Rasa lama dah tak pergi gigs. Sebelum ini ada merancang untuk ke March of Aggression di Kuala Lumpur tetapi disebabkan ada kenduri di rumah datuk saudara, maka terpaksa dibatalkan.
Baiklah, sekali lagi saya berjaya memujuk rakan saya yang menganggap dirinya "POSEUR" untuk turun ke gigs ini. POSEUR? Mengapa? Sebab tu yang dia cakap aaa bukan saya yang cakap. Dia ni boleh dikategorikan sebagai non-metal yang terlibat dengan musik metal disebabkan pujukkan saya wakakakaka! "SAYA BELANJA" adalah ayat yang paling hebat sekali untuk memujuk dia. Hahahahaha!
Ahad merupakan permulaan hari bekerja bagi kami di Johor. Maka kami tidak dapat mengikuti gigs ini dari awal kerana kekangan kerja. Yup. Pada tarikh 07/06/2015, apabila jam menunjukkan 5:00 petang, kami berdua punch card dan bersiap sedia untuk ke venue. Hampir jam 6:00 petang, baru kami bergerak ke Embrace Hall, Taman Tampoi Utama. Masalah mula timbul apabila GPS buat hal. Mujurlah aplikasi WAZE sempat membuat "calculation" peta ke tempat tersebut. Berpandukan bangunan-bangunan sekeliling, saya dan Zul (rakan saya ni) berhati-hati memandu supaya tak sesat. Mujurlah Eddie (Organizer) sempat dihubungi dan dapat memberi tunjuk arah. Kami tiba di venue jam 7:00 petang. Kawasan Embrace Hall ini sangat sunyi, lengang dan "obscured". Macam Ghost Town pon ada. Sampai di venue, bersalaman dengan Eddie, Fazli (Musik Box), Xul Azrai (Kukubesi), Brader Buang (Mua-ru) serta beberapa rakan yang tak tau nama mereka tu siapa... Hahahaha!
Ketika tengah nak naik ke tempat berpeluh, terserempak pula dengan abam Jeff Disposal kita ni. Hellyeah! Sweet orangnya wakakaka! Sempat interview beliau, rilisan baru akan direkod tak lama lagi. Maka lagi ramailah guru-guru bakal dibelasah oleh Central Disposal. Sejujurnya, memang saya datang ke gigs ini untuk menyaksikan persembahan mereka. Terima kasih TFHM!!
Saya dan Jeff Disposal
Secara kebetulannya, kami tiba di venue pada waktu break, maka selepas bayar duit tiket dan dicop tangan, kami menuju ke kedai mamak yang berdekatan. Saya order roti telur 2 keping dan roti kosong 1 keping. Pergh! Betul-betul kenyang dibuatnya! Kemudian Xul Azrai datang lepak dengan kami dan berborak. Beliau merupakan vokalis kepada band Kukubesi, sebuah band death/thrash yang sedang naik namanya di pesada Malaysia dan International. Haha! Banyak yang kami borakkan! Kemudian seorang lelaki yang chubby, botak dan hensem datang kat kami. Beliau adalah Akey Mistik!! Hahaha! Lembut aja pertuturan dari beliau. Maka terjawab beberapa persoalan mengenai band Wujuru (kalau salah eja MINTA MAAF YA???), band yang berskala international dari 2 negara (Indonesia dan Malaysia). Difahamkan band ini memainkan irama seperti Amorphis di awal kemunculan band itu. WOW!! Doom/Death Metal!! Juga, saudara Akey ini merupakan vokalis kepada band ini. Banyak juga diceritakan kerja-kerja recording dan penulisan lirik. Sangat menarik!! Diceritakan juga bagaimana orang-orang Indonesia yang kuat bekerja (dalam bab recording)
Akey Mistik, Saya dan Xul Azrai
Jam menunjukkan pukul 8:00 malam dan kami beransur bergerak ke tempat gigs. Band SENJAKALA beraksi. Memainkan musik yang agak progressif, doom dan death metal. Yeah... Hebat!! Band dari Brunei ini hebat dengan vokalis wanita yang sangat memukau! Tak sempat nak sambar CD mereka di akhir gigs ini. Mungkin mereka balik awal kot. Argh!!!
Kemudian, band Incarnation mula mengambil alih. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk "setting" instrumen mereka. Ramai anak muda menunggu Incarnation untuk beraksi. Apabila Incarnantion memainkan musik metalcore itu, ramai anak muda bersilat dan bertaekwando. Bukan cawan teh saya tapi saya mampu menghanggukkan kepala. Rakan saya, Zul mengatakan yang dia meminati permainan Incarnation. Tahniah Incarnation, anda dah ada 1 orang peminat baru! Hehehe!
Pengakhirannya, Central Desposal mula menerjah. Dimulakan dengan lagu Wall of Fear, kemudian membawa lagu saduran dari "Dark Angel - Merciless Death". Saya tak boleh tahan dengan lagu cover yang sangat hebat tu. Sing a long beb! Puas hati beb!! Lagu wajib saya didalam playlist MP3 saya!! Argh!!! Kemudian diikuti dengan lagu "Thrash or Be Thrashed" pergh!!! Sangat padu! Menyusul pula lagu "Mindwars" lagi lah menggila saya dibuatnya! Percubaan untuk mosh dari Prop (Grundar) dan saya tak berapa menjadi. Huhuhuhu! Pengakhiran persembahan mereka dengan lagu "Under Attack" sangat memukau saya! Saya dah keletihan sebab lupa nak beli air 100 Plus. Hadeeeeeeeeeeeeehhhhhh...
Bob of Damokis (Soundman)
Saya dan Brader Buang
Penyudahnya, saya bersalaman dengan semua orang. Hehehehe! Letih sangat. Embrace Hall menjadi ketuhar kerana hanya ada 1 kipas yang berfungsi. Hampeh betul. Panas giler! Apa-apa pun, terima kasih kepada The Four Horse Men yang telah menjayakan gigs ini. Gigs ini dihadiri seramai 50-60 orang sahaja. Sedih la... Mana lagi metalheads ha? Tak pa lah... Janji saya berpuas hati. Sangat-sangat berpuas hati. Untuk gigs kali ini, hanya 1 CD jer yang mampu dibeli... Huhuhuh!!
Jam 11:00 malam kami bertolak pulang dan jam 12:00 malam kami tiba dirumah, mandi dan tidur kerana esok kerja. Fukkkkk!
dalam laman sosial ramai sangat metalhead malaysia ni, tapi bila ada gig2 ni yg hadir paling ramai pun 100 org. aku ni rindu juga nak turun gig ni,
ReplyDeletemetalhead pencen macam aku ni memang la tak turun gig...hahaha....
Deletebtw...nice review beb...
betul tu. ramai di FB tapi tak berapa ramai di venue. mungkin kesibukkan kerja kot? bersangka baik hehehe.
DeleteBerteromber:- Kakakakakakaka!! alaaaahhhh sekali sekala yang pencen ni turun apa salahnya? lagi meriah baq hang! hahahahaha!
very nice review..
ReplyDeleteas usual reviews dari fans memang yang terbaik dan enjoy dibaca
thanks Deaf-Angel!! hehehehe!
DeleteOoo..kat embrace hall.selalu beli lp ngan khairul fahmi tu
ReplyDeleteoh. ini pertama kali pergi kesana. banyak juga LP yang dijual. namun, tak mampu nak beli. tengok jer hahaha!
DeleteIf bro sempat cakap2 dgn saya, sapa pasti bole kasi you Senjakala demo 2004.☺
ReplyDelete