Saturday, February 28, 2015

Dukun Selingkuh (Sexorcist) " Puja, Setubuh, Gila" Cassette



Sejujurnya, ini kali pertama saya mendengar musik dari negara Peru. Ya... Tapi apa yang menariknya berkenaan demo ini? Mengapa Faithcraft Prods meriliskan demo ini (2nd press)? Mengapa ia LIMITED hanya kepada 35 salinan sahaja? Hahahahahahaha!

Sexorcist adalah merupakan band black/death metal yang berasal dari Peru, ditubuhkan pada tahun 2010 dan sehingga kini hanya memiliki 3 rilisan sahaja (Ensayo 2012 demo, Sexorcist 2013 single dan Ritual, Sex, Morboso 2013 demo).

Demo ini merupakan rilisan semula demo Ritual, Sex, Morboso yang ditukar bahasa ke bahasa Melayu. Termasuklah nama band tersebut (Sexorcist = Dukun Selingkuh). Faithcraft Prods mengeluarkannya untuk versi Malaysia.

Band ini kukuh berpaksikan pada lagenda-lagenda seperti Sarcofago dan Morbid Angel. Jika tidak salah pendengaran saya ini, musik mereka juga berpaksikan Autopsy, Incantation dan Asphyx. Permainan gitar yang perlahan tetapi berat mirip Derketa dan jangan salahkan saya bila saya kata "FEEL" mendengar demo ini sama seperti mendengar album Brain Dead - From The Ecstasy. Drumming yang laju, vokal yang growl, serta sound yang raw mengekalkan kegilaan band ini. Saya suka! Saya suka!! Diharap band ini dapat mengeluarkan album dengan sound yang lebih bersih tetapi pada masa yang sama, RAW! Bersih tapi Kotor! Saya suka sound death metal awal 90's! Hahahahaha!!




Sila dapatkannya di FAITHCRAFT PRODS!!

Tuesday, February 10, 2015

ANIMENIACAL:- Sailormoon BOXSET


Sejak dari aku kecil lagi aku sangat meminati anime. Ya... 3 anime pertama aku adalah Doraemon, Dragon Ball dan SAILORMOON.

Anda pelik? Hahahaha! Jangan pelik kerana minat manusia memang pelik. Minat Trey Azagthoth terhadap metal, games dan anime juga pelik hahahahaha! Baiklah, SAILORMOON adalah sebuah cerita dimana seorang remaja sekolah menengah, Tsukino Usagi bertemu dengan seekor kucing hitam yang bernama Luna (kucing boleh bercakap) memberitahu yang dia merupakan seorang pahlawan cantik berpakaian kelasi (Pretty Soldier Sailor Moon). Maka, bermulalah kisah pengembaraan yang penuh romantik, bersama-sama rakan-rakan sepejuangan Ami Mizuno (Sailor Mercury), Rei Hino (Sailor Mars), Makoto Kino (Sailor Jupiter) dan Minako Aino (Sailor Venus) serta seekor kucing putih yang boleh bercakap, Artemis berdampingan dengan Minako Aino (Sailor Venus). Juga satu satunya karakter lelaki Mamoru Chiba (Tuxido Bertopeng/Masked Tuxedo). Mereka semua bekerja dalam satu pasukan menentang anasir-anasir jahat yang ingin menakluki bumi yang tercinta ini. Oh! Pelukis/Penulis untuk manga ini adalah Naoko Takeuchi.

Saya tak nak ceritakan plot-plot, watak-watak lain kerana ia sangat panjang. Hahahahaha!

Sailor Moon adalah salah satu anime yang telah MEREVOLUSIKAN genre "SHOUJO" yang bermaksud WANITA CANTIK. Maka berbuah beberapa genre iaitu "SHOUNEN" bermaksud LELAKI CANTIK, "SHOUJO-AI" iaitu hubungan seakan-akan lesbian (YURI adalah LESBIAN manakala SHOUJO-AI adalah SEAKAN-AKAN LESBIAN) serta "SHOUNEN-AI" yang bermaksud hubungan seakan-akan gay (YAOI adalah GAY manakala SHOUNEN-AI adalah SEAKAN-AKAN GAY) dan satu lagi genre iaitu FUTANARI (Dickgirl/Shemale). Tetatpi ia hanyalah KECENDERUNGAN sahaja. Ia boleh didebatkan. Saya tak mahu berdebat berkenaan status seksuality karakter ini kerana ia adalah sesuatu yang tidak berguna dan membuang masa. Baik layan aja. Hahaha. Kelahiran genre ini memperluaskan lagi imaginasi kita terhadap fetish/selera nafsu seks penonton. Ya, salah satu genre anime yang kita panggil HENTAI mendapat 3 sub-genre baru iaitu YAOI, YURI dan FUTANARI (anda boleh rujuk artikel sahabat bloggers, Ahmad Raimi DISINI). Saya boleh aja menerangkan dengan lebih lanjut karakter mana yang membawa genre-genre kotor dan nakal ini. Ia adalah sesuatu yang leceh! Insya-Allah jika berkesempatan, saya akan menulis beberapa penerangan tentang genre-genre ini. Hanya sebagai PENGENALAN, bukan PROMOSI!

Target audience adalah wanita/perempuan tetapi turut mendapat sambutan hangat dari golongan lelaki (Macam SLAM DUNK, target audience adalah perempuan tetapi mendapat sambutan hangat dari lelaki juga). Saya bukanlah FANATIK tetapi meminatinya. Takdelah sampai nak tampal poster apa bagai. Hahaha!

Baiklah, BOXSET ini lengkap dengan 200 episod dan 3 movie. Juga dengan soundtrack anime ini. Saya menyukainya kerana tak payah nak cari lagi dah kat laman-laman web untuk download. Hehehehe!


Apa-apa pun, ini adalah sesuatu untuk menjamu mata anda! Hehehehe!












Friday, February 6, 2015

REVENANT "Prophecies Of A Dying World" (Nuclear Blast)

Saya menarik dan menghela nafas sepanjang-panjangnya. Saya, seorang peminat musik ekstrim yang mentah dalam scene ekstrim di Malaysia. Saya juga menulis "ulasan" ini atas dasar "feel" terhadap sesuatu album. Bermaksud, saya menulis atas spiritual dari album tersebut kerana saya tidak memahami secara fizikal/bentuk musik berkenaan seperti bagaimana ia direkod, bunyi, riffing, skill permainan dan sebagainya. Punca saya gementar untuk menulis berkenaan tajuk diatas kerana album ini adalah satu-satunya album yang saya minat sepanjang hidup saya bergelumang dengan musik ekstrim ini.


Revenant merupakan sebuah band Death/Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1986 di Bergenfield, New Jersey. Mereka telah merekod 3 demo terawal iaitu "Beyond The Wind Of Sorrow" pada tahun 1987, "Asphyxiated Time" pada tahun 1988 dan "Revenant" pada tahun 1989. Untuk 3 demo ini, lineup mereka adalah Henry Veggian (Vocal/Guitar), John McEntee (Guitars), John Pratscher (Bass/Backing Vocal) dan Joe Fregenti (Drummer). Kita sedia maklum John McEntee adalah guitarist serta vocalist kepada Incantation. Nanti saya akan ceritakan. Kemudian pada tahun 1989 mereka merekod sebuah EP bertajuk "Distant Eyes" dengan line-up baru mengekalkan Henry Veggian (Vocal/Guitar), Will Concoran (Drummer), Tim Scott (Bass) dan Dave Jengo (Guitar). Dengan line-up inilah mereka kemudian menulis dan merekod album paling ganas, paling berhantu, paling rare iaitu PROPHECIES OF A DYING WORLD. Ya, album ini mengubah diri saya. Dengan album inilah saya mula mencari musik yang mempunyai maksud yang mendalam.

Berkenaan demo terawal mereka, Revenant memainkan death/thrash yang sangat brutal mengingatkan saya kepada Sarcofago dan Possessed. Jangan berangan nak memiliki demo ini kerana harganya mampu membuatkan anda makan meggie selama 2 tahun. Hahaha! Saya pun gunakan cara yang agak kotor iaitu DOWNLOAD demo-demo mereka. Hahaha! Mana mampu beb! Saya ni buruh ladang je!!

Berbalik kepada album ini, musik yang mereka persembahkan sangat memukau saya. Brutal, pantas pada masa yang sama kelam, berhantu dan atmosferik. Sukar untuk menafikan kehebatan mereka. Maka pada tahun 1991, album ini dikeluarkan.

Track 1 iaitu PROPHECY OF A DYING WORLD dimulakan dengan fade in dan menerjah ketelinga anda. Permainan gitar mereka sangat kejam, pada masa yang sama mencipta suasana yang mengerikan. Dipertengahan track ini, permainan mula menjadi perlahan, bait sajak dialunkan. Sangat menggambarkan kemusnahan yang bakal menerpa. Nubuat yang hanya membawa kesengsaraan.
Pada track 2, SPAWN, drummer mengacah-acah telinga ini dengan skill dan stailnya. Track ini agak perlahan dan doomish. Track 3 iaitu ANCESTRAL SHADOWS pula dengan perlahan-lahan menyelinap kedalam telinga anda dan dengan secara tiba-tiba anda dikejutkan dengan drumming yang laju.

Track 4, THE UNEARTHLY adalah track yang SANGAT BUAS! TERLAMPAU BUAS! Difahamkan track ini diinspirasikan oleh sebuah filem bertajuk "Altered State". Sungguh gila apabila bait-bait lirik yang dicipta oleh budak berumur 19 tahun (Henry Veggian) sangat mendalam! Tidak hairanlah beliau kini seorang PENSYARAH disebuah universiti (University Of Pitsburg) didalam bidang Sastera dan Penulisan.

Saya teruskan lagi dengan track 5 iaitu IN THE DARK OF PSYCHIC UNKNOWN, ia mula perlahan. Track 6 iaitu ASPHYXIATED TIME adalah track yang sangat EPIK! Berinspirasikan karya-karya gila H,P Lovercraft, saya yakin yang H.P Lovecraft "berkata benar" walaupun karyanya adalah fantasi gelap beliau. Penulisan lirik yang meyakinkan saya dimana bumi ini bakal kering dan langitnya berapi membakar bulan dan hutan. Saya suka cara nyanyian Henri Veggian yang serak basah-basah kering. Seolah-olah dia ni adalah tukang tilik/ramal yang mengkhabarkan berita celaka untuk umat manusia. Saya menyanjungi cara nyanyian dia! HUARG!!!

Track 7, DISTANT EYES kembali melankolik, riff gitar yang meliuk-lintuk seperti ular. Permulaan track ini menenangkan, seperti tipikal doom/death metal. Kemudian menerjah masuk blast beat yang menggila. Track 8, VALEDICTION menyapa dengan perlahan. Sesuai dengan tajuknya, ini adalah pengakhiran bagi album ini.

Itu tracklist dari LP, saya belum habis lagi disini hahaha! Pada CD, ia terdapat 1 lagu bonus pada track 9 iaitu DEGENERATION. Ia merupakan track yang sangat buas, sama seperti track The Uneartly, kelajuan riff gitar dan drum adalah sangat mengagumkan.



Album ini dirakamkan di Quantum Sound di New Jersey. Studio yang sama merakam album Ripping Corpse "Dreaming With The Dead". Penerbit Dan Engineer album ini adalah Bill Klatt. Penerbit Eksekutif adalah Markus Staiger dan Konsep Artwork oleh Repro Desaster.

KELEMAHAN album ini hanyalah satu sahaja. ARTWORKnya... Dan saya yakin album ini menjadi underrated disebabkan cover album/artwork adalah sangat MALAS! Ini sangat BODOH! Saya tidak boleh menerima kenyataan ini. Jika cover album ini sehebat album-album klasik death metal, thrash metal negara mereka, sudah tentu band ini menjadi suatu fenomena! Nuclear Blast bodoh! Album band-band lain seperti Master, Righteous Pigs, Defecation, Pungent Stench, Benediction etc etc tu boleh pula cantik, ganas dan brutal? Sama nasib dengan Disharmonic Orchestra dan Messiah (tengok cover album Extreme Cold Weather)... Ish...

John McEntee telah keluar dari Revenant dan menubuhkan band Incantation bersama Paul Ledney yang juga pernah menjadi drummer untuk Revenant tetapi tidak sempat merakamkan apa-apa material dengan Revenant. Maka dari Incantation, Paul Ledney keluar dari band itu dan menubuhkan band Profanatica. Incantation pernah cover 1 lagu dari Revenant iaitu DEGENERATION dengan gaya dan pembawaan Incantation sendiri.


Maka saya MENJAMU mata anda dengan gambar-gambar ini hehehe:-

LP







CD




COMBO!



Wednesday, February 4, 2015

Thorns Of Hate "Heretical Dawn Of Apocalypse"

Ini adalah rilisan kedua daripada Thorns Of Hate pada tahun 2011. EP ini dikeluarkan oleh Blood Harvest yang berpangkalan di Sweden. Saya memiliki EP ini SEBELUM memiliki demo terawal mereka, Abominable Triumph Of Heresy"


"Heretical Dawn Of Apocalypse" masih mengekalkan kegilaan dan kebuasan yang sama pada rilisan sebelum ini tetapi pada masa yang sama menambahkan elemen kesuraman. Mengandungi 4 track termasuk Intro dan Outro, mereka kekal dengan paksi Black/Death Metal dengan pengaruh Doom/Ambient, EP ini merobek telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya. Vokal kali ini agak jelas sebutannya, riff gitar menjadi semakin berat dan drum menjadi semakin laju membunuh sesiapa yang berada di hadapannya.

Keseluruhan track sangat "raw" pada masa yang sama jelas kedengaran setiap instrumen. Setiap track mempunyai atmosfera tersendiri, seolah-olah anda berada didalam pengakhiran Perang Dunia II. Artwork untuk EP ini direka oleh tuan Ironworx Gravefix sangat padan dengan apa yang Thorns Of Hate persembahkan kepada saya. Sila rujuk entri ini untuk mengetahui apakah pengaruh kuat mereka. Ini adalah apa yang saya rasa dari pendengaran telinga saya yang terhad ini.

Musik mereka sangat bagus dan berlainan dari kebanyakkan band di Malaysia. Kehebatan musik mereka juga telah membuatkan label Blood Harvest untuk mengeluarkan EP ini. Ya! Musik mereka hebat dimata saya.

Saya mengharapkan agar mereka boleh terus bekarya tanpa sebarang masalah. Keluarkan segala apa yang ada di dalam otak kalian, persembahkanlah kepada kami akan kehebatan kalian. Semoga "full-length" dapat dikeluarkan dan seterusnya menghancurkan banyak stage yang ada di negara ini.

Dipersilakan untuk menjamu mata anda! Hehehe!







Sila hubungi Md Adlan Ariffin kerana alamat diatas tidak boleh digunakan lagi. Anda pasti tidak menyesal!!!

Tuesday, February 3, 2015

Thorns Of Hate "Abominable Triumph Of Heresy" LP


Band dari Sungai Petani, Kedah ini sangat berbakat dalam menghasilkan musik yang agak berlainan daripada band-band yang ada di Malaysia ini. Maafkan saya jika saya tidak menjumpai band selain daripada Thorns Of Hate yang memainkan musik black/death metal dengan sedikit sentuhan doom/ambient ini. Saya hanya tahu, band ini sahaja. Tetapi ada satu band lagi telah muncul dengan nama Impious Blood memainkan irama yang hampir sama.

Merujuk kepada Metal-Archives band ini ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Hanya pada tahun 2010 mereka telah meriliskan sebuah demo yang berjudul "ABOMINABLE TRIUMPH OF HERESY" dan diikuti dengan EP "HERETICAL DAWN OF APOCALYPSE" pada tahun 2011. Kini band tersebut telah menyepi. Manalah tahu, DIAM-DIAM UBI BERISI. Bila-bila masa sahaja mereka akan mengeluarkan stuff yang lebih berbisa dari sebelum ini.

Baiklah, jika dilihat dari segi musik mereka, mereka berkiblatkan BLACK/DEATH METAL dengan sedikit sentuhan DOOM/AMBIENT. Gitar yang berat, drum yang laju, vokal yang "growl" adakalanya sedikit GRUNT sangat memukau saya. Sejujurnya saya TIDAK BERKESEMPATAN memiliki cassette mereka. Saya mendengarnya melalui youtube. Ya... bila GEMPITA RECORDS mengumumkan demo ini akan diulang cetak dalam format LP, saya segera menyambarnya! Anda tidak perlu berfikir panjang apabila sesuatu yang hebat berada didepan mata. Permainan mereka mengingatkan saya pada INCANTATION "Onward To Golgotha". IMMOLATION "Dawn Of Possession", ASPHYX "The Rack" dan beberapa nama baru seperti DEAD CONGREGATION, TEITANBLOOD, NEGATIVE PLANE, GRAVE MIASMA dan lain-lain lagi.

Baiklah, buat tatapan anda, DIPERSILAKAN!










Jadi, cepat-cepat hubungi Gempita Records atau Wan Matt untuk mendapatkan barang hebat ini. Oh yeah!!!