Tuesday, February 3, 2015

Thorns Of Hate "Abominable Triumph Of Heresy" LP


Band dari Sungai Petani, Kedah ini sangat berbakat dalam menghasilkan musik yang agak berlainan daripada band-band yang ada di Malaysia ini. Maafkan saya jika saya tidak menjumpai band selain daripada Thorns Of Hate yang memainkan musik black/death metal dengan sedikit sentuhan doom/ambient ini. Saya hanya tahu, band ini sahaja. Tetapi ada satu band lagi telah muncul dengan nama Impious Blood memainkan irama yang hampir sama.

Merujuk kepada Metal-Archives band ini ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Hanya pada tahun 2010 mereka telah meriliskan sebuah demo yang berjudul "ABOMINABLE TRIUMPH OF HERESY" dan diikuti dengan EP "HERETICAL DAWN OF APOCALYPSE" pada tahun 2011. Kini band tersebut telah menyepi. Manalah tahu, DIAM-DIAM UBI BERISI. Bila-bila masa sahaja mereka akan mengeluarkan stuff yang lebih berbisa dari sebelum ini.

Baiklah, jika dilihat dari segi musik mereka, mereka berkiblatkan BLACK/DEATH METAL dengan sedikit sentuhan DOOM/AMBIENT. Gitar yang berat, drum yang laju, vokal yang "growl" adakalanya sedikit GRUNT sangat memukau saya. Sejujurnya saya TIDAK BERKESEMPATAN memiliki cassette mereka. Saya mendengarnya melalui youtube. Ya... bila GEMPITA RECORDS mengumumkan demo ini akan diulang cetak dalam format LP, saya segera menyambarnya! Anda tidak perlu berfikir panjang apabila sesuatu yang hebat berada didepan mata. Permainan mereka mengingatkan saya pada INCANTATION "Onward To Golgotha". IMMOLATION "Dawn Of Possession", ASPHYX "The Rack" dan beberapa nama baru seperti DEAD CONGREGATION, TEITANBLOOD, NEGATIVE PLANE, GRAVE MIASMA dan lain-lain lagi.

Baiklah, buat tatapan anda, DIPERSILAKAN!










Jadi, cepat-cepat hubungi Gempita Records atau Wan Matt untuk mendapatkan barang hebat ini. Oh yeah!!!

6 comments:

  1. TQ kerana ulasan... saya betoi2 tak pernah tahu ttg band ini sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama tuam. saya menunggu tuan pula review demo ini. saya suka baca apa yang tuan tulis

      Delete
  2. salam..aku hanya ada versi tape keluaran AVR..lagu mmg sedap dn tidak hairanlah mereka dpt tawaran rilis EP under bloodharvest rec..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam boss. ya saya pun memiliki EP tersebut sebelum memiliki demo ni. sememangnya hasil karya Thorns of Hate patut mendapat pujian.

      Delete
  3. perna dgr band ni, namun belum berkesempatan lagi utk memiliki rilisan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! kalau berkesempatan dan berpeluang, sila dapatkan demo ini dalam format kaset. sangat hebat! saya menggemarinya! recommended!

      Delete