Tuesday, January 6, 2015

Mindblock

As-salamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan. Saya rasa sangat lama menyepi dari menulis. Ya, saya tak mampu nak menulis kerana beberapa faktor yang menyerang saya serentak. Dedikasi terhadap kerja, masalah keluarga, masalah peribadi dan masalah personaliti. Apabila saya ditimpa masalah, saya takkan cepat melatah atau menggelabah. Tetapi dengan perlahan-lahan depresi mula menyusul. Dan ia mengambil masa yang lama untuk pulih. Saya sangat lemah dalam mengendalikan kemurungan. Saya akan bersendirian dan tidak akan berborak atau bergaul dengan sesiapa pun. Terutama pada waktu cuti, saya akan berkurung didalam rumah dan mampu memeluk tubuh. Tak cukup dengan zikir sahaja. Sebenarnya saya kena menjalani beberapa sesi terapi tetapi, saya memilih untuk berzikir, berzikir dan terus berzikir. Beristighfar, istighfar, istighfar.... Ia mengambil masa. Hampir 4 bulan saya dalam keadaan sebegini.

Tekanan dari kerja dimana boss adalah seorang yang tidak boleh bertolak ansur. Dia umpama kitab manual ladang dan buku pekeliling yang berjalan. Akan tetapi, dia juga tak terlepas dari kesalahan. Menggunakan kenderaan syarikat atas tujuan peribadi. Banyak lagi tapi biarkan dia. Dia selalu memaksa saya siapkan kerja yang banyak dalam masa 1 hari aja. Tak mengapa, saya perlahan-lahan kayuh.

Tekanan keluarga pula, asyik tanya bila nak nikah, dah ada pasangan ke belum, nak cucu lah, nak jadi makcik dan pakcik lah, tengok sepupu yang lain dah kahwin... Jangan sampai aku bercakap dengan tukul ... ops! Maaf!!

Tekanan peribadi pula saya sangat stress dengan keadaan diri saya sekarang. Hmmmmmm...

Tekanan personaliti... Saya tak mau cerita. Nanti anda kata saya tak siuman. Saya nak "normal" kan diri supaya boleh "blend" dengan masyarakat.

Dan tak lama kemudian, ketika menikmati musik dari MODAR, tiba-tiba semangat tu datang balik. Beransur-ansur masuk dalam tubuh ni. Maka saya nakkan semangat tu semula. Maka, bersepah album-album doom/death metal saya sedut. Hahaha! Nak beli memang tak mampu la sheikh! Saya memang ada CD album MODAR ni. Maka, saya berbincang dengan rakan tentang satu rancangan saya. Saya dah hubungi beberapa rakan yang lain dengan "offer" yang saya mampu untuk mendapatkan khidmat beliau. Kini, setiap malam saya susah nak tidur. Bukan kerana masalah tetapi IDEA melimpah-ruah sampai tak tahu mana nak gunapakai. Betul!! Saya jadi lebih teruja! Insya Allah, saya mengharapkan rancangan saya ni MENJADI dan terus menghapuskan depresi dalam otak ni. Insya Allah, Amiinn!

BAPA DOOM/DEATH METAL MALAYSIA (TREND SETTLER)

2 comments:

  1. walaikumsalam bro.. harapnya segala2nya dipermudahkan tahun 2015 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro! huhuhuhu... keserabutan melanda memang inilah jadinya. adeeeeeeeeh... semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh-Nya. Amiinn!

      Delete