Saturday, May 2, 2015

Kertas Putih + Dakwat Hitam

Entri kali ini saya nak bercerita mengenai lukisan. Yup! Saya suka melukis. Hahahahaha! Dahulu, masa saya kecil, saya sukakan kartun dan animasi. Saya obses dengan setiap lukisan yang ada. Saya mula melukis dari umur 6 tahun lagi. Hahaha! Masa tu saya suka dinosaur! Hahaha! Habis kertas saya gunakan untuk melukis. Kemudian, muncul Doraemon, Sailor Moon, Kimba The White Lion, Ultra Man, Power Rangers dan banyak lagi. Imaginasi saya mula menjadi luas. Banyak pekara saya terokai semasa keci. Jika tiada kertas, maka dindinglah yang akan jadi mangsa hahahahaha! Dan saya lebih cenderung kepada anime. Ya! Saya suka karakter anime yang bermata besar, hidung tajam dan comel. Saya suka anime! Hahahahaha! Itulah pengaruh kuat saya!

Tapi, tu masa kecil. Ketika saya berumur 13 tahun, saya mula meminati Pokemon. Disinilah saya mengenali apa itu "KELEBIHAN". Sewaktu Tingkatan 1, saya tinggal di asrama dan berjumpa dengan ramai rakan. Dan mereka juga bukan calang-calang orang! Hahahaha! Tapi, kebanyakkannya lukisan mereka hanyalah "tiru" dari idola mereka. Siapa lagi kalau bukan pelukis-pelukis dari Hong Kong dan Akira Toriyama (Dragon Ball). Disini, saya sedar yang saya LANSUNG TIADA BAKAT! Ya... Itulah kebenaran yang sangat pahit bagi saya. Saya berusaha bersungguh-sungguh dengan lukisan tetapi, saya tetap berada di tahap yang hampeh.
 Komik Hong Kong
Dragon Ball
Pokemon


Ketika saya berada di Tingkatan 3, saya mula jatuh cinta dengan karya-karya Hajime Kanzaka dan Rui Araizumi. Ya! Anime yang sangat popular dizaman 90-an iaitu The Slayers dan Lost Universe! Ketika itu stesen TV 2 menyiarkan anime ini setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:00 pagi. Hahahahaha! Maka saya mula meniru stail mereka! Hahaha!
Karakter The Slayers dan Lost Universe
(dari kiri anda, 2 orang di barisan atas DAN dari kiri anda, 3 orang di barisan bawah adalah karakter dari anime Lost Universe. Selebihnya adalah karakter dari anime The Slayers)

Saya juga banyak melukis "komik" sendiri. Tapi banyak yang dah hilang. Tak jumpa dah. Ada beberapa rakan saya yang suka baca komik saya. Mereka lah yang memberi semangat kat saya untuk terus melukis! Ya! Saya adalah seorang lelaki yang tiada bakat. Jujur saya katakan, semua yang saya lukis adalah datang dari minat saya yang dalam terhadap lukisan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya berusaha untuk menjadi seorang pelukis. Tetapi, saya tidak berjaya. Saya mempunyai beberapa kelemahan terutama dalam melukis lanskap, bangunan dan anatomi manusia. Itu kelemahan saya sehingga sekarang walaupun saya ada basic melukis menggunakan "stickman" dan "cylinderman". Ya! Saya ada basic tu! Hahahaha!

Saya terokai internet demi mempelajari ilmu lukisan. Maka saya jumpa satu buku yang banyak membantu saya. Tajuk buku tersebut ialah "How To Draw Manga". Ya! Saya download setiap gambar dan simpan didalam Disket (tahun 2005-2006 thumbdrive sangat mahal).

Pada tahun 2006, saya mengambil Diploma In Animation disebuah kolej universiti yang agak terkenal. Hahaha! Disini, dengan didikkan pensyarah-pensyarah saya cuba mencari identiti dalam setiap lukisan dan kelebihan mengendalikan software terutama Macromedia Flash, Adobe Photoshop dan 3D Studio Max. Alhamdulillah, skills saya hanyalah average sahaja. CGPA semesta akhir saya adalah 3.42 hahahahaha! Graduate dan saya mula bekerja di beberapa syarikat animasi dan filem (syarikat mana? itu rahsia hehehe) untuk 2 tahun.

Saya tetap melukis, melukis dan melukis. Sampai satu tahap, saya sudah tepu dengan melukis. Ya... Saya sangat tertekan sebab saya tiada bakat! Lansung! Zero! Hahahaha! Pada tahun 2011, saya mula melukis semula! Stress kerja di bidang multimedia memang sangat hebat. Kini saya bekerja sebagai mandur ladang sahaja. Alhamdulillah! Mood melukis dan idea mula datang dengan perlahan-lahan. Hahahaha! Ya, saya tak mampu melukis dengan keadaan stress. Setelah kerja di sektor ini, segala ilmu multimedia saya 99% hangus!

2012, saya melukis dan kali ini, stail anime hampir 90% lesap. Mungkin disebabkan minat kepada musik metal, melihat artwork yang ganas, gerun didalam zine, cover CD menyebabkan perubahan berlaku. Sahabat bloggers saya, Ahmad Raimi pernah memberikan komen yang mengatakan "Anda mempunyai stail anda sendiri" dan "Hanya anda seorang sahaja yang mempunyai stail ini, disini". Begitulah bunyi komen dia. Saya sangat teruja! Kini, saya mampu melukis bergantung pada mood serta idea. Bila idea datang, saya akan sketch dahulu. Kemudian, bila mood datang barulah saya gunakan pen untuk lengkapkan lukisan saya. Hahaha!

Kini, bila ditanya siapakah yang mempengaruhi lukisan saya, saya tak mampu nak jawab. Kerana saya merujuk pada lukisan-lukisan yang dipaparkan di kulit album musik metal sahaja. Sesiapa pun boleh jadi "influence" saya, barangkali. Hahahahahaha! Baiklah, saya tunjukkan beberapa lukisan saya dari tahun 2007 hingga 2013. Hehehehehe! Buruk wei!!! Hahahaha!!








8 comments:

  1. fulamak.. merendah diri betul kau ni geng. ni bakat bukan semua org ada.lukisan mu ni memang pelik, nampak tak elok tapi ada kecelakaan dalam setiap lukisan tu. seram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Terima kasih. Alhamdulillah, saya melukis sebab ada minat yang mendalam, bila dilatih-latih maka adalah sikit kemahiran. Tak macam member saya, dia tak belajar melukis pun tapi lukisan dia sangat power dah hebat! Jujur saya cerita ni. Semasa menuntut di Kolej, ramai yang saya jumpa; dari USA punya style ke Japan style, ke Hong Kong style dan free style!! Hahahaha! saya dibawah mereka. Sekarang ni alhamdulillah... hehehehehehehe! Terima kasih geng!!

      Ya saya memang menyelitkan "kecelakaan" didalam setiap lukisan saya hehehehehe!!!

      Delete
  2. terus terang aku cakap yang aku pun minat melukis tapi sayang aku tiada bakat...lukisan kau aku rasa yang no1 dengan no2 sahaja yang aku tak suka dan rasa tak best sebabnya macam style japan dah(pendapat peribadi aku ..sori geng)..hehehe dan No3 tu (yg hantu betina tu je mcm style japan lagi..hehehe)... no 4 tu aku punya fav...(apa aku merapu ni komen2 org punya lukisan...hahahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehehe! saya memang tak ada bakat tapi sebabkan minat, saya belajar juga melukis. kalau tgk orang lain lukis menggunakan digitat, memang saya cemburu gila! Hahahaha! Nak tunjukkan yang lukisan saya tu ber-evolusi dari anime kepada sesuatu yang tidak anime jepun hehehehehe! terima kasih! hehehe!

      Delete
  3. aku melukis orang lidi je boleh, lukisan ko tu kire ok la, banyak improve, gambar no 6 tu mmg horror

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha! terima kasih saudara Aleph! hehehehe! lukisan saya masih lagi ditahap rendah. saya pun masih berusaha nak improve lukisan saya. tapi progress nya perlahan sebab komitmen kerja hahahaha!!

      Delete
  4. aku kalau bab melukis ni...meniru pandai la...kalau nak idea sendiri...hampeh!!...tapi ko memang ada bakat...keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! terima kasih boss. saya memang tak pandai meniru lukisan/style orang lain. kalau meniru memang takkan jadi punya huhuh!

      Delete