Beberapa minggu sebelum ini, ada flyers yang berlegar-legar di FB. Ya... Sebuah band dari Perancis mahu mengadakan persembahan jelajah di kawasan Malaysia ni. Tapi saya hanya ambil kisah yang bakal berlansung di Johor Bahru sahaja. Lain-lain takpa lah... Orang lain yang akan ulas. Hehehehehe!
Saya telah cuba pujuk seorang kawan untuk hadir kesana tetapi dia ada urusan di kampung maka, saya terpaksa membawa motor untuk kesana. Jadi, motor terpaksa dibawa ke bengkel bagi menggantikan minyak hitam, spoket dan rantai, brek dan lampu signal. Yup... Untuk keselamatan. Saya memang nak melihat band KUKUBESI beraksi tetapi malangnya band tersebut menarik diri disaat akhir kerana masalah yang tak dapat nak dielakkan.
Baiklah, hari sabtu bertarikh 15hb Ogos, jam 1.00 tengah hari, saya start motor dan menuju ke tempat gigs. Yeah... Alhamdulillah, selamat tiba di sana pada jam 2:20 tengah hari. Bawa motor dengan cermat dan perlahan. hehehehe! Pekena nasi kari telur ikan dan sayur kacang panjang di mamak dahulu. Di mamak tu, saya berkenalan dengan Eday Daim, seorang metalheads dari Ipoh. WOW!! Ipoh beb!! Jauh tu!! Juga berkenalan dengan drummer Insinner (maaf saya tak tanya nama) dan seorang metalheads berambut panjang tegur saya hisap paip dan panggil saya Popeye... (nanti saya cerita, ini agak lucu juga). Selesai makan, saya pon pergi ke Embrace Hall untuk menyaksikan persembahan. Saya tanya tokey gigs, rupanya gigs bermula pukul 4:00 petang. urgh.... Ingatkan jam 3:00 petang. Di venue, nampak kelibat metalheads serba hitam. Juga Brader Buang, Wak, Kojek dan sorang lagi lupa namanya. Maaf... Diatas dah kedengaran bising-bising. Necrowretch melakukan sesi soundchecking. Awal beb mereka ni sampai. Akhirnya kami nampak geng-geng Sindraz serta Atrocious. Sindraz cepat-cepat naik keatas kerana mereka adalah band 1st yang membuat persembahan. Dalam lingkungan 15 minit kemudian, kami semua naik keatas.
Band SINDRAZ mula beraksi. Band ini juga adalah last minute punya band dimana mereka menggantikan band KUKUBESI yang tak dapat membuat persembahan. Persembahan SINDRAZ sangat bertenaga. Dengan lagu-lagunya yang semuanya bertajuk dalam bahasa Jawa. Hahahaha! SINDRAZ adalah band yang menggila! SINDRAZ adalah sebuah band Black Metal yang berasal dari Pasir Gudang, Johor dan mereka telah pun menghasilkan 2 Demo dan 1 EP. Terbaik!!! Memang niat dihati nak sambar stuff mereka. Tunggu!!! (Stuff mereka tak ada kat booth, nanti saya ceritakan)
Kemudian, Atrocious pula ambil alih pentas. Berlaku masalah dipentas dimana soundsistem bermasalah. Tak tau, tapi bingit telinga saya. Sakit!! Geng-geng Necrowretch yang duduk di booth masing-masing pun pekup telinga. Hahaha! Hampir 10 minit maka Atrocious terus menerjah dengan serangan sonik yang kejam! Habis semua kata-kata cacian disemburnya!! Gila!! Azmi Atrocious memang gila. Hahahahaha!! Puas hati! Saya selalu melihat persembahan mereka ni. Sangat bertenaga! Sangat menghiburkan! Black Metal rules!! Sempat saya sambar DEMO mereka "13 Blood Massacre".
Kemudian, band dari Indonesia merampas stage. Ayperos adalah band crust/black metal dari Bandung, Indonesia mengejutkan saya. Pemain drumnya adalah cyborg yang tak tahu erti letih. Terjahan musik mereka membuatkan saya sangat kagum! Mereka memberikan persembahan seperti esok sudah tiada lagi bagi mereka! Sangat gila!! Mereka meriliskan sebuah album bertajuk "Nihspra" dalam format kaset. Kaset mereka di booth mereka telahpun SOLD OUT! Gila!! Tetapi ramai mengeluh kerana mereka tidak meriliskan dalam format CD. Yelah... bukan semua orang ada pemain kaset. Kan? Hahahaha!
Kemudian band seterusnya, Insinner!! Memainkan irama Old School Death Metal kental didalam urat Entombed. Hahahahaha! Permainan yang sangat mantap dan bertenaga! Agigi Bob sebagai gitaris dan Wak Leh Diemorecrush di posisi bassist. Drummer dia saya dah lupa nama.... Maaf... Vokalisnya pon saya tak sempat nak temuramah. Vokalisnya bijak berinteraksi dengan crowd dengan jenaka. Terbaik!!! Saya sempat sambar keset mereka. Puas Hati bhai!!!
Kemudian band seterusnya adalah BALBERITH dari Singapura, ohhhh uniknya uniknya uniknya... Singapura! Yay! Band ini hanya berdua aja. Gitaris/Vokalis dan Drummer sahaja. Tetapi, persembahan "abam sado, kao ado" ini sangat mantap!! Penuh tenaga!! Gila!! Power!! Power!! Blackened Death Metal atau anda panggil Bestial War Metal!!! Gigs ditangguh seketika bagi menghormati waktu Maghrib dan untuk makan-makan.
Seperti biasa kami lepak di kedai mamak. Saya bersama Buang, Wak, Kojek, Sindraz, Prop Argon, Drummer Insinner, Iwan SoulKiller, Wak Leh dan 2-3 orang lagi (tak kenal namanya. sorry) pekena roti chanayyy dan teh. Lega rasanya! Memang terasa lapar wei!! Saya order roti canai+roti tampal+papadom+teh o ais limau. Kami pon borak punya borak, sempat tanya stuff Sindraz. Mujur mereka bawa. Brade Buang tanya, "Eh kenapa korang tak letak stuff korang kat booth??" Maka jawablah vokalis Sindraz tu "Kami memang biasa dah tak letak stuff kat booth. Penah satu hari tu gigs di mana ntah, lepas siap persembahan, boleh lupa nak amik stuff kat booth. Entah apa jadi kami tak tau" HAHAHAHAHAHAHA!!! Ramai-ramai pakat gelak. Terus saya beli stuff Sindraz. Sempat tanya pada Wak Leh, "Apa cerita Diemorecrush?" katanya "Rehat... Raya tak habis lagi nih hahaha" Hahahahaha!!! Borak-borak pasal isu semasa, isu itu, isu ini, pasal Ejan yang pindah ke Kedah, pasal rumah Man Dino yang terbakar. Macam-macam lagi lah! Hahahaha!! Inilah sebab kenapa saya suka gigs. Boleh jumpa rakan-rakan!!!!
Hah! Dah kenyang, kami pon beransur la ke venue semula! Necrowretch telahpun mula menghancurkan stage! Permainan mereka sangat bertenaga! Jelajah mereka ini rasanya bagi mempromosikan album mereka "With Serpent Scourge" yang diriliskan pada tahun ini (2015). Band yang ditubuhkan pada tahun 2008 ni pernah menggunakan nama Vlad Ritual dan Worm Eater kemudiannya menggunakan nama Necrowretch. Band Perancis ini juga telah meriliskan 1 album "Putrid Death Sorcery" pada tahun 2013. Mereka kini dibawah label Century Media, sebuah label yang besar! Hahahaha! Band-band Malaysia bila lagi? Huhuhu! Musik Death/Black Metal bawaan mereka sangat hebat dan pantas serta agak technical permainan musik mereka. Hebat! Mereka memberikan persembahan 100% gila-gila. Crowd pula mula menggila! Saya pon jerit "Black Magic" sebab mereka ni ada cover lagu Slayer - Black Magic didalam EP mereka "Even Death May Die". Akhirnya, mereka tamat membuatkan persembahan. Crowd menjerit "We Want More" dan lagu Black Magic berjaya dimainkan dengan stail Necrowretch sendiri. Puas hati! Bagi saya, gigs ini sangat berjaya. Crowd pun ramai!
Faza ov Succubus asyik tanya saya, Bassist Necrowretch tu lelaki ke perempuan??? Bila saya tengok, eh! Dia ni lelaki ke perempuan. Jadi saya cuba snap gambar dia banyak-banyak. Iwan Soulkiller pon snap banyak gambar dia. Pastu Faza cakap "Ni musti nak buat stok fantasi nih" hahahahaha!! Mengong ko Faza! Hahahahahahaha!!! Tapi... Kalau anda tengok bassist dia memang anda akan kata dia ni perempuan. Kenapa? Nah tengok gambar ni. Ko teka laaaaa sendiri!!
Sebelum saya ke gigs ni, Joey Reincarnation ada bagitau yang dia pun nak ke sana juga. Rakan baik saya di FB yang maniakkkkk mengumpul action figures ini ahahaha! Akhirnya kami berjumpa juga!! FEEL THE POWER OF PERUT!!!
Juga Arm of Succubus mahu menghadiri gigs ini. Maka dia dan Faizal Hashim gurau-gurau dan Faizal tu suruh saya pakai bunga di telinga. Gila!! Hahaha!! Tapi lepas habis gigs tu, rupanya FAIZAL HASHIM tu laaaaaa yang panggil saya POPEYE ketika saya makan di kedai mamak awal-awal tadi! Hahahahahahahahaha!!!! Kalau tak memang tak kenal dia hahahahahahaha!!! Gilossss!!! Ok ini beberapa gambar yang saya snap bersama rakan-rakan!!
Stuff yang berjaya dibeli
HAILLLLLLLLLL Ada jg masuk muka aku wakakakaaka HAIL PERUTT
ReplyDeleteNice boss.. yeahh
ReplyDeleteposting dan photos yang sangat dahsyat.
ReplyDeleteBerdegup2 jantung baca haha.
Love it.
rindu nak turun gig aku ni. hahaha.. apapun catatan menarik geng..
ReplyDeletedasyattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
ReplyDelete