Saturday, September 19, 2015

FUNERUS: THE BLACK DEATH OVER ASIA TOUR (JB)


Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan. Sebelum Funerus tiba di Malaysia, Necrowretch telah mencemarkan kakinya ke Johor Bahru. Yup. Kemudian, saudara Fadzil MusikBox memberikan sekeping flyers Funerus akan datang tour di Johor Bahru. Dan yang menarik perhatian saya ialah; John McEntee ov Incantation juga turut support band Funerus, band isterinya Jill McEntee. Saya pon ARGH!!!! REALYY?? WAT DA FISH?? Hahahahahaha!!!

Saya pon kumpul sedikit wang untuk membeli stuff Funerus (INCANTATION SEBENARNYA) hahaha!

Saya menunggang motor sahaja bermula jam 3:30 petang dan tiba di venue pada jam 5:15 petang. Saya pergi ke mamak untuk melampiaskan nafsu makan. Masa tu tak nampak lagi metalheads, urgh... saya awal sangat kah? Dah la line celcom disitu macam celaka cibai. Bukannya apa datang awal ni, saya nak elakkan hujan.

Dah makan tu, saya terus menuju ke Embrace Hall. Tutup. Demmmmm... Jadi saya lepak aja disitu. Tetiba je terdengar bunyi orang hon kereta. Oh rupanya Iwan Kukubesi dan seluruh ahli Disobeyed tiba. Hahahaha! Salam-salam dan berborak, lepas tu pergi ke mamak. Ya, saya pergi ke mamak yang sama 2 kali. Saya tagih janji Iwan untuk belanja sirap limau ais. Hahahahaha!!

Sempat juga saya bertanyakan tentang TANDUS, lagenda THRASH METAL JOHOR. Menurut Iwan, status TANDUS masih lagi terawang-awangan. Juga berkenaan dengan album baru, dia tidak memberikan komen apa-apa. Saya ajukan soalan lagi; Riliskan lah semula EP Logam Maut. Ramai maniakkk memburu barang tu. Iwan menjawab; Ada label yang mahu re-release kan EP tu tetapi, ia berkait dengan masalah copyright. Jadi, mereka tidak mahu masalah berlaku.

Itulah jawapan dari Iwan. Yup... Sambil-sambil minum, saya berborak dengan Disobeyed. Hahaha! Mereka kelihatan macam letih aja. Banyak yang kami borakkan ketika makan. Saya juga tertarik dengan ajakkan mereka bertandang di Sabah. Katanya; KUNDASANG adalah OHSEM!!! ARGH!!!! Saya nak kesana juga!!

Jam menunjukkan 7:15 petang dan kami beransur ke venue. Disobeyed mula membuat "Sound Check". Insinner kelewatan kerana berlaku trafic jam di highway Pasir Gudang. Urgh... Kemudian datanglah seorang mamat saleh ni jumpa Fadzil bertanyakan harga jualan stuff. Saya pasang telinga. CD dan 7" Vinyl: RM40. T-Shirt: RM50. Patches: RM10. Girlie Shirt: RM50. Hahahaha!

Jam menunjukkan waktu 8:30 malam dan DISOBEYED mula menakluki pentas. Ramai sudah mula naik ke Embrace Hall dan bersiap sedia untuk headbanging. Hahaha! DISOBEYED sangat mantap. Persembahan dia sangat padu! Black/Death Metal yang sangat BESTIAL. YEARGH!!!!! Saya sangat kagum dengan persembahan dan sound yang mereka hasilkan! UARGH!!!!








Nak tahu berapa ramai crowd yang hadir? Nah, ni dia. "RAMAI SIOT"


Kemudian selepas DISOBEYED menghancurkan pentas, saya keluar sekejap untuk menghirup udara segar di luar. Kelihatan Fadzil dan Xul Azrai berborak-borak dengan John McEntee. Haha!! Pujaan Hatiku!! McEntee agak kecewa dengan kehadiran crowd kira-kira 30 orang. Yelah... nak buat macam mana kan?

LIGHTBULP! Saya ajukan soalan ke John McEntee. Begini bunyinya.

Saya: John, adakah anda masih lagi berhubung dengan Henry?

John: Apa? Veggian? (nama sebenar Henry Veggian) Ya! Ya saya masih lagi berhubung dengan dia. Saya lihat dia agak selesa dengan kehidupan dia sekarang ini sebagai seorang cikgu (PENSYARAH sebenarnya hihi). Kini dia tidak lagi metal seperti dulu, dia sekarang mempunyai minat yang lain (MEMANCING)

Saya: Jadi, anda dengan Revenant hanya menghasilkan 3 buah demo, kan?

John: Ya benar tu, saya sangat gembira dengan apa yang saya sumbangkan pada Revenant dan walaupun saya mengambil keputusan untuk keluar dari Revenant. Bagi saya, Revenant adalah band yang sangat hebat, pantas dan brutal. Saya bangga dengannya.

Jadi itu sahaja yang saya tanya. Nak tahu pasal REVENANT?? Klik DISINI. POP!!!! Terus Fadzil teringat. Dia mengatakan punca crowd tak ramai. BOLA SEPAK. Saya tak tahu apa-apa. Kemudian, John beredar untuk mencari minuman. Hahahahahahaha!!

Sempat bergambar dengan pujaan hati saya, John McEntee ov INCANTATION!!!!!!!

Pada masa yang sama, Insinner mengambil alih stage dan memporak-porandakan stage. Crowd menggila! Death Metal bawaan Insinner didalam aliran Entombed, Dismember dan Grave serta beberapa nama lagi. Di pertengahan persembahan Insinner, tiba-tiba Bob Agigi mula menunduk mengerang menahan kesakitan. Kakinya luka terkena kaca (sebelum ini, kalu korang tengok FB Bob laaa). Bob mahu teruskan persembahan, saya bawakkan kerusi dan Bob meneruskan persembahan dengan duduk sahaja di kerusi...






Kemudian, band yang ditunggu-tunggu telahpun berada dipentas. FUNERUS!!! Tengah-tengah deorang memasang gear masing-masing, crowd menjerit "JESUS!! JESUS!! JESUS!!" Rupanya technician Funerus tu. Hahahaha! Aku yakin nama dia bukan Jesus tapi disebabkan muka dia "mirip" Jesus (mungkin Jesus dalam gambar tu kot?) maka dia dapat gelaran Jesus. Aku dan beberapa member hanya mampu gelak. Tetapi, John McEntee panggil dia Godzilla. Hahahahahaha!!! Sebab dia pakai t-shirt Godzilla.

Persembahan mantap dari FUNERUS memukau saya. Dimana bassist/vokalisnya, Jill McEntee memainkan peranannya dengan sangat bagus! Interaksi dengan crowd pon sangat bagus. Sentiasa senyum. Sebenarnya, Jill McEntee cedera dikaki dan bertongkat semasa datang kesini. Tetapi, diwaktu persembahan, dia tidak bertongkan. SALUTE!! Pada mulanya, FUNERUS pelik kenapa crowd jerit JESUS JESUS. FUNERUS tak faham. Tetapi bila technician tu naik pentas repair gear dan setting sound, crowd jerit JESUS, mereka mula dapat tangkap. Seorang crowd jerit "HIS FACE LOOKS LIKE JESUS" maka berderai gelak dari FUNERUS. Deorang pon panggil mamat tu JESUS. Adeeeeehhhhhhh Lawak SIOT!!! hahahahaha!!

John McEntee punya permainan sangat hebat, showmanship dia sangat padu. Juga gitaris mereka serta drummer. Permainan ala-ala Incantation juga tetapi tidak terlalu technical. Seolah-olah anda dengar band Incantation dan Derketa serta beberapa nama lagi. Saya sempat juga memetik gitar John McEntee bila dia hulurkan gitar kearah crowd! Pengakhirannya, John menggesel kan gitarnya pada speaker. ARGH!!!!! Gila!!!













Bila John McEntee baling pick gitar dia, Malik Hanael yang tertunduk sambar pick tu. Saya duduk belakang Malik kempunan!! Hahahaha!! John puji dia "Hey nice catch! I like the way you catch, its like Ninja, you know?" Malik senyum hahahaha!! Keseluruan gigs adalah SANGAT MEMUASKAN SHIT!!!!!!! ARGH!!!!!!! Sempat bergambar dengan mereka!







Saudara Eday Naim saya salute sama dia. Dari Taiping dia naik bas, sanggup turun ke Johor Bahru beb!!! Selpiaqqqqq sat!!!

Bersama Eday Naim

Besama Big Show

Bersama "Jesus/Godzilla"

Gigs selesai pada jam 11:00 malam. Saya pon ride pulang ke Wa Ha dengan motor. Sempat bersalaman dengan semua orang. Hellyeah!! Best.Gigs.Ever!!! Berhenti sekejap di kedai area Kota Tinggi, pekena sup tulang, pastu ride balik ke Wa Ha. Sampai rumah jam 1:30 pagi, mandi2 dan tidur dengan senyuman... Hihihihihi!!!

5 comments:

  1. saya antara yg berhajat nk dtg gig ni tp disbbkn masalah peribadi terpaksa dilupakan...yg bestnya tengok flyers gig ni hanya ada 3 band sahaja..crowd pun xle lama menunggu...harap next ada organizer buat gig yg x ramai band perform(plg byk pn 5 kira ok la)..ni buat gig mcm festival smp belasan band dalam satu bil...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya setuju bro. max band dalam 5 pon dah ok. tapi yelah ini tour deorg. hurmmmmm harapnya tahun depan John McEntee datang bersama Incantation...

      Delete
  2. Memang nak pi ni... adui! apakan daya tengah berkursus dalam UUM. kecewa... tapi kenapa crowds sana mmg x happening? Johor memang bukan negeri besi.... itulah hakikatnya. Mereka boleh meninggalkan besi demi bola... hal yang sama pada malam Frank Blackfire, ex-Sodom perform...

    ReplyDelete
  3. agak masa event tu kedai fahmi tutup ke?lama dah tak beli vinyl kat dia.tiap kali aku balik jb kalo nak gi embrace dia selalu tutup kedai..heheh..tapi tu lah,ramai yang dok gila bola skang,payah dah nak jumpa bebdk metal jb

    ReplyDelete