Tuesday, September 1, 2015

UNHOLY TRINITAS

Asalamualaikum. Tengok tajuk macam berbunyi "Antichrist" tetapi jangan melatah dulu! Baca dulu. Hahahahaha! Baiklah, apa yang saya faham terhadap Trinity adalah 3 = 1 dan 1=3 serta 1+1+1=3. Untuk penulisan kali ini, saya ambil konsep Trinity yang saya faham dan IA ADALAH BENAR DAN TEPAT!!! Mengapa? Ada satu topik yang menarik berkenaan dengan TRINITY dan IA TIDAK MELIBATKAN CHRISTIAN! Jadi, jangan nak hentam saya.



Edward Theodore "Ed" Gein adalah seorang insan yang bersifat TRINITY. Dan 3 bahagian dari dirinya DIPUJA oleh ramai manusia terutamanya fanatik horror.

Dillahirkan di Wisconsin, USA, dia dibesarkan dengan keadaan yang teruk sekali. Ibunya merupakan seorang Kristian yang sangat warak dan selalu menghukum Ed Gein kerana bersosial dengan rakanya di sekolah. Sampai lah dia besar...

Ed Gein adalah lelaki yang menggemparkan Amerika dengan pembunuhan yang sangat jijik sekali. Mengapa? Nanti saya kupas didalam "3 bahagian" Ed Gein yang kekal dengan status CULT nya hihihi

NORMAN BATES dari filem "PSYCHO"

Psycho adalah movie yang diadaptasi oleh novel yang sama tajuk dengannya. Watak Norman Bates didalam filem ini diinspirasikan oleh Ed Gein (oleh pengarang novel, Robert Blotch). Ingat tak scene dimana mangsa bertemu dengan ibu Norman dan mengetahui yang ibunya telah mati? Beberapa scene bayangan wanita? Dan scene dimana Norman Bates memakai baju ibunya dan memakai rambut palsunya seolah-olah seperti ibunya? Ingat tak scene last dimana Norman Bates memandang kamera sambil tersenyum (seperti di gambar)? Yup, itu lah yang dilakukan oleh Ed Gein. Tetapi sedikit berlainan dengan kes Ed Gein kerana Ed Gein membunuh mangsanya, samak kulit mangsanya dan membuat serta memakai topeng daripada kulit mangsanya. Ed Gein sangat OBSESS dengan ibunya. Yup. Setelah ibunya mati, tiada lagi orang nak tegur dia, marah dia, hukum dia. Lalu Ed Gein "hidupkan" semula ibunya dengan memilih wanita yang bersifat seperti ibunya, lakukan apa yang saya dah tulis diatas dan melakonkan semula perangai ibunya... Agar dia tak kesunyian... Watak Norman Bates lebih rapat dengan perwatakkan Ed Gein. Yup, that's the truth! Apakah penerimaan anda terhadap watak Norman Bates? Gila kan? Sebut je nama dia, semua fanatik horror kenal. Hahaha!

LEATHERFACE dari filem "THE TEXAS CHAINSAW MASSACRE"

Tak banyak persamaan dengan Ed Gein, hanya membunuh dan mengoyakkan kulit manusia dan jadikan ia topeng kat muka dia. Tetapi Leatherface menjadi sangat berjaya dengan karakternya. Gila apa? Pakai topeng kulit manusia dan kejar mangsa pakai chainsaw? Tak ke gila tu? Sudah tentu, fanatik horror/slasher filem kenal kan? Kalau tak kenal, sila terjun bangunan!

BUFFALO BILL dari filem "SILENCE OF THE LAMB"

Bagi saya, filem ini sangat berjaya! Sangat sukses! Doctor Lecter Hannibal adalah yang teratas didalam carta PENJAHAT FIKSYEN (dimana nombor 2 adalah The Joker dari Batman). Tetapi, watak Buffalo Bill, seorang gay yang sangat obses dengan "kesempurnaan" sanggup membunuh beberapa wanita dan mengambil kulitnya untuk dibuat "identiti" keduanya. Hahahahahaha! Nampak tak?

Sekarang anda akan faham apa yang saya maksudkan dengan UNHOLY TRINITY. Norman Bates, Leatherface dan Buffalo Bill ADALAH Ed Gein dan Ed Gein adalah MEREKA BERTIGA! Ia kekal didalam sejarah jenayah manusia dan kekal didalam sejarah filem dunia. Jadi konsepnya adalah

NORMAN BATES + LEATHERFACE + BUFFALO BILL = ED GEIN

ED GEIN = NORMAN BATES + LEATHERFACE + BUFFALO BILL

Ed Gein juga tak terlepas dari menjadi bahan penulisan dalam musik metal juga! Hahaha! Inilah beberapa band dengan lagu mereka di inspirasikan dari si gila celaka, Ed Gein!




10 comments:

  1. menarik..
    sebelum ni aku tak tahu sapa tu Ed Gein, aku tak pernah tengok pilem Psycho, aku pernah tengok pilem2 chainsaw Leatherface dan Hannibal Lecter aku suka sangat lakonan Anthony Hopkins. Cuma yang tv series Hannibal Lecter aku tak pernah tengok lagi.
    Thanks great read.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi baca hihihi! filem Psycho kena tengok bro. best! Ed Gein memang "popular" dengan jenayah dia. Hannibal yang tv series tu saya tak tengok dan tak bernafsu untuk tengok sebab saya taknak "persepsi" saya terhadap Hannibal Lecter hilang. saya nak kekal dengan watak dia dalam Silence Of The Lamb hihihi!

      Delete
  2. bab pembunuh kejam,saiko,sadis,puja setan,gila isim,meroyan dan segala macam tok nenek yang datang dari dunia gelap banyak aku tau dari blog ini..heheh..tq for the info bro..tapi penjahat yg agak 'art' pada aku dah tentunya Hannibal Lecter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha terima kasih bro. Ya hannibal memang artistik nak2 lagi masa dia bunuh polis dalam sangkar tu. pastu siat kulit mangsa, tempel kat muka dia n terlepas daripda polis. Gila woooo!!! Hahahahaha

      Delete
  3. lagi bro, makin banyak penjahat aku kenal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha wokeh!!! Xde masalah!!! Mungkin segmen FFF akan dihidupkan semula hihihi

      Delete
  4. Nice info...mungkin aku boleh tambah satu lagi lagu metal yang kalau sebut Norman Bates terus aku terngiang-ngiang lagu ni...."Motherly Love dari Acid Reign".

    ReplyDelete
  5. terbaik post informatif ni bro. org gila macam Ed Gein ni banyak memberi inspirasi kpd metalhead untuk buat lagu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ya. benar. kisah mereka yang sangat ganas dan sesuai untuk musik yang ganas. yang peliknya, serial killer ni bukannya metalhead pon. kompius jap....

      Delete