Dalam awal bulan ini (disember), ada 3 acara gigs yang berlansung. Salah satunya adalah TASIK BIRU DESECRATION yang berlansung di Bau, Sarawak. Manang Bakak telah memberitahu saya pada awal September lalu yang akan berlansungnya gigs ini di Sarawak. Senang cerita, saya menerima pelawaan Manang Bakak dan bersiap-sedia selama 3 bulan untuk menghadiri gigs ke sana. Hahaha! Itu sebab saya "berpuasa" dari membeli sebarang stuff metal dan menumpukan wang simpanan itu untuk acara di Sarawak.
Bukan senang ya, untuk mengumpul wang yang akan digunakan di Sarawak. Ada sahaja rilisan maut yang keluar. Gila! Pada masa yang sama ini adalah pertama kali saya mengembara ke Sarawak berseorangan. Tiket kapal terbang telahpun diuruskan oleh Manang Bakak, ETERNAL HAILS!!! Hahaha!
Setibanya saya di Sarawak (jam 10:00 malam lebih hari jumaat), saya disambut oleh Manang Bakak dan Jeff Lynne. Kami lepak di Warung Melayu di kawasan sekitar itu (maaf saya lupa kawasannya itu) sambil menikmati Mee Kolok yang sememangnya kegemaran saya! Juga bersama saya Didek, adik kepada Jeff Lynne. Malam itu saya tidur di rumah Manang Bakak. Manang Bakak juga sempat memberikan CD band black/death metal baru dari Sarawak, GOATCRUSH.
Keesokkan harinya, saya bersama Manang Bakak pergi ke kedai Mee Kolok Mohamad Lim. Pemilik asal kedai ini telahpun meninggal dunia dan kini diusahakan oleh isterinya. Saya pernah menikmati Mee Kolok air tangan Mohamad Lim pada tahun 2013. Air tangan isterinya juga tidak lari dari arwah suaminya dan mee koloknya SEDAP!!
Selepas sarapan pagi, kami ke kawasan Matang untuk mengambil Jeff Lynne dan Lucas, rakan baru saya di Sarawak. Yeah! Gigs ini bukan sahaja untuk hiburan malah menjalinkan hubungan persahabatan dengan metalheads di sana! Yeargh! Kita berbeza dari segi bahasa, bangsa dan agama tetapi kita bersatu dibawah bendera METAL!
Setibanya kami di venue iaitu THE LAIR Welsh Tavern yang bertempat di Bau/Kuching. Gigs sepatutnya bermula pada jam 2:00 petang terpaksa ditunda pada jam 3:00 petang. Di kesempatan itu saya, Didek, Lucas dan Jeff Lynne pergi ke pekan Bau untuk makan tengah hari. Hanya di situ saya boleh menikmati makanan halal. Hanya saya dan Didek sahaja muslim. Makanan di gerai itu sememangnya enak. Juga saya merasa makan Ayam Pansoh tetapi menurut Lucas, Ayam Pansoh itu dimasak didalam periuk kerana jika ayam itu dimasak dalam buluh, ia akan berbau berbeza dari apa yang kami makan. Fuhhhh! Sedap!
Brader berambut panjang ni tegur aku "Eh? Bukan kamu ka yang perform masa KL THRASHED I dulu?" Hahahahaha!! Ada juga yang ingat sama aku ketika KL THRASHED I dulu hahaha!! HAILS BROOOOO!!!!
Selepas menikmati makanan, kami pulang ke venue dan hujan mula turun dengan lebatnya. Band pertama memulakan persembahan adalah TULAH, sebuah band black metal acuan Mayhem dan Emperor. Persembahan mereka sangat memukau! Saya difahamkan salah seorang line-up band ini adalah dari band Kambing Sakti. Bagi saya, band ini sangat bagus! Apa yang mereka perlu lakukan adalah MERAKAM LAGU MEREKA! Hellyeargh!!!
Band seterusnya adalah sepatutnya KAFAN OF AZAZIL tetapi band itu tidak dapat bermain kerana ada masalah kesihatan. Acara diteruskan oleh band DEADSHOT. Disebabkan mastermind mereka, Kojek masih bekerja, persembahan terpaksa ditangguhkan selama 30 minit untuk menunggu Kojek sampai ke venue. Semangat yang bagus, walaupun bekerja tetap memberikan persembahan yang mantap. Deadshot adalah THRASH METAL kental membawa semangat thrash metal 80's di zaman 2000-an ini. Persembahan dan showmanship mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Dengan beberapa jenaka dari mereka, crowd terhibur dan meribut dengan musik bawaan mereka! Tahun hadapan mereka akan mengeluarkan material baru. Bersiap sedialah!
Kojek juga menjemput saya, Manang Bakak dan Kevin Bachang untuk menyanyikan lagu anthem mereka, Fake Mortal. Hahaha! Saya dah lupa lirik lagu tu. Saya (Hiding Fear), Kevin (Militant Attack), Manang Bakak (ex-M.A) dan Kojek sendiri pernah terlibat dalam satu projek 3-way-split album yang bertajuk "TRIPPLE THREAT OF TERROR". Split yang sangat rare ini dikeluarkan oleh Evil Institution Record! Mungkin Kojek menjemput saya untuk mengingati projek split tersebut hahaha!
Pengacara Majlis memanggil saya dan seorang lagi metalheads dari Semenanjung iaitu Hoh Kah Joon atau nama manjanya K.J naik ke pentas. Hihihi malu pulak kami berdua dihargai. Hihihi!
Kemudian, band yang paling kejam dijemput naik ke pentas iaitu DEMONWAR! Mereka membawa panji bestial metal (black/death metal bawaan Blasphemy). Mereka memainkan banyak lagu cover seperti Dying Moment (Silent Death), Zygotical Sabbatory Anabapt dan Abandoment Of Chasity (Abhorer), Advent of Nuclear Baphomet (Impiety) serta lagu asal mereka iaitu Demonwar Worship. Sememangnya musik mereka ganas dan kejam! Saya memang nak sangat-sangat tengok mereka secara LIVE! Hellyeah!!!
Bersama Bassist/Vokalis Demonwar, JORN SIX!!!!
Pentas diambil alih oleh DARK WORLD, sebuah band yang sangat baru, sangat fresh tetapi membawakan lagu-lagu black metal hutan Norway dengan cemerlang sekali. Showmanship vokalisnya sama seperti Atilla Csihar. Mereka juga membawa lagu saduran dari Mayhem tetapi saya lupa tajuknya. Kagum! Saya tunggu rilisan mereka di masa hadapan!
Kemudian, band KERUNTUK mula mengambil alih pentas. Black Metal kejam! Gila! Mereka membuatkan crowd tidak keruan. Showmanship yang padu dan bertenaga! Mereka membawa 2 lagu sahaja yang dipetik dari Demo 2009 mereka. Crowd sing-a-long bila lagu Hails To Hell dimainkan. Mereka bukan calang-calang band. Hellyeargh!!!
Setelah Keruntuk selesai, band KEBES pula mengambil alih. Kegilaan black metal di Sarawak memang benar! Menjadi-jadi! Dan band ini sangat berkualiti!! Kebes menggempur pentas dengan alunan black metal hutan Norway. Dengan sound yang rabak, crowd menggila segila-gilanya. Saya berpuas hati! Sangat berpuas hati!
Kemudian, WHITE RAJAH beraksi. Power metal bawaan Helloween dan Gamma Ray ini memikat ramai hati crowd. Vokalisnya memukau dengan tona vokalnya yang tinggi! Mereka membawakan lagu cover dari Hammerfall (Last Man Standing) dimana mereka memanggil Matthew Stormtrooper untuk menyanyi dan Manowar (Son Of Odin). Interaksi mereka dengan crowd dan jenaka mereka sangat bagus. Yaaaaa! Saya harap dapat membeli rilisan mereka di masa hadapan. Power Metal adalah salah satu genre kegemaran saya. Hellyeah!!!
Kemudian, band yang ditunggu-tunggu oleh crowd mula mengambil pentas, SENSE'O VIERA! Band ini yang memainkan musik groove/thrash metal acuan Sepultura "Roots Bloody Roots" sangat memukau saya. Crowd menggila-segila-gilanya! Dan mereka membawa beberapa lagu asal serta 1 lagu cover dari Sepultura yang saya lupa tajuknya. Apabila lagu Dayak Warrior bergema, crowd hilang kawalan dan bermoshing seperti ribut! Salute!!!
Band terakhir yang membuat persembahan adalah VELHALLA, band thrash metal kental bumi kenyalang. Persembahan bertenaga mereka juga berjaya menarik crowd untuk moshing. Membawa beberapa lagu saduran dari Metallica dan Iron Maiden. Fuh!!
Setelah berakhirnya persembahan Velhalla, maka berakhirlah acara TASIK BIRU DESECRATION yang julung-julung kalinya dibuat di Bau. Kami semua menyertai sesi penggambaran kenang-kenangan.
Jeff Lynne dan Didek serta Lucas pulang ke rumah menaiki kereta Didek manakala saya, K.J dan Usop TULAH menaiki kereta Manang Bakak. Kami menikmati makanan di sebuah restoran muslim dan berbual-bual mengenai musik keras ini. Hellyeargh!! Selepas itu Manang Bakak menghantar KJ ke hotelnya dan menghantar saya ke Kapit Hotel. Saya membersihkan diri, solat dan tidur.
Pada hari esoknya, saya bersama Manang Bakak menikmati Laksa Sarawak di Mum's Laksa. Rasa laksanya yang sedap. Kuah laksanya pekat adalah rahsia keenakkan laksa sarawak disini.
Kemudian kami menuju ke Wisma Hopoh dan mendapati kedai musik metal disitu tutup. Haiyaaaa hahahaha jadi kami pergi ke kawasan Jeff Lynne, Didek dan Lucas lepak pekena rojak dan ais kacang. Didek kena balik awal, hanya saya, Jeff Lynne, Lucas dan Manang Bakak menuju ke Gator Shop Kuching, Samariang, Kuching. Gator Shop adalah kedai metal stuff yang berasal dari Bandaraya Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Ini adalah cawangan mereka di Sarawak. Maka saya pun sempat memborong beberapa stuff metal dari Indonesia. Hujan yang sangat lebat membataskan pergerakkan kami.
Kami menuju ke Kampung Tabuan Dayak dimana saya lepak bersama Kojek Deadshot. Kami berborak daripada musik metal hingga lah ke GG Allin dan hantu kepala yang mengganggu pelancong hahaha!
Seterusnya, kami menuju ke Samarahan untuk melawat HQ Eastern Voice Production. Yaaa... Othman Yusof!! Sempat juga memborong beberapa stuff metal di situ. Hahaha! Bukan selalu woiiiii ke Sarawak ni hahahahaha!!!
Selesai semuanya, kami menuju ke Jalan Istana untuk menikmati makanan. Rata-rata peniaga disini adalah muslim maka saya bebas memilih makanan. Hehehe. Thanks Manang Bakak yang "menjaga" saya di Sarawak. You RULES!!! HAHAHAHA! Selesai sahaja makan, kami terus pulang untuk berehat.
Kini tibalah hari yang menyedihkan kerana saya terpaksa pulang ke Johor. Hahaha! Pada waktu pagi, Manang Bakak membawa saya makan mee kolok di kawasan Jalan Satok. Kemudian saya dibawa semula ke Wisma Hopoh dan kedai musik itu telahpun dibuka. Saya sempat memborong beberapa stuff disitu. Ini adalah tempat membeli stuff yang legendary! Hahaha! Selesai sahaja membeli belah disitu saya dibawa ke Lapangan Terbang Kuching untuk berlepas ke Senai, Johor.
Menurut Manang Bakak, tidak sah jika melawat ke Kuching jika tidak menikmati Burger Ikan Sugar Bun. Yaaaa.... Burger ikan ini sangat sedap! Air Chrisantinum Honey juga sedap!
Tidak lupa juga ole-ole yang Manang Bakak dapatkan untuk saya iaitu Ikan Buntal Masin yang hanya boleh didapati di Sarawak sahaja. Taraf ikan masin buntal ini lebih LEGENDARY daripada ikan masin terubuk! Argh!!! Thanks bro...
Saya berlepas ke Senai, Johor pada jam 1:35 petang dan tiba di Senai pada jam 3:15 petang. 20 minit awal dari masa yang dijangkakan. Hellyeah... Puas Hati! Nah, ni dia barang borongan dari SARAWAK! HAHAHAHA!!