Setelah mengetahui akan berita ini, saya memujuk rakan sepejabat untuk kesana. Saya tak mahu ambil risiko menunggang motor kesana. Jadi, dengan khidmat rakan baik saya, Zul Muzomy memecut ke tempat venue. Rakan saya ini telah disogok dengan perkataan "SAYA BELANJA" hehehe... Dan satu lagi, rakan saya ini bukanlah mat metal pun. Kosong je. Saya offer dia pakai baju saya tapi dia tak mahu. Katanya "Metalhead adalah metalhead, non-metalhead adalah non-metalhead. Biar aku pakai baju JDT jer. Biar si Frankfurter tau yang dia datang JOHOR beb!" Hahahaha! Tak mengapa, janji saya sampai kesana!
Zul "Mozumy" Sood
"Fak u ols" kind of expression
Setiba disana, kelihatan kelibat-kelibat hitam kehulu-kehilir. Hahaha!! Saya lihat beberapa orang yang saya kenali sedang lepak-lepak mengeteh. Bersalaman dan bertegur sapa. Azmi (Atrocious) tegur Zul "Eh ko silap tempat ni, dah terlepas bas dah kau ni" sambil diiringi gelak tawa. Hahaha! Lantak! Kami duduk memesan minuman dan menanti gigs untuk bermula. Kami sampai pun dalam pukul 6:30 p.m. Agak lama kami menanti tetiba muncul 2 lembaga yang sedang mengayuh basikal. Siapa? Siapa?? Hahahaha Ahmad Raimi dan rakannya, Shariman telah tiba di venue. Tujuan asal saya hadir ke gigs ini adalah ingin berjumpa dengan beliau! Rakan bloggers saya. Yang banyak memberi inspirasi, tunjuk ajar serta tips dalam menulis blog hahaha! Beliau tiba dan duduk semeja, pekena sirap limau ais. Lega! Kami berbual-bual dan muncul Frank Blackfire yang turun kebawah. Mungkin beliau dah siap "sound check"? Frank bersalam dengan semua orang dan melemparkan senyuman. Hahaha! Abang Mie kita ni pergi jumpa dia, borak-borak dan bagi dia baju Pedal To The Metal dan CD Wreckar. Kata Abang Mie kita ni "Kita bagi dia dengaq lagu kita yang ori. Mat saleh mana nak respek kita?" Hahaha! Approach yang hebat! Salute lah Abang Mie!
Ahmad Raimi "Barbarossa" a.k.a Abang Mie
Blogger "Faithcraft Productions"
Kemudian seorang lagi rakan yang saya tunggu-tunggu tiba! Yeah! Saudara Abdul Aziz "METALZONE DISTRO"!! Hahahaha! Saya pernah lepak dengan beliau ketika KL THRASHED III tetapi hanya sekejap sahaja. Saya selalu berurusan dengan beliau dalam bab memesan dan membeli barangan metal dari luar negara. Layanan atau "services" yang beliau berikan memang tip-top notch! Saya adalah pelanggan tetap distro tersebut! Kualiti 100% dijamin kepuasannya! Beliau ada bawa beberapa barangan jualan tetapi hanya baju dan CD Digipak album terbaru dari kumpulan DAMAQ iaitu "Nafs". Abang Mie kita ni dok belek-belek CD tersebut dengan penuh "ghairah" sekali. Hahaha! Tanya Abang Mie sendiri apa yang dia perasan kat CD tersebut!! Huahahahaha!!
Aziz "METALZONE DISTRO"
Jam menunjukkan 8:45, saya naik ke tingkat 2. Disitu, pihak penganjur menyediakan tempat untuk Metalheads Muslim mengerjakan solat. Bilik yang selesa, air-cond tiptopnotch! Selesai menunaikan apa yang wajib, kami naik ke tingkat 3 dimana apa yang kami tunggu akan dimulakan! Hahahahaha!! Headbanging Haramjadah! Pak Cik Frank dah tak sabar tu! Abang Mie kita kata, kalau dia mainkan lagu Remember The Fallen pun dah kira okay lah! Dalam studio, saya sempat singgah ke booth untuk melihat apa yang patut saya beli. Kebiasaan, booth Prop Grundar dahulu saya serang
Frank Blackfire telah dibantu oleh Lady Yana (ex-NUCLEAR STRIKE), Naz (MANTAK), Bob (DAMOKIS) dan saya lupa nama drummernya (KUKUBESI), Baiklah, ini setlist yang telah mereka mainkan.
Frank Blackfire telah dibantu oleh Lady Yana (ex-NUCLEAR STRIKE), Naz (MANTAK), Bob (DAMOKIS) dan saya lupa nama drummernya (KUKUBESI), Baiklah, ini setlist yang telah mereka mainkan.
~ Terror Zone (Kreator)
~ Renewal (Kreator)
~ Tired and Red (Sodom)
~ Christ Passion (Sodom)
~ People Of The Lie (Kreator)
~ Insane Human Race (Mystic)
~ Remember The Fallen (Sodom) (Abang Mie pun Gembira Hehehe)
~ Blasphemer (Sodom)
~ Augusbomb (Sodom)
~ Outbreak Of Evil (Sodom)
~ Sodomy And Lust (Sodom)
~ Bombenhagel (Sodom)
~ Renewal (Kreator)
~ Tired and Red (Sodom)
~ Christ Passion (Sodom)
~ People Of The Lie (Kreator)
~ Insane Human Race (Mystic)
~ Remember The Fallen (Sodom) (Abang Mie pun Gembira Hehehe)
~ Blasphemer (Sodom)
~ Augusbomb (Sodom)
~ Outbreak Of Evil (Sodom)
~ Sodomy And Lust (Sodom)
~ Bombenhagel (Sodom)
Persembahan yang menarik dan bertenaga dari mereka. Frank yang kepanasan lantas membuka baju pada lagu yang ke-3, sambil mengibas-ngibas bajunya ala-ala penari tiang. Tampak "kesasaan" beliau dan bulu dada yang lebat macam Chuck Norris huahaha! Cuma... gitar yang dimainkan oleh Naz tak berapa nak dengar. Mungkin ada masalah? Tak mengapa, showmanship beliau memang OHSEM! Dengan tuala di mukanya, segala kudrat dikeluarkan untuk memberikan persembahan yang terbaik. Bunyian bass dari Bob juga OHSEM! Drummer, ya... posisi yang paling saya suka. Saya headbanging berpandukan drum. Permainan yang sangat BERTENAGA!! Kuasa hentakkannya sangat HEBAT!! Drummer kita ramai yang hebat-hebat dan beliau adalah salah seorang dari mereka yang hebat! Agak kecewa kerana banyak lagu dari SODOM yang killer, tidak dipersembahkan pada malam itu. Saya sangat kecewa kerana tiada lagu-lagu seperti Baptism Of Fire, Agent Orange, Nuclear Winter, Magic Dragon, Electrocution etc etc etc. Mungkin saya yang TERLALU mengharapkan dia memainkan lagu-lagu dari SODOM, terlupa yang dia hanyalah salah seorang dari ahlinya (zaman tersebut) Dia bukanlah SODOM. Tak mengapa, nak tunggu SODOM datang sini rasanya memang mustahil. Cebisan dari SODOM pun dah dikira OK lah... Hehehehe Pujuk hati beb!
Pak Cik Frank Blackfire n da gang(bang)
Pak Cik Frank Blackfire
JDT kalah, Frank Blackfire MENANG!
Muka Bengis
Riang-Ria Bersama METALZONE
Abang Mie kita ni pula suka menyakat orang. Habis semua orang dicuitnya. Hahahaha! Dasar "Wreckar" sungguh dia ni! Lincah! Seolah-olah kepenatan berkayuh basikal dari Nusajaya ke Larkin itu hilang. Agaknya itulah kehebatan SIRAP LIMAU AIS yang beliau minum? Hmmm. Dan rakan pejabat saya... Saya tak pernah tengok dia headbanging, pada hari ni saya lihat dia headbanging. Hahaha! Saya rasa dia ni nak "Enjoy" dan "Into The Party". Hahaha!
Selepas bersenam, kami turun kebawah dan menikmati apa yang dijual oleh pihak restoran. Tengok Abang Mie kita. LapaQQQ~ sungguh na? Hahaha! Juga turut hadir adalah Eddie Jamal, sifu LP dan Turntable yang tak lokek mencurahkan ilmu pada saya. Hehehe! Dia pun sempat minta Frank Blackfire kasi autograph kat baju dia. Kompem, baju tu dia takkan basuh!! KOMPEM!!! Hahahaha!!
"SATU"
"DUA"
"TIGA"
Mata dah stim... Leher dah rasa sakit. Saya pun beransur pulang. Semasa perjalanan, terserempak dengan Abang Mie kita dan rakan karibnya Shahriman perlahan-lahan mengayuh basikal untuk pulang. Semoga usaha Abang Mie untuk PEDAL TO THE METAL ini berkekalan! TAHNIAH dan TERUSKAN USAHA anda!! Misi saya yang utama dalam mengikuti gigs ini sebenarnya dalah untuk mengeratkan lagi persahabatan saya dengan mereka yang menjadi rakan/kawan/sahabat. Sesungguhnya, musik ini telah menyatukan kita semua. Hahahaha! Seronok, saya rasa sangat seronok!
Sedikit buah tangan yang saya cekup
kata Abang Mie saya banyak duit na??
Hahaha! Saya beli barang-barang ini dari
hasil menabung "duit rokok" yang saya dah
kumpul semenjak berhenti merokok. Yup saya
berhenti merokok dan mula menghisap paip haha!
Harganya murah! 1 tin tembakau harga RM25.00
Dan ia bertahan selama 1 minggu (7 hari beb)
Daripada rokok, 1 minggu menelan kos
sebanyak RM73.50
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!
Semoga bertemu lagi sahabat. Banyak juga rakaman kes ya. Bagus memori tuan. Sedih pulak time nk balik tu sebenarnya. Rasa mcm.skejap ja
ReplyDeleteInsya Allah! Rakaman kes ini rasanya tak lah banyak sangat hehehehe. Memori tak berapa nak ok. Hahahahah memang rasa sekejap jer. Adeeeeeeeh... xpe jika diizinkan, saya pasti akan ke PERLIS!!!
Deleteuntung beb dpt tgk lagenda beraksi...
ReplyDeletehellyeah!!
Delete