Wednesday, January 18, 2017

MP3 punya PENANGAN!



GAMBOR HIASAN
(Aku cuma ada 4 album daripada gambar ni haha)

Asalamualaikum. Apa Khabar?

Bermula tahun 2003, saya mula terjun dalam dunia musik gelap bawah tanah ini. Rakan saya, seorang punk-ska punya orang dan dia memainkan lagu dari band As-Sahar - Fendiyan Okultika Hymnologi. Waktu tu, saya terpukau dengan As-Sahar. Maka saya dapatkan 2 keset dari band tersebut (Phenomistik dan Casus Luciferi). Masa tu, tiada band yang paling metal daripada As-Sahar. Yup.

Bermulalah kehidupan saya sebagai "metalheads" dimana saya beli banyak keset seperti Mastodon "Leviathan", Unearthed "The Upcoming Storm", Norther "Death Unlimited", Sil Khannaz "The Best Of..", "Conception Of Madness", "Pendita Gila", "Purnama 13", Vociferation Eternenty"The Best Of..", As-Sahar "Jaan", "Intifada", "Al-Ricshca", "Devilian Remastered", Silent Death "Habringer of Devastation COMPILATION" dan BANYAK LAGI.

Bermula zaman MP3 dalam tahun 2005 dimana saya berkenalan dengan Internet. Pergi ke CC, beli cd kosong dan burn macam-macam lagu. Bersepah CD MP3 saya. Masa tu saya baru Tingkatan 5 bang oi! Mana ada duit. Nak duit lebih, kena kerja. Saya kerja sambilan kait kelapa, jual limau kasturi, menoreh getah dan mendulang emas. Macam-macam kerja. Bila ada MP3, saya rasa banyak band yang saya kenal. BANYAK!

Tahun 2007-2009 saya mula berkenalan dengan RAPIDSHARE dan MEGAUPLOAD. Sebuah web yang menyimpan link download. Maka, bermulalah aktiviti mendownload. Banyak album yang saya download. Kemudian, satu lagi. LIMEWIRE dan ImESH. Kat sini, saya juga download banyak lagu-lagu. Sama ada band local mahupun band antarabangsa.

Tapi, saya masih membeli stuff di Cambell dan Pertama Complex. Kebanyakkannya album antarabangsa versi PIRATE CD la... Saya rasa anda kenal siapa hehehe... Kat sini saya mula berkenalan dengan beberapa band seperti Militant Attack "Violent Riot", Hereafter "After Tomorror", Poetical Kingdom "Demo 2007" dan banyak lagi. Lepas dengar Hereafter, saya rasa WOW!!! Lepas dengar Militant Attack, saya rasa YEARGH!!! Baju pertama yang aku beli adalah "Suffocation - Souls To Deny". Haha aku suka design dia masa tu hahaha! Padahal aku tak ada pon album Suffocation HAHAHAHA!! Jibuakerrrrr!!!

Kemudian, saya "check-it-out" lagu-lagu metal dalam YOUTUBE!!! YEARGH!!! Maka saya pon download banyak lagu dari web itu. Lama-lama, saya rasa macam... entah. Tiba-tiba rasa nak beli CD dan Keset. Tapi SAYA TAK ADA DUIT! Saya memang miskin, tapi nafsu untuk beli stuff metal membuak-buak. Saya tahan dan kekang nafsu tu.

"Makanan lebih utama, CD boleh runding kemudian, kalau sangap ko donlod jer"

Begitulah cara saya pujuk hati ni. Begitu lah cara saya tenangkan minda saya. Sedih... Memang sedih.

Kemudian, saya mula bekerja dalam bidang perladangan sebagai mandur. Memang TAHAN nafsu. TAHAN SETAHAN-TAHANNYA.

Akhirnya, pada tahun 2013, barulah saya mula membeli-belah stuff metal ni. Keset yang mula-mula saya beli masa tu adalah "Cancer - To The Gory End" (dah kena jual pon haha). Saya juga bertekad, saya akan beli apa yang telah saya DOWNLOAD dulu. Barulah "rasa bersalah" tu hilang. Kenapa? Download ni sebenarnya sama je macam MENCURI. Itu apa yang saya pegang. APA YANG KORANG FAHAM DAN PERCAYA TERHADAP DOWNLOAD, JANGAN CUBA NAK PAKSA AKU UNTUK TERIMA IDEA DAN FAHAMAN KORANG!!!!!! Bila aku kata DOWNLOAD tu mencuri, AKU PEGANG DAN PERCAYA yang download itu mencuri MELAINKAN ada caption <FREE SOFTWARE> atau preview track official dari band atau promo-track download available.

Maka, boleh dikatakan apa yang aku download itu mempunyai format CD, Cassette atau Vinyl. Selebihnya saya delete. Juga, untuk pujuk hati ni, saya gunakan istilah "PRA-DENGAR".

CONTOH: Band Asphyx, ehhhh silap! Tak boleh pakai Asphyx sebab deorang dah terang-terang BEST! Ok, contohnya Sodom. Album baru mereka "DECISION DAYS" keluar. Aku pun download album tu. Aku dengar. Aku kata TAK BEST. Aku delete. Aku buat tak tahu. END OF STORY.


Friday, January 6, 2017

Edible Garden

Asalamualaikum. Apa Khabar? Sihat?

Wokeh, saja nak post beberapa gambar "edible garden" yang saya usahakan sejak sekian lama. Hahaha! Sebelum ni saya main tanam sahaja tanpa membuat kajian. Kebanyakkannya tak menjadi. Kecewa gila. Mula la kata "tangan panas" la dan macam-macam lagi lah. Lepas buat sedikit kajian di youtube, melihat video cara-cara menggunakan tanah dan baja barulah saya faham. Alhamdulillah! Pertengahan tahun lepas saya mula membeli beberapa jenis tanah atau medium penanaman untuk digunakan. Hahaha!

Edible Garden adalah suatu yang WAJIB bagi setiap mereka yang mempunyai kawasan tanah kosong di keliling rumah. Ni bukan masalah JIMAT WANG BELI SAYUR, tetapi dimata saya sayuran yang kita tanam tanpa racun perosak adalah LEBIH SELAMAT dan LEBIH SIHAT serta LEBIH SEDAP dari sayuran yang dimonopoli oleh kapitalis.

Kalau lansung tak ada tanah (rumah pangsa atau flat), anda boleh menanam MICRO GREEN. Haaa... seperti daun gandum. Chlorophyll didalam daun gandum yang dibuat jus itu amat bermanfaat bagi badan kita. Kalau tak boleh buat gandum, buat la sawi ke, bayam ke, bak choi ke...

Semasa saya berada di Sarawak, saya lihat setiap rumah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat sana LEBIH SIHAT dari kita yang menelan makanan yang penuh dengan kimia. Melihat keadaan disana, membuatkan semangat bercucuk tanam saya ni membakar bagaikan disimbah petrol. Pergh! Aku salute sama kamu, SARAWAKIAN!

Okay, ini adalah semaian Bendi. Saya menggunakan kaedah "Mulching" menggunakan rumput kering yang saya kumpul di pejabat saya ketika mereka memotong rumput. Saya simpan dalam guni dan bawa pulang kerumah. Pernah dituduh mencuri baja sebab saya guna guni baja huhuhu. Lepas tunjukkan apa didalam guni, mereka pun bertanya
"Kenapa kumpul rumput kering ni? Nak buat apa?"
Saya jawab dan ajak dia kerumah. Dan saya tunjukkan penggunaan rumput kering dalam pertanian. Mereka pula berminat! Alhamdulillah, saya ajar ilmu yang saya faham dan mereka pun faham. Seronok dapat kongsikan ilmu ni. Kaedah ini mempunyai 2 manfaat.
1. Menjaga kelembapan tanah
2. Menjadi baja apabila rumput ini mula mereput.


Semaian kangkung ini berusia 2 minggu. Insya Allah, lagi 1-2 minggu hasilnya boleh dituai. Ini cara sebenar untuk membuat "MICROGREEN". Perlukan pasu yang flat, sedikit tanah dan taburkan sahaja benihnya. Cukup dalam 1 minggu atau 10 hari, dah boleh tuai hasil. Kalau guna benih sawi, beli yg dalam peket besar tu. Insya Allah, menjadi dengan izin-Nya.

2 jenis Pokok Tin/Fig yang saya beli. Di sebelah kanan anda adalah jenis Black Mission dan di sebelah kanan anda adalah Brown Turkish (BTM6). Daunnya juga saya harvest untuk dibuat teh dengan cara mengeringkan dahulu. Setelah kering sepenuhnya, barulah dibuat teh. Khasiatnya ialah mampu menurunkan paras gula dalam darah dan bertindak sebagai INSULIN. Inilah diantara Khasiat Buah yang Allah sebutkan dalam Al-Quran. Baiklah, sebelum ini saya pernah menanam pokok tin didalam tanah tempatan (local soil/native soil) tetapi mati... Selepas membuat beberapa kajian, saya mendapati penggunaan tanah yang sesuai adalah dengan menggunakan POTTING MIX, PEAT MOSS, COMPOST dan sedikit NATIVE SOIL. Campuran ini mampu menggalakkan pertumbuhan pokok tin kerana nutrient dan memudahkan pertumbuhan akar. Tanah 100% NATIVE SOIL adalah keras dan mampat membantutkan pertumbuhan akar.

Disni saya juga menanam Serai, Kunyit dan Halia. Insya Allah, kalau ada rezeki saya nak beli banyak pasu dan semai lebih banyak Halia dan Kunyit kerana nilai perubatannya sangat tinggi.

Ini adalah eksperimen saya dalam pengunaan "raised bed". Tanah yang digaul (campuran tanah untuk pokok tin) mampu membekalkan nutrient untuk sayuran saya (bak choi dan lobak putih)


Ini adalah timun "Japanese Shogun" yang saya tanam dan membuahkan hasil. Ia kelihatan kusam dan tidak bermaya kerana saya baru sahaja keluarkan akarnya dari polibag dan saya tambahkan tanah lagi serta menambah rumput kering sebagai pelembab. Timun memerlukan air yang banyak untuk menghasilkan buahnya.

Timun oh Timun

Rumput kering yang berlebihan pula saya jadikan sebagai kompos untuk dijadikan sebagai baja. Percuma, kan? Kuasa Allah Ta'ala.

Ikan tilapia saya ni, saya rasa ia terbantut. Selepas tukar air pada hari semalam, mereka ini jadi kuat makan. Alhamdulillah. Cepat-cepat lah kamu membesar. Saya nak makan kamu pula hihihi.

Ok ini set Aquaphonics saya. Ada kangkung, bak choi, mint (pudina), kesum dan daun selom/salam.

Okay, itu saja penulisan saya kali ni. Harap-harap dapat memberi manfaat pada rakan-rakan semua. Sehingga bertemu lagi. Babai!

Wednesday, December 28, 2016

Sailormoon World: Super Best (CD Compilation)


Asyik diasak-asak oleh lagu metal sepanjang minggu, kepala saya sudah tidak mampu menerima lagu metal lagi. Saya perlukan dos penenang atau "tranquilizer" yang berkesan. Tiba-tiba saya teringat yang saya mempunyai sebuah CD kompilasi berharga bagi saya.

Yup!

DVD koleksi 3 Movie dan album kompilasi soundtrack opening/ending

SAILOR MOON!


HAHAHAHAHA!

Sila baca DISINI untuk lebih pencerahan.



Baiklah, artikel kali ni berkenaan lagu-lagu hits dari anime Sailor Moon. Setiap lagu diambil dari pelbagai musim/season dan 3 movie Sailor Moon.

Track 1: Moonlight Densetsu (Moonlight Legend) taken from "SAILOR MOON" performed by "DALI (idol group).

Track 2: Heart Moving taken from "SAILOR MOON" performed by TAKAMATSU Misae.

Track 3: Princess Moon taken from "SAILOR MOON" performed by HASHIMOTO Ushio.

Track 4: Otome no Policy (Maiden's Policy) taken from "SAILOR MOON R" performed by ISHIDA Yoko.

Track 5: Moonlight Densetsu taken from "SAILOR MOON S" performed by MOON LIPS(musical main cast).

Track 6: Tuxedo Mirage taken from "SAILOR MOON S" performed by PEACH HIPS (main cast).

Track 7: Watashi-tachi ni Naritakute (Wanting to Be Together With You) taken from "SAILOR MOON SuperS" performed by FUJITANI Miwako.

Track 8: Rashiku Ikimasho (I'll Go With My Looks) taken from "SAILOR MOON SuperS" performed by MEU (real name: KAJITANI Miyuki).

Track 9: Sailor Star Song taken from "SAILOR MOON Sailor Star" performed by HANAZAWA Kae.

Track 10: Kaze Mo, Sora Mo, Kitto... taken from "SAILOR MOON Sailor Star" performed by MIZUKI Arisa.

Track 11: Nagareboshi He (To The Shooting Stars) taken from "SAILOR MOON Sailor Star" performed by THREE LIGHTS (voice actress).

Track 12: Todokanu Omoi: My Friends Love (Unreachable Love: My Friends Love) taken from "SAILOR MOON Sailor Star" performed by THREE LIGHTS (voice actress)

Track 13: Moon Revenge taken from "SAILOR MOON R THE MOVIE" performed by PEACH HIPS (main cast).

Track 14: Moonlight Destiny taken from "SAILOR MOON S THE MOVIE" performed by ASAKAWA Hiroko.

Track 15: Morning Moon: Morning Moon de Aimasho (Lets Meet At Morning Moon taken from "SAILOR MOON SUPER S THE MOVIE" performed by PRETTY CAST.

Tudiaaaaaaaa detail aku bagi! Ok, Musik mereka ni biasa-biasa sahaja dan selayaknya dikategorikan sebagai J-Pop. Yup. J-POP!!! Aku berkenalan dengan J-POP dari kecil lagi. So.... K-Pop, FUCK OFF!!! Apa sahaja yang aku minat, aku akan dapatkan dalam bentuk fizikal, tak kira CD ke, DVD ke, LP ke, EP ke, CASSETTE ke dan sebagainya lah. Ok, Babai.

Tuesday, December 27, 2016

ASPHYX - INCOMING DEATH [2016]


Asalamualaikum. Ini adalah pendapat peribadi aku. Korang jangan la amik serius tau. Jangan dengar pendapat orang lain dan terus kau pegang pendapat dia. Alami dulu. Ok, begini kisahnya:-

tak lama dulu tahun 2011, aku ada download satu album ni iaitu THE RACK. tu pon aku terbaca review berkenaan band Humiliation dimana dia suggest "sesiapa minat Asphyx dan Bolt Thrower, wajib beli albam ni". Album Humiliation tu aku ada. Best. cuma, Asphyx aku xde. Aku download la. Dah dengar, puas hati. Best. Inzal.

Lepaih tu aku nampak ada member aku ni jual keset "Asphyx - The Rack". Aku pon beli la. Sedap shialllll.... kemudian aku dapatkan satu persatu "Last One On Earth", "Crush The Cenotaph" EP dan "Asphyx". Tapi nak cari selebinya tu seperti "God Cries...", "Embrace The Death" dan "On The Wings Of Inferno" memang susah sebab album-album tu dah tahap RARE (dan tak best). Hahaha! Kemudian aku sambung dengan album "Death... The Brutal Way", "Deathhammer" dan terkini.... "INCOMING DEATH"!

Bila aku pra-dengar lagu ni di page FB Asphyx, "Foreruners of The Apocalypse", aku rasakan yang album kali ni adalah TAK BEST.

Tak sangka, naluri seorang peminat memang benar-benar TAK BERAPA NAK TEPAT! Jibai!

Ok, Pembukaan album ini dengan THE CANDIRU, musik DOOM DEATH DIVISION ni memang laju. Sama seperti pembukaan album Deathhammer iaitu "Into The Timewaste".

DIVISION BRANDENBURG pula menerjah. Intro yang agak bermelodi dan perlahan, tidak laju seperti track pertama. Lagu ni SEDAP SIAAAAALLLL!!! Memang betul-betul cucuk stim. Peh!! WARDROID menerjah selepas lagu DIVISION BRANDENBURG "fade out". Jilake.... Jilakerrrr!!!! Kenapa semakin sedap ni jibai?!!! Perlahan sahaja, tak terlalu laju. Memang mood dia tak berubah dari DIVISION BRANDENBURG.

THE FEEDER pula menerpa masuk. Lagu ni bagi aku adalah "mood killer". Kenapa? Kenapa lagu ni "happy" sangat? Hah??? Kenapa gembira sangat mood dia??? Lirik pun lucu (tapi horror)

IT CAME FROM THE SKIES pula statik seperti THE FEEDER. Permulaan lagu ni rancak dan bila double bass menyerang, fuh!! Meremang bulu ketiak sheikh!! Headbanging memang habis lah weih!!! Sedap!!!
THE GRAND DENIAL baru la ia bermula. DOOOOMMMM!!!! Itu yang aku tunggu! Teringat track seperti "Minefields". Bila masuk part laju, pergh! Kepala ko secara automataiknya headbanging! Lepas tu masuk part slow balik. Peh...... masuk part plucking tu pehhhh.... melelehhhhhhhh beb!

INCOMING DEATH memecah keheningan THE GRAND DENIAL. Tiada masa lagi! LAJU!!!! Ohyeah!!!

FORERUNNER OF THE APOCALYPSE mula menunjukkan taring. Hahahaha! Best! FUCKYEAH!!

SUBTERRA INCOGNITA menyusup dengan perlahan-lahan. Riff berat dan perlahan yang macam ni aku suka! Aku suka sungguh sound gitar dia ni. Bila gitar tu leading, meleleh-leleh beb!

WILDLAND FIRE punya terjahan memang kurang ajar! Fuck!!! Dia punya feel tu beb, feel dia macam ko berjalan dengan penuh macho! Peh!!! DEATH: THE ONLY IMMORTAL pula menyusup dengan kelajuan sederhana/normal. kemudian gitar bass mengambil peranan. Sebutir-sebutir sound dia. Clean pada masa yang sama RAW! Sejujurnya, Asphyx tetap Asphyx. Dari album THE RACK hingga ASPHYX, kemudian dengan DEATH... THE BRUTAL WAYS hingga INCOMING DEATH, begitu lah sound mereka. Tidak pernah berubah! Tidak pernah berganjak! CUMA! Cuma... untuk INCOMING DEATH, produksi bunyiknya lebih "comel" dan "bersih" dari DEATHHAMMER, Sebenarnya, ini yang membunuh feel album ni.









Mesti korang pelik sebab aku penah kata album ni SUCKS. Ya... sebab aku dengar sekali jer. Lepas 2-3 kali dengar, hahahaha baru la boleh masuk kepala weih!

Tuesday, December 6, 2016

Gigs: Tasik Biru Desecration

Dalam awal bulan ini (disember), ada 3 acara gigs yang berlansung. Salah satunya adalah TASIK BIRU DESECRATION yang berlansung di Bau, Sarawak. Manang Bakak telah memberitahu saya pada awal September lalu yang akan berlansungnya gigs ini di Sarawak. Senang cerita, saya menerima pelawaan Manang Bakak dan bersiap-sedia selama 3 bulan untuk menghadiri gigs ke sana. Hahaha! Itu sebab saya "berpuasa" dari membeli sebarang stuff metal dan menumpukan wang simpanan itu untuk acara di Sarawak.


Bukan senang ya, untuk mengumpul wang yang akan digunakan di Sarawak. Ada sahaja rilisan maut yang keluar. Gila! Pada masa yang sama ini adalah pertama kali saya mengembara ke Sarawak berseorangan. Tiket kapal terbang telahpun diuruskan oleh Manang Bakak, ETERNAL HAILS!!! Hahaha!

Setibanya saya di Sarawak (jam 10:00 malam lebih hari jumaat), saya disambut oleh Manang Bakak dan Jeff Lynne. Kami lepak di Warung Melayu di kawasan sekitar itu (maaf saya lupa kawasannya itu) sambil menikmati Mee Kolok yang sememangnya kegemaran saya! Juga bersama saya Didek, adik kepada Jeff Lynne. Malam itu saya tidur di rumah Manang Bakak. Manang Bakak juga sempat memberikan CD band black/death metal baru dari Sarawak, GOATCRUSH.






Keesokkan harinya, saya bersama Manang Bakak pergi ke kedai Mee Kolok Mohamad Lim. Pemilik asal kedai ini telahpun meninggal dunia dan kini diusahakan oleh isterinya. Saya pernah menikmati Mee Kolok air tangan Mohamad Lim pada tahun 2013. Air tangan isterinya juga tidak lari dari arwah suaminya dan mee koloknya SEDAP!!




Selepas sarapan pagi, kami ke kawasan Matang untuk mengambil Jeff Lynne dan Lucas, rakan baru saya di Sarawak. Yeah! Gigs ini bukan sahaja untuk hiburan malah menjalinkan hubungan persahabatan dengan metalheads di sana! Yeargh! Kita berbeza dari segi bahasa, bangsa dan agama tetapi kita bersatu dibawah bendera METAL!





Setibanya kami di venue iaitu THE LAIR Welsh Tavern yang bertempat di Bau/Kuching. Gigs sepatutnya bermula pada jam 2:00 petang terpaksa ditunda pada jam 3:00 petang. Di kesempatan itu saya, Didek, Lucas dan Jeff Lynne pergi ke pekan Bau untuk makan tengah hari. Hanya di situ saya boleh menikmati makanan halal. Hanya saya dan Didek sahaja muslim. Makanan di gerai itu sememangnya enak. Juga saya merasa makan Ayam Pansoh tetapi menurut Lucas, Ayam Pansoh itu dimasak didalam periuk kerana jika ayam itu dimasak dalam buluh, ia akan berbau berbeza dari apa yang kami makan. Fuhhhh! Sedap!









Brader berambut panjang ni tegur aku "Eh? Bukan kamu ka yang perform masa KL THRASHED I dulu?" Hahahahaha!! Ada juga yang ingat sama aku ketika KL THRASHED I dulu hahaha!! HAILS BROOOOO!!!!

Selepas menikmati makanan, kami pulang ke venue dan hujan mula turun dengan lebatnya. Band pertama memulakan persembahan adalah TULAH, sebuah band black metal acuan Mayhem dan Emperor. Persembahan mereka sangat memukau! Saya difahamkan salah seorang line-up band ini adalah dari band Kambing Sakti. Bagi saya, band ini sangat bagus! Apa yang mereka perlu lakukan adalah MERAKAM LAGU MEREKA! Hellyeargh!!!







Band seterusnya adalah sepatutnya KAFAN OF AZAZIL tetapi band itu tidak dapat bermain kerana ada masalah kesihatan. Acara diteruskan oleh band DEADSHOT. Disebabkan mastermind mereka, Kojek masih bekerja, persembahan terpaksa ditangguhkan selama 30 minit untuk menunggu Kojek sampai ke venue. Semangat yang bagus, walaupun bekerja tetap memberikan persembahan yang mantap. Deadshot adalah THRASH METAL kental membawa semangat thrash metal 80's di zaman 2000-an ini. Persembahan dan showmanship mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Dengan beberapa jenaka dari mereka, crowd terhibur dan meribut dengan musik bawaan mereka! Tahun hadapan mereka akan mengeluarkan material baru. Bersiap sedialah!









Kojek juga menjemput saya, Manang Bakak dan Kevin Bachang untuk menyanyikan lagu anthem mereka, Fake Mortal. Hahaha! Saya dah lupa lirik lagu tu. Saya (Hiding Fear), Kevin (Militant Attack), Manang Bakak (ex-M.A) dan Kojek sendiri pernah terlibat dalam satu projek 3-way-split album yang bertajuk "TRIPPLE THREAT OF TERROR". Split yang sangat rare ini dikeluarkan oleh Evil Institution Record! Mungkin Kojek menjemput saya untuk mengingati projek split tersebut hahaha!






Pengacara Majlis memanggil saya dan seorang lagi metalheads dari Semenanjung iaitu Hoh Kah Joon atau nama manjanya K.J naik ke pentas. Hihihi malu pulak kami berdua dihargai. Hihihi!



Kemudian, band yang paling kejam dijemput naik ke pentas iaitu DEMONWAR! Mereka membawa panji bestial metal (black/death metal bawaan Blasphemy). Mereka memainkan banyak lagu cover seperti Dying Moment (Silent Death), Zygotical Sabbatory Anabapt dan Abandoment Of Chasity (Abhorer), Advent of Nuclear Baphomet (Impiety) serta lagu asal mereka iaitu Demonwar Worship. Sememangnya musik mereka ganas dan kejam! Saya memang nak sangat-sangat tengok mereka secara LIVE! Hellyeah!!!





Bersama Bassist/Vokalis Demonwar, JORN SIX!!!!






Pentas diambil alih oleh DARK WORLD, sebuah band yang sangat baru, sangat fresh tetapi membawakan lagu-lagu black metal hutan Norway dengan cemerlang sekali. Showmanship vokalisnya sama seperti Atilla Csihar. Mereka juga membawa lagu saduran dari Mayhem tetapi saya lupa tajuknya. Kagum! Saya tunggu rilisan mereka di masa hadapan!




Kemudian, band KERUNTUK mula mengambil alih pentas. Black Metal kejam! Gila! Mereka membuatkan crowd tidak keruan. Showmanship yang padu dan bertenaga! Mereka membawa 2 lagu sahaja yang dipetik dari Demo 2009 mereka. Crowd sing-a-long bila lagu Hails To Hell dimainkan. Mereka bukan calang-calang band. Hellyeargh!!!









Setelah Keruntuk selesai, band KEBES pula mengambil alih. Kegilaan black metal di Sarawak memang benar! Menjadi-jadi! Dan band ini sangat berkualiti!! Kebes menggempur pentas dengan alunan black metal hutan Norway. Dengan sound yang rabak, crowd menggila segila-gilanya. Saya berpuas hati! Sangat berpuas hati!






Kemudian, WHITE RAJAH beraksi. Power metal bawaan Helloween dan Gamma Ray ini memikat ramai hati crowd. Vokalisnya memukau dengan tona vokalnya yang tinggi! Mereka membawakan lagu cover dari Hammerfall (Last Man Standing) dimana mereka memanggil Matthew Stormtrooper untuk menyanyi dan Manowar (Son Of Odin). Interaksi mereka dengan crowd dan jenaka mereka sangat bagus. Yaaaaa! Saya harap dapat membeli rilisan mereka di masa hadapan. Power Metal adalah salah satu genre kegemaran saya. Hellyeah!!!






Kemudian, band yang ditunggu-tunggu oleh crowd mula mengambil pentas, SENSE'O VIERA! Band ini yang memainkan musik groove/thrash metal acuan Sepultura "Roots Bloody Roots" sangat memukau saya. Crowd menggila-segila-gilanya! Dan mereka membawa beberapa lagu asal serta 1 lagu cover dari Sepultura yang saya lupa tajuknya. Apabila lagu Dayak Warrior bergema, crowd hilang kawalan dan bermoshing seperti ribut! Salute!!!







Band terakhir yang membuat persembahan adalah VELHALLA, band thrash metal kental bumi kenyalang. Persembahan bertenaga mereka juga berjaya menarik crowd untuk moshing. Membawa beberapa lagu saduran dari Metallica dan Iron Maiden. Fuh!!





Setelah berakhirnya persembahan Velhalla, maka berakhirlah acara TASIK BIRU DESECRATION yang julung-julung kalinya dibuat di Bau. Kami semua menyertai sesi penggambaran kenang-kenangan.




























Jeff Lynne dan Didek serta Lucas pulang ke rumah menaiki kereta Didek manakala saya, K.J dan Usop TULAH menaiki kereta Manang Bakak. Kami menikmati makanan di sebuah restoran muslim dan berbual-bual mengenai musik keras ini. Hellyeargh!! Selepas itu Manang Bakak menghantar KJ ke hotelnya dan menghantar saya ke Kapit Hotel. Saya membersihkan diri, solat dan tidur.

Pada hari esoknya, saya bersama Manang Bakak menikmati Laksa Sarawak di Mum's Laksa. Rasa laksanya yang sedap. Kuah laksanya pekat adalah rahsia keenakkan laksa sarawak disini.


Kemudian kami menuju ke Wisma Hopoh dan mendapati kedai musik metal disitu tutup. Haiyaaaa hahahaha jadi kami pergi ke kawasan Jeff Lynne, Didek dan Lucas lepak pekena rojak dan ais kacang. Didek kena balik awal, hanya saya, Jeff Lynne, Lucas dan Manang Bakak menuju ke Gator Shop Kuching, Samariang, Kuching. Gator Shop adalah kedai metal stuff yang berasal dari Bandaraya Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Ini adalah cawangan mereka di Sarawak. Maka saya pun sempat memborong beberapa stuff metal dari Indonesia. Hujan yang sangat lebat membataskan pergerakkan kami.








Kami menuju ke Kampung Tabuan Dayak dimana saya lepak bersama Kojek Deadshot. Kami berborak daripada musik metal hingga lah ke GG Allin dan hantu kepala yang mengganggu pelancong hahaha!

Seterusnya, kami menuju ke Samarahan untuk melawat HQ Eastern Voice Production. Yaaa... Othman Yusof!! Sempat juga memborong beberapa stuff metal di situ. Hahaha! Bukan selalu woiiiii ke Sarawak ni hahahahaha!!!



Selesai semuanya, kami menuju ke Jalan Istana untuk menikmati makanan. Rata-rata peniaga disini adalah muslim maka saya bebas memilih makanan. Hehehe. Thanks Manang Bakak yang "menjaga" saya di Sarawak. You RULES!!! HAHAHAHA! Selesai sahaja makan, kami terus pulang untuk berehat.

Kini tibalah hari yang menyedihkan kerana saya terpaksa pulang ke Johor. Hahaha! Pada waktu pagi, Manang Bakak membawa saya makan mee kolok di kawasan Jalan Satok. Kemudian saya dibawa semula ke Wisma Hopoh dan kedai musik itu telahpun dibuka. Saya sempat memborong beberapa stuff disitu. Ini adalah tempat membeli stuff yang legendary! Hahaha! Selesai sahaja membeli belah disitu saya dibawa ke Lapangan Terbang Kuching untuk berlepas ke Senai, Johor.







Menurut Manang Bakak, tidak sah jika melawat ke Kuching jika tidak menikmati Burger Ikan Sugar Bun. Yaaaa.... Burger ikan ini sangat sedap! Air Chrisantinum Honey juga sedap! 





Tidak lupa juga ole-ole yang Manang Bakak dapatkan untuk saya iaitu Ikan Buntal Masin yang hanya boleh didapati di Sarawak sahaja. Taraf ikan masin buntal ini lebih LEGENDARY daripada ikan masin terubuk! Argh!!! Thanks bro... 


Saya berlepas ke Senai, Johor pada jam 1:35 petang dan tiba di Senai pada jam 3:15 petang. 20 minit awal dari masa yang dijangkakan. Hellyeah... Puas Hati! Nah, ni dia barang borongan dari SARAWAK! HAHAHAHA!!