Wednesday, February 4, 2015

Thorns Of Hate "Heretical Dawn Of Apocalypse"

Ini adalah rilisan kedua daripada Thorns Of Hate pada tahun 2011. EP ini dikeluarkan oleh Blood Harvest yang berpangkalan di Sweden. Saya memiliki EP ini SEBELUM memiliki demo terawal mereka, Abominable Triumph Of Heresy"


"Heretical Dawn Of Apocalypse" masih mengekalkan kegilaan dan kebuasan yang sama pada rilisan sebelum ini tetapi pada masa yang sama menambahkan elemen kesuraman. Mengandungi 4 track termasuk Intro dan Outro, mereka kekal dengan paksi Black/Death Metal dengan pengaruh Doom/Ambient, EP ini merobek telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya. Vokal kali ini agak jelas sebutannya, riff gitar menjadi semakin berat dan drum menjadi semakin laju membunuh sesiapa yang berada di hadapannya.

Keseluruhan track sangat "raw" pada masa yang sama jelas kedengaran setiap instrumen. Setiap track mempunyai atmosfera tersendiri, seolah-olah anda berada didalam pengakhiran Perang Dunia II. Artwork untuk EP ini direka oleh tuan Ironworx Gravefix sangat padan dengan apa yang Thorns Of Hate persembahkan kepada saya. Sila rujuk entri ini untuk mengetahui apakah pengaruh kuat mereka. Ini adalah apa yang saya rasa dari pendengaran telinga saya yang terhad ini.

Musik mereka sangat bagus dan berlainan dari kebanyakkan band di Malaysia. Kehebatan musik mereka juga telah membuatkan label Blood Harvest untuk mengeluarkan EP ini. Ya! Musik mereka hebat dimata saya.

Saya mengharapkan agar mereka boleh terus bekarya tanpa sebarang masalah. Keluarkan segala apa yang ada di dalam otak kalian, persembahkanlah kepada kami akan kehebatan kalian. Semoga "full-length" dapat dikeluarkan dan seterusnya menghancurkan banyak stage yang ada di negara ini.

Dipersilakan untuk menjamu mata anda! Hehehe!







Sila hubungi Md Adlan Ariffin kerana alamat diatas tidak boleh digunakan lagi. Anda pasti tidak menyesal!!!

4 comments:

  1. I like this blog, I like your writing style. I enjoy the photos.
    I get alot of infos

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot bro. my English suck!! hahahaha! enjoy bro

      Delete