Thursday, June 8, 2017

REISSUE itu SPECIAL kah?

Ehem... Sebenarnya saya ketandusan topik. Yup. Tetapi boleh pula idea datang pada waktu ni dan saya terus menaip. Yup.

APA ADA DENGAN REISSUE?


Pertama sekali, reissue adalah cetakan semula sesuatu media seperti buku, CD, DVD, Kaset, Vinyl dan memacam lagi lah (sefaham saya lah, mohon jangan kecam)


Kedua, metalheads freshie macam saya ni sudah tentu bergembira dengan pekara reissue ni. Kenapa? Sebab saya tak banyak album metal kegemaran didalam koleksi saya. Kebanyakkannya dalam format MP3 sahaja. Hahaha! Ye lah... Tapi... Kenapa MP3?

MP3 adalah salah satu format audio yang paling senang untuk didapakan. Anda buat carian di internet, jumpa download link MP3, anda download dan walla! Anda dapat menikmati lagu-lagu baru atau lagu lama yang anda tidak pernah dengar. Ya!

Teringat seorang rakan ni, dia sangat positif. Katanya, dulu-dulu mereka nak beli kaset yang original tetapi mahal. Jika ada rakan yang beli, mereka pastinya pinjam dan buat "dubbing". Mereka rekod semula lagu dari keset asal ke satu keset kosong. Kalau nak beli, memang tak mampu. Itu cerita dahulu. Sekarang punya cerita? Hahaha SAMA tetapi dengan kaedah yang berbeza. Sekarang kita hanya perlu buat carian di internet dan walla! Kita dapat full album malah demo paling mak bapak rare tahap babi senggama pon boleh dapat. Haaaaa...

Situasi SATU:-
Anda rekod album, anda jual album. Kemudian ada orang yang anda tak kenal beli album anda. Selepas itu dia rip kan CD atau dub kan keset album anda ke medium yang lain seperti CD-R atau kaset kosong. Kemudian dia jual kat pembeli dengan harga yang murah. Apa perasaan anda?

Situasi DUA:-
Anda rekod album, anda jual album. Kemudian ada orang yang anda tak kenal beli album anda. Selepas itu dia rip kan CD itu dan jadikan format MP3. Kemudian, dia kumpul lagu itu dalam satu folder, compressed dalam format WinRar, muat naik ke dalam internet dan orang lain download dan menikmati album anda. Apa perasaan anda?

Dalam hal ni, kita rasa seperti tiada apa yang berlaku kerana kita adalah pelakunya. Kita rasa macam "Alah... Rilek la... Bukannya aku curi pon. Aku download je".

Tetapi bila anda berada di tempat artis berkenaan? Apa yang anda rasa? Anda tanam jagung, anda jual jagung, jiran anda amik jagung anda dan jual di sebelah gerai jagung anda dan duit yang dia dapat tu buat beli pampers anak dia. Apa anda rasa?

Tetapi kini zaman dah berubah. Kini, kebanyakkan band sudah "tak amik port" berkenaan isu download kerana mereka dahulunya juga dubbing kaset dari band kegemaran mereka. Mereka juga spread/sebarkan kaset dubbing dengan kata "Hey, check this up! This is huge man!". Dengan erti kata lain, PROMOSI. Download adalah PROMOSI.

Jadi, saya yang tak sempat nak rasa memiliki album berkenaan, boleh lah saya membeli album yang mereka cetak semula dengan cara yang SAH! Hahaha! Yaaaaa... Jika nak beli album cetakan pertama, saya tak mampu. Ya... Memang takkan mampu punya. Download itu promosi, jadi saya download. Jika sedap, saya beli album nya. Jika tak sedap, saya delete MP3 yang saya download itu. Harga barang reissue lebih murah dari harga 1st press maha rare yang lansung tak masuk akal.

Reissue adalah SUPPORT BAND DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH. Kikikiki!

P/S:- Rasa aku, penulisan aku ni macam lari dari tajuk jer? Shit...

13 comments:

  1. Aku akan beli. Band tempatan band melayu of course, band omputeh selalu tunggu verei remastered atau deluxe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Band tempatan lagi lah saya utamakan. Terutamanya yang ekstrim haha! Yeargh!!!! Band omputih mmg tunggu versi remastered atau deluxe, nak2 lagi kalau dia press dalam format yang cool mcm mediabook atau digibook huhuhu. Ada gambar, footnote, sidenote. Saya suka band Deceased punya reissue. Sebab frontman dia akan menulis berkenaan proses pembikinan album tersebut. Seronok baca, rasa mcm kita menyelam diwaktu proses rakaman tu. Best!!

      Delete