Sunday, March 1, 2015

Dimanakah Syurga/Paradise Lost

"SYURGA YANG HILANG"


Saya tidak sempat merasai zaman kemuncak Death/Doom Metal sekitar 1988-1990 dimana banyak band dari luar negara memainkan irama "kematian celaka" ini. Saya diantara mereka yang LAMBAT menyedari akan nikmat musik yang sebegini rupa. Band seperti Asphyx, Amorphis, Anathema, Autopsy, Incantatation, Disembowelment, Winter dan banyak lagi band-band yang "notable" sebagai pejuang genre berat ini.

Sebelum ini, hanya Asphyx sahaya yang mampu bertakhta dihati. Tetapi saya jenis yang suka menyelongkar dan menerokai musik yang saya minati. Sudah tentu, encik YOUTUBE adalah rakan baik saya. Dia selalu membantu saya dalam pencarian band-band Death/Doom Metal dan saya menjumpai band yang lama serta baru. Semuanya hebat-hebat belaka! Tetapi, saya hanya akan memiliki sesuatu yang BETUL-BETUL hebat dimata dan telinga saya. Paradise Lost merupakan band yang mendapat gelaran "Pioneer" dalam genre Gothic Metal.

Paradise Lost ditubuhkan pada tahun 1988 di Halifax, England. Album ini "Lost Paradise" adalah album yang pertama dari mereka. Siapa sangka, album pertama menjadi begitu hebat! Dibawah naungan Peaceville, album hebat ini dikeluarkan pada Januari 1990.

Pada album ini, mereka seperti mencari identiti mereka. Mengapa? Kerana saya difahamkan yang album-album seterusnya pengaruh gothic mula menjadi majoriti didalam musik dan permainan mereka. Salah seorang rakan menyarankan saya untuk pra-dengar album "Gothic" dan setelah mendengarnya, biarlah saya KEKAL dengan album Lost Paradise ini sahaja. Hehehe.. Terima kasih kepada rakan yang banyak membantu saya didalam pencarian musik yang benar-benar lekat dihati ini.

Permainan mereka bolehlah dilabelkan sangat biasa-biasa, tipikal death metal yang fresh dengan bau-bauan doom metal juga ada instrumental musik (intro) dan beberapa choir wanita. Suara growl dan shriek memainkan peranan dalam atmosfera lagu ini. Musik yang mendatar, tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu perlahan. Ia kedengaran seperti Benediction atau Cancer versi perlahan. Malah saya berani kata ASPHYX lebih laju dari mereka! Hahaha! Asphyx mempunyai track-track yang laju dan perlahan SERTA digabungkan kedua-dua cara permainan tersebut dalam 1 track.

Tetapi permainan yang mendatar sebeginilah yang memikat hati saya. Tepat! Ia secocok benar dengan nama band dan nama album ini. Tercari-cari dimanakah syurga? Disebabkan permainan mereka menambat hati saya, maka saya mengambil peluang inu untuk melengkapkan ketiga-tiga format ini (LP, CD dan Kaset). Juga, "Paradise Lost - Lost Paradise" merupakan RILISAN PERTAMA saya yang LENGKAP dalam 3 format! (1 album dalam 3 format yang berbeza)

Saya membeli album dalam format LP pada IMPERMANENCE, sebuah distro yang menjual CD dan LP yang sangat berkualiti! Jenguk-jenguklah kalau nak beli ya? Ops.. Satu lagi, jangan lah kata saya ni KAYA sebab beli LP. Saya mengikat perut kerana nak memilik album ini. Walaupun ia kelihatan bodoh, tetapi saya beli apa yang saya sangat-sangat minat dan mahukan. RM5.00 disimpan setiap hari (duit makan tengah hari) dalam 1 bulan maka saya dapat kumpul dalam RM150.00. Harga LP ini pula RM95.00 termasuk poslaju.

Jika anda perokok, apa kata anda berhenti merokok pada masa yang sama, wang yang anda gunakan untuk rokok tu anda bubuh dalam tabung. Kompem, dalam sebulan anda boleh beli 1-2 LP. Hehehe...

Baiklah... Untuk menjamu mata anda... Hehehehe!


LP VERSION










CD VERSION






CASSETTE VERSION







COMBINATION!

8 comments:

  1. review yg bikin aku teransang tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA!! kalau jumpa, sila beli! bagi saya album ini memang mantopsssss!

      Delete
  2. Paradise Lost ni antara band yang suka toknenek mereka nak buat apa lagu dan tema setiap album.
    Bila One Second keluar, aku macam...ermmmm Depeche Mode ni. Bila Host keluar ok ok enough techno dan electronics.
    Rasanya release baru dorang bulan 5 ni condong semula arah death.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya saya ada baca dalam webzine yang deorng nak main muzik "jerit2" hahahahaha!! harap2 deorg main macam stail "Lost Paradise" ni balik. hahahaha!!

      Delete
  3. aku pun agak lambat layan Paradise Lost...maklumlah genre doom ni memang susah sikit aku nak hadam....aku cuma ada Icon dan Draconian Times...dan baru-baru ni beli pulak One Second....mula-mula tak suka One Second tu...tapi lama-lama ok pulak...rasa macam kembali hidup di tahun 80an...Depeche Mode la kan...hahaha...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! tapi saya hanya ada album ini sahaja. huhuhuhu nak beli lain-lain album band ini takut tak berbaloi hahahahaha!!

      Delete
  4. sama la..aku pun lambat kenal Paradise Lost ni,yang ada Draconian Times.tu pun pasal ternampak poster besar gedabak kat plaza kotaraya kl tahun 95 dulu..dulu masa jiwa rock antu tak layan doom2 ni..ngantuk!..hahah..tapi lp dia lawa la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakakaka!!! saya pulak berkenalan dengan musik jenis ni pada tahun 2011 tu pun sebab beli keset Asphyx. Makan masa yang panjang baru boleh layan musik doom/death metal ni. tapi kalau setakat doom metal aja, memang tidur lah jawabnya hahahahaha! Ya! LP dia memang lawa!! huhu!

      Delete