Friday, March 10, 2017

MANA LEBIH "TRUE"

Asalamualaikum. Sebelum anda kecam saya, mohon baca dengan hati yang terbuka.

Bila anda baca tajuk tu, jangan salah faham. Baca dahulu! Haha! Penulisan kali ini hanyalah sebagai pandangan dan renungan. Bukanlah mahu mencetuskan kemarahan atau kebencian. Agak tenat juga kita ni, sebenarnya. Baiklah, maksud yang saya sampaikan disini ialah musik mana yang sebenar-benar musik. Itu maksud tajuk yang saya taip. Yup, saya berbicara tentang musik. Ramai yang claim:

"ROCK IS THE TRUE MUSIC!"
"METAL IS THE TRUE MUSIC!"
"HARDCORE IS THE TRUE MUSIC!"
"POP IS THE TRUE MUSIC!"
"PUNK IS THE TRUE MUSIC!"

Ya. Ada banyak lagi sebenarnya genre tapi kita ambil sedikit sahaja dahulu.

 Baiklah, apa itu musik? Bagi aku, musik adalah susunan irama. Dah. Mudah.

Apa fungsi musik? Bagi aku, fungsinya adalah menghiburkan kita, manusia.

Kenapa ada banyak sangat genre musik? Bagi aku, citarasa manusia adalah berbeza.

Manusia ni memang dicipta dengan nafsu. Hiburan juga adalah tuntutan nafsu kita. Manusia dari dahulu lagi sukakan hiburan. Sejak azali lagi. Malah dalam Syurga pun disediakan hiburan untuk insan yang layak mendapatkannya.

Jadi, ini bukan menimbulkan isu, jauh sekali untuk provokasi. Provokasi? Ya, kerana manusia zaman sekarang ni terlalu taksub dalam berhibur. Tak kira apa juga bentuk hiburan. Drama petang TV3, bola sepak, anime, lukisan dan sudah tentu MUSIK. Perbezaan citarasa manusia terhadap musik membuatkan lahirnya pelbagai genre. Pelbagai genre ini pula membahagian manusia berpuak-puak dalam genrenya sendiri. Dan dalam setiap puak ini, ada juga FANATIK nya. Ya... Fokus penulisan ni adalah berkenaan FANATIK. Seolah-olah musik (dan hiburan yang lain) menjadi agama/kultus. Tak percaya? Cuba anda buka facebook atau youtube atau media sosial yang lain dan anda taip:

"Morbid Angel are stoopid"
"Manchester United are stoopid"
"Beyonce are stoopid"
"Leonardo da Vinci are stoopid"
"Dragon Ball u suck my balls"
"Suamiku Encik Babi is soooo stooooopiiiidddddd"

Anda akan menerima maklum balas yang sangat teruk. Percayalah. Nafsu manusia adalah sukar diramal bila kita berbicara dalam topik CITARASA. Apa yang kita suka adalah semestinya menepati citarasa kita. Novel, komik, anime, heavy metal, thriller, hiking, biking, cooking, armpit-fetish, tomboy-fetish, BDSM, vinyl, cassette, Red Alert II, Contra, Super Human Samurai SiberSquad, Lisa Ann, Sora Aoi dan bersepah lagi.

Terdapat 2 kelompok negatif dalam membahagikan fanatik ni. Pertama adalah ORANG YANG PROVOKASI dan yang kedua adalah ORANG YANG DI PROVOKASI.

Mula-mula dia dengar musik Possessed lepas tu dia kata band Possessed macam cipap dan band DEATH lah yang paling power dalam mencipta musik Death Metal.

Kemudian, peminat Possessed kepanasan punggung dan bash peminat DEATH ni.

TU BARU DALAM SESAMA GENRE. Kalau berlainan genre? Hah! Mampos! Metalcore hentam band ni, Thrash Metal bash geng-geng Justin Bieber, fanatik K-Pop hentam J-Pop dan berselirat lagi lah.

Disebabkan media sosial zaman ini sangat luas dan terlalu terbuka, maka ramailah FANATIK tak boleh duduk diam. Kerana mereka mudah meluahkan segalanya dalam media sosial. Mereka kesempitan minda, mudah melenting dan mudah pula bertindak balas. Maka, berlakulah pergaduhan. Ini sangat merugikan! SANGAT RUGI! Kita ni kalau boleh nak berkawan dengan lain-lain orang juga. Adalah satu penipuan jika anda hanya minat SATU sahaja bentuk hiburan/genre/sukan/dll. TIPU!

Jadi disini, kita KENA BUKA MINDA dan lapangkan dada. Kalau ada fanatik hentam citarasa anda, anda kena ambil satu inisiatif yang paling bijaksana. Jika saya, saya fikir 2-3 kali kalau nak hentam balik. Kalau geram nak hentam juga, tulislah dengan perkataan yang baik dan sopan. Kalau dia buat babi juga, tak perlu layan dia.

Manusia punyai pelbagai bangsa
Manusia punyai pelbagai warna
Manusia punyai pelbagai agama
Manusia punyai pelbagai budaya
Manusia punyai pelbagai SELERA
Manusia punyai pelbagai CITARASA

Begitu juga dengan musik. Mari kita raikan perbezaan citarasa dengan menjalinkan persahabatan dan saling memahami antara satu lain. Juga, hormatilah citarasa orang lain.

Babai...


5 comments:

  1. Penyakit TRUE ni adalah penyakit UMMAH MELAYU JE.
    Omputeh dan masyarakat bangsa lain takde ni semua, Melayu je Poyo. Metal is Metal dan boikot dan hina muzik lain. Sebab tu seni muzik melayu mati. Kita matikan sesama sendiri dengan trueness.
    Kita jadi taksub. Dan kita malu dengan kawan2 kalau kita tak ikut true.
    Kita takut kawan ketawakan kita atau pinggirkan kita.
    Dan kita mesti tunjuk true kita dengan pakaian dan accessories dan style.
    Tak salah, tapi tone down a bit terutama taksubkan trueness tersebut.
    Tapi masing2 la kan..
    Cyndi Lauper rules!! She Bop She Bop Baloobop!!

    ReplyDelete
  2. Bagi aku "true" ni adalah satu fasa di usia remaja yang berdarah muda..ramai di antara kita yang melaluinya...kebiasaannya semakin berkurang bila bertambah usia...tapi sebenarnya...at the end of day...yang penting tentang muzik adalah yang sedap di telinga kita...metal hantu macam mana pun kalau telinga kita kata tak sedap...memang tak akan suka...tak perlu ikut orang dan tak perlu kutuk...masing2 punya selera...


    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul boss. selera/citarasa tak boleh dikutuk sebab memang lumrah semulajadi. haish... huhuhu!

      Delete