Thursday, August 21, 2014

Jinbei The Hedgehog


Semalam saya bersiar-siar di Bazaar Karat Johor Bahru. Kawan sepejabat ajak kesana untuk membuang masa yang terluang. Bosan katanya asyik buat kerja je, jadi kami pun keluar ke sana. Macam-macam lah yang dijual disana dan aku pun terserempak dengan makhluk ini! Hahaha! Saya, KING OF THORNS melihat makhluk berduri ini, terus jatuh cinta! Sebelum ini memang berhajat nak memelihara seekor hedgehog tetapi budget banyak lari ke tempat lain (lesen kereta, CD, LP, Kaset, Baju, PC etc etc). Terus saya bertanyakan harga makhluk berduri ini, RM150.00. Kawan saya, juga merangkap PAKAR dalam tawar-menawar memainkan peranan dia. Tekan! Tekan! Pijak! Pijak! Hahahaha dapatlah dengan harga RM130.00 beserta serbuk kayu dan bekas. Terbaik!

Selaku KING OF THORNS, saya namakan dia Jinbei. Kenapa? Hehehe sempena nama watak utama dalam siri anime MUSHIBUGYOU, ada babak dimana Tsukishima Jinbei menjadi "berserk" dan menghasilkan duri-duri bewarna putih dan menyerang secara membabi buta, tetapi perwatakan asal Jinbei ni dia merupakan seorang yang ceria, naif, patuh dan sentiasa bersemangat serta mempunyai pemikiran yang positif. Perwatakan inilah yang membuatkan saya guna nama JINBEI!! Jadi, sebagai seorang RAJA yang mahu menyelimuti Bumi ini dengan duri, saya memerlukan henchmen atau familiar atau servant untuk melaksanakan misi saya! Hehehehe! Gurau aja. Sebagai seorang manusia yang normal, saya mudah tertarik kepada sesuatu yang comel. Bila sesuatu yang comel berada dengan kita, rasa tenang sahaja. Melihat gelagat dia, umpama suatu pemberian yang cukup mendalam bagi diri saya. Oh Yeah!

Tsukishima Jinbei - Watak utama dalam anime MUSHIBUGYOU. Anda WAJIB tengok!

Huh?

 Nape susah nak bangun nih?!
Lariiikkkkkkk!!!!

No comments:

Post a Comment