Monday, August 18, 2014

Deceased - Surreal Overdose

Deceased - Surreal Overdose (2011)
Shrieks From the Hearse (LABEL)
Patac Records(CD)
Hell's Headbangers Records(LP)
AreaDeath Prods(CD)

Deceased adalah salah satu band Death Metal yang agak perlahan perjalanannya dan juga tidak begitu menonjol sebagai sebuah band yang berjaya. Maksud saya, band ini seolah-olah tidak begitu "show off" dengan kehebatan yang mereka miliki. Jika dibandingkan usia band ini, mereka sama dengan Morbid Angel, Cannibal Corpse, Brutality, Incantation dan bersepah lagi band death metal yang mahsyur. Vokalis, King Fowley menghidapi angin ahmar/stroke memperlahankan pejalanan band ini. Tetapi, tanpa beliau maka Deceased bukan lagi Deceased! Hahaha!

Album terkini iaitu Surreal Overdose yang dipasarkan pada 2011 ini adalah satu cerita yang menarik perhatian saya. Saya mula mengikuti band ini dari album sebelumnya "As The Weird Travel On" dan saya menyusuri album mereka yang terdahulu. Itu saya akan ceritakan nanti di entry yang akan datang. Kali ini, saya mahu FOKUS pada SURREAL OVERDOSE! Yeah!!


Jika disoroti balik dari album LUCK OF THE CORPSE, THE BLUEPRINTS OF MADNESS, FEARLESS UNDEAD MACHINE, SUPERNATURAL ADDICTION dan AS THE WEIRD TRAVEL ON maka boleh dikatakan yang band ini sangat progresif dari segi penghasilan karyanya. Setiap album berlainan. Dan album ini mempunyai kelainan yang tersendiri. Album ini adalah campuran death/thrash metal dengan saduran heavy metal era 80-an dan melodinya sangat mengasyikkan. Dengarkan setiap track lagu ini membuatkan anda "headbanging" seperti gila. Cukup rencah death metal, thrash metal, riff serta solo digarap dengan penuh bermelodik dan mempunyai aura heavy metal seperti Dio, Black Sabbath dan seumpamanya. Dengarkan track pertama, Skin Crawling Progress yang menyerang tanpa belas kasihan dan anda akan dilanyak hingga ke penamat. Saya sangat SUKA dengan permainan mereka! Drum yang sangat agresif, riff yang menggila, solo yang meleleh seperti cheese yang dipanaskan. PERGH! Ia umpama dadah bagi mereka yang gemarkan sedikit kelainan pada masa yang sama menghancurkan! Bertemakan "HORROR" yang lebih kepada realiti, mereka menyampaikan mesej ini dengan lirik yang memerlukan penghadaman serta pemerhatian yang lebih. Ya! Inilah kelainan daripada album sebelum ini dimana lirik mereka lebih STRAIGHT-FORWARD.


Jika anda mengaku DEATH METAL tahap makan anak ayam baru menetas, maka kenalah dapatkan album ni. KEPUASAN DIJAMIN!

Boleh didapati di stor Thrashingfist Prod, distro yang buat kerja laju gila! Hahaha!

No comments:

Post a Comment