Pertamanya, saya nak kongsikan sedikit kepada anda apa yang saya faham tentang ULASAN. Ya... Bagi saya, ulasan adalah "mengupas dan menerangkan" dalam pelbagai bentuk. Dari fizikal kepada pemahaman secara rohani, spiritual serta hadir dengan pendapat sendiri yang bersifat citarasa pengulas tersebut TANPA memandang atau merujuk pada idea orang lain. ITU PEMAHAMAN SAYA terhadap ULASAN.
Keduanya, untuk menjadi seorang pengulas, saya perlu mempunyai sedikit ilmu untuk mengulas sesuatu. Sejujurnya, saya merujuk kepada pengulas-pengulas yang lain untuk memahami bagaimana dia mengulas. Bagaimana nak menterjemahkan pemahaman anda terhadap sesuatu yang ingin diulas. Sebagai contoh, anda ingin mengulas berkenaan musik ekstrim metal. Dan sebagai contoh juga, anda pilih band STOMACH EARTH (band yang baru sahaja saya dengar di youtube). Baiklah, saya sertakan beberapa langkah yang saya selalu praktikkan dalam mengulas musik ini.
Cover Album Stomach Earth "Stomach Earth"
1. Saya perlu mengkaji latar belakang band ini. Penubuhan awal serta individu yang terlibat dalam band ini dan apabila saya membuat sedikit kajian maka diketahuilah bahawa STOMACH EARTH adalah sebuah band "one-man-band" dari Massachusetts, Amerika Syarikat yang berpaksikan pada genre Funeral Doom/Death Metal (sila rujuk Stomach Earth). Juga pengasas band ini Mike McKenzie JUGA merupakan gitaris kepada beberapa band lain seperti The Red Chord, Nightkin etc etc etc.
Mike McKenzie
3. Saya juga kena arif dengan instrument yang telah digunakan untuk menghasilkan musik sebegini. Setelah dengar, maka saya mengesan penggunaan gitar, bass, drum dan keyboard. Permainan dia juga saya kena tahu! Tetapi saya tak tahu dia guna drop tune apa sebab saya bukanlah seorang gitaris. Saya juga tak tahu booster apa yang dia guna, efek apa yang dia guna. ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA! Dan saya juga dapat memahami dengan menggunakan instrument tersebut maka dapatlah dia mencipta musik sebegini rupa. Mempunyai atmosfera yang kelam.
4. Saya juga kena tahu susunan ayat yang betul bagi memudahkan rakan-rakan untuk membaca serta memahami ulasan saya. Jangan lupa untuk menggunakan perkataan seperti "FUCK, BITCH, PUSSY, GODDAMN, SHIT" dalam setiap ulasan. Kenapa? Barulah METAL!! Hahahahahahaha!!
Sila klik Stomach Earth untk mendapatkan albumnya!!
Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada pembaca-pembaca DAN rakan-rakan yang "MENGULAS" blog saya hahahahahaha! Anda berikan saya sumber inspirasi untuk menulis. Juga saya nak maklumkan yang saya TIDAK MEMILIKI album Stomach Earth ini. Ia hanya sebagai contoh sahaja (memang hajat dihati nak memiliki album ini tapi tak ada wang yang cukup)
mulanya aku nak jadi pengulas ni. tapi bila aku sedar aku tak tahu pun apa sebenarnya yg aku nak ulas. jadinya aku tak mau jadi pengulas lah senang cetanya... mungkin kalau mengulas orang tgh betumbuk aku bleh jadi pengulas, macam ayam sabung tu boleh juga hahaha...
ReplyDeletehuhuhuhu!! apa yang saya tulis tu, adalah apa yang saya faham tentang "ulas-mengulas" hahahahahaha!!! saya pun rujuk pada ramai kawan-kawan kita yang bijak dalam bab ulas mengulas. tengok video kat youtube camna deorg ulas album. huhuhuhuhuhu! alaaaahhh... asalkan kita tahu apa yang kita dengar dan apa yang kita rasa, bedal je bro. yang penting perkataan FUCK, SHIT, DAMN jangan lupa untuk diselitkan! hahahahahahahahaa!!!!
Delete