover dari Hammerfall (Last Man Standing) dimana mereka memanggil Matthew Stormtrooper untuk menyanyi dan Manowar (Son Of Odin). Interaksi mereka dengan crowd dan jenaka mereka sangat bagus. Yaaaaa! Saya harap dapat membeli rilisan mereka di masa hadapan. Power Metal adalah salah satu genre kegemaran saya. Hellyeah!!!
Kemudian, band yang ditunggu-tunggu oleh crowd mula mengambil pentas, SENSE'O VIERA! Band ini yang memainkan musik groove/thrash metal acuan Sepultura "Roots Bloody Roots" sangat memukau saya. Crowd menggila-segila-gilanya! Dan mereka membawa beberapa lagu asal serta 1 lagu cover dari Sepultura yang saya lupa tajuknya. Apabila lagu Dayak Warrior bergema, crowd hilang kawalan dan bermoshing seperti ribut! Salute!!!
Band terakhir yang membuat persembahan adalah VELHALLA, band thrash metal kental bumi kenyalang. Persembahan bertenaga mereka juga berjaya menarik crowd untuk moshing. Membawa beberapa lagu saduran dari Metallica dan Iron Maiden. Fuh!!
Setelah berakhirnya persembahan Velhalla, maka berakhirlah acara TASIK BIRU DESECRATION yang julung-julung kalinya dibuat di Bau. Kami semua menyertai sesi penggambaran kenang-kenangan.
Jeff Lynne dan Didek serta Lucas pulang ke rumah menaiki kereta Didek manakala saya, K.J dan Usop TULAH menaiki kereta Manang Bakak. Kami menikmati makanan di sebuah restoran muslim dan berbual-bual mengenai musik keras ini. Hellyeargh!! Selepas itu Manang Bakak menghantar KJ ke hotelnya dan menghantar saya ke Kapit Hotel. Saya membersihkan diri, solat dan tidur.
Pada hari esoknya, saya bersama Manang Bakak menikmati Laksa Sarawak di Mum's Laksa. Rasa laksanya yang sedap. Kuah laksanya pekat adalah rahsia keenakkan laksa sarawak disini.
Kemudian kami menuju ke Wisma Hopoh dan mendapati kedai musik metal disitu tutup. Haiyaaaa hahahaha jadi kami pergi ke kawasan Jeff Lynne, Didek dan Lucas lepak pekena rojak dan ais kacang. Didek kena balik awal, hanya saya, Jeff Lynne, Lucas dan Manang Bakak menuju ke Gator Shop Kuching, Samariang, Kuching. Gator Shop adalah kedai metal stuff yang berasal dari Bandaraya Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Ini adalah cawangan mereka di Sarawak. Maka saya pun sempat memborong beberapa stuff metal dari Indonesia. Hujan yang sangat lebat membataskan pergerakkan kami.
Kami menuju ke Kampung Tabuan Dayak dimana saya lepak bersama Kojek Deadshot. Kami berborak daripada musik metal hingga lah ke GG Allin dan hantu kepala yang mengganggu pelancong hahaha!
Seterusnya, kami menuju ke Samarahan untuk melawat HQ Eastern Voice Production. Yaaa... Othman Yusof!! Sempat juga memborong beberapa stuff metal di situ. Hahaha! Bukan selalu woiiiii ke Sarawak ni hahahahaha!!!
Selesai semuanya, kami menuju ke Jalan Istana untuk menikmati makanan. Rata-rata peniaga disini adalah muslim maka saya bebas memilih makanan. Hehehe. Thanks Manang Bakak yang "menjaga" saya di Sarawak. You RULES!!! HAHAHAHA! Selesai sahaja makan, kami terus pulang untuk berehat.
Kini tibalah hari yang menyedihkan kerana saya terpaksa pulang ke Johor. Hahaha! Pada waktu pagi, Manang Bakak membawa saya makan mee kolok di kawasan Jalan Satok. Kemudian saya dibawa semula ke Wisma Hopoh dan kedai musik itu telahpun dibuka. Saya sempat memborong beberapa stuff disitu. Ini adalah tempat membeli stuff yang legendary! Hahaha! Selesai sahaja membeli belah disitu saya dibawa ke Lapangan Terbang Kuching untuk berlepas ke Senai, Johor.
Menurut Manang Bakak, tidak sah jika melawat ke Kuching jika tidak menikmati Burger Ikan Sugar Bun. Yaaaa.... Burger ikan ini sangat sedap! Air Chrisantinum Honey juga sedap!
Tidak lupa juga ole-ole yang Manang Bakak dapatkan untuk saya iaitu Ikan Buntal Masin yang hanya boleh didapati di Sarawak sahaja. Taraf ikan masin buntal ini lebih LEGENDARY daripada ikan masin terubuk! Argh!!! Thanks bro...
Saya berlepas ke Senai, Johor pada jam 1:35 petang dan tiba di Senai pada jam 3:15 petang. 20 minit awal dari masa yang dijangkakan. Hellyeah... Puas Hati! Nah, ni dia barang borongan dari SARAWAK! HAHAHAHA!!
Shopping sakan nampak haha rata2 semua tu member2 saya. Lama betul tak jumpa mereka especially Matt Manang Bakak.
ReplyDeleteHahahaha! Memang shopping sakan punya!!! Hihihihi!! Thanks broooo!! hahaha!
DeleteShopping sakan nampak haha rata2 semua tu member2 saya. Lama betul tak jumpa mereka especially Matt Manang Bakak.
ReplyDeleteshopping sakan
ReplyDeleteyeahhh bro! bukan selalu kesana. cuma, masa gigs tu, tak banyak band jual stuff mereka. tapi tak mengapa, next time masih ada peluang hehehe
Deletefuh menarik dibaca rebiunya.. meriah juga ya scene sana, nampak ramai tu..
ReplyDeleteya bro memang menarik disana. happening gila! sangat seronok! crowd gila2 punya hahahaha!
Deletevery nice review. Memang thrill sangat untuk travelling sorang2, dengan ikat perut dan tak pedulik apa jadi pun, main redah aje, hanya untuk rock n roll dan ingatkan diri sendiri kenapa muzik metal tu tersemat dalam hati. Hari ni Sarawak, besok lusa Clisson untuk Hellfest
ReplyDeletethanks bro. sebenarnya saya takut untuk travel sorang2 hahaha! sebab kita tak tahu apa di tempat orang. mujurlah Manang Bakak banyak tolong saya. saya sangat berterima kasih dengan dia. memang friendly gila! hahahaha!
DeleteNice story bro.syok baca cerita semua tu.dpt pulak megadeth pic vinyl.dari dulu ngidam pic vinyl megadeth tu.kt kl semua da sold out
ReplyDeletehehehehe thanks bro! memang saya pon tengok LP tu sangat menggoda! geram wooooooo! hahaha nak kena pilih antara "Rust In Peace", "So Far, So Good, So What?", Peace Sells" dan "Youthanasia"... ngeri broooo!!! hhahahahaha!!
DeleteMalatya
ReplyDeleteKırıkkale
Aksaray
Bitlis
Manisa
H8GK4
goruntulu show
ReplyDeleteücretli
OJMZ
urfa evden eve nakliyat
ReplyDeletemalatya evden eve nakliyat
burdur evden eve nakliyat
kırıkkale evden eve nakliyat
kars evden eve nakliyat
Rİ5
trabzon evden eve nakliyat
ReplyDeletebursa evden eve nakliyat
ordu evden eve nakliyat
erzurum evden eve nakliyat
mardin evden eve nakliyat
P52Mİ
EB88C
ReplyDeleteErzincan Lojistik
Maraş Evden Eve Nakliyat
Nevşehir Evden Eve Nakliyat
Osmaniye Lojistik
Hatay Lojistik
74058
ReplyDeleteBatman Evden Eve Nakliyat
Tokat Evden Eve Nakliyat
Sivas Evden Eve Nakliyat
Kripto Para Borsaları
Adana Evden Eve Nakliyat
72449
ReplyDeleteBilecik Evden Eve Nakliyat
primobolan for sale
Kırklareli Evden Eve Nakliyat
Çorum Evden Eve Nakliyat
sustanon for sale
buy trenbolone enanthate
Rize Evden Eve Nakliyat
İzmir Evden Eve Nakliyat
Çankırı Evden Eve Nakliyat
27DD4
ReplyDeleteTokat Lojistik
Ünye Parke Ustası
Çorlu Lojistik
Niğde Şehir İçi Nakliyat
Samsun Şehir İçi Nakliyat
Karaman Lojistik
Bitfinex Güvenilir mi
Bitmart Güvenilir mi
Afyon Evden Eve Nakliyat
5D0DD
ReplyDeletebinance
BEC1A
ReplyDeletemardin bedava sohbet
mobil sohbet siteleri
manisa sesli sohbet odası
görüntülü sohbet uygulama
eskişehir seslı sohbet sıtelerı
antep görüntülü sohbet sitesi
giresun mobil sohbet siteleri
erzincan parasız görüntülü sohbet uygulamaları
kırıkkale sesli sohbet siteleri
6A685
ReplyDeleteyabancı canlı sohbet
kayseri görüntülü canlı sohbet
ankara canli goruntulu sohbet siteleri
bedava sohbet siteleri
niğde bedava sohbet uygulamaları
tekirdağ rastgele sohbet siteleri
kocaeli sesli sohbet sesli chat
ankara yabancı görüntülü sohbet
sinop görüntülü sohbet odaları
E177D
ReplyDeleteBtcst Coin Hangi Borsada
Ergo Coin Hangi Borsada
Threads Takipçi Satın Al
Kripto Para Üretme Siteleri
Telegram Abone Hilesi
Spotify Takipçi Hilesi
Aptos Coin Hangi Borsada
Bitcoin Kazma
Chat Gpt Coin Hangi Borsada
BE0E7
ReplyDeletetrezor suite
dexscreener
quickswap
yearn finance
avalaunch
satoshivm
pinksale
bscpad
pudgy penguins