Incantation - Onward To Golgotha (1992)(25 Relapse Anniversary Reissue 2015)
Zaman bermulanya DEATH METAL adalah apabila Possessed meriliskan album "Seven Churches". Tetapi album ini masih dapat dihidu bau thrash metal. Boleh dikatakan zaman "peralihan" atau evolusi musik dan apabila Death mengeluarkan album "Scream Bloody Gore", maka Death mengeluarkan elemen thrash sepenuhnya.
Band yang melengkapkan DEATH METAL 100% adalah seperti Obituary, Cannibal Corpse, Massacre dan Morbid Angel serta INCANTATION.
Yang menariknya, setiap band mempunyai acuan tersendiri dalam merangka susunan musik DEATH METAL. Morbid Angel adalah berbeza dengan Cannibal Corpse dan berbeza dengan Obituari dan berbeza dengan Death. Masing-masing mempunyai cara tersendiri. Begitu juga dengan INCANTATION.
"Onward To Golgotha" adalah apa yang sekarang ini dianggap peneraju death metal versi gelap dan hitam berlumpur. Permainan musik mereka yang unik, susunan riff mereka tidak lah catchy dan vokalnya sangat dalam. Musik mereka ini adalah tidak ramai yang mampu untuk ber-headbanging. Jujur! Sebab tak catchy! Hahaha! Banyak death metal di luar sana bermain dengan laju dan pantas. Incantation pula, pandai mengendalikan kelajuan dan tempo permainan musik mereka. Ada bahagian yang pantas dan perlahan. Bahagian yang perlahan itulah yang menarik perhatian saya. Dengan rakaman yang sebegini rupa, mereka mampu menghasilkan gema atau suasana yang betul-betul gelap!
Tidak seperti Asphyx mahupun Disembowelment dimana mereka menggabungkan 2 genre yang berbeza, Incantation mencipta "doom metal" melalui suasana musik itu. Senang cerita mereka mendapatkan inspirasi dari Doom Metal. Jika anda ingat pada Immolation - Dawn Of Possession, samalah seperti Incantation - Onward To Golgotha.
Dahulu saya tak boleh masuk dengan bawaan Incantation. Fuh... memang tak boleh masuk. Seperti keretapi yang lebih besar dari terowong. Hahaha! Setelah saya diasak oleh Asphyx, Disembowelment, Derketa, Pagan Altar, Grey Sky Fallen dan bersepah lagi album, BARULAH album Onward To Golgotha boleh saya hadam. Anda bayangkan yang anda sedang berkubang dalam lumpur, anda makan lumpur tu, anda gunakan lumpur tu cuci bontot dan konek anda. Begitulah rasanya penangan Incantation - Onward To Golgotha. ITULAH YANG SAYA RASA. Malah selepas mendengar album ini, saya tengok kiri kanan dan badan saya takut-takut ada lumpur yang terpalit. Itulah yang terjadi kepada saya selepas dapat hadam sepenuhnya album ini.
Jadi, kepada penggemar death metal yang LARI dari kebiasaannya, inilah album yang anda patut dapatkan. Jujur!
mengujakan
ReplyDeletehahaha! hellyeargh!!!
Deletebg aku incantation mmg lari dri trend masa tu yg mana band2 death metal berlumba2 utk jadi lebih laju dan laju dan berat...formula dorg senang je..x perlu main laju, just create riff gitar yg berat n mengerikan...
ReplyDeletea bro. benar! Berat dan Mengerikan!! kebanyakkan band masih mengekalkan cara doom/death metal yang klasik seperti Asphyx, Sempiternal Deathreign, Delirium, Paradise Lost, Decomposed, awal2 Cianide dan beberapa nama lagi lah. Macam Autopsy, bukan doom/death metal tapi mendapat sound yang macam tu. memang unik! itu jelaaaaa ulasan susulan dari saya yang tak berapa pandai ni. huhuhu... kalau salah, betulkan saya. saya juga mencari ilmu hahahaha!
DeleteOrang kaya....
ReplyDeletebelum kawin memang laaaaa! hahaha!
Delete