Sunday, October 19, 2014

Putrefied Remains "Novus Ordo Seclorum" Cassette


Hellyeah!! Someone on Facebook put a youtube link that lead me to this album's promo track "The Dying Lullabye". I was shock! What the hell!? The track are so strong! So powerful, it seduced me to buy the cassette. Hellyeah!!



They mentioned their style of music are GLOOMY BLACK DEATH METAL. Yeah, i can agree with that! Within the vein of VARATHRON and ROTTING CHRIST, this band worship the Greece Black Metal sound that so popular during 1990's.

Overall, the track are fast, vicious and deadly! Its seem the "gloomy" part made by keyboard. Its so atmospheric! They should use ATMOSPHERIC GLOOMY BLACK DEATH METAL! Hellyeah!! I cannot describe this album technically but this releases are worth of your money! All track makes you headbanging like mad, none of the track that boring, its catchy, crunchy and deadly! I like the vocals, reminds me of Stone (RIP) of Silent Death at the era of "Before The Sunrise" album! So raspy! He needs to drink lots of water. Hahaha!

I hope the label, Narrowards Kult will released it on CD and Vinyl too! Hahaha! Contact the label/distro NOW or you will regret it!!

DELUSI: Manifestasi sebuah Fatamorgana

Musik AMBIENT (Dark) adalah satu cabang musik yang penuh misteri, umpama satu gelombang bunyi yang datang kearah anda dengan keadaan yang anda sendiri tak tahu bagaimana ia datang, dari mana ia datang. Dalam setiap track, ia menceritakan segala-galanya yang terbuku di hati ahlinya. Musik ini yang sentiasa berevolusi membuahkan variasi bunyi-bunyian. Seperti di taman bunga. 2 keping CD ini telah diberi secara percuma oleh Jiwa (mastermind of DELUSI). Saya berterima kasih pada beliau! Yeah!!

DELUSI adalah projek muzik DARK AMBIENT; yang diusahakan oleh insan yang menggelarkan dirinya Jiwa (semua gubahan dan rakaman oleh beliau) sejak April/Mei 2014. Runut bunyi kelam, suram dan muram DELUSI adalah terinspirasi dari band/projek seperti Burzum, Neptune Towers, Mortiis, Aghast, Lustmord, Ablaze Eternal dan lain lain lagi. Tema yang diketengahkan oleh DELUSI adalah misteri 4 elemen alam; Air, Api, Angin dan Tanah serta bahagian gelap manusia terutamanya berkenaan tekanan, kemurungan, keterasingan dalam hidup dan mati. Wow, sangat mendalam! Saya akang menggunakan perumpamaan untuk anda faham apa yang "saya faham" dengan mendengar bunyi-bunyian dari projek ini.

DELUSI "Manifestasi"
Manifestasi DEMO 2014

Track pertama yang bertajuk "Manifestasi" mempunyai gelombang yang sangat mengerikan. Ia datang seperti ombak dalam kelajuan yang sederhana, dengan mulut yang ternganga luas ingin membaham anda! Dan anda pula berada ditengah-tengah lautan, tenggelam bersama-sama pemangsa yang anda sendiri tidak tahu apakah ia! Mendengar track ini, sejujurnya membuatkan saya rasa sedikit lapar.

Track kedua yang bertajuk "Igau". Sesuai dengan tajuknya, track ini seoalah-olah memberitahu yang igauan ngeri mampu menjadi nyata! Permainan, strukturnya yang dinamik memberikan sedikit perasaan cemas, gelisah dan tidak tentu hala. Disulam pula dengan audio yang mirip suara wanita, menaikkan lagi rasa ngeri bila didengar pada waktu malam. Saya suka track ini!

Track ketiga yang bertajuk "Dimensi". Track ini bermelodi dengan bunyian keyboard yang statik. Manipulasi bunyiannya pula sangat hebat! Track yang epik! Apabila mendengar track ini, mengembalikan feel yang saya rasai ketika mendengar  novel audio karangan H.P Lovecraft yang berjudul "The Music Of Eric Zahn"

Track keempat yang bertajuk "Jurang". Track ini pula sangat lembut pada permulaannya. Ia seolah-olah anda adalah seorang penyiasat yang sedang menjalankan kerja-kerja di tempat kejadian. Hahaha! Mysterious!

Track kelima yang bertajuk "Fantasmagoria. Tajuknya seolah-olah berbunyi "Phantom Agony" gitu-gitu lah. Dengan deruan angin yang menghembus, sedikit bunyian alatan elektronik serta "fade in" yang telah dibuat pada track audionya itu menangkap perhatian saya. Tiba-tiba diterjah bunyi audio perlahan-lahan menghanyutkan saya. Waaaaaaaah!

Cetakan saya adalah 13 daripada 16 cetakan. Yep! Berbaloi!!

DELUSI "Fatamorgana"
Fatamorgana SINGLE 2014

Track pertama yang berjudul "Fatamorgana" menerjah masuk dan beberapa ketika kedengaran orang menjerit, kedengaran seperti sesuatu yang jatuh. Mungkin seorang manusia sedang mengejar sesuatu yang tidak dapat dicapai, lalu terjatuh kedalam sebuah jurang dan menjerit! Argh! Deruan ambient dengan sedikit bunyi "industrial" ini, serta bunyian seperti seseorang yang memerhatikan anda. Ya! Saya terasa seperti ada sesuatu dibelakang! Kepala saya cepat menangkap elemen-elemen supernatural dengan mengembang apabila ia bertindak balas (hehehe). Bunyian yang harus anda elakkan dikala malam menjelang.

Track kedua yang berjudul Gelita (Dunkelheit - Burzum Cover) adalah saduran dari Burzum? Sebab saya jarang dengar lagu-lagu dari Burzum (lansung tak ada keset ka, CD ka, LP ka) jadi... No Comment! Hahahahaha! Ia mengerikan!!!! 

Dapatkan salinan anda daripada DELUSI jika anda adalah seorang yang terbuka dalam menerima musik! Hahahaha!

Tuesday, October 14, 2014

HOLY TERROR

Betapa sucinya ketakutan ini. Ya! Holy Terror! Sebuah band yang agak "underrated" di Amerika Syarikat. Walaupun mendapat jolokkan underrated, mereka pernah membuat konsert jelajah di Eropah pada masa itu. Dianggotai oleh Kurt Kilfelt (gitaris), Joe Mitchell (drummer), Keith Deen (vokalis), Jeff Matz (bassis) dan Matt Fox (gitaris), mereka memeriahkan lagi scene Thrash Metal di Amerika.

Band yang hebat ini diasakan oleh gitaris lagenda Kurt Kilfelt, bekas gitaris AGENT STEEL. Saya ingin kongsikan sedikit berkenaan band AGENT STEEL. Bukan mengenai biografinya tetapi impak yang telah Agent Steel lakukan. Dari 1 band, lahirlah 2 band yang menjadi sebutan sehingga kini. Juan Garcia (ex-AGENT STEEL gitaris) telah keluar dari AGENT STEEL dan menubuhkan EVILDEAD, band Thrash Metal yang mempunyai pengaruh hardcore yang kuat. Kurt Kilfelt (ex-AGENT STEEL gitaris) telah keluar dari band itu dan menubuhkan HOLY TERROR, band Speed/Thrash Metal dengan pengaruh kuat dari New Wave of British Heavy Metal (NWOBHM). Ingin juga saya nyatakan disini, lirik mereka sangat hebat! SANGAT HEBAT! Lirik mereka LANSUNG TAK CATCHY! Seolah-olah anda membaca sebuah karangan atau sajak. Dan gaya penulisannya SANGAT GENIUS (teringat saya pada band REVENANT). Adakah anda boleh hafal karangan? Keith Deen BOLEH! Serta saya yakin yang nama band ini diilhamkan dari nama tajuk lagu ASASSIN(Germany), dari album "The Upcoming Terror"

Dari satu band Primitif Thrash Metal, lahirlah 2 sub-genre yang berbeza dan memberi impak yang kuat pada scene metal pada masa itu (dan saya yakin, ada band masih lagi mengangkat mereka sebagai idola serta pengaruh kuat dalam musik mereka). Menarik, bukan?

Saya mengenali HOLY TERROR melalui youtube. Ya... melalui laman web video sosial yang banyak menempatkan lagu-lagu metal yang saya sendiri tak habis nak dengar. Selepas tertarik dengan musik bawaan HOLY TERROR, saya nekad untuk memburu rilisan mereka. Ya, dan inilah hasilnya:-

HOLY TERROR
1987 - Terror And Submission
1988 - Mind War

1987 - Terror And Submission

Album pertama dari mereka. Dari segi sound, ia raw dan agak sukar untuk menangkap bunyi drum bass nya. Sesuatu yang saya sangat benci! Ya, band itu METAL jika saya dapat dengar dengan jelas bunyi double-pedal drumnya. Saya headbanging mengikuti rentak drum, bukannya gitar. Hahahahahaha!! Keseluruhan track adalah killer, bukannya filler! Anda bayangkan IRON MAIDEN membawa lagu-lagu mereka dengan laju. Ya!! Mereka mempunyai "bau" yang hampir sama dengan lagenda tersebut. Hanya kelajuan dan solo yang "thrashy" sahaja yang memisahkan mereka. Bagi saya, permainan mereka adalah ORIGINAL dan tak semua orang boleh "masuk kepala" dengan band ini, tetapi yakinlah, anda akan menyukai band ini jika anda dengar musik mereka! (ada yang mengatakan terdapat feel PUNK dalam musik mereka. Hmmm sila dengar untuk anda mengesahkannya)
RECOMMENDED TRACK:-
Semua sekali!!!



1988 - Mind Wars

Album kedua dan terakhir dari mereka. Sound album ini bersih dan kedengaran jelas drum bass/pedal nya. Ya!!! Inilah yang saya tunggu-tunggu!! Kali ini mereka mengurangkan feel NWOBHM dan menguatkan feel Speed/Thrash mereka! Ya!! Semua track adalah killer! Dimulakan dengan track Judas Reward, segala-galanya hancur memusnahkan gegendang telinga anda!! Hahahaha!! Dan anda jangan terkejut bila anda dengar lagu ini:-

dengan lagu ini:-

Hahahahahaha!!! Lagu ni, sama kesnya antara Metallica "The Four Horsemen" dengan Megadeth "The Mechanix" Hahahahahahaha!! Punca? Kedua-dua versi diatas adalah hasil air tangan Kurt Kilfelt sendiri! Hahahahaha!! Baiklah, dalam album ini juga memuatkan track yang berbentuk trilogi iaitu "A Fools Gold/Terminal Humour/Mindwar" yang sangat EPIK! Terus terang, band saya sangat terpengaruh dengan album ini (Mind Wars). Serta, anda jangan ingat hanya TOM ARRAYA sahaja yang boleh "rap" dalam musik Thrash Metal. Hahahaha! Keith Deen punya rap kau belum kenal lagi hahahaha.

Jadi, dengan ini saya menutup "review cikai kulup" saya dengan:- Sila DAPATKAN album ini jika anda berpeluang. Kerana band ini dah tak mampu nak reunion dengan original line-up, RIP Keith Deen (2012)

Sunday, October 5, 2014

Mati Akal


Dah beberapa hari (hampir 3 minggu) saya tidak mampu untuk menulis artikel atau review atau apa-apa yang terlintas di fikiran. Tak tahulah kenapa boleh "blur" macam ni. Mati akal dibuatnya. Tak senang duduk. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena. Jadi, sehingga di lain "post", bai-bai!