Friday, June 19, 2015

FFF: Vampire from The Rising Sun

Asalamualaikum. Terlebih dahulu saya nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada rakan-rakan serta pembaca Muslim.

Sebelum ini kita berlepas ke Damn-merica, kali ini kita menuju ke timur, tanah kelahiran hentai dan anime, JEPUN. Yeah, "maskot" tu sesuai untuk Jepun. Kahkahkahkah! Ehem... Baiklah, FFF nak pembaca berkenalan dengan Tokyo Dracula.

Pada Ogos 1988 dan Jun 1989, terdapat 4 pembunuhan bersiri yang melibatkan 4 orang kanak-kanak perempuan.

 22 Ogos 1988, Mari Konno kanak-kanak yang berumur 4 tahun telah dilaporkan hilang. Ayah kepada Mari telah melaporkan kepada pihak polis. Dikatakan Mari telah diculik oleh Tokyo Dracula menaiki keretanya. Dia kemudian berhenti dibawah jambatan berdekatan kawasan hutan. Tokyo Dracula duduk bersama Mari selama 1/2 jam dan kemudian, Mari menjadi mayat (kena bunuh). Selepas itu, pihak keluarga Mari menerima 1 bungkusan yang berisi beberapa ketul gigi, gambar baju Mari dan poskad yang bertulis "MARI.CREMATED.BONES.INVESTIGATE.PROVE". DAMN YOU Tokyo Dracula!!!

3 Oktober 1988, Masami Yoshizawa kanak-kanak yang berumur 7 tahun pula menjadi mangsa. Tokyo Dracula mempelawa Masami menaiki keretanya dan Tokyo Dracula membawa ke tempat yang sama Mari dibunuh. Tokyo Dracula sempat memperkosa Masami yang telahpun meninggal dunia. DAMN YOU Tokyo Dracula!!!

12 Disember 1988 (hah! beberapa hari sebelum FFF dilahirkan. DAMN YOU Tokyo Dracula!!) Erika Namba kanak-kanak perempuan yang berumur 4 tahun pula menjadi mangsa. Dia diculik, dipaksa membuka pakaian di back-seat kereta, mengambil gambar dan dibunuh. Selepas itu, manga yang tidak bersalah ini meninggal dunia, mayatnya diikat kaki dan tangan di bahagian belakangnya. Tokyo Dracula menghantar poskad kepada keluarga mangsa dengan menggunakan perkataan yang dikerat dari majalah dan ia berbunyi "ERIKA.COLD.COUGH.THROAT.REST.DEATH". DAMN YOU Tokyo Dracula!!

Ish... FFF rasa tak sanggup nak menulis lagi tapi... untuk menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan serta pembaca, FFF teruskan juga penulisan ini. Nauzubillah...

6 Jun 1989, Ayako Nomoto kanak-kanak perempuan yang berumur 5 tahun pula menjadi mangsa. Modus operandi nya seperti biasa. Mayat mangsa dibalut dengan selimut dan diletakkan didalam bonet kereta dan dibawa ke apartmentnya. Disini, Tokyo Dracula memperkosa, mengambil gambar dan merakam filem agenda seks nya.

Penangkapan Tokyo Dracula pada 23 Julai 1989 apabila Tokyo Dracula cuba memasukkan lensa kamera kedalam alat sulit seorang kanak-kanak di taman. Dia dicekup oleh bapa kanak-kanak itu tadi. Dia melarikan diri dalam keadaan bogel kemudian dia kembali untuk mengambil keretanya. Malangnya polis tiba dan Tokyo Dracula ditangkap.

Tsutomu Miyazaki a.k.a Otaku Murder/Tokyo Dracula/Scumbags

Tsutomu Miyazaki a.k.a Tokyo Dracula juga dikenali dengan "The Otaku Murderer". Pembunuhan yang dia lakukan menyebabkan moral panik terhadap otaku dengan mengatakan ANIME dan FILEM SLASHER menjadikan dia seorang PEMBUNUH! Mengapa? Ketika Tsutomu Miyazaki ditahan dirumahnya, pihak polis menjumpai 5763 video tape Anime dan Filem Slasher. Kemudian dia menggunakan bahan tersebut sebagai "alasan" untuk membunuh. Juga beberapa tulang-tulang milik mangsa yang disimpan didalam almari. Ayah kepada Tsutomu Miyazaki, tidak mahu membayar "legal defense" lalu membunuh diri pada tahun 1994.



Perbicaraan bermula pada 30 March 1990. Tsutomu Miyazaki menyalahkan setiap perbuatannya pada "Rat Man" alter ego nya yang memaksa dia melakukan pembunuhan (cari alasan, pffff!!!) Malangnya, pihak berkuasa mengesahkan yang Tsutomu Miyazaki adalah waras dan sedar. Dia dihukum mati pada 14 April 1997, kemudian ditangguh oleh Mahkamah Tinggi Tokyo pada 28 Jun, 2001. Kemudian ditangguh lagi pada 17 Januari 2006. Tsutomu Miyazaki menganggap perbuatannya itu adalah "tindakkan kebajikan".


Kemudian seorang lagi celaka/pembunuh kanak-kanak, Kaoru Kobayashi memberitahu yang dia adalah "the 2nd of Tsutomu Miyazaki". Tsutomu Miyazaki kemudian mengatakan yang "SAYA TIDAK BENARKAN DIA MENGGELARKAN DIRINYA Tsutomu Miyazaki YANG KE-DUA, SEDANGKAN DIA TIDAK MENJALANI UJIAN MENTAL".

Maka, pada 17 Jun, 2008, Tsutomu Miyazaki digantung sampai mati. Moral panik yang dicetuskan oleh Tsutomu Miyazaki menyebabkan golongan otaku dipandang jijik. SEMUA karakter OTAKU dalam anime/manga dilukis seolah-olah seperti Tsutomu Miyazaki. Berkaca mata dan mempunyai rambut seperti dia (FFF ni peminat anime, jadi FFF tau la. Jangan nak persoalkan FFF pula. FUCKFUCKFUCK!!) Otaku juga digelar Maniac (FFF ada perasan beberapa anime menggunakan perkataan "maniac" terhadap karakteristik yang sama dengan otaku). Tetapi tidak semua otaku macam tu. Yang peliknya, otaku di ejek dan dicemuh di Jepun. Manakala diluar Jepun, Otaku dianggap COOL dan HEBAT. Mereka berusaha dan berbangga dengan title tu. Yeah... FUCKING FACTS, BIATCH!

Tak kiralah, apa-apa pun yang kita buat, jangan jadi gila seperti Tsutomu Miyazaki. Dia telah mencalarkan Jepun dengan teruk sekali. Menyebut namanya di Jepun membuatkan rakyat Jepun marah, geram dan benci serta dikeji.

7 comments:

  1. Amboi sekarang sudah pandai tulis artikel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! sedang mencuba dengan penulisan artikel pula hehehe. terima kasih sekali lagi!!

      Delete
    2. Dah banyak masa tu Raimi.

      Delete
  2. yg bikin kesian mangsanya kanak2. lagi2

    ReplyDelete