Sunday, November 20, 2016

The Pathless Path Of The Knowable Unknown

Hari ini (Ahad:20/11/2016) berlansungnya gigs di Sierra Perdana, Masai, Johor. Gigs yang bernama "CHUCKY PLAYS METAL" yang bertempat di Studio Rockin.

Aku nak sangat pergi! Aduiihhhhhh!!! Tapi aku tak boleh mohon cuti sebab aku sedang kumpul cuti untuk bulan hadapan... Malang seribu malang! Aku nak tengok RUDRA!!

Cerita pasal RUDRA ni, aku bukanlah MANIAC FANS yang memiliki semua stuff mereka. Aku cuma dengar 1 lagu je. Tapi lagu tu la yang paling BERPUAKA, SANGAT BERPUAKA! Serius! Hingga ke hari ni aku hafal. Siap dengan mantera-mantera sekali aku hafal. Yeaaaaahhhhh! Ni lagu dia. Ada duit nanti, teirngin juga nak beli album ni. Ok gaissssss chow!!!!


P/S:- Insert Video from Youtube memang hampeh. Kat youtube aku boleh search yang versi album. Kat blog ni tak boleh plak.


Saturday, November 12, 2016

Incantation - Onward To Golgotha [1992]

Incantation - Onward To Golgotha (1992)(25 Relapse Anniversary Reissue 2015)

Zaman bermulanya DEATH METAL adalah apabila Possessed meriliskan album "Seven Churches". Tetapi album ini masih dapat dihidu bau thrash metal. Boleh dikatakan zaman "peralihan" atau evolusi musik dan apabila Death mengeluarkan album "Scream Bloody Gore", maka Death mengeluarkan elemen thrash sepenuhnya.

Band yang melengkapkan DEATH METAL 100% adalah seperti Obituary, Cannibal Corpse, Massacre dan Morbid Angel serta INCANTATION.


Yang menariknya, setiap band mempunyai acuan tersendiri dalam merangka susunan musik DEATH METAL. Morbid Angel adalah berbeza dengan Cannibal Corpse dan berbeza dengan Obituari dan berbeza dengan Death. Masing-masing mempunyai cara tersendiri. Begitu juga dengan INCANTATION.

"Onward To Golgotha" adalah apa yang sekarang ini dianggap peneraju death metal versi gelap dan hitam berlumpur. Permainan musik mereka yang unik, susunan riff mereka tidak lah catchy dan vokalnya sangat dalam. Musik mereka ini adalah tidak ramai yang mampu untuk ber-headbanging. Jujur! Sebab tak catchy! Hahaha! Banyak death metal di luar sana bermain dengan laju dan pantas. Incantation pula, pandai mengendalikan kelajuan dan tempo permainan musik mereka. Ada bahagian yang pantas dan perlahan. Bahagian yang perlahan itulah yang menarik perhatian saya. Dengan rakaman yang sebegini rupa, mereka mampu menghasilkan gema atau suasana yang betul-betul gelap!

Tidak seperti Asphyx mahupun Disembowelment dimana mereka menggabungkan 2 genre yang berbeza, Incantation mencipta "doom metal" melalui suasana musik itu. Senang cerita mereka mendapatkan inspirasi dari Doom Metal. Jika anda ingat pada Immolation - Dawn Of Possession, samalah seperti Incantation - Onward To Golgotha.

Dahulu saya tak boleh masuk dengan bawaan Incantation. Fuh... memang tak boleh masuk. Seperti keretapi yang lebih besar dari terowong. Hahaha! Setelah saya diasak oleh Asphyx, Disembowelment, Derketa, Pagan Altar, Grey Sky Fallen dan bersepah lagi album, BARULAH album Onward To Golgotha boleh saya hadam. Anda bayangkan yang anda sedang berkubang dalam lumpur, anda makan lumpur tu, anda gunakan lumpur tu cuci bontot dan konek anda. Begitulah rasanya penangan Incantation - Onward To Golgotha. ITULAH YANG SAYA RASA. Malah selepas mendengar album ini, saya tengok kiri kanan dan badan saya takut-takut ada lumpur yang terpalit. Itulah yang terjadi kepada saya selepas dapat hadam sepenuhnya album ini.


Jadi, kepada penggemar death metal yang LARI dari kebiasaannya, inilah album yang anda patut dapatkan. Jujur!

Sunday, November 6, 2016

Aqua-Argo

Asalamualaikum. Apa khabar?

Apakah Aqua-Argo yang saya tulis ditajuk diatas? Hehehehe!

Saya adalah salah seorang manusia yang mempunyai hobi terhadap tanah dan air. Saya suka menanam sayuran/buahan dan juga menternak ikan secara kecil-kecilan. Saya cuba bereksperimen dengan satu teknik yang dikenali sebagai AQUAPHONICS.

Teknologi Aquaphonics ini sebenarnya teknologi purba dizaman Aztec atau Mayan tak silap saya. Zaman moden ini, teknologi ini diperbaharui dan diperkasakan bersesuaian dengan teknologi zaman sekarang.

Saya mencuba tetapi sebenarnya, saya GAGAL. Hahaha! Saya bereksperimen dengan pelbagai cara dan teknik yang saya pelajari di YouTube. Yeaaaaahhhh... Ilmu pecuma di web itu. Banyak ilmu yang bermanfaat di laman web itu.

Jom tengok beberapa gambar! Hehehehe!!

Sayuran

Ikan Tilapia

Sistem "bell-siphon" yang GAGAL huhuhu

Sayuran lagi

LECA atau hydroton: tanah tiruan yang digunakan bagi menggantikan tanah sebenar. LECA mampu menyokong akar pokok sayuran pada masa yang sama menapis kotoran ikan yang menjadi makanan pada sayuran. Haaaaaaaaa....

Insya Allah, saya akan memperbaiki lagi sistem ini. Heeeeeeee!


Saturday, November 5, 2016

Irkallian Oracle - Apollyon [2016]


Irkallian Oracle mula bertapak dalam industri metal bawah tanah sejak 2012 lagi. Bertempat di Gothenburg, Sweden anda sudah boleh meneka musik mereka. Yup... Swedish Death Metal. TETAPI, jangan cepat melatah dan menyamakan mereka seperti lagenda yang berasal dari sana.

Album ini, "Apollyon" adalah satu album yang sangat berat. Tidak laju tetapi berat. Sound yang mereka gunapakai adalah sama seperti Grave Miasma dan Dead Congregation. Bertemakan "occult" dan misteri dari dunia Babylon, gabungan black dan death metal menghasilkan sesuatu yang atmosferik dan doom. Seperti Autopsy dengan rilisan awal mereka. Sound gitar yang tebal dan berat seperti bulldozer mengangkat tanah. Feel Morbid Angel dalam album-album "Formulas Fatal To The Flesh", "Gateaway To Annihilation" dan "Heretic" tetapi dengan lebih perlahan. Suasana/atmosfera seperti Paradise Lost "Lost Paradise" juga amat unik! Jangan lupa juga pengaruh Incantation "Mortal Throne Of Nazarene" yang jijik, kotor, berat dan berlumpur tetapi tidaklah "progresif" dan "technical" seperti permainan Incantation. Mereka lebih straight-forward dalam mengarang lagu. Asphyx "The Rack", "Last One On Earth" dan juga "Asphyx" dapat dikesan dalam track mereka.

Riff gitar yang mampu memberikan gaut pada pergelangan tangan, serangan drum yang bijak mengawal situasi atau aura dalam lagu ini. Memberikan rasa didalam gua. Bergema. Vokal yang garau menghantui, seolah-olah makhluk dari dunia lain membaca mantera untuk membuka gerbang/portal masuk ke alam kita.

Saya tidak sangka gabungan dua genre ini (black metal dan death metal) dan digarap dengan sound doom metal mampu menghasilkan musik yang betul-betul gelap.


Saya dapatkan CD ini melalui THRASHINGFIST PRODS. CS-Wild memang pandai usik selera saya. Hahaha! Banyak CD yang dia bawa masuk, malangnya saya tak mampu dari segi kewangan. Jika anda sukakan sesuatu yang kejam, kelam, gelap gelita, berat dan berlumpur: IRKALLIAN ORACLE adalah jawapan bagi selera anda.