Friday, June 12, 2015

FFF: Green River Runs Red

Asalamualaikum. Apa khabar? Dah makan? Dah minum? Dah melancap? Hahahahahahaha! Baiklah, kali ini FFF nak mengembara ke Amerika. Dan kita bertemu dengan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai "Green River Killer"

Siapakah dia ni? Apakah yang menyebabkan dia mendapat gelaran "Green River Killer"? Baiklah, kita akan ceritakan apa yang telah berlaku. Mengapa dia menarik perhatian FFF untuk menulis berkenaan dia nih.

Green River Killer merupakan ketakutan dan kengerian di kawasan Seattle dan Tacoma, Washington. Ramai yang melaporkan anak-anak gadis mereka hilang. Ramai diantara mereka adalah wanita gelandangan serta pelacur (juga gadis yang melarikan diri dari rumah). Pada masa itu (1980-1990) teknologi penyiasatan tidak lah sehebat waktu ini, maka banyak kes kehilangan dan kematian tidak dapat diselesaikan. Pihak polis mendapat beberapa bukti dari beberapa orang saksi melihat seorang lelaki membawa seorang wanita di rumahnya. Wanita tersebut juga dikatakan hilang. Setelah melakukan intipan, pihak polis pergi kerumah seorang pengecat airbrush untuk siasatan. Malangnya, tiada hasil. Maka kes ini ditutup.

Pada tahun 2001, kes ini dibuka semula kerana dengan teknologi yang ada mampu menyelesaikan kes ini. Maka, dengan siasatan yang mendalam, menggunakan teknologi DNA, pihak polis telah menemui beberapa bukti dan akhirnya Green River Killer telahpun ditemui.

Gary Ridgway

Penangkapan Gary Ridgway telah merungkai segala-galanya. Pihak polis akhirnya telah jumpa "kubur" bagi mangsa Gary Ridgway di kawasan hutan Green River. Di mahkamah, Gary Ridgway telah mengaku bersalah keatas 78 wanita (menurut sebuah temuramah dengan Sheriff Reichert pada 2001) dan Gary Ridgway juga mengakui dia telah membunuh lebih ramai dari itu, sampaikan dia lupa berapa ramai mangsa. Menurut sebuah dokumentari, Gary Ridgway telah dibawa ke kawasan kubur mangsanya dan menceritakan bagaimana dia lakukan pembunuhan. Gary Ridgway berjaya memujuk ramai pelacur untuk mengadakan seks dengan mereka. Kemudian mereka ini dicekik sehingga mati. Malah, jika Gary Ridgway tak dapat kawal nafsunya, dia akan gali kubur mangsa-mangsanya dan mengadakan seks dengan mayat-mayat tersebut. Yup... Gary Ridgway adalah seorang Necrophilia (seks dengan mayat).


Menurut sebuah artikel, Gary Ridgway telah berkahwin dengan seorang wanita, hanya dikenali sebagai Mawson. Mawson mengatakan "I feel i saved life... being his wife and making him happy". Kenyataan ini dikeluarkan kerana selepas berkahwin dengan Mawson, Gary Ridgway tidak lagi membunuh dan Gary Ridgway benar-benar menyintainya.

Disini, FFF tidak mahu menceritakan latar belakang Gary Ridgway kerana sangat panjang dan meletihkan FFF untuk menaip hahahaha! Kita sambung balik;

Perbicaraan Gary Ridgway telah diadakan di King County Superior Court. Setiap pendakwaan yang disebut oleh hakim, Gary Ridgway hanya mampu menjawab "Guilty". Dan FFF merasakan hakim ini berlaku adil kerana memanggil semua keluarga mangsa supaya berpeluang "face to face" dengan Gary Ridgway. Kata-kata cacian, sumpahan, cercaan dilemparkan pada Gary Ridgway tetapi Gary Ridgway hanya buat muka toyerrrrr je.

Beginilah muka Gary Ridgway ketika menghadap segala cercaan dari keluarga mangsa.

 Maka tampilah seorang lelaki yang merupakan seorang ayah mangsa dan berkata:

"They are people here are hate you, but i'm not one of those. What God says to do, is to forgive all AND YOUR ARE FORGIVEN, Sir"
Robert Rule (Bapa mangsa Linda Rule)

Dan beginilah rupa Gary Ridgway apabila mendapat kemaafan


Inilah yang FFF cuba bawakan untuk pembaca. KEMAAFAN. Bagaimana "Raksasa" yang kejam ini, berhadapan dengan kemaafan, menangis dan menyesali perbuatannya. FFF mengalirkan air mata apabila melihat video dimana Gary Ridgway dimaafkan diatas kesalahannya membunuh Linda Rule. Bukti yang segelintir manusia mempunyai sifat kemaafan ini. Robert Rule telah diuji dengan kematian anakknya dan mampu memberi kemaafan kepada Gary Ridgway, pembunuh kepada anaknya. FFF juga pernah membuat salah, FFF juga pernah mengharapkan kemaafan, dan FFF telahpun dapat kemaafan tersebut. FFF hanya mampu mengalirkan air mata kegembiraan serta penyesalan. FFF merasai apa yang Gary Ridgway rasa.








6 comments:

  1. Serial killer ganas macam mana pun tetap ada weak point dia..respek kat org tua tu,memang pemaaf betul dia eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boss... susah nak cari manusia pemaaf yang macam tu...

      Delete
  2. Replies
    1. hahahaha! kejam tahap mana pun dia tetap manusia huhuhu!

      Delete
  3. baca intro pn dh tau ini cerita mesti evil n sadis pnye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! dah boleh agak hanya dengan membaca intronya sahaja? hahahahahaha!

      Delete