Friday, May 22, 2015

Vastum - Patricidal Lust LP


Tengah syok melayan album-album di YouTube, ternampak di sebelah tepi "YouTube recommended to you" satu album yang cover artwork nya sangat menarik perhatian saya. Saya klik dan dengar dengan teliti. WOW! Sangat hebat!

Vastum, sebuah band dari San Francisco, California USA. Ditubuhkan pada tahun 2009 dan telahpun mengeluarkan 2 album iaitu "Carnal Law" pada tahun 2011 dalam format kaset dan CD Digipak (dalam radar untuk dimiliki) dan album "Patricidal Lust" pada tahun 2013. Dianggotai Luca Indrio (Bassist), Leila Abdul Rauf (Vocals, Guitar), Daniel Butler (Vocals), Chad Gailey (Drummer) dan Shelby Lermo (Guitar, Vocals). Mereka juga ada yang terlibat dengan band-band lain. Boleh rujuk DISINI.


Baiklah, permainan mereka ini adalah Old School Doom/Death Metal di era lewat 80-an dan awal 90-an. Siapa pengaruh mereka? Sudah tentulah Incantation, Asphyx, Autopsy, Bolt Thrower dan seumpamanya. Dengarkan riff mereka yang perlahan tetapi berat. Vokal yang kasar dan besar seolah-olah leher mereka diperbuat dari paip PVC 7 inci punya diameter hahahaha! Saya dah jatuh cinta pada permainan mereka! Inilah jenis musik yang saya suka! Dan jangan salahkan saya bila saya sebut ada beberapa riff gitar yang membuatkan saya teringat akan Cannibal Corpse di zaman 4 album terawal mereka.


Selepas mendengar dari youtube, saya terus menghubungi Wan Narroward Kult untuk mencari album ini. 1 minggu kemudian dia mengesahkan album ini masih ada didalam format LP dan 2 minggu kemudian, album ini sampai kat tangan saya.

 Alternative Artwork oleh Daniel Butler (front)
Alternative Artwork oleh Daniel Butler (back)

Saya sedikit kecewa kerana artwork untuk LP adalah alternative cover daripada artwork CD. Difahamkan artwork LP adalah hasil tangan Daniel Butler manakala artwork asal hasil tangan Paolo Girardi dicetak pada inlay. Buat yang tak tahu siapakah Paolo Girardi, beliau telah menghasilkan artwork yang yang sangat HEBAT terutamannya bagi album-album Inquisition, Blasphermophager, Deocletian, Manilla Road, Nocturnal Graves, Prosanctus Inferi dan Craven Idol serta banyak lagi. Anda boleh rujuk artwork dia dengan klik disini. Klik di link tersebut dan sila klik album yang telah dihasilkan oleh setiap band yang merasai air tangan beliau. Sangat hebat!!

Artwork asal pada CD oleh Paolo Girardi

Ini adalah LP terakhir saya beli sebelum saya menutup akaun FB saya untuk sementara waktu. Jika saya ada wang lebih, saya pasti beli stuff-stuff metal dan saya akan utamakan stuff band tempatan kita. Mereka lebih layak disokong daripada band luar, SEBENARNYA! Tetapi nak buat macam mana? Tangan ni gatal sangat. Huhuhuhu!

2 comments:

  1. utube banyak membantu skg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, youtube banyak membantu untuk memilih album mana yang patut ada dalam koleksi "physical form" haha

      Delete