Setelah mendapat penkhabaran gembira daripada Epool Ov Logam berkenaan band yang akan membuat persembahan, saya berasa teruja sekali apabila mendengar perkataan "HIDDEN SILENCE" akan membuat penampilan. Tetapi, apabila membaca status post di FB mereka berkenaan pengunduran HIDDEN SILENCE daripada membuat persembahan, saya kecewa. Apa-apa pun, mereka telah mengutamakan APA YANG PENTING DAHULU. Mari kita doakan isteri kepada Deadzid sembuh daripada penyakit kanser itu.
Saya telahpun serviskan motor LC 130. Brek, minyak hitam, no. plate, air bateri, side mirror dan segala macam lagilah. Saya hubungi rakan metal saya Shahril, dimana saya mahu ke venue bersama dengannya. Hidupkan enjin motor, saya tiba di tol Cahaya Baru pada jam 2:00 ptg. Saya dan Shahril mula bergerak ke venue, awal dari masa jangkaan. Setiba disana, kosong. Disebabkan saya lapar, saya dan Shahril menuju ke kedai Mamak. Pekena nasi. Hujan yang reda kembali turun dan dengan lebatnya. Hujan mula reda semula selepas azan Asar berkumandang dan kami berdua berjamaah di Masjid Tamara Sanding (kalau aku tak silap, lupa nak snap gambar haha). Pak aji pakat dok pelik mamat dressup thrash amik wudhu hahahaha! Ilekkkk pak aji! Illekkkkkk!!!
Selesai Asar, kami bergerak ke venue. Kelihatan beberapa orang lelaki serba hitam bersama Epool Ov Logam mula lakukan gerak kerja. Rupanya gigs bermula pada jam 7:45 malam... Lorh!! Masa kesempatan diambil untuk mengeringkan kasut yang basah, jadi pinjam la selipar wakaf abam Bob Agigi ov ROCKIN STUDIO! Hihihi! Tiba juga di venue adalah abam Ady Ov Manthra/Insinner dan Dean Ov Manthra/Logam serta rakan seangkatan. Mereka menyiapkan kerja-kerja setting dan cari sound. Juga band Demorforessus. Sempat berborak dengan salah seorang line-up mereka, Moxx Ov Demorforessus merangkap bassist. Sempat juga temuramah.
Crew VOTS III
"Wei ko amik tak bayor lagi wei!"
"Aku tokey baju"
Setelah kenyang, maka MANTHRA mengambil tempat di pentas. Band yang baru berusia 2 bulan ini dengan beraninya bermain gigs, mungkin disebabkan mereka dibarisi oleh orang yang berpengalaman. Lagu pertama merupakan saduran dari FTG, 60 DAYS IN HELL! Pergh!!! Memang power laaaaaaa! Kemudian 2 lagu sendiri. Genre Old School Death Metal dengan saduran Thrash Metal yang sangat kental! Padu! Sound-System memang inzal habis beb! Pergh! Kemudian diikuti lagu saduran SLAYER - MANDATORY SUICIDE dan KREATOR - VIOLENT REVOLUTION. Lontaran vokal Ady sangat kejam! Serangan 2 gitaris serta artileri bass dan mortar drummer yang mantap membuatkan aku headbanging macam gila!! Aku tunggu "official material" korang.
"Penyamun Tarbus? Deyyy ini GITARIS TARBUS DAAAAAA!!"
Setelah itu, DEMORFORESSUS merampas pentas. Dengan jolokkan Tribal Death Metal mereka merogol stage bagaikan jackhammer! Pergh!!! Mereka juga mengadunkan musik Metalcore dalam persembahan ini. Vokalis bertenaga ini dari Indonesia! Fuh!!! Showmanship bassist dan gitaris serta vokalis memang memukau aku. Pergh! Juga mereka kini dalam proses rakaman. NANTIKAN! FUKKK!!!
Kemudian, kekufuran dari tanah selatan, ATROCIOUS mula menjelma di pentas. Azmi Atrocious mukanya manis jika senyum. Tapi atas pentas, dia bukan lagi Azmi, dia adalah SETAAAAAAAAAANNNN!!!!! Prop yang mantap tetapi disebabkan lampu tu, pantulan cahaya membuatkan mata aku silau. Terpaksa pergi tepi sikit. Ditanya berkenaan tape split mereka dengan Immortal Rites dah habis ditangannya. Demmmm! Apa-apa pun, persembahan black/thrash metal gila Atrocious akan kekal selamanya di dalam memori!
Selepas kekufuran mula pudar, para pelapah daging mula mengambil pentas. FLAYING THE FLESH, band brutal death metal mulakan aksi. Aksi vokalis, Prop sangat memukau!! Saya kagum dengan band ini. Mereka aktif bermain gigs dalam Malaysia. 2 lagu sendiri diikuti lagu cover yang dilabel oleh Prop sendiri sebagai "Lagu yang dinanti-nantikan oleh korang" iaitu MORBID ANGEL - DAWN OF THE ANGRY. Kami di bawah dah hilang keruan. Kegilaan!!! Kemudian diakhiri dengan 2 lagu sendiri. HELLYEARGH!!!
Band yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Mereka menaiki pentas bagaikan samseng yang dikepalai "remaja bawah umur", HEREAFTER!!!!! Thrash Metal kental dari KUALA LUMPUR!!! Redza Hellbullet, Haidir "Master" Lifeform dan Panjang Nuclearblaster dirasuk semangat thrash metal mengaruk dan mencarut sesuka hati mereka! Pergh! Persembahan mereka yang sangat bertenaga! Walaupun baru sampai (20 minit sebelum giliran mereka), tetapi tenaga mereka mengalahkan veteren thrash antarabangsa! Ini adalah sebahagian daripada tour mereka dalam mempromosikan album ke-4 mereka "INSIGNIA". Mereka juga memainkan lagu-lagu daripada album ke-3 mereka "ENDCIENT" dan juga demo ke-2 mereka "AFTER TOMORROR". Kebanyakkan lagu mereka dalam kepala aku jadi senang la nak headbanging. Tidak lupa juga mereka memainkan lagu saduran HELLOWEEN "FUTURE WORLD" dan BLACK SABBATH (era DIO) "DIE YOUNG" yang dinyanyikan oleh MIGHTY HAIDIR!!! Hail HAIDIRAFTER!!!
We are elected for, EVIL HAIDIR!
We are elected for, EVIL HAIDIR!
We are elected for, EVIL HAIDIR!
We are elected for, EVIL HAIDIR!
We are elected for, EVIL HAIDIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIR!
Mereka juga membawa lagu saduran daripada MEGADETH "HOLY WARS". Mereka juga menyatakan yang ini adalah kali PERTAMA dalam penubuhan HEREAFTER membuat persembahan di Johor. Syabas! Tahniah! Aku puas hati. Memang berbaloi aku bawa motor, ditimpa hujan, hampir dilanggar lori, hampir langgar lubang semata-mata nak melihat mereka membuat persembahan. Tetapi, SEBENARNYA yang PALING UTAMA ialah aku nak menjalinkan hubungan silaturrahim serta mengeratkannya lagi. Musik HEAVY METAL ini hanyalah perantaraan sahaja!
"The Signs Of Master"
"Remaja Bawah Umur"
"Its Haidir after all. Its HAIDIRAFTER, bitch"
"Remaja Bawah Umur"
"Remaja Bawah Umur"
"Remaja Bawah Umur"
"Forever Young"
"At Last!!! My MASTER!!!"
"Bersama Faiz ov ATOMICDEATH"
"...after."
"Lepak dengan DMC and thy horde"
Aku pulang ke rumah Shahril dan bermalam disana. Esok paginya, aku dan Shahrin sarapan dan aku terus bertolak pulang ke Simpang Wa Ha. Terima kasih banyak-banyak Shahril! Jasamu kukenang sampai akhir hayat!
P/S: Crowd? Ko tanya aku pasal CROWD? Cuba tanya Ady Ov Manthra.
mantap geng..
ReplyDeletehaha thanks gang! ini la gigs 1st aku tahun ni. keadaan kewangan sangat menyedihkan hahaha
DeleteLC 135 bukn LC130 daaaa..hahaha
ReplyDeleteaku pon dah lupaaaaaaaaaa hahaha!
DeleteThumbs Up!!!
ReplyDelete