Sunday, June 21, 2015

Kekosongan


Sepanjang bulan Ramadhan ini, kepala saya sudah tak mampu memikirkan idea-idea yang bernas untuk dijadikan cerita.

Saya cuba menjauhi topik-topik ketuhanan bukan kerana saya tak suka, tetapi kerana saya ni JAHIL NAK MAMPOS. Yup, saya tak mampu menjadi ustaz untuk memberi nasihat serta bercerita tentang apa-apa topik berkenaan agama saya kerana cetek ilmu dan disalah sangka serta RISAU akan penyebaran maklumat palsu. Saya tak mahu menjadi ustaz copy n paste yang hanya merujuk kepada Sheikh Google Al-Chrummi. Yerp...

Saya juga tak berapa nak hebat sangat dalam bab-bab kehidupan.

Saya review album pun hentam keromo dan mengikuti perasaan pabila mendengar sesuatu album. Jadi... saya bukan tukang review yang hebat mahupun tipikal. Malah penulisan saya belum tentu sampai ke tahap "mediocre" (Tu sebab banyak CD-CD baru yang dibeli TIDAK DIREVIEW sebab saya tak tahu nak review macam mana). Keyakinan saya terhadap "penulisan review" ini semakin pudar hahahaha! Tak mengapa, saya sedang belajar dalam bab tu.

Jadi, walaupun kepala tengah kosong dengan idea, tu beberapa topik yang saya bawa dari kekosongan tersebut. Bermaksud, ia tidak lah kosong kan? Muahahaha!

Akan tetapi artikel FFF saya sememangnya mencurah-curah! Banyak cerita daripada pembunuh bersiri, penderaan kanak-kanak dan segala macam yang gelap dan hitam didalam dunia ini yang ingin saya kongsikan!

Aquarium pula... dalam keadaan maintenance. Insya Allah jika diizinkan-Nya dalam masa 4-5 bulan lagi saya akan update aquarium saya. Harap ia menjadi sangat OHSEM-POHSEM! Ngehehehehe! Ia adalah satu KEJUTAN yang membuatkan kaki-kaki aquarium diluar sana menjadi JELESSSSSSSS!!! Miahahahahahaha!!!

Ok... Jumpa lagi. Bwyeee!!!

6 comments:

  1. ada koleksi rekod tu tampal la kat blog boleh jugak aku tengok..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehehe!! ok ok nanti saya kasi tampal. hehehehe! jangan risau!

      Delete
  2. review kat blog bukan macam review kat majalah/akhbar...hentam sajer....kadang-kadang review macam ni lebih jujur...kita bukannya dibayar pun...teruskan menulis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah! terima kasih!! review saya memang dari sudut pendengar. bukanlah dari sudut musician. hahaha! kalau album tu best, saya tulis ia best. kalau tak best, saya diam aje hahaha sebab pendengaran kita berbeza huhuhuhu. terima kasih sekali lagi boss!!

      Delete