Friday, November 7, 2014

Demizer "Carnage Mastermind" CD

Diantara alasan yang kuat untuk saya pergi ke gigs adalah untuk mencari stuff-stuff yang berkualiti dan yang penting, LOCAL BAND! Yup, saya mengutamakan "local band" kerana mereka lebih layak untuk saya mengeluarkan wang. Saya sentiasa mendahulukan "scene" tempatan berbanding luar negara.


Demizer adalah sebuah band Melodic Death Metal yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini telah mengeluarkan album sulung mereka, CARNAGE MASTERMIND pada tahun 2013 dibawah naungan METALBLITZ ENTERTAINMENT dalam format CD. Sedikit sejarah Demizer, ditubuhkan pada tahun 1998 dengan nama ZERO dan bermain "gothic doom metal". Selepas beberapa ketika, mereka mengubah nama kepada DEMIZER dan bermain dengan genre "Melodic Death Metal"

Dalam album ini, pengaruh Iron Maiden, Arch Enemy dan Hypocrisy dapat dihidu dengan mendengar solo-solo yang berbunga dan puitis. Lagu digarap dengan baik, dan tidak lah terlalu melodic dimana ada part drumnya laju, gentelan tali gitar seperti band-band dari Britain dan vokal yang garau. Tetapi teknik recording ini, saya agak tidak berapa selesa kerana track drum nya agak tenggelam. Musik sebegini haruslah direkod dengan sound yang clean (ataupun tidak terlalu raw) supaya feel melodiknya tidak terjejas. Saya tak pandai nak cerita teknik rekoding mereka kerana saya MEMANG TAK PANDAI. Saya hanya perlu menjelaskan FEEL lagu tersebut. Tetapi, semua track adalah memuaskan dan saya menikmati CD ini berulang kali. Juga mereka ada membawa lagu "Book Of Death" saduran dari lagenda death metal Malaysia, Silent Death. Syabas! Diharap dapat menghasilkan album atau EP untuk masa akan datang!

Sokong Demizer jika anda adalah TRUE LOCAL SUPPORTERS!


2 comments:

  1. tak tahu pula ada rilis cd ni, terima kasih infonya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boss! cuba usha2 mana tahu ada jumpa. lucky! hahaha!

      Delete