Saturday, September 19, 2015

FUNERUS: THE BLACK DEATH OVER ASIA TOUR (JB)


Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan. Sebelum Funerus tiba di Malaysia, Necrowretch telah mencemarkan kakinya ke Johor Bahru. Yup. Kemudian, saudara Fadzil MusikBox memberikan sekeping flyers Funerus akan datang tour di Johor Bahru. Dan yang menarik perhatian saya ialah; John McEntee ov Incantation juga turut support band Funerus, band isterinya Jill McEntee. Saya pon ARGH!!!! REALYY?? WAT DA FISH?? Hahahahahaha!!!

Saya pon kumpul sedikit wang untuk membeli stuff Funerus (INCANTATION SEBENARNYA) hahaha!

Saya menunggang motor sahaja bermula jam 3:30 petang dan tiba di venue pada jam 5:15 petang. Saya pergi ke mamak untuk melampiaskan nafsu makan. Masa tu tak nampak lagi metalheads, urgh... saya awal sangat kah? Dah la line celcom disitu macam celaka cibai. Bukannya apa datang awal ni, saya nak elakkan hujan.

Dah makan tu, saya terus menuju ke Embrace Hall. Tutup. Demmmmm... Jadi saya lepak aja disitu. Tetiba je terdengar bunyi orang hon kereta. Oh rupanya Iwan Kukubesi dan seluruh ahli Disobeyed tiba. Hahahaha! Salam-salam dan berborak, lepas tu pergi ke mamak. Ya, saya pergi ke mamak yang sama 2 kali. Saya tagih janji Iwan untuk belanja sirap limau ais. Hahahahaha!!

Sempat juga saya bertanyakan tentang TANDUS, lagenda THRASH METAL JOHOR. Menurut Iwan, status TANDUS masih lagi terawang-awangan. Juga berkenaan dengan album baru, dia tidak memberikan komen apa-apa. Saya ajukan soalan lagi; Riliskan lah semula EP Logam Maut. Ramai maniakkk memburu barang tu. Iwan menjawab; Ada label yang mahu re-release kan EP tu tetapi, ia berkait dengan masalah copyright. Jadi, mereka tidak mahu masalah berlaku.

Itulah jawapan dari Iwan. Yup... Sambil-sambil minum, saya berborak dengan Disobeyed. Hahaha! Mereka kelihatan macam letih aja. Banyak yang kami borakkan ketika makan. Saya juga tertarik dengan ajakkan mereka bertandang di Sabah. Katanya; KUNDASANG adalah OHSEM!!! ARGH!!!! Saya nak kesana juga!!

Jam menunjukkan 7:15 petang dan kami beransur ke venue. Disobeyed mula membuat "Sound Check". Insinner kelewatan kerana berlaku trafic jam di highway Pasir Gudang. Urgh... Kemudian datanglah seorang mamat saleh ni jumpa Fadzil bertanyakan harga jualan stuff. Saya pasang telinga. CD dan 7" Vinyl: RM40. T-Shirt: RM50. Patches: RM10. Girlie Shirt: RM50. Hahahaha!

Jam menunjukkan waktu 8:30 malam dan DISOBEYED mula menakluki pentas. Ramai sudah mula naik ke Embrace Hall dan bersiap sedia untuk headbanging. Hahaha! DISOBEYED sangat mantap. Persembahan dia sangat padu! Black/Death Metal yang sangat BESTIAL. YEARGH!!!!! Saya sangat kagum dengan persembahan dan sound yang mereka hasilkan! UARGH!!!!








Nak tahu berapa ramai crowd yang hadir? Nah, ni dia. "RAMAI SIOT"


Kemudian selepas DISOBEYED menghancurkan pentas, saya keluar sekejap untuk menghirup udara segar di luar. Kelihatan Fadzil dan Xul Azrai berborak-borak dengan John McEntee. Haha!! Pujaan Hatiku!! McEntee agak kecewa dengan kehadiran crowd kira-kira 30 orang. Yelah... nak buat macam mana kan?

LIGHTBULP! Saya ajukan soalan ke John McEntee. Begini bunyinya.

Saya: John, adakah anda masih lagi berhubung dengan Henry?

John: Apa? Veggian? (nama sebenar Henry Veggian) Ya! Ya saya masih lagi berhubung dengan dia. Saya lihat dia agak selesa dengan kehidupan dia sekarang ini sebagai seorang cikgu (PENSYARAH sebenarnya hihi). Kini dia tidak lagi metal seperti dulu, dia sekarang mempunyai minat yang lain (MEMANCING)

Saya: Jadi, anda dengan Revenant hanya menghasilkan 3 buah demo, kan?

John: Ya benar tu, saya sangat gembira dengan apa yang saya sumbangkan pada Revenant dan walaupun saya mengambil keputusan untuk keluar dari Revenant. Bagi saya, Revenant adalah band yang sangat hebat, pantas dan brutal. Saya bangga dengannya.

Jadi itu sahaja yang saya tanya. Nak tahu pasal REVENANT?? Klik DISINI. POP!!!! Terus Fadzil teringat. Dia mengatakan punca crowd tak ramai. BOLA SEPAK. Saya tak tahu apa-apa. Kemudian, John beredar untuk mencari minuman. Hahahahahahaha!!

Sempat bergambar dengan pujaan hati saya, John McEntee ov INCANTATION!!!!!!!

Pada masa yang sama, Insinner mengambil alih stage dan memporak-porandakan stage. Crowd menggila! Death Metal bawaan Insinner didalam aliran Entombed, Dismember dan Grave serta beberapa nama lagi. Di pertengahan persembahan Insinner, tiba-tiba Bob Agigi mula menunduk mengerang menahan kesakitan. Kakinya luka terkena kaca (sebelum ini, kalu korang tengok FB Bob laaa). Bob mahu teruskan persembahan, saya bawakkan kerusi dan Bob meneruskan persembahan dengan duduk sahaja di kerusi...






Kemudian, band yang ditunggu-tunggu telahpun berada dipentas. FUNERUS!!! Tengah-tengah deorang memasang gear masing-masing, crowd menjerit "JESUS!! JESUS!! JESUS!!" Rupanya technician Funerus tu. Hahahaha! Aku yakin nama dia bukan Jesus tapi disebabkan muka dia "mirip" Jesus (mungkin Jesus dalam gambar tu kot?) maka dia dapat gelaran Jesus. Aku dan beberapa member hanya mampu gelak. Tetapi, John McEntee panggil dia Godzilla. Hahahahahaha!!! Sebab dia pakai t-shirt Godzilla.

Persembahan mantap dari FUNERUS memukau saya. Dimana bassist/vokalisnya, Jill McEntee memainkan peranannya dengan sangat bagus! Interaksi dengan crowd pon sangat bagus. Sentiasa senyum. Sebenarnya, Jill McEntee cedera dikaki dan bertongkat semasa datang kesini. Tetapi, diwaktu persembahan, dia tidak bertongkan. SALUTE!! Pada mulanya, FUNERUS pelik kenapa crowd jerit JESUS JESUS. FUNERUS tak faham. Tetapi bila technician tu naik pentas repair gear dan setting sound, crowd jerit JESUS, mereka mula dapat tangkap. Seorang crowd jerit "HIS FACE LOOKS LIKE JESUS" maka berderai gelak dari FUNERUS. Deorang pon panggil mamat tu JESUS. Adeeeeehhhhhhh Lawak SIOT!!! hahahahaha!!

John McEntee punya permainan sangat hebat, showmanship dia sangat padu. Juga gitaris mereka serta drummer. Permainan ala-ala Incantation juga tetapi tidak terlalu technical. Seolah-olah anda dengar band Incantation dan Derketa serta beberapa nama lagi. Saya sempat juga memetik gitar John McEntee bila dia hulurkan gitar kearah crowd! Pengakhirannya, John menggesel kan gitarnya pada speaker. ARGH!!!!! Gila!!!













Bila John McEntee baling pick gitar dia, Malik Hanael yang tertunduk sambar pick tu. Saya duduk belakang Malik kempunan!! Hahahaha!! John puji dia "Hey nice catch! I like the way you catch, its like Ninja, you know?" Malik senyum hahahaha!! Keseluruan gigs adalah SANGAT MEMUASKAN SHIT!!!!!!! ARGH!!!!!!! Sempat bergambar dengan mereka!







Saudara Eday Naim saya salute sama dia. Dari Taiping dia naik bas, sanggup turun ke Johor Bahru beb!!! Selpiaqqqqq sat!!!

Bersama Eday Naim

Besama Big Show

Bersama "Jesus/Godzilla"

Gigs selesai pada jam 11:00 malam. Saya pon ride pulang ke Wa Ha dengan motor. Sempat bersalaman dengan semua orang. Hellyeah!! Best.Gigs.Ever!!! Berhenti sekejap di kedai area Kota Tinggi, pekena sup tulang, pastu ride balik ke Wa Ha. Sampai rumah jam 1:30 pagi, mandi2 dan tidur dengan senyuman... Hihihihihi!!!

Saturday, September 5, 2015

Malaikat Putih Yang Dilaknati

Asalamualaikum. Apa khabar? Ketika ini, saya terfikir akan situasi yang anda takkan jangka punya. Memang anda takkan duga ia boleh berlaku. Saya berdoa agar diri saya dan anda sekeluarga terlindung dari MALAIKAT ini. Saya rasa, tiada kes seperti ini di Malaysia. Yup, setakat ni saya tak pernah lagi dengar. Bagaimana dengan anda? Kalau anda dengar cerita-cerita yang berkaitan dengan penulisan saya kali ini, sila maklumkan pada saya.


"Angel In White" adalah satu terma yang digunapakai dalam beberapa karya (lebih tepat, ANIME/MANGA sebab aku terbaca perkataan tu dalam manga) menggambarkan seorang nurse yang menjalankan kewajibannya sebagai pembantu kepada doktor bagi memulihkan pesakit. Apa yang menyebabkan mereka digelar "Angel In White" adalah disebabkan:-

1. Pakaian Nurse yang putih.
2. Rupa paras yang cantik serta menarik.
3. Khidmat mereka yang terbaik melayani pesakit. Memberikan pesakit harapan untuk sembuh, dengan senyuman yang manis, pertuturan yang indah serta sentuhan yang lembut.

Kalau saya, sudah tentu saya akan jatuh hati, malah memanggilnya "ANGEL OF MY HEART" (Bukan ENGINE tau! Hihihihi!)

Mengapa mereka dilaknat?

Jom kita usha beberapa "MALAIKAT PUTIH YANG DILAKNATI" ini

BEVERLY ALLIT

Dia telah bertanggungjawab keatas kematian 4 bayi, percubaan membunuh 3 bayi lagi dan mencederakan 6 bayi lagi. Jenayah ini telah dibuat didalam masa 59 hari bermula pada tarikh Februari dan April 1991.

RICHARD ANGELO

Dia telah bertanggungjawab keatas meracun 35 pesakit dan 10 darinya mati.

CHARLES EDMUND CULLEN

Dia adalah bekas jururawat yang mempunyai rekod pembunuhan yang dahsyat dalam sejarah Amerika Shit-rikat. Dia telah mengaku 40 pembunuhan didalam 16 tahun karier sebagai jururawat. Kematian pesakitnya yang misteri! Menurut siasatan polis, dia juga dipercayai membunuh lebih kurang 300 pesakit dimana dia sudah lupa nama pesakit tersebut.

KRISTEN GILBERT

Dia telah mengaku bersalah membunuh 4 orang pesakit dan percubaan membunuh 2 lagi pesakit.

DONALD HARVEY

Dia telah mengaku membunuh seramai 87 pesakit. Setiap kali dia membunuh, dia menikmatinya dan akhirnya dia mengganggap dirinya sebagai "ANGEL OF DEATH". Dia berkata, dia membunuh kerana "mahu mengurangkan kesakitan pesakit". Peh... Gile lu mat!!!

HAROLD SHIPMAN

Dia merupakan seorang doktor dan pembunuh bersiri paling prolific dalam sejarah. Dia mengaku membunuh 15 pesakit akan tetapi pihak polis mempercayai dia melakukan sebanyak 250 pembunuhan dan kebanyakkannya adalah pesakit tua dimana mangsa yang paling muda adalah berumur 41 tahun. Dia dikenali sebagai "DOCTOR DEATH".

Setiap pembunuh ada gelarannya tersendiri mengikut kes dan jenis mangsa yang dipilih. Bagi seorang doktor ataupun jururawat, gelaran yang mereka dapat adalah "ANGEL OF DEATH". Mereka sepatutnya merawat dan menyembuhkan pesakit tetapi mengambil kesempatan diatas ini, bereksperimen dan membunuh mangsa demi kepuasan nafsu karnivor mereka.

 Terdapat seorang lagi doktor yang sangat terkenal dengan pembunuhannya sehinggakan band lagenda thrash metal dunia, SLAYER menulis berkenaannya. Anda (metalheads) kenal siapa dia? Buka album "REIGN IN BLOOD" dan lihat track pertama dalam album tu. Hihihihi... Siapa lagi kalau bukan....

JOSEF MENGELE!!!



Tuesday, September 1, 2015

UNHOLY TRINITAS

Asalamualaikum. Tengok tajuk macam berbunyi "Antichrist" tetapi jangan melatah dulu! Baca dulu. Hahahahaha! Baiklah, apa yang saya faham terhadap Trinity adalah 3 = 1 dan 1=3 serta 1+1+1=3. Untuk penulisan kali ini, saya ambil konsep Trinity yang saya faham dan IA ADALAH BENAR DAN TEPAT!!! Mengapa? Ada satu topik yang menarik berkenaan dengan TRINITY dan IA TIDAK MELIBATKAN CHRISTIAN! Jadi, jangan nak hentam saya.



Edward Theodore "Ed" Gein adalah seorang insan yang bersifat TRINITY. Dan 3 bahagian dari dirinya DIPUJA oleh ramai manusia terutamanya fanatik horror.

Dillahirkan di Wisconsin, USA, dia dibesarkan dengan keadaan yang teruk sekali. Ibunya merupakan seorang Kristian yang sangat warak dan selalu menghukum Ed Gein kerana bersosial dengan rakanya di sekolah. Sampai lah dia besar...

Ed Gein adalah lelaki yang menggemparkan Amerika dengan pembunuhan yang sangat jijik sekali. Mengapa? Nanti saya kupas didalam "3 bahagian" Ed Gein yang kekal dengan status CULT nya hihihi

NORMAN BATES dari filem "PSYCHO"

Psycho adalah movie yang diadaptasi oleh novel yang sama tajuk dengannya. Watak Norman Bates didalam filem ini diinspirasikan oleh Ed Gein (oleh pengarang novel, Robert Blotch). Ingat tak scene dimana mangsa bertemu dengan ibu Norman dan mengetahui yang ibunya telah mati? Beberapa scene bayangan wanita? Dan scene dimana Norman Bates memakai baju ibunya dan memakai rambut palsunya seolah-olah seperti ibunya? Ingat tak scene last dimana Norman Bates memandang kamera sambil tersenyum (seperti di gambar)? Yup, itu lah yang dilakukan oleh Ed Gein. Tetapi sedikit berlainan dengan kes Ed Gein kerana Ed Gein membunuh mangsanya, samak kulit mangsanya dan membuat serta memakai topeng daripada kulit mangsanya. Ed Gein sangat OBSESS dengan ibunya. Yup. Setelah ibunya mati, tiada lagi orang nak tegur dia, marah dia, hukum dia. Lalu Ed Gein "hidupkan" semula ibunya dengan memilih wanita yang bersifat seperti ibunya, lakukan apa yang saya dah tulis diatas dan melakonkan semula perangai ibunya... Agar dia tak kesunyian... Watak Norman Bates lebih rapat dengan perwatakkan Ed Gein. Yup, that's the truth! Apakah penerimaan anda terhadap watak Norman Bates? Gila kan? Sebut je nama dia, semua fanatik horror kenal. Hahaha!

LEATHERFACE dari filem "THE TEXAS CHAINSAW MASSACRE"

Tak banyak persamaan dengan Ed Gein, hanya membunuh dan mengoyakkan kulit manusia dan jadikan ia topeng kat muka dia. Tetapi Leatherface menjadi sangat berjaya dengan karakternya. Gila apa? Pakai topeng kulit manusia dan kejar mangsa pakai chainsaw? Tak ke gila tu? Sudah tentu, fanatik horror/slasher filem kenal kan? Kalau tak kenal, sila terjun bangunan!

BUFFALO BILL dari filem "SILENCE OF THE LAMB"

Bagi saya, filem ini sangat berjaya! Sangat sukses! Doctor Lecter Hannibal adalah yang teratas didalam carta PENJAHAT FIKSYEN (dimana nombor 2 adalah The Joker dari Batman). Tetapi, watak Buffalo Bill, seorang gay yang sangat obses dengan "kesempurnaan" sanggup membunuh beberapa wanita dan mengambil kulitnya untuk dibuat "identiti" keduanya. Hahahahahaha! Nampak tak?

Sekarang anda akan faham apa yang saya maksudkan dengan UNHOLY TRINITY. Norman Bates, Leatherface dan Buffalo Bill ADALAH Ed Gein dan Ed Gein adalah MEREKA BERTIGA! Ia kekal didalam sejarah jenayah manusia dan kekal didalam sejarah filem dunia. Jadi konsepnya adalah

NORMAN BATES + LEATHERFACE + BUFFALO BILL = ED GEIN

ED GEIN = NORMAN BATES + LEATHERFACE + BUFFALO BILL

Ed Gein juga tak terlepas dari menjadi bahan penulisan dalam musik metal juga! Hahaha! Inilah beberapa band dengan lagu mereka di inspirasikan dari si gila celaka, Ed Gein!