Friday, April 17, 2015

DISOBEYED "Extermination Enthroned" (Mini Album)


BRUTAL! Apa lagi yang saya boleh katakan tentang album ini? Black/Death Metal acuan DISOBEYED yang berasal dari SABAHELL ini adalah sangat gila dan bertepatan dengan selera musik saya. Pertama kali saya dengar band ini dizaman demo "Sentenced Of Death" pada tahun 2012. Saya dah dapatkan CD ini setelah saya menghubungi Mahatir Mutalip, boss kepada Earblast Records juga sebuah label yang berasal dari SABAHELL. Tak sia-sia saya beli CD ini. Apabila dipasang, segala-galanya berubah!


Dimulakan dengan intro yang sangat chaotic, tembakan dan jeritan manusia kita dapat faham apakah tema yang dibawa oleh DISOBEYED. Ianya tidak akan perlahan. Terus track yang ke-2 "May Suffering Be Upon You" menerjah. Petikan gitar yang laju, solo yang tangkap muat, hentakkan drum yang laju dan vokal yang growl sangat memukau! Riff gitar yang kedengaran ala-ala Middle Eastern sikit. Betulkan saya jika saya salah! Mood lagu ini sangat bertenaga! Anda headbanging macam haramkejadah!! Track yang ke-3 "Inhuman Warfare" menerjah dengan gilanya! Permainan untuk track ke-2 ini mengingatkan saya pada Dead Congregation. Track yang paling kuat, yang paling gila, yang paling menyerlah! Track yang ke-4 "Spear ov Hatred" pula menerpa. Sangat bertenaga! Juga dengan track yang ke-5 "Extermination".



Track ke-6 "Sentence Of Death" dan track ke-7 "Destruction" adalah rakaman semula dari demo "Sentence Of Death". Manakala track ke-8 merupakan sebuah lagu saduran dari Destruction "Invincible Force". Tiada kasih sayang didalam kesemua lagu mereka. Mereka telah menyadurkan lagu dari Destruction dengan kejam sekali! Tak rugi jika anda membelinya! Impiety, Angelcorpse, Morbid Angel, Sarcofago, Grave Miasma, Behemoth dan beberapa nama lagi boleh dikaitkan dengan permainan Black/Death Metal bawaan DISOBEYED ini. Ini daripada pendengaran saya yang pekak tuli ni lah. Hahahaha!! Segala rakaman, proses mixing dan mastering telah dilakukan di SKYLINE STUDIO yang bertempat di Tawau, Sabah pada Ogos 2014 hingga November 2014. Logo dan artwork mereka adalah hasil air tangan Ironworx Gravefix (Saya suka hasil-hasil seni dari beliau. Sangat awesome!) Tak sangka, sound musik sebegini dihasilkan dari SABAHELL!! Memang HELL lah korang!! Tabik! Salute! Hail! Saya sangat suka dengan musik penghasilan ini ARGH!!!!



Jika anda seorang metalheads yang tak ada hati perut, kejam, ganas dan gila, anda WAJIB dapatkan album ini! Wajib! Wajib!! Kalau boleh aku nak paksa sekor-sekor beli CD nih! Argh! Sila hubungi
Earblast Records atau Mahatir Mutalip. Anda juga boleh hubungi terus DISOBEYED untuk dapatkan CD ini. Ianya rilisan yang sangat berkualiti, menepati citarasa anda sebagai seorang metalhead! Saya rasa bangga sebab ini band dari Malaysia (khususnya SABAHELL) Kita tidak ketandusan band yang berkualiti beb! Kagum gila!!

8 comments:

  1. Replies
    1. yes indeed! and the music kill mercilessly!

      Delete
  2. terus terang aku cakap yg band ni memang berbakat....band metal dari tawau yg pertama menghasilkan album!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar tu abam NEKROBANGER!! Hahahahaha! sangat-sangat berbakat. musik dia memang kena dengan sound yng deorg gunapakai. Macam band Blasphermophager dari Itali, hahahahaha!!

      Delete
  3. gila punya penulisan beb.. aku jadi teruja gilababi nak dapatkan cd ni lepas baca rebiu kamu...aaaarghhhh.. teruskan menulis gaya ni aku suka... hail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! terima kasih boss... Penulisan saya biasa sahaja. Susah nak gambarkan betapa terujanya bila apa yang keluar dari speaker. FUHHHHH!!!! 3 hari layan tanpa henti!!! SABAHELL RULES!!!

      Delete
  4. kan.. ada sikit riffing ala behemoth.. ingatkan tadi aku sorang je perasan.. ya ini pertama terbaru dari sabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bro! hahahahahaha!! Terbaik ini band!! Sangat dahsyat! kalau mereka kuatkan promosi deorang ke seantero dunia, kompem setanding dengan gergasi-gergasi blackened death metal dunia. lagi unik deorg masukkan instrument2 tradisi SABAHELL hahahahaha! Barulah "BERBEZA" dengan band2 luar yang bersepah tu wakakakaka!

      Delete