Revenant merupakan sebuah band Death/Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1986 di Bergenfield, New Jersey. Mereka telah merekod 3 demo terawal iaitu "Beyond The Wind Of Sorrow" pada tahun 1987, "Asphyxiated Time" pada tahun 1988 dan "Revenant" pada tahun 1989. Untuk 3 demo ini, lineup mereka adalah Henry Veggian (Vocal/Guitar), John McEntee (Guitars), John Pratscher (Bass/Backing Vocal) dan Joe Fregenti (Drummer). Kita sedia maklum John McEntee adalah guitarist serta vocalist kepada Incantation. Nanti saya akan ceritakan. Kemudian pada tahun 1989 mereka merekod sebuah EP bertajuk "Distant Eyes" dengan line-up baru mengekalkan Henry Veggian (Vocal/Guitar), Will Concoran (Drummer), Tim Scott (Bass) dan Dave Jengo (Guitar). Dengan line-up inilah mereka kemudian menulis dan merekod album paling ganas, paling berhantu, paling rare iaitu PROPHECIES OF A DYING WORLD. Ya, album ini mengubah diri saya. Dengan album inilah saya mula mencari musik yang mempunyai maksud yang mendalam.
Berkenaan demo terawal mereka, Revenant memainkan death/thrash yang sangat brutal mengingatkan saya kepada Sarcofago dan Possessed. Jangan berangan nak memiliki demo ini kerana harganya mampu membuatkan anda makan meggie selama 2 tahun. Hahaha! Saya pun gunakan cara yang agak kotor iaitu DOWNLOAD demo-demo mereka. Hahaha! Mana mampu beb! Saya ni buruh ladang je!!
Berbalik kepada album ini, musik yang mereka persembahkan sangat memukau saya. Brutal, pantas pada masa yang sama kelam, berhantu dan atmosferik. Sukar untuk menafikan kehebatan mereka. Maka pada tahun 1991, album ini dikeluarkan.
Track 1 iaitu PROPHECY OF A DYING WORLD dimulakan dengan fade in dan menerjah ketelinga anda. Permainan gitar mereka sangat kejam, pada masa yang sama mencipta suasana yang mengerikan. Dipertengahan track ini, permainan mula menjadi perlahan, bait sajak dialunkan. Sangat menggambarkan kemusnahan yang bakal menerpa. Nubuat yang hanya membawa kesengsaraan.
Pada track 2, SPAWN, drummer mengacah-acah telinga ini dengan skill dan stailnya. Track ini agak perlahan dan doomish. Track 3 iaitu ANCESTRAL SHADOWS pula dengan perlahan-lahan menyelinap kedalam telinga anda dan dengan secara tiba-tiba anda dikejutkan dengan drumming yang laju.
Track 4, THE UNEARTHLY adalah track yang SANGAT BUAS! TERLAMPAU BUAS! Difahamkan track ini diinspirasikan oleh sebuah filem bertajuk "Altered State". Sungguh gila apabila bait-bait lirik yang dicipta oleh budak berumur 19 tahun (Henry Veggian) sangat mendalam! Tidak hairanlah beliau kini seorang PENSYARAH disebuah universiti (University Of Pitsburg) didalam bidang Sastera dan Penulisan.
Saya teruskan lagi dengan track 5 iaitu IN THE DARK OF PSYCHIC UNKNOWN, ia mula perlahan. Track 6 iaitu ASPHYXIATED TIME adalah track yang sangat EPIK! Berinspirasikan karya-karya gila H,P Lovercraft, saya yakin yang H.P Lovecraft "berkata benar" walaupun karyanya adalah fantasi gelap beliau. Penulisan lirik yang meyakinkan saya dimana bumi ini bakal kering dan langitnya berapi membakar bulan dan hutan. Saya suka cara nyanyian Henri Veggian yang serak basah-basah kering. Seolah-olah dia ni adalah tukang tilik/ramal yang mengkhabarkan berita celaka untuk umat manusia. Saya menyanjungi cara nyanyian dia! HUARG!!!
Track 7, DISTANT EYES kembali melankolik, riff gitar yang meliuk-lintuk seperti ular. Permulaan track ini menenangkan, seperti tipikal doom/death metal. Kemudian menerjah masuk blast beat yang menggila. Track 8, VALEDICTION menyapa dengan perlahan. Sesuai dengan tajuknya, ini adalah pengakhiran bagi album ini.
Itu tracklist dari LP, saya belum habis lagi disini hahaha! Pada CD, ia terdapat 1 lagu bonus pada track 9 iaitu DEGENERATION. Ia merupakan track yang sangat buas, sama seperti track The Uneartly, kelajuan riff gitar dan drum adalah sangat mengagumkan.
Album ini dirakamkan di Quantum Sound di New Jersey. Studio yang sama merakam album Ripping Corpse "Dreaming With The Dead". Penerbit Dan Engineer album ini adalah Bill Klatt. Penerbit Eksekutif adalah Markus Staiger dan Konsep Artwork oleh Repro Desaster.
KELEMAHAN album ini hanyalah satu sahaja. ARTWORKnya... Dan saya yakin album ini menjadi underrated disebabkan cover album/artwork adalah sangat MALAS! Ini sangat BODOH! Saya tidak boleh menerima kenyataan ini. Jika cover album ini sehebat album-album klasik death metal, thrash metal negara mereka, sudah tentu band ini menjadi suatu fenomena! Nuclear Blast bodoh! Album band-band lain seperti Master, Righteous Pigs, Defecation, Pungent Stench, Benediction etc etc tu boleh pula cantik, ganas dan brutal? Sama nasib dengan Disharmonic Orchestra dan Messiah (tengok cover album Extreme Cold Weather)... Ish...
John McEntee telah keluar dari Revenant dan menubuhkan band Incantation bersama Paul Ledney yang juga pernah menjadi drummer untuk Revenant tetapi tidak sempat merakamkan apa-apa material dengan Revenant. Maka dari Incantation, Paul Ledney keluar dari band itu dan menubuhkan band Profanatica. Incantation pernah cover 1 lagu dari Revenant iaitu DEGENERATION dengan gaya dan pembawaan Incantation sendiri.
Maka saya MENJAMU mata anda dengan gambar-gambar ini hehehe:-
LP
CD
COMBO!
hebat2 belaka band2 kesukaan kamu ni...
ReplyDeleteterima kasih tuan. "darah" Revenant tetap mengalir didalam Incantation dan Profanatica. Tetapi tidak sama. Jika Incantation, hanya album "Onward To Golgotha" sahaja yang ada sedikit percent dari Revenant. Selebihnya adalah original dari otak John McEntee/Incantation sahaja. Hahaha! Jika bro terserempak orang jual CD atau LP dengan harga yang munasabah, sila cekup! Kerana ini adalah KHAZANAH yang sangat RARE! Hahahaha!
Deleteaku pun kadang2 mencari jgk band2 lama US Death/thrash ni mcm Exmortis, Insanity dan yg kau review ni Revenant...xtaulah dorg ni dikategorikan sbg band terlepas pandang@xlaku@apa lgi yaa??? sbb aku pun orang baru dalam scene metal ni....hahaahha
ReplyDeletehahaha! aku pun baru juga bro. hahaha... nasib aja bertemu dengan Revenant ni. Ya banyak band yang boleh dikategorikan tak laku/terlepas pandang sebab band2 yang besar menutup peluang mereka untuk naik nama (AKU PUNYA TEKAAN LAH) hahahaha! mungkin sekarang ni baru kita perasan yang deorg main dengan hebat sekali malah ada yang lebih hebat dari yang popular (TEKAAN AKU JA BRO) hahahahaha! terima kasih kerana sudi baca bro. HELLYEARGH!!
Deletesetuju bro..bab minat ni diri sendiri yang dgr..cuma kdg2 majoriti mempopularkan semua...yg pntg apa yg sedap d telinga kita itulah nikmat sebenar...
DeleteYa. anda benar! Hehehehe! Band2 besar seperti Morbid Angel, Death, Cannibal Corpse, Necrophagia dan sebagainya menenggelamkan nama-nama band seperti Revenant, Ripping Corpse, Nokturnel, Incubus (album Serpent Temptation) dan lain-lain lagi. Tumpuan tu lebih kepada nama besar daripada nama-nama yang kecil hehehe...
Delete