Wokeh, saja nak post beberapa gambar "edible garden" yang saya usahakan sejak sekian lama. Hahaha! Sebelum ni saya main tanam sahaja tanpa membuat kajian. Kebanyakkannya tak menjadi. Kecewa gila. Mula la kata "tangan panas" la dan macam-macam lagi lah. Lepas buat sedikit kajian di youtube, melihat video cara-cara menggunakan tanah dan baja barulah saya faham. Alhamdulillah! Pertengahan tahun lepas saya mula membeli beberapa jenis tanah atau medium penanaman untuk digunakan. Hahaha!
Edible Garden adalah suatu yang WAJIB bagi setiap mereka yang mempunyai kawasan tanah kosong di keliling rumah. Ni bukan masalah JIMAT WANG BELI SAYUR, tetapi dimata saya sayuran yang kita tanam tanpa racun perosak adalah LEBIH SELAMAT dan LEBIH SIHAT serta LEBIH SEDAP dari sayuran yang dimonopoli oleh kapitalis.
Kalau lansung tak ada tanah (rumah pangsa atau flat), anda boleh menanam MICRO GREEN. Haaa... seperti daun gandum. Chlorophyll didalam daun gandum yang dibuat jus itu amat bermanfaat bagi badan kita. Kalau tak boleh buat gandum, buat la sawi ke, bayam ke, bak choi ke...
Semasa saya berada di Sarawak, saya lihat setiap rumah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat sana LEBIH SIHAT dari kita yang menelan makanan yang penuh dengan kimia. Melihat keadaan disana, membuatkan semangat bercucuk tanam saya ni membakar bagaikan disimbah petrol. Pergh! Aku salute sama kamu, SARAWAKIAN!
Okay, ini adalah semaian Bendi. Saya menggunakan kaedah "Mulching" menggunakan rumput kering yang saya kumpul di pejabat saya ketika mereka memotong rumput. Saya simpan dalam guni dan bawa pulang kerumah. Pernah dituduh mencuri baja sebab saya guna guni baja huhuhu. Lepas tunjukkan apa didalam guni, mereka pun bertanya
"Kenapa kumpul rumput kering ni? Nak buat apa?"
Saya jawab dan ajak dia kerumah. Dan saya tunjukkan penggunaan rumput kering dalam pertanian. Mereka pula berminat! Alhamdulillah, saya ajar ilmu yang saya faham dan mereka pun faham. Seronok dapat kongsikan ilmu ni. Kaedah ini mempunyai 2 manfaat.
"Kenapa kumpul rumput kering ni? Nak buat apa?"
Saya jawab dan ajak dia kerumah. Dan saya tunjukkan penggunaan rumput kering dalam pertanian. Mereka pula berminat! Alhamdulillah, saya ajar ilmu yang saya faham dan mereka pun faham. Seronok dapat kongsikan ilmu ni. Kaedah ini mempunyai 2 manfaat.
1. Menjaga kelembapan tanah
2. Menjadi baja apabila rumput ini mula mereput.
Semaian kangkung ini berusia 2 minggu. Insya Allah, lagi 1-2 minggu hasilnya boleh dituai. Ini cara sebenar untuk membuat "MICROGREEN". Perlukan pasu yang flat, sedikit tanah dan taburkan sahaja benihnya. Cukup dalam 1 minggu atau 10 hari, dah boleh tuai hasil. Kalau guna benih sawi, beli yg dalam peket besar tu. Insya Allah, menjadi dengan izin-Nya.
2 jenis Pokok Tin/Fig yang saya beli. Di sebelah kanan anda adalah jenis Black Mission dan di sebelah kanan anda adalah Brown Turkish (BTM6). Daunnya juga saya harvest untuk dibuat teh dengan cara mengeringkan dahulu. Setelah kering sepenuhnya, barulah dibuat teh. Khasiatnya ialah mampu menurunkan paras gula dalam darah dan bertindak sebagai INSULIN. Inilah diantara Khasiat Buah yang Allah sebutkan dalam Al-Quran. Baiklah, sebelum ini saya pernah menanam pokok tin didalam tanah tempatan (local soil/native soil) tetapi mati... Selepas membuat beberapa kajian, saya mendapati penggunaan tanah yang sesuai adalah dengan menggunakan POTTING MIX, PEAT MOSS, COMPOST dan sedikit NATIVE SOIL. Campuran ini mampu menggalakkan pertumbuhan pokok tin kerana nutrient dan memudahkan pertumbuhan akar. Tanah 100% NATIVE SOIL adalah keras dan mampat membantutkan pertumbuhan akar.
Disni saya juga menanam Serai, Kunyit dan Halia. Insya Allah, kalau ada rezeki saya nak beli banyak pasu dan semai lebih banyak Halia dan Kunyit kerana nilai perubatannya sangat tinggi.
Ini adalah eksperimen saya dalam pengunaan "raised bed". Tanah yang digaul (campuran tanah untuk pokok tin) mampu membekalkan nutrient untuk sayuran saya (bak choi dan lobak putih)
Ini adalah timun "Japanese Shogun" yang saya tanam dan membuahkan hasil. Ia kelihatan kusam dan tidak bermaya kerana saya baru sahaja keluarkan akarnya dari polibag dan saya tambahkan tanah lagi serta menambah rumput kering sebagai pelembab. Timun memerlukan air yang banyak untuk menghasilkan buahnya.
Timun oh Timun
Rumput kering yang berlebihan pula saya jadikan sebagai kompos untuk dijadikan sebagai baja. Percuma, kan? Kuasa Allah Ta'ala.
Ikan tilapia saya ni, saya rasa ia terbantut. Selepas tukar air pada hari semalam, mereka ini jadi kuat makan. Alhamdulillah. Cepat-cepat lah kamu membesar. Saya nak makan kamu pula hihihi.
Ok ini set Aquaphonics saya. Ada kangkung, bak choi, mint (pudina), kesum dan daun selom/salam.
Okay, itu saja penulisan saya kali ni. Harap-harap dapat memberi manfaat pada rakan-rakan semua. Sehingga bertemu lagi. Babai!
walaikumsalam kabar baik sehat geng..terbaik perkongsian mu ni..
ReplyDeletetq info...boleh cuba nanti ni..
ReplyDeleteTerbaik bro.baru tau sikit ilmu bab tanam sayur ni,tq sebab share
ReplyDeleteKagum aku. Memang terbaik. Thanks for sharing. Aku pernah baca kan, Rasul kita Nabi Muhammad yang beritahu kot, kalau kejap lagi nak kiamat pun, tapi kat tangan kita ada benih, kita harus tanam benih tu. Betapa penting kehijauan tu. Tapi manusia biasalah, tak hargai kehijauan. Syabas dan teruskan.
ReplyDelete