Thursday, August 20, 2015

Happy 124th Birthday Mr. Lovecraft

Craft. Apakah itu "craft"?? Apa yang saya tahu, craft adalah kraf atau pembuatan. Ada banyak "craft" kat dunia ni. Witchcraft, Warcraft, Starcraft, Boatcraft, Housecraft, Faithcraft, Sexcraft dan bersepah lagi.


Tetapi ada satu "craft" yang sangat unik. LOVECRAFT. Sepatutnya ia berkait rapat dengan cinta dan birahi tetapi perkataan ini menjadi satu perkataan yang sangat majestic, sangat memukau dan menakutkan. Perkataan yang mendifinasikan "ketakutan pada sesuatu yang tidak diketahui". Ya. LOVECRAFT adalah nama yang kini menjadi genre, mitos serta keagungan horror. Ia hanya dimiliki oleh seorang lelaki xenophobic yang tidak boleh hidup di luar Providence, Howard Phillip Love"FUCKING"craft. Akan tetapi saya hanya menceritakan sedikit sahaja berkenaan beliau kerana saya bukanlah fanatik, maksudnya tidak banyak karya-karya beliau yang saya baca.


Bagaimana seorang xenophobic mama boy ini boleh menulis dengan hebat sekali? Selepas kematian bapanya, hanya ibu dan datuknya sahaja yang menjaganya. Atuknya merupakan seorang saudagar dan juga pengumpul buku-buku diserata dunia yang melibatkan pelbagai budaya serta bahasa. Datuknya yang mengajarkan dia didalam attic/loteng di Providence. Itulah yang mampu saya ulas. Jika tidak, mama boy ini takkan mampu menulis berkenaan Abdul Al-Hazred: The Mad Arab, susunan bintang, serta ayat-ayat yang diciplak dari tamadun Sumeria dan Mesopotamia serta Mesir Purba. Tetapi, kebanyakkannya ayat-ayat bahasa "alien" ini adalah tidak boleh ditutur dengan lidah manusia.


"ph'nglui mglw'nafh Cthulhu R'lyeh wgah'nagl fhtagn"

FAHAM? TAHU NAK SEBUT TAK? DIBAWAH ADALAH MAKSUDNYA

"Dead, yet dreaming, Cthulhu waits in his palace in R'lyeh."

Juga penggunaan ayat yang sangat pelik dan genius bagi saya. Contoh? "With the Strange Aeon, Even Death May Die". JADAH aku tak paham la cibai!!! Hahaha!

Seorang lelaki yang berjaya memberitahu bahawa ketakutan yang paling kuat didalam diri manusia adalah ketakutan dari sesuatu yang kita tidak ketahui. Diawal penulisannya, adalah sukar untuk memahami apa yang "tidak tahu". Adalah sukar untuk menerangkan sesuatu yang kita tidak tahu tanpa sebarang persamaan dengan sesuatu yang kita tahu. Faham? Haha! H.P Lovecraft tidak menggunakan persamaan untuk menerangkan makhluk yang tidak diketahui kerana sememangnya makhluk itu lansung tidak diketahui sifatnya yang pelik. Tetapi, dia mula menerangkan sedikit demi sedikit berkenaan sifat makhluk @ malign deity ini dengan sesuatu yang kita ketahui. Contoh: Cthulhu digambarkan berbentuk humanoid, mempunyai sayap kelawar dan bermuka sotong kurita. Hahahaha! Yang paling pelik, apabila ada teori yang mengatakan perkataan Cthulhu itu berasal daripada ayat Al-Quran yang berbunyi "Khudduluk". Wallahualam, saya tak mahu mengkaji dengan lebih mendalam kerana ini berkait rapat dengan iman saya. Haha! Saya tak mahu Allah yang saya sembah menjadi Azagthoth. Ya... Ia BOLEH BERLAKU! (dalam Cthulhu Mythos, Azagthoth adalah TUHAN bagi segala "Tuhan Alien").

Sehingga kini, karya Lovecraft masih lagi fresh dan releven. Penulisan di era 20-an dan 30-an itu sangat menlangkaui masanya. Dipenuhi dengan sihir, magic, occult, alien, science fiction, horror, madness, bad-ending dan doom ini, tetap digilai ramai. Pabila menyebut perkataan Cthulhu, habis semua nama-nama seperti Zeus, Athena, Sobek, Ra etc etc seperti tiada kuasa. Pabila menyebut perkataan "Necronomicon" seolah-olah "The Book Of Law" atau "Satanic Bible" atau sebarang grimoire lain sudah tiada kuasa lagi. Malah, ada fanatik yang menyembah Azagthoth! Mereka juga mempunyai occult. Banyak band terutamanya dalam genre METAL memuji dan mengabadikan secebis lagu mereka demi Lovecraft MALAH ada band yang terus mengangkat "Lovecraft" sebagai tema lirik mereka.

Yaaaaaaaaa!!!! Itu yang saya nak sebut! MUSIK METAL dan LOVECRAFT berpisah tiada! Hahahahaha!! Nak sebut satu-persatu band yang mengangkat Lovecraft sebagai godfather mereka adalah satu kerja yang gila. Yup. Gila. Sila klik disini untuk mengetahui band mana yang "menyembah" Lovecraft. Disini juga saya kongsikan beberapa band yang telahpun mengepalai atau yang terdahulu menulis lagu yang berkaitan dengan Lovecraft. Enjoy!








Dan, band death metal yang paling digilai oleh anak muda sekaran ini adalaaaaaaaaahhhhhhhh!!!!!!



10 comments:

  1. pergh..baru tau sikit pasal dia ni.tapi memang betul banyak band metal jadikan dia sumber inspirasi dalam lirik lagu2 metal.kira dia ni memang godfather sastera gelap laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bro. HP Lovecraft punya karya sangat gelap hahaha. penamatnya tak ada yang "happy-ending". kebanyakkannya kabur, tergantung dan membuatkan kita tertanya-tanya apa yang berlaku selepas itu. huhuhuhu!! Saya pon geram kalau baca "The Call Of Cthulhu", "The Horror In Clay", "Dunwich Horror", "Nyarlahotep" hahaha! adeeeeehhhh... Dewa yang bersifat Alien? Alien yang bersifat Dewa? Sains Fiksyen? Occult? bercampur baur! Huhuhuhu!

      Delete
  2. tahu dekni kat artwork Live After Death. Sekarang baca post ni tahu lebih lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha! yaka? nanti saya check. saya tak banyak stuff iron maiden yang ada dalam koleksi huhu! post saya ni hanya cebisan sahaja bro... kalau nak cerita lagi, sakit jari nak tulis, sakir otak nak ingat balik dan nak susun penulisannya huhuhuhu! terima kasih kerana sudi baca. heeeeeeeeeee!

      Delete
  3. Tabik! karya Lovecraft mmg diluar pmikiran manusia. pengkaji ade yg ckp Abdul al hazred tu sbnrnya diri die sendiri. Try baca De Vermis Mysteriis, ade kaitan dgn lovecraft

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya! saya sampai sekarang masih kagum dengan ilmu HP Lovecraft. dia bukannya belajar luar negara pon tapi dok study buku2 atuk dia. salute habis! Tapi bro, bab "Cthulhu Mythos dalam Al-Quran" pon deorg ada buat tau. Terkejut beruk sekejap saya dibuatnya... hahahaha! Oh De Vermis Mysteriis ya? ok saya akan cari buku atau pdf nya hihihi!

      Delete
  4. Pergh nerd guy punya kemampuan menulis tahap begitu.. thanks info.. sesuatu yang saya sendiri tak pernah terfikir dan tahu.. menarik..

    http://belacanhangit.wordpress.com

    ReplyDelete