Didalam lubuk hati manusia, ada satu perasaan yang memang sukar untuk diterangkan apakah ia. Mungkin pakar psychology mampu menerangkan apakah "disorder" yang manusia miliki ini. Setiap manusia sememangnya memiliki perasaan ini, kecuali mereka yang telah dipilih oleh Allah S.W.T seperti Para Nabi, Para Sahabat, Para Ulama', Para Wali dan seangkatan dengan mereka. Manusia jenis ini sememangnya takkan kelihatan kerana ia memiliki ciri-ciri yang telah dicipta untuk disembunyikan.
Berbalik pada persoalan ini. JADI MILIKKU ATAU KAU KU BAKAR sangat jelas akan maksudnya.
Ia bermula dengan sesuatu yang menarik perhatian manusia. Semakin hari, semakin menarik, menawan dan menumbuhkan perasaan cinta didalam diri ini.Maka cinta ini membuak-buak menjadi obsesi. Apabila perasaan ini mula mengawal akal dan tubuh badan manusia, maka munculah satu lagi kehendak manusia. KEINGINAN UNTUK MEMILIKNYA.
Akan tetapi apabila subjek obsesi kita memilih atau dipilih oleh pihak ketiga, maka emosi ini mula menjana sesuatu yang manusia tak mampu kawal. Kita jadi sedih, geram dan marah. Dari cabang ini wujud lagi satu pekara yang membuatkan kita bertindak diluar jangkaan. KALAU AKU TAK DAPAT, SESIAPA PUN TAKKAN DAPAT.
Yeah... Apabila manusia tidak dapat memiliki apa yang dikehendakkinya, mereka akan cuba musnahkan ia.
Saya tertarik dengan salah satu babak didalam filem animasi "The Hunchback Of Notre Dame" dimana Disney mengadaptasi dari sebuah novel. Didalam filem itu, ada babak nyanyian Magistrate Claude Frollo yang berkuasa di Paris. Pelakon suara untuk Frollo adalah Tony Jay, yang terkenal dengan beberapa filem/animasi lakonan beliau. Suaranya sangat memukau seperti suara Gandalf dan Saruman dalam filem "The Lord Of The Rings". Suara yang orkestral. Yep. Dalam nyanyiannya "Hellfire", Frollo bermonolog dengan Maria a.k.a Holy Virgin Mary. Dimulakan dengan puji-pujian kepada Mary dan Archangel Michael. Kemudian Frollo memuji dirinya, dan menghina rakyat biasa. Frollo mengeluh kepada Mary kerana dia mula jatuh cinta kepada Esmeralda, gadis Gypsy yang cantik, memuji-muji kecantikkan Esmeralda. Frollo memberitahu yang keinginnannya ini membawa kepada dosa, Frollo meminta Mary melindungi dirinya dari "godaan" Esmeralda. Dia mengatakan "Jika ini Perancangan Tuhan, Maka DIA Jadikan SYAITAN Itu Lebih Kuat Dari Manusia". Dia menyumpah Esmeralda yang membawa dia kepada dosa pada masa yang sama mengimpikan Esmeralda menjadi miliknya. Esmeralda umpama api yang membakar nafsunya. Frollo mula merapu. Mengatakan "Musnahkan Esmeralda atau Jadikan Esmeralda Milikku dan hanya Milikku Seorang".
Menurut Frollo, dia sanggup biarkan Paris dibakar semata-mata untuk mencari Esmeralda. Wah! Sangat gothic. Hehehe... Rangkap terakhir lagunya
"Hellfire, Dark Fire. Now Gypsy its your Turn.
Choose Me or youre Pyre, Be Mine or you will burn"
"God Have Mercy On Her, God Have Mercy On Me
But She Will Be Mine, or She Will Burn"
Hebat kan? Manusia adalah ciptaan-Nya yang hebat, tetapi kita sendiri yang membawa status "hebat" kita ini ke jurang yang dalam. Saya tak katakan yang anda memilik perasaan ini tetapi saya akui, saya ada perasaan yang Frollo rasakan dan luahkan didalam lagu HELLFIRE ini.