Wednesday, January 18, 2017
MP3 punya PENANGAN!
Asalamualaikum. Apa Khabar?
Bermula tahun 2003, saya mula terjun dalam dunia musik gelap bawah tanah ini. Rakan saya, seorang punk-ska punya orang dan dia memainkan lagu dari band As-Sahar - Fendiyan Okultika Hymnologi. Waktu tu, saya terpukau dengan As-Sahar. Maka saya dapatkan 2 keset dari band tersebut (Phenomistik dan Casus Luciferi). Masa tu, tiada band yang paling metal daripada As-Sahar. Yup.
Bermulalah kehidupan saya sebagai "metalheads" dimana saya beli banyak keset seperti Mastodon "Leviathan", Unearthed "The Upcoming Storm", Norther "Death Unlimited", Sil Khannaz "The Best Of..", "Conception Of Madness", "Pendita Gila", "Purnama 13", Vociferation Eternenty"The Best Of..", As-Sahar "Jaan", "Intifada", "Al-Ricshca", "Devilian Remastered", Silent Death "Habringer of Devastation COMPILATION" dan BANYAK LAGI.
Bermula zaman MP3 dalam tahun 2005 dimana saya berkenalan dengan Internet. Pergi ke CC, beli cd kosong dan burn macam-macam lagu. Bersepah CD MP3 saya. Masa tu saya baru Tingkatan 5 bang oi! Mana ada duit. Nak duit lebih, kena kerja. Saya kerja sambilan kait kelapa, jual limau kasturi, menoreh getah dan mendulang emas. Macam-macam kerja. Bila ada MP3, saya rasa banyak band yang saya kenal. BANYAK!
Tahun 2007-2009 saya mula berkenalan dengan RAPIDSHARE dan MEGAUPLOAD. Sebuah web yang menyimpan link download. Maka, bermulalah aktiviti mendownload. Banyak album yang saya download. Kemudian, satu lagi. LIMEWIRE dan ImESH. Kat sini, saya juga download banyak lagu-lagu. Sama ada band local mahupun band antarabangsa.
Tapi, saya masih membeli stuff di Cambell dan Pertama Complex. Kebanyakkannya album antarabangsa versi PIRATE CD la... Saya rasa anda kenal siapa hehehe... Kat sini saya mula berkenalan dengan beberapa band seperti Militant Attack "Violent Riot", Hereafter "After Tomorror", Poetical Kingdom "Demo 2007" dan banyak lagi. Lepas dengar Hereafter, saya rasa WOW!!! Lepas dengar Militant Attack, saya rasa YEARGH!!! Baju pertama yang aku beli adalah "Suffocation - Souls To Deny". Haha aku suka design dia masa tu hahaha! Padahal aku tak ada pon album Suffocation HAHAHAHA!! Jibuakerrrrr!!!
Kemudian, saya "check-it-out" lagu-lagu metal dalam YOUTUBE!!! YEARGH!!! Maka saya pon download banyak lagu dari web itu. Lama-lama, saya rasa macam... entah. Tiba-tiba rasa nak beli CD dan Keset. Tapi SAYA TAK ADA DUIT! Saya memang miskin, tapi nafsu untuk beli stuff metal membuak-buak. Saya tahan dan kekang nafsu tu.
"Makanan lebih utama, CD boleh runding kemudian, kalau sangap ko donlod jer"
Begitulah cara saya pujuk hati ni. Begitu lah cara saya tenangkan minda saya. Sedih... Memang sedih.
Kemudian, saya mula bekerja dalam bidang perladangan sebagai mandur. Memang TAHAN nafsu. TAHAN SETAHAN-TAHANNYA.
Akhirnya, pada tahun 2013, barulah saya mula membeli-belah stuff metal ni. Keset yang mula-mula saya beli masa tu adalah "Cancer - To The Gory End" (dah kena jual pon haha). Saya juga bertekad, saya akan beli apa yang telah saya DOWNLOAD dulu. Barulah "rasa bersalah" tu hilang. Kenapa? Download ni sebenarnya sama je macam MENCURI. Itu apa yang saya pegang. APA YANG KORANG FAHAM DAN PERCAYA TERHADAP DOWNLOAD, JANGAN CUBA NAK PAKSA AKU UNTUK TERIMA IDEA DAN FAHAMAN KORANG!!!!!! Bila aku kata DOWNLOAD tu mencuri, AKU PEGANG DAN PERCAYA yang download itu mencuri MELAINKAN ada caption <FREE SOFTWARE> atau preview track official dari band atau promo-track download available.
Maka, boleh dikatakan apa yang aku download itu mempunyai format CD, Cassette atau Vinyl. Selebihnya saya delete. Juga, untuk pujuk hati ni, saya gunakan istilah "PRA-DENGAR".
CONTOH: Band Asphyx, ehhhh silap! Tak boleh pakai Asphyx sebab deorang dah terang-terang BEST! Ok, contohnya Sodom. Album baru mereka "DECISION DAYS" keluar. Aku pun download album tu. Aku dengar. Aku kata TAK BEST. Aku delete. Aku buat tak tahu. END OF STORY.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga lepas ni aktif ber blog...
ReplyDeletesukar untuk dilaksanakan huhu! terima kasih tuan!
DeleteSama jer kita bro...masa zaman baru kenal internet dulu aku pun kemaruk juga download mp3 ni..terutamanya band2 yang dulunya takat tahu nama tapi tak pernah dengar macamana muziknya...maklumlah zaman tu mana ada ebay ni semua..duduk felda macam aku memang susah la nak cari kaset band yang pelik2...kalau ada pun duitnya pulak takder...biasalah student...sekarang ni la baru upgrade mana2 yang dapat..tu pun bila ada duit lebih..
ReplyDeleteTapi membeli kaset/cd ni kena ada passion nya...yang tak tu...memang main mp3 sampai kesudahnya...
Tapi zaman sekarang kira untung juga la boleh download untuk pra dengar...dulu semua trial and error...
ya boss... setuju. trial n error memang pedih huhu!
Deletebagus ko dapat kenal download tu, aku beli mp3 beb rm1 satu kat kedai henpon hahahaha... betul download memang tak ada kepuasan aku ada juga dowload lagu2 dari mana2 tapi dengar gitu2 lepas tu padam.
ReplyDeletehahahaha ada juga beli 1 keping cd rm5 woooooo 100 lagu hahahaha!
Deletedulu download mp3 dlm 4-5 mb satu lagu, pastu span dlm beberapa disket...yg paling tak tahan bila bawa balik rumah nak join balik mp3 tu ada disket yg kong...sekrang senang je pakai usb..kenangan
ReplyDeleteya... dulu memang struggle walaupun dah ada internet. haha! tapi tak mengapa, walaupun donlod, kita tetap beli juga hehehehe!
DeleteCassette lagi sempoi daripada mp3. MP3 is poser bullshit! Cassettes are TRVE!!!!
ReplyDeletebawa bertenang tuan, bawa bertenang hihihi!
Delete